Sunday, December 30, 2012

Perkampungan Nelayan Volendam Belanda

Volendam

Perkampungan nelayan yang indah pesona, Volendam terletak di timur laut di ibu kota Belanda, Amsterdam.

Selepas meninggalkan Zaanse Schans, kami menuju ke Volendam dengan bas persiaran yang di pandu oleh Peter. Berhampiran dengan North Sea, Volendam sekitar dua puluh minit jarak memandu dari Amsterdam.


Volendam

Volendam sebelumnya merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil. Baru-baru ini, Volendam telah menjadi sebuah tarikan pelancong yang popular di Belanda Utara. Jumlah penduduk Volendam sebanyak dua puluh ribu orang. Kebanyakan penduduk terlibat dalam pekerjaan perikanan dan industri pelancongan.

Setakat kini, Volendam masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan nelayan. Penghuni bandar dari Amsterdam membanjiri Volendan pada masa cuti dan hunjung minggu. Jalan-jalan yang sempit di Volendam penuh sesak dengan pelawat dari seluruh dunia.

Pergi ke Volendam tidak menjadi masalah. Terdapat beberapa pilihan untuk berkunjung ke Volendam.

Cara yang paling senang adalah menempah perjalanan sehari dengan syarikat pelancongan di Amsterdam. Memandu kereta ke Volendam agak mudah. Banyak tempat meletak kereta boleh didapati di Volendam. Anda juga boleh menaiki bas dari Amsterdam Central Station ke Volendam.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Friday, December 28, 2012

Apakah Benda Hitam Ini ?

Ulat

Mendaki Bukit Panorama Lembing dalam gelap untuk melihat matahari terbit. Nasib baik tersedia lampu suluh untuk menerangi jalan bukit.

Selain mengambil gambar pakis unik dan awan pesona, tertangkap gambar benda hitam ini pada subuh di Bukit Panorama Lembing.

Apakah benda yang berwarna hitam ini?

Ha, ternyata benda hitam ini seekor ulat yang besenam pada awal pagi!

Burung yang bangun awal dapat makanan. Sama ada ulat yang bangun awal menjadi makanan burung?

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kamera Membawa Kegembiraan
Country View Inn Sungai Lembing
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Wednesday, December 26, 2012

Hotel Purple Town Sekinchan

Hotel Purple Town

Lawatan dua hari semalam ke Sekinchan, kami singgah di Hotel Purple Town di Sekinchan Business Centre.

Sekinchan terletak tidak jauh dari bandar-bandar berdekatan. Pengunjung akan meninggalkan Sekinchan selepas menikmati makanan laut dan membeli barangan tempatan. Itulah sebabnya, penginapan di Sekinchan terhad. Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan homestay di Sekinchan, tempat tinggal untuk pelancong rombongan tidak menghadapi masalah.


Hotel Purple Town

Bilik tamu ini tidak berapa luas tetapi terdapat dua buah katil besar. Bilik tersebut terlalu sesak dan tiada ruang untuk meletak bagasi. Anda perlu berhati-hati begerak dalam bilik. Jika tidak anda mungkin mencedera diri.

Ekoran perkembangan pesat dalam pelancongan, menimbul kekurangan hotel di Sekinchan. Sekiranya ingin bermalam di Sekinchan, anda lebih baik menempah bilik sebelum bertolak ke Sekinchan.

Informasi:
Tel: 03-32412315
Alamat: No1, Jalan Ria, Sekinchan Business Centre, Sekinchan, Selangor.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Adun Sekinchan Ng Suee Lim
Ambil Angin di Pantai Redang

Monday, December 24, 2012

Misteri Gaya Gangnam PSY

Gangnam

Sejak demam Gaya Gangnam PSY melanda perkampungan bumi, pelancong dari seluruh dunia membanjiri Gangnam, Seoul Korea Selatan.

Gangnam terletak di selatan Hangang yang mengalir melalui Seoul, ibu kota Korea Selatan. Sebenarnya Gangnam terdiri daripada beberapa daerah yang dikenali sebagai gu dalam bahasa Korea. Daerah tersebut termasuk Gangnam-gu, Seocho-gu and Songpa-gu.

Seoul dibahagi kepada dua bahagian oleh Hangang. Bahagian selatan Seoul ialah Gangnam. Setahu saya tiada nama khusus diberikan kepada bahagian utara Seoul. Gangnam merupakan sebuah pusat perniagaan berkembang pesat dan kawasan kediaman orang kaya Korea. Jung-gu, Jongno-gu and Yongsan-gu di utara Seoul adalah kawasan utama komersial tradisional di Seoul.

Kebanyakan tempat pelancongan berada di utara Seoul termasuk Itaewon, Sinchon, Insa-dong, Myeongdong, Istana Deoksu, Cheonggyecheon, Istana Gyeongbok, Pasar Namdaemun, Pasar Dongdaemun, Perkampungan Hanok Bukchon dan Perkampungan Hanok Namsangol.


Coex Mall

Sekiranya tidak silap, saya hanya menjejak kaki ke Gangnam-gu kerana tidak mempunyai gambaran tentang Seocho-gu dan Songpa-gu.

Mercu tanda Gangnam-gu, Coex Mall ialah sebuah pusat beli-belah bawah tanah terbesar di Asia. Selain daripada melebihi 300 kedai, terdapat sebuah aquarium besar, pawagam Megabox, Hyundai Department Store dan Muzium Kimci Pulmuone.

Apgujeong adalah daerah mewah di Seoul. Kediaman mewah dan pencakar langit boleh didapati di merata tempat. Banyak kedai-kedai fesyen tersedia di Apgujeong. Yang paling popular ialah Galleria Department Store. Rodeo Street, destinasi mesti dikunjung oleh pencinta aliran baru.


63 City Building


Bangunan City 63 menegak di Yeouido, Yeongdeungpo-gu di selatan Hangang. Bangunan ini ketiggian 63 tingkat dan 249 meter. Jika anda berminat dalam patung lilin, kunjungilah Muzium Patung Lilin 63. Peminat movie berpeluang menonton movie skrin lebar di Teater IMAX 63.

Yeouiseo-ro, Taman Hangang, Menara Kembar LG dan Bangunan Perhimpunan Nasional di sekitar Yeouido. Ketika melancong do Seoul, jangan terlepas tempat menarik di Gangnam.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Memeluk Gadis Remaja Korea
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Pemandangan Malam Myeongdong

Saturday, December 22, 2012

Kedai Kek Lim Choo Seng Sungai Rengit

Kedai Kek Lim Choo Seng

Terletak di Jalan Besar di Sungai Rengit, Kedai Kek Lim Choo Seng merupakan sebuah kedai membuat biskut dengan tangan.

Kedai Kek Lim Choo Seng dikatakan telah ditubuhkan pada abad lalu. Mungkin kedai ini sungguh luar biasa, kami dilayan sebagai makhluk telus.


Pai Isteri Pertama

Setelah membeli sebungkus pai isteri pertama, kami meninggalkan kedai itu serta merta. Saya tertanya-tanya adakah Kedai Kek menjual pai gundik atau pai isteri kedua?

Pai isteri pertama yang kami beli itu terlalu manis. Barangkali lelaki selepas makan pai isteri pertama akan patuh kepada isteri.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Restoran Super Lobster Sungai Rengit
Kampung Udang Kara Raja Pengerang
Penduduk Pengerang Membantah RAPID

Thursday, December 20, 2012

Bangunan Pelancongan KK Sabah

Bangunan Pelancongan Sabah

Terletak di Jalan Gaya KK , Bangunan Pelancongan KK Sabah dijadikan Pusat Informasi Pelancongan Sabah sejak 1991.

Berjalan kaki tidak melebihi 5 minit dari Hotel Eden 54, anda akan nampak Bangunan Pelancongan KK Sabah yang berwarna putih seperti salji. Hotel 63 KK berada di bertentangan Bangunan Pelancongan KK Sabah di seberang jalan.

Staf Pusat Informasi Pelancongan Sabah mesra dan sanggup membantu. Mereka akan cuba seboleh-bolehnya menjawab pertanyaan anda. Sila singgah di Pusat Informasi Pelancongan Sabah untuk mendapat maklumat pelancongan.


Bangunan Pelancongan Sabah

Terdapat pelbagai risalah pelancongan termasuk risalah dalam Bahasa Korea. Pasti ramai pelancong Korea berkunjung ke Sabah.

Pusat Informasi Pelancongan Sabah dibuka 7 hari seminggu.

Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Sabtu, Ahad dan Cuti Am: 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Tel: +6088-212121
Fax: +6088-212075, 219311, 222666.
Alamat: 51 Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Tuesday, December 18, 2012

Kamera Membawa Kegembiraan

Pakis

Berminat dalam fotografi merupakan hobi selepas bersara. Oleh kerana risau kehidupan bersara amat membosankan, saya membeli sebuah kamera untuk mangambil foto.

Sering melancong ke merata tempat sejak berundur dari pekerjaan. Gabung jalin pengembaraan dan fotografi membolehkan perjalanan saya dapat meninggalkan memori manis. Kunjungan ke Bukit Panorama Lembing berjaya merakam awan pesona dan pakis yang unik.

Oh! Di luar dugaan saya, kamera berperanan memperluaskan visi dan membawa keseronokan kepada saya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sungai Lembing
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Sunday, December 16, 2012

Ambil Angin Di Pantai Redang Sekinchan

Pantai Redang

Terdapat Pulau Redang tidak jauh dari Kuala Terengganu. Kebetulan ada pantai yang bernama Pantai Redang di Sekinchan, Selangor.

Selain menikmati makanan laut lazat ketika berada di Sekinchan, anda boleh berkunjung ke Pantai Redang untuk menenangkan fikiran. Bagi penduduk bandar, Pantai Redang merupakan satu destinasi untuk melawat pada cuti atau hujung minggu.


Pantai Redang

Seperti anda dapat tahu dari foto, pantai terselerak dengan plastik beg dan sampah-sarap.

Perlindungan alam sekitar ialah tanggungjawab semua. Hentikan menjadi kutu sampah yang mementingkan diri, membersihkan sampah sebelum meninggalkan pantai. Selagi semua orang menunaikan tanggungjawab masing-masing, dunia akan menjadi lebih cantik.

Jangan mencemarkan alam sekitar dan mengekalkan bumi yang menarik kepada generasi masa depan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Adun Sekinchan Ng Suee Lim
Kampung Nelayan Bagan Sekinchan
Bersembang Dengan Nelayan Sekinchan

Friday, December 14, 2012

Pulau Terapung Taman Hangang Seoul

Pulau Terapung

Terletak di bahagian selatan Jambatan Banpo di sekitar Taman Hangang, Pulau Terapung dibina di permukaan Hangang.

Pulau Terapung terdiri daripada tiga pulau kecil. Pembinaan Pulau Terapung siap pada tahun lepas dan dibuka untuk orang awam melawat.

Pulau ini bernama Viva. Bentuk Viva merupai putik bunga. Viva terutamanya berperanan sebagai hub hiburan dan pamiran. Di samping itu, terdapat sebuah bar dan satu lantai tarian luar di Viva.


Pulau Terapung

Bentuk Vista seperti sekuntum bunga berkembang sepenuhnya. Vista merupakan pulau terbesar di antara tiga pulau kecil.

Kemudahan pelgagai kegunaan tersedia untuk konsert, majlis tari-menari, persembahan kebudayaan dan persidangan antarabangsa. Selain itu, didapati sebuah restoran dan satu dek di tingkat atas Vista.


Pulau Terapung

Terra ialah pulau terkecil yang menyediakan pelantar untuk sukan air dan aktiviti masa lapang. Kelab, luncur air dan taman atas bumbung juga disediakan di Terra.

Kemasukan ke Pulau Terapung percuma. Anda boleh pergi ke Pulau Terapung dengan menaiki Subway laluan 3 atau laluan 7. Turun di Stesen Terminal Bas Ekspres Banpo dan keluar dari pintu 1 atau pintu 8.

Masa dibuka:
April hingga Oktober: 9 pagi hingga 11 malam
November hingga Mac: 9 pagi hingga 9 malam

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang

Wednesday, December 12, 2012

Penduduk Pengerang Membantah RAPID

Petronas

Terletak di bahagian tenggara Johor di Semenanjung Malaysia, Pengerang ialah lokasi Petronas' Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID). Ekoran masalah tuntutan tanah, kemajuan RAPID diperlambatkan.

Rakyat Malaysia dari semua arah menuju ke Pengerang untuk memberi sokongan kepada penduduk setempat Pengerang menentang pembinaan RAPID. Walaupun terdapat tentangan daripada pencinta alam sekitar dan penduduk tempatan Pengerang, kerajaan Barisan Nasional mengabaikan pendapat awam dan meneruskan projek RAPID.

Rakyat Malaysia harus bersatu dengan teguh dan menolak secara berani terhadap langkah-langkah yang tidak munasabah.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Pekan Udang Karang Sungai Rengit
Restoran Super Lobster Sungai Rengit

Monday, December 10, 2012

Hotel Eden 54 KK Sabah

Hotel Eden 54

Hotel Eden 54 terletak di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Lokasi Hotel Eden 54 sungguh sesuai. Jesselton Point berada tidak juah dari Hotel Eden 54. Anda hanya perlu berjalan kaki tidak daripada 5 minit dari Hotel Eden 54 ke Jesselton Point.

Suria Sabah Shopping Mall juga berhampiran dengan Hotel Eden 54. Anda boleh membeli-belah di Suria Sabah Shopping Mall sebelum menigggalkan Kota Kinabalu.


Hotel Eden 54

Keadaan Hotel Eden 54 bersih dan nyaman. Wifi tersedia di Hotel Eden 54. Bilik tamu selesa dan lobi dihias dengan unik. Pekerja-pekerja mesra dan sanggup membantu. Pelawat berasa seperti tinggal di rumah.

Terdapat banyak kafe dan kedai kopi di sekitar Hotel Eden 54. Jadi, anda jangan risau tentang makanan dan minuman.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Sunday, December 9, 2012

Perkhidmatan Kak Tunda Kereta MCA Tamat

Kak Tunda Kereta

Penyelaras Parlimen Selayang MCA, Kak Tunda Kereta Jessie Ooi mengumumkan bahawa perkhidmatan menunda kereta akan ditamatkan. Sebelum itu, Kak Tunda Kereta Jessie Ooi menyediakan perkhidmatan menunda kereta selepas 10:30 malam di jalan raya yang tiada kenderaan.

Kak Tunda Kereta Jessie Ooi telah menjadi sensasi internet setelah melontar soalan bodoh kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada debat terbuka antara Lim Guan Eng dan Presiden MCA Chua Soi Lek.

Menurut laporan media, jawatan Penyelaras Parlimen Selayang Kak Tunda Kereta Jessie Ooi tidak dilanjutkan ekoran ahli MCA Bahagian Selayang membantah lantikan Kak Tunda Kereta Jessie Ooi sebagai Penyelaras Parlimen Selayang.

Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim Siang Chai berhajat bertanding di kawasan parlimen Selayang pada pilihan raya umum ke-13. Kak Tunda Kereta Jessie Ooi ingin merebut peluang Donald Lim Siang Chai selaku presiden MCA Selangor. Usaha Kak Tunda Kereta Jessie Ooi tidak akan berjaya sekalipun dapat sokongan Presiden MCA Chua Soi Lek.

MCA sudah sakit tenat setelah dilanda tsunami politik 308 tetapi ahli MCA masih bertarung sesama sendiri. Kemungkinan ini gejala MCA menjelang kepupusan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Najib Razak Bersedia Berundur
Chua Soi Lek Gemar Isu Agama Islam
Adnan Yaakob Akan Mengerat Telinga

Friday, December 7, 2012

Awan Pesona Bukit Panorama Lembing

Awan Pesona

Kami memanjat Bukit Panorama Lembing untuk menyaksi matahari terbit yang indah. Malang sekali, hujan turun renyai-renyai pada awal pagi itu. Matahari mogok dan enggan bertemu mana-mana pelawat.

Awan Pesona

Walaupun kami terlepas matahari terbit tetapi kami bernasib baik untuk melihat awan yang mengagumkan.

Awan pesona bukan sahaja merupakan landskap semula jadi tetapi juga mencantikkan pergunungan di sekitar Sungai Lembing. Pengunjung Bukit Panorama Lembing seolah-olah berada di dunia maya.


Bukit Panorama Lembing

Pondok ini terletak di kaki Bukit Panorama Lembing. Jarak di antara pondok ini dengan Country View Inn hanya beberapa minit berjalan kaki. Ikut trek dan menaik bukit berdasarkan kecergasan fizikal anda supaya tidak mengalami kecederaan.

Bukit Panorama Lembing

Terdapat sebuah pondok di lereng bukit. Berehat sebentar sebelum menuju ke puncak bukit.

Langkah-langkah harus diambil:

Dinasihatkan mendapat tahu cuaca Sungai Lembing melalui internet sebelum bertolak. Jika anda tidak ingin basah dalam hujan, lebih baik menyediakan peralatan hujan.

Tambahan pula, sekiranya anda mahu menonton matahari terbit, anda mesti mendaki Bukit Panorama Lembing sebelum matahari muncul. Jadi, anda perlu membawa lampu suluh, jika tidak anda akan terjatuh ke lembah dalam gelap.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Wednesday, December 5, 2012

Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Muzium Roti

Apabila melalui muzium roti, pelancong akan berhenti dan mengambil gambar untuk kenangan manis.

Terdapat beberapa muzium di Zaanse Schans. Antara muzium itu termasuk muzium jam, Muzium Zaans, muzium kedai runcit dan muzium bir dengan bilik merasa.


Pusat Kraft

Saense Lelie dipindah dari Westzaan ke Zaans Schans pada tahun 1973. Berperanan sebagai pusat kraf dan lukisan. Saense Lelie mempamerkan pelbagai kraft dan lukisan tempatan.

Demonstrasi meniup kaca dan membuat tembikai biru delft oleh tukang mahir diadakan pada setiap hari.


Kedai Foto

Ini merupakan foto sebuah kedai foto di dalam Zaanse Schans. Jurufoto akan mengambil foto untuk anda.

Di samping menyediakan perkhidmatan potografi, kedai foto ini juga menjual cenderamata seperti beg, topi, poskad, kasut kayu, rantai kunci dan model kincir angin.


Gerai Foto

Sebelum meninggalkan Zaanse Schans, anda akan lalu sebuah gerai foto. Semua foto yang telah diambil oleh krew foto akan dipamirkan di situ.

Jangan bimbang anda tidak akan dipaksa untuk membeli foto. Anda boleh membeli foto sekiranya anda ingin.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Menjelajah Eropah Dengan Bas Persiaran

Tuesday, December 4, 2012

Najib Razak Bersedia Berundur

Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sedang menghadapi krisis dalam kerjaya politiknya.

Najib Razak perlu mengatasi masalah musuh dalam selimut dari sabotaj dia. Tambahan pula, dia sering sibuk menentang serangan daripada pesaing politik dari barisan pembangkang.

Najib Razak terus meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, Barisan Nasional masih melakukan kesalahan terlebih belanja berulang-ulang. Usaha transformasi yang di sebutkan oleh dia adalah benar-benar kegagalan.

Sikap terlebih belanja di kalangan pegawai kerajaan kekal tidak berubah. Insiden NFC berakhir sebagai satu rekod Buku Guinness of Records di bawah kategori jenaka.

Apapun keputusan pilihan raya umum yang akan datang, Najib Razak terpaksa menjejak langkah kaki bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk berundur. Kecuali Pakatan Rakyat ditewas dengan teruk, jika tidak gologan penentang dalam UMNO akan memaksa dia menyerahkan kuasanya.

Najib Razak sedang berada dalam kerumitan. Dia akan di singkir dari arena politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Burung Marah Membantah BN
Berjamu Ringan Dengan Ambiga
Adnan Yaakob Memotong Telinganya

Monday, December 3, 2012

Adnan Yaakob Akan Mengerat Telinganya

Adnan Yaakob

Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mengatakan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan jadi medan untuk pengundi kerusi parlimen Kuantan membuat keputusan sama ada setuju atau tidak terhadap isu Lynas.

Adnan Yaakob juga menegaskan bahawa sekiranya Barisan Nasional hilang kerusi parlimen Bentong pada pilihan raya umum berikutnya, dia akan potong telinganya dan terjun ke dalam Sungai Pahang. Di samping itu, MCA patut dibubarkan dan lenyap di arena politik Malaysia.

Oleh kerana Adnan Yaakob ingin mengerat telinganya dan menjunam ke dalam sungai, maka pengundi Bentong yang diperdaya selama melebihi 50 tahun patut memenuhi hajatnya.

Menyokong sepunuhnya kepada calon Pakatan Rakyat bukan sahaja dapat menunaikan impian Adnan Yaakob tetapi juga memberi kejutan besar kepada MCA yang tidak boleh diharap.

Sementara itu, pengundi kerusi parlimen Kuantan harus menolak Barisan Nasional yang meluluskan pembinaan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan.

Rakyat Malaysia mesti memilih kerajaan baru dengan bijaksana untuk menjaminkan masa depan cerah dan bahagia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Burung Marah Membantah BN
Berjamu Ringan Dengan Ambiga
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Sunday, December 2, 2012

Adun Sekinchan Ng Suee Lim

Ng Suee Lim

Apabila sebut tentang Sekinchan, tentulah harus memperkenalkan Adun Sekinchan Ng Suee Lim.

Ng Suee Lim berperanan penting dalam peningkatan industri pelancongan Sekinchan. Oleh sebab itu, beliau amat dihormati oleh penduduk Sekinchan.

Parti pembangkang tewas teruk dalam pilihan raya umum tahun 2004. DAP hanya tinggal dua wakil di Dewan Undangan Selangor, iaitu Teng Chang Khim dan Ng Suee Lim. Mereka berganding bahu memperjuang dengan seboleh-bolehnya untuk mengasaskan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor. Akhirnya, Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Selangor pada 3 Mac 2008.

Semasa pilihan raya kecil di Merlimau pada tahun 2011, Ng Suee Lim muncul di ceramah Pakatan Rakyat. Beliau berkempen untuk calon dari Parti PAS, Yuhaizad. Sudah berulang kali mendengar Ng Suee Lim berucap di ceramah politik. Beliau sungguh mahir berpidato dan bertutur dalam bahasa Jawa. Lawan politik Ng Suee Lim sangat takut akan beliau, terutama Menteri Pertanian Noh Omar.

"Roti Najib tanpa telur" merupakan kata Ng Suee Lim yang paling terkenal. Sebenarnya Ng Suee Lim menyindir Perdana Menteri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen dan mengumum tarikh pilihan raya umum ke-13.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Kampung Nelayan Bagan Sekinchan
Bersembang Dengan Nelayan Sekinchan