Showing posts with label Kancah Sukan. Show all posts
Showing posts with label Kancah Sukan. Show all posts

Monday, March 20, 2017

Barcelona Singkir Paris St-Germain



Pasukan La Liga Sepanyol Barcelona mencapai misi mustahil Pasukan Liga Perdana England Arsenal dalam pusingan 16 Liga Juara-juara Eropah.

Barcelona telah ditewas oleh Pasukan Liga 1 Perancis Paris Saint-Germain 0--4 ketika perlawanan di tempat lawan di Stadium Paris Princes Park. Mereka berharap untuk menang Paris Saint-Germain dengan bilangan jaringan yang banyak dalam perlawanan sebagai tuan rumah di Camp Nou.

Sungguh mengagumkan kerana Barcelona tidak mengecewakan peminat setianya. Dengan pretasi hebat oleh pemain, Barcelona menebusi kubu Paris Saint-Germain's sebanyak 6 kali. Cukup bernaisb baik, dengan agregat 6--5, Barcelona berjaya menyingkirkan Paris Saint-Germain daripada pasukan 16 terakhir Liga Juara-juara Eropah.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 2

Wednesday, March 15, 2017

Pasukan Tauhu Arsenal



Pasukan Liga Perdana England Arsenal telah ditewaskan oleh Pasukan Bundesliga Jerman Bayern Munich di Stadium Emirates.

Liga Juara-juara Eropah pusingan 16, Arsenal kalah kepada Bayern Munich (1--5) semasa perlawanan di tempat lawan. Gunners harap dapat mengubah keputusan dalam perlawanan sebagai tuan rumah di Stadium Emirates.

Walau bagaimanapun, Arsene Wenger sungguh kecewa kerana pasukannya tidak mampu menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Emirates.

Pemain Arsenal bermain seperti ketam kaki lembut dan dihina oleh Bayern Munich dengan keputusan 1--5 sekali lagi. Keputusan yang memalukan itu benar-benar mengecewakan penyokong Arsenal.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 2

Wednesday, November 4, 2015

Kaki Emas David Beckham



Kaki kanan emas David Beckham sunggguh luar biasa. Kehebatan kaki kanan beliau bukan sahaja mengagumkan pemain pasukan lawan, malahan menakjubkan peminat bola sepak di seluruh dunia.

David Beckham menjadi terkenal di Liga Perdana England. Beliau berkhidmat dengan kelab gergasi Liga Perdana England, Manchester United Football Club. Babak-babak cemerlang David Beckham menjaringkan gol terakam dalam video ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 2010
Ultraman Membalas Dendam
Sepanyo Menjulang Piala Dunia

Wednesday, May 28, 2014

Ultraman Membalas Dendam


Ultraman

Balas dendam Ultraman Jepun telah berlaku di New Delhi India pada 25 Mei.

Oleh kerana diharamkan oleh Malaysia, Ultraman bertukar menjadi pemain badminton dan membelasah Pasukan Piala Thomas Malaysia di New Delhi.

Jepun berjaya menumpaskan China dan bertemu Malaysia dalam pertandingan akhir. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang beranking teratas di kancah badminton. Malangnya Malaysia mengalami kekalahan dalam Pertandiang Akhir Piala Thomas.

Ini semua kesalahan kangkung. Sekiranya Perdana Menteri Najib Razak tidak menyeru rakyat makan kangkung, keputusan Pertandingan Akhir Piala Thomas akan berbeza.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Panda Malaysia Altantuya
Pakaian Kuning Diharamkan
Botol Air Mineral Senjata Maut

Sunday, July 18, 2010

Sepanyo Menjulang Piala Dunia 2010


Piala Dunia 2010

Saya menulis sebuah rencana tentang ramalan pemenang Piala Dunia 2010 pada Disember 2009. Berdasarkan 8 kumpulan bagi 32 pasukan yang berjaya ke pusingan akhir telah ditetapkan, pasukan yang berpeluang menjuarai Piala Dunia 2010 ialah Sepanyol, England, Brazil, Itali dan Argentina.

Juara bertahan Itali tidak mampu mengekalkan gelarannya. Bahkan Itali telah tersingkir di perlawanan kumpulan. Sebagai johan empat kali, Itali tidak diduga menyerah diri pada peringkan awal. Walaupun England menentang Jerman dengan penuh semangat tetapi berakhir dengan kehampaan. Di muka jurulatih England Capello jelas terbayang kekecewaan.

Samba Amerika Selatan lenyap, pasukan Brazil terpaksa pulang awal. Mereka dihantar balik oleh orang Belanda. Argentina yang di bawah pimpinan Maradona tidak dapat mengulangi sejarah 1978, iaitu menjaringkan gol dengan tangan.

Nasib baik, juara Piala Eropah 2008 Sepanyo berjaya menewaskan Belanda dan menjadi juara Piala Dunia kelapan

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 2