Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Pengkalan Kubor Kelantan


Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor merupakan sebuah bandar di Utara Kelantan.

Peta Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor terletak di muara Sungai Golok dan bersempadan dengan Thailand Tak Bai.

Sungai Golok

Oleh kerana tiada jambatan, penduduk Tak Bai dan Pengkalan Kubor menaiki bot atau feri pergi balik dua tempat.

Jeti Pengkalan Kubor

Penduduk Tak Bai dan Pengkalan Kubor menaiki feri di Jeti Pengkalan Kubor. Jeti feri ini dibina di belakang Kompleks ICQS Pengkalan Kubor.

Jabatan Imigresen Pengkalan Kubor

Kereta sedang beratur di Jabatan Imigresen untuk menaik ke feri yang membawa kenderaan dan penumpang ke Tak Bai.

Feri Pengkalan Kubor

Beberapa buah kenderaan mengikut giliran menaik ke feri yang akan menyeberang Sungai Golok ke Tak Bai di Thailand.

Feri Sri Tanjong

Feri Sri Tanjong yang mengangkut kenderaan dan penumpang sedang menuju ke Tak Bai di sebelah Sungai Golok.

Pengkalan Kubor

Gambar ini menunjukkan kadar bayaran tambang perkhidmatan feri.
Penumpang : RM 0.60
Motosikal / Kereta Sorong : RM 1.50
Van / Kereta (Termasuk Penumpang) : RM 5.00
Bas (Termasuk Pemandu dan Penumpang) : RM 10.00
Lori 6 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 7.00
Lori 10 Roda (Termasuk Pemandu dan Kelindan) : RM 10.00
Kargo < 100 kg : RM 1.00
Kargo < 1000 kg : RM 2.00
Kargo > 1000 kg : RM 7.00


Pengkalan Kubor

Gambar ini memaparkan jadual perjalanan feri di Jeti Feri Pengkalan Kubor. Masa perjalanan akhir feri adalah pada 6:30 petang.

Penkalan Kubor

Papan tanda menyambut pelancong asing ini kelihatan di Jeti Feri Pengkalan Kubor. Gambar terpapar di papan tanda itu berhubung dengan warisan budaya Kelantan.

Jabatam Kastam Pengkalan Kubor

Kami melalui Jabatan Kastam Pengkalan Kubor dan mengambil beberapa foto. Tidak banyak kereta atau pejalan kaki keluar dari Jabatan Kastam semasa kami berada di sana.

Pengkalan Kubor

Sekiranya anda mengambil angin di sekitar Pengkalan Kubor, jangan terlepas peluang bersiar-siar dan melihat-lihat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang di sebelah Kompleks ICQS Pengkalan Kubor.

Pengkalan Kubor

Selain pelbagai pakaian, beraneka makanan dapat di beli di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kami singgah di gerai ini untuk membeli gajus dan asam jawa.

Gajus

Gajus yang kami beli sedap dan tidak mahal. Tidak ingat harga gajus yang kami beli. Kami habiskan gajus itu ketika kami singgah di Kuala Terengganu.

Asam Jawa

Asam Jawa ini diimpot dari Tailand. Rasa asam jawa ini boleh tahan. Tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak tertelan ulat yang singgah dalam asam jawa.

Kek Lapis

Di samping gajus dan asam jawa, gerai tersebut juga jual kek lapis. Kek lapis Pengkalan Kubor berwarna-warni itu sungguh cantik.

Kacang Cerdik

Saya amat suka makan kacang cerdik. Tidak pasti sama ada kacang cerdik itu dibawa masuk dari Thailand atau negara lain.

Makanan Jeruk

Makanan jeruk juga terdapat di Kawasan Cukai Bebas Pengkalan Kubor. Kalau anda gemar makanan jeruk, anda pasti membeli hingga pusa-puas.

Dodol

Dodol juga dapat dibeli di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Dodol Kelantan ada beberapa warna berbanding dengan dodol Melaka yang hanya berwarna perang tua.

Kompleks ICQS Pengkalan Kubor

Pelawat meletak kereta di Komplesk ICQS Pengkalan Kubor. Seorang wanita bersama anak-anaknya siap membeli-belah di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor dan akan meninggalkan Pengkalan Kubor.

PRK DUN Pengkalan Kubor

Kebetulan Pilihan Raya Kecil akan dijalankan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dari BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Menurut sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor telah ditetapkan pada 13 September 2014. Manakala hari pengundian akan diadakan pada 25 September 2014.

Post Berkaitan
Pantai Irama Bachok
Dynasty Inn Kota Bharu
Rantau Panjang Kelantan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, June 6, 2013

Pantai Irama Bachok Kelantan

Pantai Irama

Selepas melawat Wat Phothikyan, kami menuju ke Pantai Irama. Kereta membelok-belok, akhirnya Laut China Selatan muncul di depan kami.

Pantai Irama

Layang berwarna-warni berbaris di bawah pokok seperti sedang menunggu peminat membeli.

Pemandangan Pantai Irama sungguh pesona. Penduduk Bachok sering pergi ke Pantai Irama untuk mengisi masa lapang. Mengiring anak mandi di laut atau bermain layang di pantai dapat merapatkan hubungan keluarga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Golok Dan Rantau Panjang
Sekolah Chung Hwa Kelantan
Sekitar Rantau Panjang Kelantan

Tuesday, May 28, 2013

Sekitar Rantau Panjang Kelantan

Rantau Panjang

Selepas melawat ke Masjid Sultan Ismail Petra, kami menuju ke Rantau Panjang di sempadan Thailand dan Malaysia.

Rantau Panjang terletak di barat-laut Kelantan dan diasingkan dari Golok oleh Sungai Golok. Sungai Golok dijadikan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Penduduk Golok dan Rantau Panjang beralih dua tempat dengan menaiki sampan bermotor.


Rantau Panjang

Terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan di Rantau Panjang. Kebanyakan gerai ini diuruskan oleh wanita. Barangan yang dijual termasuk makanan kering dan buah-buahan Kelantan.

Rantau Panjang

Gerai makanan bergerak boleh didapati di Rantua Panjang. Selain menjual minuman sejuk, makanan goreng yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia juga dijual.

Polis Malaysia

Orang Kelantan ramah-tamah. Pegawai polis yang bertugas juga memaparkan senyuman di wajah mereka. Sekiranya anda tersesat jalan atau mempunyai pertanyaan, pegawai polis bersedia menghulurkan bantuan kepada anda.

SJKC Khay Boon

Kehidupan orang Cina sama dengan orang Cina di neger-negeri lain di Malaysia. Mereka berpeluang menerima pendidian Bahasa Cina. SJKC Khay Boon Rantau Panjang membuktikan segala tuduhan MCA dan Parti Gerakan adalah dusta saja.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Friday, May 24, 2013

Rumah Kediaman Nik Aziz

Nik Aziz

Rumah berwarna hijau ini tidak berbeza dengan rumah biasa terdapat di kampung. Sekiranya anda dapat tahu tuan rumah ini, anda pasti akan terperanjat.

Nik Aziz

Rumah hijau ini yang terletak di Pulau Melaka di Kota Bharu, merupakan rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz

Rumah Nik Aziz Nik Mat tidak mewah, kereta keluarganya pun kereta biasa saja.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Kebun Sultan Kota Bharu
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan

Tuesday, May 21, 2013

Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan

Masjid Sultan Ismail Petra

Terletak di Rantau Panjang, Masjid Sultan Ismail Petra merupakan mercu tanda keagungan Islam di Kelantan.

Masjid Sultan Ismail Petra dibina pada tahun 2005 dan siap dibina pada tahun 2009. Kos binaan Masjid Sultaan Ismail Petra sebanyak RM 8800000.


Masjid Sultan Ismail Petra

Masjid Sultan Ismail Petra berciri gabung jalin Islam dan seni bina Cina yang menyerupai Masjid Niujie di Beijing.

Kini, Masjid Sultan Ismail Petra telah menjadi tempat penarikan pelancong. Pelawat singgah di Masjid Sultan Ismail Petra sebelum meneruskan perjalanan ke Golok, Thailand.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Wednesday, May 15, 2013

Jalan Kebun Sultan Kota Bharu Kelantan

Kota Bharu

Jalan Kebun Sultan merupakan salah satu jalan di Kota Bharu, Kelantan. Dynasty Inn yang saya menginap ketika melawat ke Kelantan, terletak tidak jauh dari Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu.

Kota Bharu

Terdapat banyak kedai perniagaan Cina di Jalan Kebun Sultan. Ternyatalah segala tuduhan MCA dan Gerakan dusta belaka.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Monday, May 13, 2013

Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Dynasty Inn

Terletak di Kota Bharu Jalan Sultanah Zainab, lokasi Dynasty Inn sungguh sesuai dan harga bilik tamu berpatutan.

Dynasty Inn

Bilik tamu Dynasty Inn luas dan selesa. Peralatan terdapat di bilik tamu termasuk teh set, cerek letrik, peti sejuk mini, papan seterika dan pengering rambut.

Katil bilik tamu selesa dan bilik mandi bersih. Rancangan Astro and port sambungan internet juga disediakan dalam bilik tamu.


Dynasty Inn

Meninggalkan Sungai Lembing, kami menuju ke Kelantan. Lawatan tiga hari dua malam di Kelantan, kami menginap di Dynasty Inn di Kota Bharu. Dynasty Inn berada di pusat bandar Kota Bharu dan tidak jauh dari Jalan Kebun Sutan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang