Monday, April 28, 2014

Obama Mengkritik BN



Presiden Amerika Barack Obama melawat secara rasmi ke Malaysia baru-baru ini.

Semasa "Mesyuarat Townhall" dengan belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Barack Obama menghentam kerajaan Malaysia dengan teruk.

Dalam ucapannya, Barack Obama mendedahkan bahawa Malaysia tidak akan berjaya sekiranya minoriti ditindas. Jadi ia jelas seperti kristal, BN patut memansuhkan dasar diskriminasi yang tidak adil. Jika tidak, Malaysia akan kekal selama-lamanya sebagai satu jenaka dan hiburan sedunia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Nurul Izzah Membidas BN
Barack Obama Dan Malaysia

Sunday, April 27, 2014

Pelayaran Terusan Amsterdam

Terusan Amsterdam

Terdapat melebihi seratus terusan di ibu kota Belanda, Amsterdam.

Terusan Amsterdam

Oleh kerana terusan silang-menyilang, Amsterdam digelar sebagai "Kota Raya Terusan".

Pelayaran Terusan Amsterdam

Mengalami pelayaran terusan merupakan peluang yang menarik ketika melancong di Amsterdam.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Didapati banyak syarikat menyediakan perkhidmatan pelayaran terusan kepada pelancong dari seluruh dunia di Amsterdam.

Syarikat Pelayaran Lovers

Syarikat Lover ialah salah sebuah syarikat pelayaran terusan di Amsterdam. Gambar ini menunjukkan sebuah bot Syarikat Lovers melalui Hotel Ibis dan tempat meletak basikal.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Bot pelayaran terusan ini sungguh istimewa kerana khas untuk dua orang. Anda boleh menyewa sebuah bot jika ingin menikmati keindahan Amsterdam dalam suasana romantik.

Dutchman Terapung

Anda juga boleh menaiki Floating Dutchman melayar terusan Amsterdam. Dimiliki Syarikat Lovers, Floating Dutchman ialah kenderaan amfibia yang boleh digunakan di darat dan dalam air.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Satu lagi foto pelayaran terusan Amsterdam. Sebuah bot pelayaran terusan hantar penunpang ke jeti. Di seberang terusan, ramai pelancong sedang menunggu giliran untuk menaiki bot pelayaran.

Rumah Bot Amsterdam

Pelbagai rumah bot boleh dilihat di sepanjang terusan-terusan Amsterdam.

Ada rumah bot dijadikan kediaman penduduk Amsterdam. Ada rumah bot dijadikan kafe, restoran dan muzium. Selain itu, ada rumah bot terbengkalai saja.


Rumah Amsterdam

Duduk dalam bot pelayaran terusan yang selesa, anda dapat menyaksikan bangunan dan pemandangan Amsterdam yang amat nostalgia.

Seperti yang anda lihat dalam gambar, bangunan Amsterdam memang berbeza dengan bangunan Malaysia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Thursday, April 17, 2014

Jalan Besar Kuala Lipis

Kuala Lipis

Setelah siap daftar masuk ke Hotel Lipis Plaza, kami berjalan-jalan di sekitar bandar lama Kuala Lipis.

Kuala Lipis

Gambar ini diambil di Jalan Besar Kuala Lipis pada waktu senja. Terdapat tanglung ketupat digantung di sepanjang Jalan Besar.

Kuala Lipis

Keadaan sepi di Jalan Besar Kuala Lipis pada waktu malam. Lalulintas di Jalan Besar memang berbeza pada waktu malam dan waktu siang hari.

Hotel London

Hotel London ini terletak di Jalan Besar Kuala Lipis. Seperti anda lihat dari gamgar di atas, Hotel London bukan sebuah hotel besar sebaliknya sebuah hotel mini.

Hotel Tong Kok

Selain Hotel London, Jalan Besar Kuala Lipis ada sebuah hotel yang lain iaitu Hotel Tong Kok. Hotel Tong Kok juga menyediakan minuman dan makanan untuk pelanggan.

Kedai Gunting Rambut S. Veluppillai

Sebuah kedai gunting rambut terletak di Jalan Besar Kuala Lipis. Kedai ini bernama Kedai Gunting Rambut S. Veluppillai. Penduduk sekitar Kuala Lipis suka berkunjung ke kedai gunting rambut ini.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Dataran Informasi Kuala Lipis

Monday, April 14, 2014

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu

Kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu setelah bersarapan di Hotel Sri Malaysia.

Peta Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu terletak 3 km atau 10 minit memandu dari Kuala Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Tiket masuk dibahagikan kepada dua jenis iaitu tiket warganegara dan tiket bukan warganegara.

Muzium Negeri Terengganu

Dibina di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Muzium Negeri Terengganu Ditubuhkan pada tahun 1976.

Tram Muzium Negeri Terengganu

Oleh kerana kawasan Muzium Negeri Terengganu terlalus luas, tram disediakan untuk pelawat yang tidak ingin berjalan kaki.

Muzium Negeri Terengganu

Didapati dwibahasa di papan tanda perkhidmatan tram di Muzium Negeri Terengganu. Papan tanda ini menunjukkan waktu operasi dan harga tiket tram.

Rumah Bujang Berpeleh

Rumah replika Bujang Berpeleh yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu. Pemilik asal Rumah Bujang Berpeleh ialah Hajah Hasanah Bt. Kassim di Jalan Hilir Kuala Terengganu.

Perahu Sabar T82

Perahu besar ini bernama Sabar dan didaftar dengan nombor pendaftaran T82. Pemilik Perahu Sabar T82 ialah Haji Awang yang tinggal di Kampung Losong. Perahu tersebut dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada tahu 1982.

Muzium Negeri Terengganu

Alam sekitar Muzium Negeri Terengganu sungguh indah. Bangunan unik dan landskap pesona berjaya menarik para pengunjung. Gabungan kedua keadaan ini amat sesuai untuk mengambil gambar di persekitaran Muzium Negeri Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Informasi operasi Muzium Negeri Terengganu:

Sabtu hingga Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Dibuka semula pada 3.00 petang - 5.00 petang

Hari Kelepasan Am
9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua sahaja.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu

Friday, April 11, 2014

Motel Boutique Amain Taiwan

Motel Boutique Amain

Dari Pasar Malam Shilin, kami beralih ke Motel Boutique Amain.

Motel Boutique Amain

Peta Google ini menunjukkan lokasi Motel Boutique Amain di Tuchang Taipei Taiwan.

Motel Boutique Amain

Kami menginap di Motel Boutique Amain pada malam pertama ketika melancong di Taiwan.

Motel Boutique Amain

Ruang membuat minuman bilik tamu Motel Boutique Amain amat berbeza. Rekaan ruang ini berunsur kesenian yang unggul.

Motel Boutique Amain

Bilik air bilik tamu Motel Boutique Amain luas dan selesa. Semua alat tersedia dalam bilik air bersih dan disusun dengan kemas.

Motel Boutique Amain

Sebuah tab mandi jacuzzi didapati di bilik air bilik tamu Motel Boutique Amain. Oleh kerana sangat letih dan kesuntukan masa, kami tidak sempat mengguna tab mandi jacuzzi.

Tudung Lampu

Tudung lampu cantik ini terdapat di bilik tamu Motel Boutique Amain. Saya tidak terlepas peluang mengambil gambar kerana tudung lampu ini terlalu unik dan menarik.

Post Berkaitan
Kuih Nanas Taiwan
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong

Tuesday, April 8, 2014

Musim Bunga Yeouido Seoul

Musim Bunga

Pemandangan musim bunga di Yeouido Seoul Korea Selatan.

Peta Yeouido

Peta Google ini menunjukkan lokasi Yeouido Seoul Korea Selatan.

Cherry Blossom

Yeouido merupakan tempat yang paling sesuai untuk menghayati cherry blossom di Seoul pada musim bunga.

Musim Bunga

Selain cherry blossom, bunga tulip merah jambu dan bunga daisi berwarna-warni juga terdapat di Yeouido pada musim bunga.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artike Ini
Pelayaran Hangang Seoul
Profil Google Zuiyanhong

Saturday, April 5, 2014

Kenangan Manis Di Perth

Lapangan Terbang Perth

Insiden pesawat MH 370 mengingatkan saya bercuti bersama keluarga di Perth Australia Barat.

Perth

Kami terbang ke Perth pada hujung tahun 2002 dan bersukaria di sana selama tujuh hari lima malam.

Anggur

Dusun anggur ialah salah satu destinasi perjalanan kami. Anggur hijau tergantung dalam gugusan di pohon anggur.

Koala

Koala yang sedang mengantuk ini ialah haiwan kegemaran pelawat Taman Hidupan Liar Caversham. Taman Hidupan Liar Caversham terletak di Lord Street Perth Western Barat.

Gunting Bulu Biri-biri

Dari Taman Hidupan Liar Caversham, kami beralih ke sebuah ladang. Kami singgah semalam di ladang tersebut dan berpeluang melihat penternak menunjukkan cara menggunting bulu biri-biri.

Angsa Hitam

Angsa hitam ini sedang menikmati berenang di Tasik Monger. Ingat berkunjung ke Tasik Monger ketika anda melancong di Perth. Terdapat pelbagai burung di Tasik Monger termasuk angsa hitam.

Burung Nuri

Selain melihat burung di Tasik Monger, anda juga boleh memberi makanan dan bergambar dengan burung nuri. Burung nuri akan hinggap di tapak tangan anda untuk makan bijirin yang anda sediakan.

Kings Park Perth

Ini gambar Taman Kings Perth di Western Australia. Taman Kings ialah sebuah taman botanikal yang berada di bahagian barat Perth. Dari Taman Kings anda berpeluang menghayati pemandangan pesona Sungai Swan.

Fremantle

Kanak-kanak amat gembira memberi makanan kepada burung cemar di taman Fremantle.

Jarak antara Perth dan Fremantle tidak jauh hanya 19 km. Fremantle yang didapati di muara Sungai Swan ialah pelabuhan utama Australia Barat.


Pelabuhan Kapal Hillarys

Sejauh 20 minit memandu dari Perth, Pelabuhan Kapal Hillarys yang sungguh indah ialah permata Australia Barat.

Pelabuhan Kapal Hillarys menghadapi Lautan India yang luas dan dalam. Program melihat ikan paus tersedia dari September hingga Disember.


Perth

Kami bersempatan menyaksikan perarakan Natal di Perth.

Sebelum perarakan bermula, kami membeli-belah di Murray Street Mall dan Hay Street Mall pada petang itu. Pelancong dan penduduk Perth bersama-sama berpesta dengan meriah mulai 7:00 pada malam itu.


Gurun Pinnacles

Foto ini menampilkan destinasi terkenal Australia Barat iaitu Gurun Pinnacles.

Berdasarkan panduan maklumat pelancong yang saya ada, Gurun Pinnacles lebih kurang 254 km dari Perth. Sekiranya anda ingin mengalami Gurun Pinnacles, anda harus ada masa sehari untuk memandu pergi dan balik.


Pasir Gelongsor

Salah satu aktiviti yang menarik sewaktu melawat Gurun Pinnacles adalah bermain pasir gelongsor. Jangan terlepas peluang bermain pasir gelongsor di Gurun Pinnacles.

Anda boleh cuba gaya gelongsor yang berlainan. Cara yang paling mudah adalah duduk di atas papan gelongsor dan gelongsor ke bawah cerun.


Lautan India

Menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bahawa Lautan India Selatan ialah lokasi pesawat MH 370 berakhir.

Gambar Lautan India Selatan ini diambil pada masa selepas kunjungan kami ke Gurun Pinnacles. Air Lautan India Selatan sungguh biru dan tiupan angin sungguh kencang.

Sebagai mengakhiri post ini, saya berdoa semoga pesawat MH 370 dapat dicari secepat mungkin.

Post Berkaitan
Penulis Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong