skip to main |
skip to sidebar
Kami beralih ke Kubu Armourial setelah melawat Gerbang St Paul.
Kubu Armourial terletak di atas bukit yang berhampiran dengan Gerbang St Paul.
Ini merupakan tanda jalan yang menunjukkan arah ke Muzium Macau dan Kubu Armourial.
Terdapat beberapa orang pelancong sedang mengambil gambar di kaki bukit Kubu Armourial.
Patung Matteo Ricci yang menegak di kaki bukit. Matteo Ricci ialah seorang paderi Itali yang berdakwah di Cina.
Mujurnya tangga batu tersedia untuk pengunjung. Jika tidak kami tidak ingin mendaki ke atas bukit Kubu Armourial.
Sebuah kedai minuman yang berniaga di Kubu Armourial. Pelbagai minuman sejuk dan panas disediakan untuk pelangan yang dahaga.
Satu lagi lokasi untuk mengambil foto di Kubu Armourial. Mengambil gambar telah menjadi tabiat orang yang gemar melancong.
Foto ini diambil dari Kubu Armourial. Bahagian atas bangunan yang unik dan berwarna kuning itu ialah Hotel Grand Lisboa Macau.
Suria Sabah merupakan
salah satu tanda mercu Kota Kinabalu Sabah.
Peta ini menunjukan lokasi Suria Sabah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens.
Peranan Suria Sabah bukan setakat pusat beli-belah tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong.
Terdapat banyak hotel berhampiran dengan Suria Sabah. Hotel Eden 54 berada tidak jauh dari Suria Sabah.
Keputusan PRK N25 Kajang yang dinanti-nantikan telah diumumkan.
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berjaya mengekalkan kerusi N25 Kajang. Beliau berjaya menewaskan lawannya Chew Mei Fun yang mewakili BN.
Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16741 undi dan Chew Mei Fun pula memperoleh 11362. Undi majoriti ialah 5379.
Keputusan PRU ke-13:
BN Lee Ban Seng: 12747
PKR Lee Chin Cheh: 19571
Majoriti: 6824
Pada pendapat saya undi majoriti menurun kerana berhubung kait dengan peratus mengundi. Peratus mengundi pada PRU ke-13 adalah 88.40% dan peratus mengundi PRU adalah 72%.
Sebab yang mengakibatkan undi majoriti merosot mungkin pengundi N25 Kajang menganggap pilihan raya kecil tidak penting.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artike
Profil Google Zuiyanhong
Sebagai tindak balas kepada Najib menggesa orang ramai makan kangkung, member dari Pahang ini memikul kangkung ke Kajang untuk calon BN Chew Mei Fun menikmati.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Kami beralih ke Teluk
Intan Perak, selepas santapan tengah hari di Sabak Bernam Selangor.
Kami menginap di Hotel Anson semasa mengambil angin di Teluk Intan selama semalam dua hari.
Bilik tamu Hotel Anson bersih dan selesa. Walaupun bilik tamu tidak luas tetapi sesuai bagi dua orang singgah semalam.
Gambar ini merupakan lobi Hotel Anson yang sungguh nyaman. Meja dan kerusi tersedia di lobi Hotel Anson untuk tetamu berehat.
Kami bersarapan di
Medan Selera Bukit Fraser pada hari kedua semasa bercuti di Bukit Fraser.
Warung Nurin merupakan salah satu warung yang terdapat di Medan Selera Bukit Fraser.
Selain kuih muih, Warung Nurin Bukit Fraser juga menyediakan nasi lemak dan nasi kerabu.
Kerajaan Malaysia mengharamkan buku komik Ultraman baru-baru ini.
Menurut informasi internet, Kementerian Dalam Negeri Malaysia menuduh buku komik itu berunsur ancaman keselamatan awam. Tindakan tersebut telah menjadi isu hangat perbincangan di kalangan pengguna internet dan menular berleluasa di laman rangkaian sosial.
Ultraman merupakan wira Bumi yang menentang raksasa. Saya percaya ramai rakyat Malaysia tidak asing dengan buku komik dan rancangan televisyen Ultraman.
Sungguh anihnya kerajaan Malaysia mengharamkan penerbitan dan pengedaran buku komik Ultraman.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Panda Malaysia Altantuya
Pakaian Kuning Diharamkan
Botol Air Mineral Senjata Maut
Kami beralih ke Hotel NH
Schiphol selepas menikmati makan malam di Restoran Nam Kee.
Hotel NH Schiphol terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda.
Bilik tamu Hotel NH Schiphol bersih dan selesa. Kami menginap di bilik ini selama tiga malam kerana kami singgah di Belanda tiga hari.
Lobi Hotel NH Schiphol sungguh nyaman dan menawan. Tetamu hotel boleh berehat di lobi ketika menunggu giliran urusan daftar masuk.
Kafe Hotel NH Schiphol berada di sebelah kaunter penerimaan tetamu. Seperti yang anda lihat dari gambar, kafe ditutup pada masa yang tertentu.
Terdapat sebuah taman mini di luar lobi hotel. Anda boleh makan sambil minum di taman mini. Walaupun kami melancong di Belanda pada musim panas, kami berasa sejuk di taman mini pada waktu malam.