Sunday, June 24, 2012

Garam Dan Botol Air Mineral Senjata Maut

Garam dan Botol Air Mineral

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz telah membuat kenyataan yang mengejutkan di Parlimen. Beliau berkata garam dan botol air mineral boleh menjadi senjata yang akan menyebabkan kematian.

Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menuntut kerajaan BN meminta maaf kerana membuat tuduhan tidak berasas mengenai perhimpunan 428. Bertindak balas kepada pertanyaan Lim Kit Siang, Nazri Aziz mengatakan bahawa motif Bersih 3.0 adalah untuk menggulingkan kerajaan. Niat utama Bersih 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka sama seperti senario di Dataran Tahrir Cairo, Dataran Martyrs' Tripoli dan Dataran Kasbah Tunis.

Oleh kerana negeri-negeri Afrika Utara, Egypt, Libya and Tunisia berturut-turut ditumbang oleh telefon bimbit BlackBerry, itulah sebabnya Nazri Aziz terlalu takut garam dan botol air mineral. Ini bermakna Nazri Aziz mengaku kerajaan Barisan Nasional tidak disokong oleh rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat sepatutnya berterima kasih kepada rakyat tetapi sebaliknya tidak berhenti-henti mengugut rakyat. Tidaklah menghairankan rungutan awam semakin teruk. Menukar kerajaan memang tidak dapat dielakkan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak

Saturday, June 23, 2012

Sapaan Perayaan Duan Wu Maxis Communications

Maxis Rice Dumpling

Maxis komunilasi Berhad menghantar saya MMS salam Keraian Kuih Zang kelmarin.

Selepas banting tulang berdekad, saya benar-benar telah kehilangan jejak waktu. Pesanan daripada Maxis Komunikasi Berhad mengingatkan saya tentang ketibaan Pesta Perahu Naga.

Berkhidmat sebagai pendidik berpuluh-puluh tahun lamanya, kehidupan saya yang serba kurang tidak dapat berbanding dengan lembu yang tinggal di kondominium mewah. Lembu lebih diutamakan daripada rakyat di Malaysia. Ini memang Malaysia Boleh.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikle Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Enak Melaka
Perayaan Duan Wu Di Singapura

Friday, June 22, 2012

Pekan Terpencil Sungai Lembing Pahang

Sungai Lembing

Terletak di pantai timur Pahang, Sungai Lembing kira-kira 42 km dari Kuantan. Walaupun Sungai Lembing di kawasan pedalaman tetapi tidak menghindar saya mengunjung pekan kecil ini.

Saya telah tahu tentang landskap menawan Sungai Lembing selama bertahun-tahun. Sayang sekali saya tidak pernah pergi ke sana ketika menetap di Temerloh. Oleh kerana isue rare-earth menimbul, saya mengambil keputusan untuk melawat Sungai Lembing sebelum pekan itu dijadikan tapak buangan.

Sungai Lembing pernah menjadi pengeluar bijih timah utama di dunia. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing diuruskan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Semasa tempoh puncak pengeluaran, PCCL memiliki lombong bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia. Kawasan perlombongan Sungai Lembing ditutup pada 1986 apabila harga timah dunia merosot.

Gambar di atas merupakan jalan utama pekan Sungai Lembing. Terdapat rumah papan lama dua tingkat di sepanjang jalan. Sepohon pokok berusia seratus tahun menegak di tengah jalan. Warga emas akan dilihat berbual-bual dan mengambil angin di bawah pokok tersebut pada waktu senja.

Selain menikmati juadah hebat, kami juga bersiar-siar di tempat menarik sekitar Sungai Lembing.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Sunday, June 17, 2012

Gerimis Malam Suwon Korea Selatan

Suwon

Musim bunga mengunjungi Suwon di Korea Selatan pada April. Hujan musim bunga renyai-renyai sepanjang siang dan malam. Angin dingin bertiup tidak berhenti-hentinya. Saya sangka musim sejuk masih melepak di sekitar Suwon.

Terletak di selatan Seoul, Suwon berjarak 44 km dari Seoul. Terdapat beberapa pilihan untuk bertolak ke Suwon dari Seoul. Anda boleh menaiki bas, teksi atau kereta api. Masa perjalanan dari Seoul ke Suwon lebih kurang 50 minit.

Pemain Liga Perdana UK, Park Ji-Sung dilahirkan dan membesar di Suwon. Sebatang jalan di Suwon dinamakan sempena Park Ji-Sung pada 2005. Suwon juga merupakan pangkalan pengeluaran, penyelidikan dan pusat pembangunan syarikat elektronik gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics.

Suwon ada banyak tempat bersejarah dan pemandangan indah termasuk Seoho, Paldalmun, Hwahongmun, Suwon Hyanggyo, Hwaseong Fortress, Suwon Folk Village, Hwaseong Haenggung and Stadium Piala Dunia Suwon. Hwaseong telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kami singgah di Suwon selama dua malam. Selepas itu, kami beralih ke Seoul untuk melihat bunga Sakura di Taman Hangang Yeouido.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun

Wednesday, June 13, 2012

Mama Bersih Tan Phaik Ean Demonstrasi

Tan Phaik Ean

Mama Bersih Tan Phaik Ean menegaskan bahawa pilihan raya harus dikelolakan dengan bersih demi masa depan generasi kita. Beliau menyertai Bersih 3.0 tanpa ragu-ragu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

Tan Phaik Ean merupakan salah seorang penceramah pada satu forum awam yang dianjurkan oleh Sunflower Electoral Education Movement (SEED). Forum tersebut diadakan pada 26 Mei di Persatuan Heng Ann di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka.

Pengalaman menghadiri demonstrasi bersama beratus ribu penunjuk perasaan yang marah di jalan raya sungguh hebat. Tan Phaik Ean berkongsi keghairahannya dengan para hadirin forum.

Dalam usaha untuk memastikan anak perempuannya memperoleh kualiti hidup yang lebih baik pada masa akan datang, beliau berani untuk menghadapi ancaman meriam air dan gas pemedih mata.

Malah ibu dan suri rumah tidak takut untuk memperjuangkan hak mereka. Ahli-ahli politik tidak tahu malu masih asik mengarut. Rejim kini langsung tiada kredibiliti.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Ketakutan Wong Chin Huat Terhapus
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Saturday, June 9, 2012

Ketakutan Wong Chin Huat Terhapus

Wong Chin Huat

Setelah bertempur dengan meriam air dan gas pemedih mata semasa 709 Bersih 2.0 dan 428 Bersih 3.0, Ahli Jawatan Kuasa Bersih Malaysia Wong Chin Huat tidak lagi takut kezaliman.

Wong Chin Huat berkongsi hasrat beliau berkaitan pilihan raya umum bersih pada suatu forum di Melaka. Terbukti Wong Chin Huat sudah menentukan hala tuju ke arah pembaharuan demokratik di Malaysia. Udara di langit Malaysia akan bebas dan bersih.

Lebih daripada dua ratus ribu rakyat berbilang bangsa berduyun-duyun di jalan raya di Kuala Lumpur bertujuan meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Kini, rakyat Malaysia bukan pengecut yang senyap tetapi berani membantah untuk mempertahankan hak asasi sendiri. Di bawah serangan meriam air dan gas pemedih mata, Malaysia baru iaitu Malaysia 2.0 telah dilahirkan.

Kuasa rakyat sukar ditentang. Jika mereka yang memerintah tetap mengabaikan pendapat umum, mereka akan lenyap selepas refomasi tsunami.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Sunday, June 3, 2012

Menjelajah Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Pantai Merang

Saya dan isteri pergi ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam cuti sekolah pada bulan Mac. Kunjungan kami termasuk tiga negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kalantan.

Kami bermula pengembaraan menerusi Lebuhraya Segamat Kuantan (Lebuhraya Tun Razak) dan menuju ke Sungai Lembing, Pahang. Selepas mengucap selamat tinggal kepada Sungai Lembing pada petang keesokan, kami memandu ke ibu kota Kelantan, Kota Bharu. Ketika berada di Kelantan selama tiga hari dua malam, kami menjejak kaki di sekita Kota Bharu, Tumpat, Rantau Panjang dan Bachok.

Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, kami melalui Kuala Besut yang terletak di timur laut Terengganu. Kami menginap di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu. Apabila menghampiri Kuantan, kami singgah di Kilang Rare Earth Lynas di Kawasan Industri Gebeng untuk mengambil foto. Sebelum kembali ke Melaka, kami bermalam di Temerloh. Semasa pulang ke Melaka, kami berhenti di Mengkarak dan mengambil gambar.

Dengan tamatnya lawatan Pantai Timur, kami harus memulakan kehidupan harian dengan mengajar tuisyen.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran