skip to main |
skip to sidebar
Naga Laut Berdaun merupakan salah satu haiwan lautan yang amat ganjil dan mengagumkan. Perairan di pantai barat dan selatan Australia ialah tempat kediaman yang sesuai untuk naga laut berdaun.
Walaupun naga laut berdaun berkait rapat dengan kuda laut, badannya lebih besar dan mempunyai tumbuhan seperti daun. Tumbuhan itu membolehkan naga laut berdaun menyembunyi di kalangan rumpai laut. Naga laut berdaun umumnya berwarna coklat dan kuning.
Dengan mendorong sirip dada, naga laut berdaun bergerak dengan perlahan dalam air. Naga laut berdaun makan dengan menggunakan mulut berbentuk paip. Makanan naga laut berdaun ialah krustasia halus seperti mysid, plankton and amphipod.
Artikle Berkaitan
Ubur-ubur UFO
Ikan Singa Berbisa
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah
Gambar ini diambil di Akuarium Coex Seoul. Benda dalam gambar merupakan ubur-ubur berbentuk UFO bukan UFO berbentuk ubur-ubur.
Ubur-ubur boleh didapati di permukaan hingga dasar lautan di seluruh dunia. Terdapat ubur-ubur yang hidup di air tawar. Ubur-ubur tersebut biasanya lut cahaya dan tidak menyengat. Badan ubur-ubur air tawar tidak besar dan boleh tumbuh hingga 3 cm garis pusat. Ubur-ubur lebih besar dan berwarna-warni kebanyakan berbisa dan berbahaya. Ubur-ubur ini selalu muncul di kawasan pantai.
Ubur-ubur adalah karnivor dan memburu makhluk kecil dalam air untuk makanan. Ubur-ubur berjumlah besar akan mengancam manusia dan hasil lautan. Nasib baik bilangan ubur-ubur berkurangan selepas penyelidikan saintifik tentang kegunaan ubur-ubur dilaksanakan. Ubur-ubur dilaporkan bahawa boleh digunakan dalam membuat ubat, makanan dan bahan solek.
Artikle Berkaitan
Ikan Singa Berbisa
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah
Paul merupakan seekor sotong kurita yang dipamirkan di Akuarium Oberhausen Germany. Setelah berjaya meramal keputusan Piala Dunia FIFA 2010 dengan tepat, Paul dikenali sebagai seekor sotong kurita yang berkuasa sakti.
Kebetulan terdapat seekor sotong kurita di Akuarium Coex Seoul. Saya tidak pasti sama ada sotong kurita itu mempunyai kebolehan seperti Paul. Paul mati selepas beberapa bulan Piala Dunia FIFA 2010 tamat.
Adakah seekor sotong kurita takjub akan muncul pada Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Amerika Selatan?
Artikle Berkaitan
Ikan Singa Berbisa
Discus Berlian Biru
Piranha Perut Merah
Ikan berwarna biru ini merupakan salah satu contoh ikan yang dipamirkan di Akuarium Coex Seoul. Ikan ini diberi nama istimewa iaitu discus berlian biru.
Dikenali sebagai raja ikan akuarium tropika, discus digolongkan dalam ikan keluarga cichlid. Oleh kerana discus amat peka terhadap kualiti air, anda harus menukar air akuarium sekurang-kurang sekali seminggu. Menukar 30 peratus air akuarium dengan air yang tanpa klorin.
Untuk memastikan keadaan air akuarium sentiasa bersih, penapis yang sesuai perlu digunakan. Akuarium ikan mesti tidak kecil daripada 92 x 48 x 48 cm. Sebaik-baiknya, pH air di sekitar 6.5 hingga 7.5 dan suhu air patut di antara 26°C to 28°C.
Makanan yang dicadangkan ialah udang halus, jantung lembu dan cacing merah beku.
Artikle Berkaitan
Ikan Singa Berbisa
Ular Pokok Syurga
Piranha Perut Merah
Piranha perut merah merupakan sejenis ikan yang dipamirkan dalam Akuarium Coex di Seoul. Ikan ini diberi nama pirahna perut merah kerana warna merah didapati diperutnya.
Piranha perut merah berasal dari Sungai Parana, Sungai Amazon, Sungai Orinoco dan Sungai Essequibo di Amerika Selatan. Apabila sebut tentang piranha, memang memikirkan ciri-ciri garang semula jadinya. Piranah perut merah mempunyai satu set gigi tajam yang boleh mengoyak daging buruannya.
Sekiranya anda berminat membela piranha perut merah, sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
keadaan akuarium:
Suhu air akuarium harus antara 23°C - 27°C.
Ukuran akuarium sekurang-kurangnya 92 x 48 x 48 cm.
Letak beberapa potong kayu (bogwood) ke dalam akuarium untuk menyenggara pH.
Makanan:
Anda boleh memberi ikan kecil dan udang halus kepada piranha perut merah.
Piranha perut merah juga makan makanan beku seperti ikan, udang, kerang dan kupang.
Makanan kering dalam bentuk biji adalah pilihan lain untuk membela piranha perut merah.
Perangai:
Anak piranha perut merah agak pemalu. Lebih baik membela piranha perut merah sekurang kurangnya empat ekor dalam kumpulan.
Artikle Berkaitan
Ikan Singa Berbisa
Ular Pokok Syurga
Katak Politik 1Malaysia
Saudara Lim Hong Siang yang berucap dalam Ceramah Berkongsi Pendapat Perhimpunan 709 merupakan pengarang Merdeka Review terbitan Bahasa Melayu.
Setelah mendengar ucapan saudara Lim yang amat mengharukan, saya yang kurang berminat dalam politik berasa sungguh segan. Beliau berulang kali menegaskan bahawa orang ramai yang berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai, terdiri daripada golongan yang mencintai keamanan dan demokrasi.
Mereka ingin menyebarkan hasrat ke seluruh dunia tentang kempen membersihkan sistem demokrasi Malaysia. Kempen bersih yang mereka mengutarakan itu harus dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya dapat memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bahagia dan aman sentosa.
Bukankah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu kerajaan yang mengamalkan pentadbiran demokrasi?
Nampaknya pengertian sistem demokrasi Malaysia harus ditafsir semula!
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia
DAP Melaka telah menganjurkan Ceramah Berkonsi Pendapat Perhimpunan 709 pada 20 Julai. Ceramah tersebut mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang mencintai kekuningan dan kebersihan.
Ceramah Berkongsi Pendapat Perhimpunan 709 diadakan di Bangunan Ibu Pejabat DAP Melaka, Taman Pandan Mawar. Dewan Rakyat DAP Melaka dibanjiri para hadirin yang berpakaian kuning. Keadaan ini menggambarkan dengan ketara bahawa trend kuning sudah menjadi kegemaran terkini di Malaysia. Malahan Maharani United Kingdom Maharani Elizabeth juga menjadi peminat trend ini.
Penceramah terhormat ceramah malam itu termasuk pengarang edisi Bahasa Melayu Merdeka Review Lim Hong Siang, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dan Speaker Dewan Negeri Selangor Teng Chang Khim.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia
Makhluk yang anggun dan berwarna-warni ini ialah sejenis ikan yang dipamirkan dalam Akuarium Coex di Seoul. Ikan ini bernama ikan singa.
Ikan singa yang beracun ini, biasanya boleh didapati di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Kawasan terumbu karang merupakan tempat kediaman ikan singa. Sebagai karnivor, ikan lion akan memburu haiwan kecil dalam laut. Jangka hayat ikan singa sepanjang 15 tahun.
Ikan singa melindungi sendiri daripada serangan pemangsa dengan duri-duri siripnya. Duri-duri yang tajam dan panjang itu bertosik. Walaupun berbahaya tetapi ikan singa masih popular dibela sebagai ikan hiasan.
Artikle Berkaitan
Ular Pokok Syurga
Katak Politik 1Malaysia
Pusat Beli-belah Coex Seoul
VIP Travel merupakan sebuah wakil pelancongan yang menyediakan koleksi lawatan untuk pelancong di Seoul, Korea Selatan.
VIP Travel menawarkan berbilang perjalanan termasuk Lawatan Ski, Lawatan Pagi, Lawatan Petang, Lawatan Malam, Lawatan DMZ, Lawatan Sehari, Lawatan Drama, Lawatan Mewah, Lawatan Tempahan dan Lawatan Kedaerahan.
Sekiranya anda terlalu sibuk atau tidak ingin menyusahkan diri sendiri, pelbagai pakej kunjungan tersedia untuk anda memilih. Mendapat beberapa salinan risalah pelancongan dari kounter sambutan hotel. Membuat keputusan setelah berbanding harga dan jadual perjalanan.
Artikel Berkaitan
Hotel Capital Seoul
Asrama Belia Seoul
Hotel Airport Incheon
Dibuka pada tahun 2000, Akuarium Coex terletak di Pusat Beli-belah Coex di Gangnamgu, Seoul. Akuarium Coex memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung berkaitan kehidupan dalam air.
Sekitar 40,000 makhluk laut didapati di Akuarium Coex. Sebagai akuarium terbesar di Korea Selatan, Akuarium Coex bukan sahaja sebuah taman tema laut tetapi juga sebuah bilik darjah yang sempurna untuk pembelajaran hidupan laut.
Akuarium Coex membuka 365 hari setahun. Masa melawat adalah dari pukul 10 pagi hingga pukul 8 malam. Pukul 7 malam merupakan kemasukan terakhir iaitu sejam sebelum Akuarium Coex ditutup. Bayaran masuk ke Akuarium Coex ialah 11,000 Won untuk kanak-kanak, 14,500 Won untuk remaja dan 17,500 Won untuk dewasa.
Berhubung dengan pengangkutan ke Akuarium Coex, anda boleh membaca artikle yang saya menulis tentang Pusat Beli-belah Coex.
Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Jika anda telah melancong ke Seoul, mungkin anda pernah lihat gerai kemudahan berbentuk segi empat tepat di sepanjang jalan yang sibuk.
Walaupun gerai ini tidak besar sangat tetapi anda dapat membeli pelbagai benda yang diperlukan. Lelah mengembara, berhenti untuk rehat sebentar. Teguk minuman buatan Korea Selatan dan meneruskan perjalanan anda.
Sekiranya anda hendak menaiki bas atau subway, Upass dan Tmoney boleh didapati di gerai kemudahan. Dengan memiliki Upass atau Tmoney, anda mampu ke mana-mana pelusuk di Seoul.
Related Links
Restoran Mini Toegyero Seoul
Stesen GS Caltex Toegyero Seoul
Kafe Paris Baguette Toegyero Seoul
Bahulu walnat merupaka kuih bulan Korea Selatan. Ini bermaksud orang Korea Selatan juga menyambut Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Di samping itu, mereka juga makan kuih bulan.
Bahulu dipanggang dan dijual serta-merta. Ia sesungguhnya dijual sebagai kek panas. Bahulu ini dinamakan bahulu walnat kerana saiz dan bentuknya sama dengan walnat.
Kebanyakan kuih-muih Korea Selatan mengguna kacang merah sebagai inti. Bahulu juga tidak dikecualikan. Selain daripada kacang merah, inti bahulu walnat termasuk kacang tanah dan buah berangan.
Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong Seoul
Mi Sejuk Hamhung Korea Selatan
Kuih Lempeng Sayur Myeongdong
Seorang kawan mengajak saya menyertai buruan duriannya di Jasin, Melaka pada 9 Julai. Kawan saya berasal dari Kuala Lumpur. Beliau bercuti pada hari itu kerana cuti khas 709.
Selain kami, terdapat seorang kawan lagi menurut buruan durian itu. Kawan saya tersebut mempunyai keupayaan unik berkaitan dengan durian. Beliau boleh mengetahui rasa isi durian dengan menghidu buah durian.
Secara kebetulan bahawa Bersih dan isi durian berwarna kuning. Kerajaan Barisan Nasional melarang rakyat memakai pakaian kuning. Adakah isi durian yang berwarna kuning itu diharamkan juga?
Artikle Berkaitan
Biskut Warna-warni
Sushi Enak Buatan Sendiri
Kuih Zang Nyonya Melaka
Rencana yang disiarkan sebelum ini, saya menceritakan tentang ladu sup telur. Kini, saya akan menulis satu lagi santapan enak Korea Selatan, mi sejuk Hamhung.
Mi sejuk merupakan makanan Korea Selatan yang sungguh istimewa. Bahan-bahan mi sejuk termasuk telur, timun, sup daging, lobak putih dan mi halus buatan tangan. Biasanya mi sejuk dihidangkan dengan mangkuk keluli besar. Ketul air batu akan ditambahkan sebelum dijamu.
Mi sejuk berasal dari Hamhung dan Pyongyang Korea Utara. Didapati banyak restoran di Seoul menjual mi sejuk Hamhung dan Pyongyang untuk menarik lebih banyak tetamu.
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Tanglung Tradisional Korea Selatan
Stesen Minyak GS Caltex Toegyero
Stesen minyak GS Caltex ini terletak di Toegyero Junggu berhampiran Stesen Subway Chungmuro.
Pelancong asing biasanya tidak memandu di Seoul kerana sistem pengangkutan awam sungguh unggul. Oleh sebab itu, artikel ini tidak ada kaitan dengan mengisi minyak untuk kenderaan.
Sebenarnya, saya menulis rencana ini kerana lokasi strategik stesen minyak GS Caltex. Stesen minyak GS Caltex didapati di hadapan restoran mini yang saya telah sebut sebelum ini.
Di samping itu, stesen minyak GS Caltex juga berada di luar pintu masuk Kampung Hanok Namsangol. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Kampung Hanok Namsangol, stesen minyak GS Caltex merupakan tanda tempat untuk membantu anda ke sana.
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Tanglung Tradisional Korea Selatan
Restoran mini Korea Selatan ini terletak di Phildong, Seoul. Lokasi restoran mini ini di luar pintu masuk Kampung Hanok Namsangol.
Tahukah apa benda dalam foto di atas?
Korea Selatan merupakan sebuah negara yang terdapat empat musim. Suhu pada musim sejuk adalah bawah sifar dan amat sejuk. Kini, pelbagai ukuran masin pemanasan boleh didapati. Anda tidak perlu risau akan beku dalam musim sejuk.
Bagaimanakah orang Korea Selatan memanaskan badan di rumah pada masa dahulu?
Orang Korea Selatan tidak sama seperti orang barat yang membakar kayu api di ruang tamu. Mereka menggali lubang di bawah lantai papan dan membakar kayu api untuk memanaskan udara dalam bangunan.
Sekiranya anda pernah berkunjung ke hanok, maka anda tentu perasan rumah tradisional Korea Selatan tidak tinggi. Sebab membina hanok rendah bertujuan mengekalkan haba tanpa membakar terlalu banyak kayu api.
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Tanglung Tradisional Korea Selatan
Ketika anda berkunjung ke rumah tradisional di Seoul, anda tentu nampal banyak tanglung digantung di sekitar halaman. Tanglung-tanglung itu berwarna merah dan biru.
Nama tanglung merah-biru itu ialah cheongsachorong. Tanglung tersebut dipaparkan semasa perayaan dan menyambut tetamu yang istimewa pada masa silam.
Rangka tanglung dibuat daripada besi atau kayu. Kain sutera merupakan bahan untuk membuat tudung tanglung. Warna merah tudung tanglung mewakili langit dan warna biru melambang bumi. Ruang di antara merah dan biru itu bermaksud manusia.
Cheongsachorong telah digunakan sebagai lambang Sidang Kemuncak G20 Seoul yang dianjurkan di Seoul pada 2010. Ini menunjukkan bahawa cheongsachorong amat bermakna kepada orang Korea Selatan.
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul
Ketika Polis Diraja Malaysia sedang menghadapi gerun kuning, polis Melaka telah berkhidmat dengan cemerlang kepada orang ramai Kota Bersejarah.
Semasa saya menuju ke destinasi untuk menghadiri jamuan anjuran DAP pada malam Ahad, saya disekat sebelum sampai di Restoran YPL di Malim Jaya Melaka. Kebanyakan tetamu jamuan berpendapat bahawa pihak polis sengaja menimbulkan kesesakan jalan raya.
Saya tidak setuju tentang tutuhan tersebut kerana polis bertujuan untuk memastikan jamuan dapat diadakan dengan sempurna. Di samping terdapat sekatan jalan raya di sekitar Malim Jaya, ramai polis ditempatkan di Restoran YPL. Tindakan polis ini merupakan langkah berjaga-jaga supaya dapat menghalang pengacau melakukan kekacauan.
Dengan perlindungan polis, tetamu jamuan menikmati hidangan dengan selesa. Penceramah-penceramah juga memuji perkhidmatan unggul yang dipamirkan oleh polis Melaka.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pembaris Kuning Dalam Sanubari Rakyat Malaysia
Ramai rakyat Malaysia yang memakai pakaian berwarna kuning telah diberkas oleh Polis Diraja 1Malaysia akhir-akhir ini.
Berdasarkan berita China Press, parti pembangkang Pakatan Rakyat mungkin akan mendakwa Polis Diraja dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Hishammuddin Hussein.
Sebagai perlindung rakyat, polis sepatutnya menjamin keselamatan pembayar cukai. Malangnya mereka telah dijadikan alat untuk menindas rakyat oleh pihak berkuasa.
Pelancong asing harus ingat jangan memakai pakaian kuning supaya tidak menjadi mangsa pengharaman yang tidak masuk akal. Anda dinasihati menjauhkan diri dari segala perkara yang membabitkan warna kuning seperti makan pisang kuning, mengambil beg kuning, memakai skarf kuning atau tali leher kuning.
Pesakit Jaundis perlu menjemur kulit anda sebelum berkunjung ke Malaysia. Kalau tidak kerajaan Malaysia akan membelanja kamu makan nasi kari tanpa bayaran.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Malaysia
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
DAP Bachang Melaka akan menganjur jamuan makan malam pada Julai 3. Jamuan tersebut akan diadakan di Restoran YPL, Malim Jaya.
Penceramah pada malam itu semua merupakan superstar. Mereka termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, DAP Superman Dr. Hew Kuan Yau, DAP Ahli Parlimen Jelutong Pulau Pinang Jeff Ooi, DAP Ahli DUN Kidurong Sarawak Chiew Chiu Sing dan DAP Ahli Dun Bachang Melaka Lim Jak Wong.
Sambutan orang awam terhadap jamuan DAP sungguh hangat. Rakyat Malaysia telah memberi isyarat ingin perubahan senario politik dengan ketaranya.
Artikel Berkaitan
Ikon Jelita DAP Jenice Lee
Pemimpin Kacak DAP Nga Kor Ming
Pemimpin Unggul DAP Teng Chang Khim
Saya pernah berkhidmat di SJKC Yu Hua Kajang sebelum menuntut di Maktab Perguruan.
Masa lalu dengan cepat, sekarang saya sudah besara. Kerjaya perguruan seperti buluh ditarik songsang. Guru-guru harus menguruskan tanggungjawab dengan bijaksana supaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
Setiap kali saya makan sate, kehidupan mengajar di SJKC Yu Hua akan terbayang di fikiran saya. Sungguh gembira semasa mengajar di SJKC Yu Hua. Rakan-rakan sekerja dan murid-murid baik belaka.
Cuba meneka yang mana satu ialah saya dalam foto di atas.
Artikel Berkaitan
SJKC Merlimau Melaka
SJKC Jerik Maran Pahang
SJKC Khee Chee Temerloh Pahang