Tuesday, May 31, 2011

Ruang Bacaan Nyaman Asrama Belia Seoul

Sudut Bacaan Asrama Belia Seoul

Asrama Belia Seoul menyediakan suatu sudut bacaan yang selesa untuk pelawat. Ini menunjuk bahawa orang Korea Selatan gemar membaca walaupun ketika mereka melancong.

Kebanyakan buku dihasilkan oleh orang arif. Sebab itu orang Cina mengatakan bahawa membaca memang bermanfaat. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad melancarkan "Dasar Pandang Timur" pada 1981 tetapi Malaysia masih jauh ketinggalan dari Jepun dan Korea Selatan.

Tidak kira ke arah mana yang anda pandang, anda terpaksa mengamalkannya bukan dengan memekik slogan-slogan.

Artikel Berkaitan
Kafe Asrama Belia Seoul
Lobby Asrama Belia Seoul
Informasi Asrama Belia Seoul


Monday, May 30, 2011

Bilik Tetamu Luas Dan Bersih Asrama Belia Seoul

Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul

Bilik tetamu Asrama Belia Seoul luas dan bersih. Keadaan dalam bilik kemas dan terang. Masuk ke bilik, anda akan berasa tenang dan nyaman.

Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul

Bilik tetamu dilengkapi dengan meja, kerusi, almari, peti sejuk, televisyen, meja solek dan mesin pemanas.

Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul

Setelah penat berjalan ke sana sini di Seoul, katil selesa disediakan untuk anda tidur nyenyak.

Artikel Berkaitan
Kafe Asrama Belia Seoul
Lobby Asrama Belia Seoul
Informasi Asrama Belia Seoul


Sunday, May 29, 2011

Restoran Asrama Belia Seoul Yejangdong Korea Selatan

Restoran Asrama Belia Seoul

Selain daripada kafe nyaman, sebuah restoran terdapat di Asrama Belia Seoul.

Minuman yang boleh didapati di restoran Asrama Belia Seoul ialah teh, kopi dan jus buah segar. Makanan lazat termasuk stik, sandwic, roti bakar dan hidingan Korea seperti mi, bubur dan daging pangang. Masa perniagaan restoran dari pukul 11 pagi hingga pukul 7 malam. Sekiranya tetamu bilik ingin memakan di restoran, penempahan harus diurus dahulu.

Jika perjalanan anda tidak begitu tergesa-gesa, boleh cuba makanan Korea di restoran Asrama Belia Seoul.

Artikel Berkaitan
Lobby Asrama Belia Seoul
Informasi Asrama Belia Seoul
Sate Pedas Myeongdong Seoul


Saturday, May 28, 2011

Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul Korea Selatan

Kafe Asrama Belia Seoul

Beristirehat di kafe nyaman Asrama Belia Seoul pada musim sejuk sugguh selesa.

Kopi harum, jus buah segar dan pelbagai teh tersedia di kafe Asrama Belia Seoul. Waktu perniagaan kafe dari pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam. Sarapan pagi tidak termasuk untuk tetamu bilik. Sekiranya anda ingin bersarapan di kafe, anda perlu menempah dahulu.

Menikmati kopi aromatik di Seoul merupakan satu kegembiraan luar biasa.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Lobby Asrama Belia Seoul
Informasi Asrama Belia Seoul


Friday, May 27, 2011

 Lobby Persekitaran Mesra Asrama Belia Seoul

Lobby Asrama Belia Seoul

Ini gambar lobby Asrama Belia Seoul. Walaupun lobby ini tidak terlalu mewah tetapi persekitaran mesranya dapat menenangkan fikiran para pelawat.

Kebanyakan penyambut tetamu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka masalah perhubungan tidak timbul. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berasa selesa tumpang tanya penyambut tetamu. Mereka sudi menghulurkan bantuan. Risalah-risalah maklumat melancong terdapat di sisi kounter sambutan.

Selain daripada penyambut tetamu yang sedia membantu, Asrama Belia Seoul juga menyediakan persekitaran cantik dan nyaman. Oleh sebab itu, menginap di Asrama Belia Seoul merupakan pilihan yang tepat.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Kuih Lempeng Sayur Myeongdong


Thursday, May 26, 2011

Informasi Asrama Belia Seoul Korea Selatan

Informasi Asrama Belia Seoul

Ini papan tanda informasi yang menegak di depan Asrama Belia Seoul. Butiran asrama terpapar di papan tanda dengan jelas.

Lobby asrama berada di aras 1. Di sebelah kiri dan kanan lobby ialah kafe and restoran. Aras 2 ialah Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul. Bilik sakit, dewan jamuan, bilik rundingan, dewan persidangan dan pusat informasi kesusasteraan tersedia di aras 3. Aras 4 hingga 6 ialah bilik-bilik tamu. Terdapat sebuah dapur dan taman bunga di aras 7. Anda boleh masak di dapur tersebut tetapi perlu memberitahu pihak asrama dahulu.

Asrama Belia Seoul memang merupakan penginapan yang sesuai sama ada lawatan bercuti atau perniagaan ke Seoul.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Kuih Lempeng Sayur Myeongdong


Wednesday, May 25, 2011

1Malaysia Dan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam

JPA

Pelaksanaan gagasan 1Malaysia boleh disifat sebagai buah keras yang sukar retak. Hanya urusan menentukan pemegang biasiswa JPA, menimbul perselisihan antara Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz.

Sekiranya rakyat Malaysia tidak dilayan secara adil saksama, sebarang janji seakan cakap kosong sahaja. Perdana Menteri Nazib memang berazam untuk mencapai matlamat 1Malaysia. Sambutan terhadap pendapat 1Malaysia nampaknya merupakan cerita yang menarik.

Tidak kira bagaimana slogan 1Malaysia dilaungkan, jika tidak tercapai misinya maka ianya seperti dongeng yang digemari kakak-kanak.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Terselamat Daripada Ciuman Ular Pokok Syurga


Tuesday, May 24, 2011

MCA Wee Ka Siong Mencabar UMNO Nazri Abdul Aziz

Wee Ka Siong

Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz bertikam lidah merentasi udara. Pertengkaran mereka mendedahkan masalah Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertimbul bertahun-tahun.

Adakah Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengikut trek dalam urusan menentukan pemegang biasiswa? Jika tidak Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong tidak akan perlu merayu untuk pelajar-pelajar cemerlang yang gagal dalam permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini terbukti bahawa MCA tidak berkuasa dalam Barisan Nasional.

Sekiranya gagasan 1Malaysia dapat dilaksanakan, maka Dr Wee Ka Siong dan Nazri Aziz tidak perlu berperang melalui media. Adakah ini akibat MCA berprofil tinggi dalam politik? Ya, keadaan ini sungguh menarik.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Terselamat Daripada Ciuman Ular Pokok Syurga


Monday, May 23, 2011

Asrama Belia Seoul Yejangdong Seoul Korea Selatan

Asrama Belia Seoul

Asrama Belia Seoul terletak di Yejangdong, Seoul. Asrama Belia Seoul tidak berapa jauh dari Stesen Subway Myeongdong dan Stesen Subway Chungmuro. Anda hanya perlu berjalan selama berapa minit dari kedua-dua stesen subway ini ke Asrama Belia Seoul.

Menginap di Hotel Airport Incheon pada malam pertama dalam lawatan 6 hari 5 malam ke Korea Selatan pada Februari. 5 malam yang lain, kami singgah di Asrama Belia Seoul. Bilik tamu Asrama Belia Seoul bersih dan lapang. Kadar bilik Asrama Belia Seoul 66000 won semalam. Para petugas yang sopan bersedia untuk memastikan anda berasa selesa ketika berada di Asrama Belai Seoul.

Kadar bilik Asrama Belia Seoul tidak mahal. Lokasi Asrama Belia Seoul sesuai untuk bergerak di sekitar Seoul. Tambahan pula Asrama Belia Seoul berhampiran kawasan kesibukan Myeongdong. Tidak syak bahawa menginap di Asrama Belia Seoul merupakan pilihan bijak semasa melancong di Seoul.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Kuih Lempeng Sayur Myeongdong


Sunday, May 22, 2011

Kuih Lempeng Sayur Myeongdong Seoul Korea Selatan


Pada pandangan pertama, saya fikir ini ialah pizza. Sebenarnya, hidangan ini kuih lempeng Korea Selatan.

Ramuan diletak di atas kulit kuih lempeng. Penjual kuih lempeng akan goreng kuih lempeng tersebut apabila pelangan ingin beli. Anda boleh membuat keputusan sama ada hendak menambah sos ke kuih lempeng.

Pelbagai makanan jajanan boleh didapati di Myeongdong. Menikmati santapan Korea Selatan semasa melancong di Seoul merupakan satu pengalaman luar biasa.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Makanan Ringan Myeongdong


Saturday, May 21, 2011

Gerai Cenderamata Warna-warni Myeongdong Seoul

Myeongdong Souvenir

Rak gantung penuhi dengan cenderamata warna-warni. Berjenis-jenis cenderamata comel boleh didapati.

Pelancong akan singgah di gerai untuk memilih cenderamata kegemaran mereka. Pelbagai jenis cenderamata ini termasuk rantai kunci, dompet kecil dan perhiasan telefon bimbit. Anda boleh tawar menawar dengan penjual cenderamata.

Harga cenderamata tidak begitu mahal dan tidak menempati terlalu banyak ruang bagasi. Anda boleh simpan untuk diri sendiri atau menghadiahi kawan-kawan.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Gerai Aneka Pakaian Myeongdong


Friday, May 20, 2011

Gerai Aneka Pakaian Myeongdong Seoul Korea Selatan

Gerai Pakaian Myeongdong

Terdapat banyak gerai yang menjual pakaian di Myeongdong, Seoul. Berjenis-jenis pakaian boleh didapati. Anda boleh memilih sehingga puas.

Berjalan di bawah lampu neon berwarna-warni, berhenti di gerai yang ada pakaian anda ingin beli. Pemilik gerai sungguh sopan dan mesra.

Sekiranya anda jarang melancong ke Korea Selatan, jangan terlepas peluang membeli beberapa pakaian untuk diri anda.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Makanan Ringan Myeongdong


Thursday, May 19, 2011

Buah Berangan Myeongdong Seoul Korea Selatan

Buah berangan

Menggosok buah berangan antara dua tapak tangan boleh memanaskan tapak tangan anda yang kaku pada musim sejuk.

Kupas petala buah berangan dan merasai buah berangan yang harum. Buah berangan merupakan makanan enak Cina. Saya tidak menjangka dapat makan buah berangan di semasa melancong di Korea Selatan.

Buah berangan sungguh berkhasiat. Zat-zat yang terdapat di buah berangan termasuk kanji, asid folik, serat pemakanan, vitamin A, vitamin C dan vitamin B kompleks Selain itu, buah berangan juga mengandungi zat galian seperti besi, zink, kalium, mangan, kalsium, fosforus dan magnesium.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Hanjeungmak Myeongdong
Makanan Ringan Myeongdong


Wednesday, May 18, 2011

Sate Pedas Myeongdong Seoul Korea Selatan

Sate Pedas Korea Selatan

Apabila nampak sate yang terkukus, cubalah sate Korea yang pedas ini!

Banyak gerai sebegini boleh didapati di Seoul. Sekiranya anda gemar makanan jajanan Korea, jangan terlepas peluang merasai sate pedas Korea. Sate Korea ini dikukus bukan dipanggang. Anda boleh celup dengan sos rempah semasa makan sate Korea. Ramuan utama sate Korea ialah daging dan sosej.

Jika anda tidak suka hidangan pedas atau sedang diet, lupakan sate Korea yang amat pedas ini.

Artikel Berkaitan
Hanjeungmak Korea Selatan
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Plaza Lotte Young Myeongdong


Tuesday, May 17, 2011

Makanan Ringan Myeongdong Seoul Korea Selatan

Makanan ringan Korea Selatan

Selain daripada kerumunan pengunjung, jalan Myeondong penuh sesak dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan.

Penat berjalan ke sana sini, berhenti dan berehat sebentar. Cari makanan kegemaran anda. Setelah membayar, anda boleh menikmati makanan riangan di tepi jalan sambil menyaksikan pemandangan malam Myeongdong yang mempesona.

Gerai ini menjual anggur, wafel, mufin, hirisan sotong dan kentang goreng. Jika anda tidak suka makanan ini, beralih ke gerai lain.

Artikel Berkaitan
Hanjeungmak Korea Selatan
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Plaza Lotte Young Myeongdong


Monday, May 16, 2011

Hanjeungmak Korea Selatan Di Myeongdong Seoul

Hanjeungmak Korea Selatan

Terdapat beberapa pusat hanjeungmak di Myeongdong, Seoul. Pusat hanjeungmak tersebut ialah Myeongdong Hanjeungmak, Myeongdong Mud Hanjeungmak, Myeongdong Seocho Hanjeungmak and Myeongdong Chunjiyun Hanjeungmak.

Apa itu hanjeungmak? Setelah membuat carian Google, baru saya tahu hanjeungmak merupakan sauna Korea. Kebanyakan pelangan pusat hanjeungmak terdiri daripada pelancong asing terutama pelancong Jepun. Bayaran perkhidmatan di pusat hanjeungmak sebanyak 80000 won. Jarak di antara pusat hanjeungmak keempat-empat itu tidak jauh. Anda boleh menaiki subway laluan 4 ke Myeongdong.

Sekiranya anda ingin berasai hanjeungmak Korea, berkunjung pusat hanjeungmak ketika melancong di Seoul.

Artikel Berkaitan
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Plaza Lotte Young Myeongdong
Gogung Jeonju Bibimbap Myeongdong


Sunday, May 15, 2011

Gogung Jeonju Bibimbap Myeongdong Korea Selatan

Gogung

Anda tidak perlu pergi ke Jeonju sekiranya Jeonju Bibimbap merupakan makanan kegemaran anda. Dua cawangan Gogung Jeonju Bibimbap didapati di Seoul. Satu cawangan di Myeongdong dan satu lagi di Isadong.

Terletak di Jeollabuk-do, Jeonju adalah terkenal dengan bibimbap. Jeonju juga tampat asal bibimbap diperkenalkan. Bahan-bahan untuk membuat Jeonju Bibimbap termasuk beras, pakis, tauge, timun, lobak, kurma, sos cili, pasli air, cendawan, rumpai laut, labu kuning, lobak merah, kacang pinus, daging lembu.

Bibimbap ialah makanan istana pada asalnya. Kini bibimbap telah menjadi makanan enak orang awam. Ingat berkunjung Gogung untuk menikmati Jeonju bibimbap semasa anda berada di Seoul.

Artikel Berkaitan
Pertunjukan Nanta Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Plaza Lotte Young Myeongdong


Kafe Bertema Anjing Myeongdong Seoul Korea Selatan

Kafe Bertema Anjing

Ketika saya mengambil angin di Myeongdong, saya terkejut kerana ternampak seekor anjing besar berwarna putih. Anjing tersebut sibuk bergaya untuk pelancong mengambil gambar.

Anjing yang ramah itu merupakan tanda hidup sebuah kafe bertema anjing di Myeongdong. Anjing itu sedang mempromosi untuk kafe di jalan Myeongdong pada waktu malam. Pengunjung kafe bertema anjing ialah manusia bukan anjing. Pelangan boleh menikmati kopi harum sambil bermain dengan anjing-anjing terdapat dalam kafe.

Sekiranya anda suka akan anjing, anda boleh melawat kafe bertema anjing semasa mengembara di Seoul.

Artikel Berkaitan
Kad Pintar-money Seoul
Pertunjukan Nanta Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Saturday, May 14, 2011

Plaza Lotte Young Myeongdong Seoul Korea Selatan

Plaza Lotte Young

Terletak di Myeongdong, Plaza Lotte Young merupakan sebuah pusat beli-belah yang khusus menjual barangan pemuda.

Plaza Lotte Young ialah salah satu anak syarikat Korporat Lotte Korea Selatan. Sejak mula berniaga pada 2003, Plaza Lotte Young sentiasa dibanjiri pemuda. Pelbagai jualan umum dan pakaian fesyen terbaru boleh didapati di Plaza Lotte Young.

Perkhidmatan subway ke Plaza Lotte Young tersedia. Anda boleh menaiki subway laluan 1 ke Stesen City Hall, subway laluan 2 ke Stesen Euljiro atau subway laluan 4 ke Stesen Myeongdong. Setelah tiba di stesen-stesen itu, anda perlu berjalan kaki beberapa minit ke Plaza Lotte Young.

Artikel Berkaitan
Pertunjukan Nanta Seoul
Kafe Bertema Anjing Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Wednesday, May 11, 2011

Pertunjukan Nanta Di Jalan Myeongdong Seoul

Nanta Jalan

Nanta merupakan pertunjukan bisu Korea yang amat terkenal. Pertunjukan ini sungguh luar biasa dan mempesona.

Apabila dua pemuda Korea mendapat tahu saya mengambil gambar, mereka dengan segera mempersembahkan kebolehan Nanta. Mereka sudi menunjukkan Nanta secara spontan untuk pelancong. Ini menggambarkan orang Korea paling bangga dengan budaya mereka yang unik.

Saya terkejut kerana berpeluang menonton lakonan jalan di Myeongdong.

Artikel Berkaitan
Kad Pintar-money Seoul
Kesibukan Myeongdong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Tuesday, May 10, 2011

Pertunjukan Cookin Nanta Korea Selatan

Nanta

Tidak diragui bahawa pertunjukan bisu Nanta merupakan seni kebudayaan Korea Selatan yang unik.

Nanta menggunakan pendekatan lucu untuk mempamirkan kesenorokan memasak di dapur. Pertunjukan ini adalah gabungan bahasa tubuh badan dengan tarian, paluan, sulapan dan lagak ngeri. Penghibur yang berlakon sebagai tukang masak mempersembahkan tindakan mengagumkan bersama irama samulnori tradisional Korea Selatan. Di samping kemahiran mencincang yang luar biasa, penerbangan bahan masakan dan perkakas dapur di pentas sungguh menakjubkan.

Sekiranya anda gemar pertunjukan pentas, anda boleh menikmati Nanta semasa mengembara di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Kesibukan Myeongdong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul
Pemandangan Malam Myeongdong


Monday, May 9, 2011

Pusat Beli-belah Migliore Seoul Korea Selatan

Migliore Mall

Pusat Beli-belah Migliore Myeongdong terletak di 1-gil Chungmuro Seoul. Bangunan Pusat Beli-belah Migliore terdiri dari 5 aras dan 2 aras bawah tanah.

Pelbagai barangan baru dan unik boleh didapati di Pusat Beli-belah Migliore. Terdapat sebuah pentas di luar Pusat Beli-belah Migliore. Pentas tersebut adalah untuk kempen publisiti dan pertunjukan artis-artis. Anak muda gemar berlepak di sekitar Pusat Beli-belah Migliore.

Pergi ke Pusat Beli-belah Migliore amat mudah. Anda boleh menaiki subway laluan 4 ke Myeongdong Station dan turun di sana.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Kad Pintar T-money Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Sunday, May 8, 2011

Memeluk Gadis Remaja Korea Selatan Dengan Percuma

Pelukan Percuma

Mengambil angin di jalan raya Myeongdong, tiba-tiba ternampak seorang gadis remaja menawarkan pelukan percuma.

Melihat gadis jelita sebegitu, sungguh ghairah bergerak ke hadapan untuk memeluk dia. Tidak berani berbuat demikian kerana isteri saya berada di sisi saya.

Di samping pemandangan malam yang mempesona, anda boleh memeluk gadis cantik di jalan raya Myeongdong. Ini benar-benar mengagumkan dan tidak diduga.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Kad Pintar T-money Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Saturday, May 7, 2011

Pemandangan Malam Mempesona Myeongdong Seoul

Myeongdong

Apabila menjelang malam, Myeongdong menjadi terang benderang dengan pelbagai cahaya bersinar-sinar. Lampu-lampu neon berwarna-warni kelihatan seperti tanglung dan bunga api yang berkilau.

Mengambil angin di jalan raya Myeongdong pada malam, mata anda akan penuh dengan cahaya yang berkelip-kelip. Di tengah jalan raya penuh sesak dengan gerai-gerai menjual pakaian, makanan, cenderamata, buah-buahan, barang kemas dan barang hiasan.

Bosan berjalan-jalan, masuk ke kafe untuk minum kopi yang harum. Sekiranya anda lapar, masuk ke restoran untuk merasa makanan enak Korea Selatan yang asli. Pelbagai pusat membeli belah mega yang menjual kosmetik, baju fesyen dan barang kemas tersedia untuk wanita berkunjung. Letih mengembara, anda boleh cuba urut Korea Selatan di Myeongdong.

Jalan raya berkerumun, cahaya menawan dan malam Myeongdong adalah muda selamanya.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Kad Pintar T-money Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Friday, May 6, 2011

Kesibukan Myeongdong Seoul Korea Selatan

Myeongdong

Terletak di Jung-gu, Myeongdong merupakan bahagian yang paling sibuk di Seoul. Jalan raya Myeongdong sentiasa dibanjiri pengunjung sepanjang tahun.

Sekiranya anda tidak menjejak kaki di Myeongdong, boleh dikatakan anda tidak pernah melawat Seoul. Keadaan ini menunjukkan bahawa Myeongdong ialah suatu destinasi pelancongan yang mesti diziarahi. Terdapat banyak pusat beli belah mega di sekitar Myeongdong. Selain itu, ada juga bar, cafe, hotel, bank, pejabat, restoran, pawagam, pusat suana dan kedai kosmetik.

Pergi ke Myeongdong tidak susah. Subway laluan 4 tersedia ke Myeongdong. Anda boleh menaiki subway laluan 1 ke Stesen Seoul dan memindah ke laluan 4. Jika anda menaiki subway laluan 3, anda boleh memindah ke laluan 4 di Stesen Chungmuro.  Anda juga boleh berjalan kaki dari Stesen Chungmuro ke Myeongdong sebagai pilihan lain.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Kad Pintar T-money Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Thursday, May 5, 2011

Kad Pintar T-money Seoul Korea Selatan

Kad Pintar T-money

Jika anda ingin melancong di Korea Selatan dengan gembira, anda terpaksa mempunyai maklumat lengkap subway Seoul. Dengan memiliki Kad Pintar T-money, anda dapat bergerak dengan mudah disekitar Seoul.

Kad Pintar T-money Seoul merupakan kad prabayar. Kad ini boleh digunakan untuk pelbagai perkhidmatan pengangkutan di Seoul  termasuk bayaran tambang bas, taxi dan subway. Bayaran meletak kereta dan tol lebuh raya juga diterima. Pelancong boleh membeli Kad Pintar T-money di kedai kemudahan, pusat membeli belah, kounter tiket subway dan masin menjual tiket. Setiap Kad Pintar T-money berharga 2500 won.

Anda diberi potongan sebanyak 100 won setiap kali menggunakan Kad Pintar T-money. Misalnya, anda menaiki bas atau subway dengan bayaran tunai, anda perlu membayar 1000 won tetapi dengan mengganakan Kad Pintar T-money anda hanya membayar 900 won.

Dengan menggunakan Kad Pintar T-money, anda tidak harus berbaris untuk membeli tiket setiap perjalanan. Anda boleh menambah jumlah bila-bila masa. Selain itu, Kad Pintar T-money boleh dikembalikan. Bayaran sebanyak 500 won dikenakan dan baki dibayar balik. Sebaliknya, anda boleh simpan Kad Pintar T-money sebagai kenangan.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Wednesday, May 4, 2011

Peta Dan Informasi Subway Seoul Korea Selatan

Peta Subway Seoul

Ingin berkunjung ke Korea Selatan tanpa kesesalan, anda harus mempunyai senaskah peta subway Seoul. Peta subway Seoul memang merupakan suatu keperluan sekiranya anda hendak memiliki kenangan manis semasa melancong di Korea Selatan.

Subway Seoul diuruskan oleh beberapa syarikat subway. Syarikat subway tersebut ialah Seoul Metropolitan Subway Corporation, Seoul Metropolitan Rapid Transit Corporation, Veolia Transport, Incheon Metro and Korea Railroad Corporation.

Terdapat kesemua lebih dari 10 subway laluan. Seoul Metropolitan Subway Corporation mengendalikan laluan 1 hingga laluan 4. Seoul Metropolitan Rapid Transit Corporation mengelolai laluan 4 hingga laluan 8. Veolia Transport bertanggungjawab laluan 9. Incheon Metro and Korea Railroad Corporation menyediakan perkhidmatan subway pinggiran Seoul.

Artikel Berkaitan
Hari Kanak-Kanak Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Tuesday, May 3, 2011

Hari Kanak-Kanak Korea Selatan 5 Mei


5 Mei merupakan Hari Kanak-Kanak Korea Selatan. Kanak-kanak Korea Selatan memang menanti-nantikan hari istimewa ini.

Hari Kanak-Kanak Korea Selatan ialah hari cuti am. Kanak-kanak memakai dengan cantiknya pada hari ini. Mereka berasa riang gembira sepanjang hari. Ibu bapa membawa mereka menyertai pelbagai aktiviti kanak-kanak. Taman tema, pusat membeli belah, destinasi pelancongan dan taman permainan kanak-kanak dibanjiri kanak-kanak.

Kerajaan Korea Selatan senaraikan Hari Kanak-Kanak sebagai cuti am menunjukkan kepentingan kanak-kanak diutamakan.

Artikel Berkaitan
Universiti Hanyang Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Monday, May 2, 2011

Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

Kopitiam 434

Selain penyanyi rap internet NameWee, Kopi 434 Sai Kee juga merupakan produk terkenal yang berhubung dengan Muar. Ah Sai, pengasas jenama Kopi 434 menamakan produknya sebagai 434 berdasarkan nombor telefonnya pada 1960an.

Kopi 434 Sai Kee telah ditubuhkan pada 1953. Kilang asal Kopi 434 Sai Kee ialah sebuah rumah papan dua tingkat dan terletak di Jalan Ismail. Kini, kilang baru dibina di Jalan Bakariah. Lokasi kilang baru tidak jauh dari Jalan Ismail.

Kopitiam 434

Kedua-dua gambar ini diambil di Kopitiam 434 Sai Kee di Jalan Maharani, Muar. Kopitiam ini bertentangan pasar Muar dan perhentian bas laju. Terdapat dua buah lagi Kopitiam 434 Sai Kee di Muar, salah satu cawangan di Jalan Arab dan sebuah lagi di hujung Jalan Maharani.

Sekiranya anda berada di Muar, ingat berkunjung Kopitiam 434 Sai Kee untuk menikmati keistimewaan kopi Muar dan membawa kembali kenangan manis.

Artikle Berkaitan :
Zoo Air Keruh Melaka
Sekolah Lama NameWee
Kincir Angin Belanda Melaka


Sunday, May 1, 2011

Tempat Asal Penyanyi Rap Internet NameWee Muar

Muar

Terletak di barat laut Johor, Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Untuk pengetahuan para pengunjung, Muar merupakan tempat asal penyanyi rap internet NameWee. Bandaraya Bersejarah Melaka baru 45 km jauhnya dari Muar.

Jambatan Muar

Jambatan Ismail Muar yang merentangi Sungai Muar dibina pada tahun 60an. Perkhidmatan feri dibatalkan setelah Jambatan Ismail siap dibina.  Jambatan Muar kedua dibina pada 2003 untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas Muar.

Sungai Muar

Sungai Muar mengalir melalui Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan akhirnya ke Selat Melaka. Tanjung Emas ialah suatu destinasi menarik di muara Sungai Muar. Terdapat sebuah padang golf 9 lubang di Tanjung Emas.

Artikle Berkaitan :
Zoo Air Keruh Melaka
Sekolah Lama NameWee
Kincir Angin Belanda Melaka