Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

Wefie Dalam Cahaya Bulan


Yuchuilang

Walaupun langit belum gelap sepenuhnya, bulan penuh tidak sabar untuk muncul di langit.

Saya bersama isteri saya bersantai dan menikmati bayu sepoi di halaman rumah selepas makan malam.

Dalam cahaya bulan terang, kami mengecapi seteko "tieguanyin" yang harum dan menyembang dengan selesa.

Artikel Berkaitan
Kebun Sayur Mini
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, December 12, 2017

Pasar Sentral Melaka


Pasar Sentral

Mengiringi isteri saya ke Pasar Sentral Melaka untuk membeli bahan masakan sebulan sekali.

Terminal Bas Sentral

Pasar Sentral Melaka terletak berhampiran dengan Perhentian Bas Melaka di AMJ.

Terminal Bas Sentral

Bangunan Pasar Sentral Melaka akan dirobohkan kerana kecacatan strukturnya.

Pasar Sentral

Peniaga terpaksa berniaga di bawah khemah di tempat letak kereta. Pengunjung pasar bukan sahaja menghadapi masalah meletak kereta tetapi juga harus menahan kepanasan matahari.

Pasar Sentral

Pasar sementara di Jalan Tun Fatimah telah mula operasi sejak 1 hb November. Penjual dan pelanggan kini boleh menikmati keselesaan persekitaran baru dan tidak perlu membimbang tentang hujan dan cuaca panas.

Pasar Sentral

Pasar sememtara lebih luas dan bersih. Walau bagaimanapun kawasan letak kereta tidak cukup luas. Di harap kerajaan negeri akan mengambil alih tanah untuk memperluaskan tempat letak kereta. Jika tidak tempat letak kereta akan penuh sesak pada masa hujung minggu dan musim perayaan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pelawat Cantik Kupu-kupu
Pokok Pisang Sudah Berbuah

Sunday, November 26, 2017

Pokok Pisang Sudah Berbuah


Pokok Pisang

Sejak pindah ke Melaka, saya menanam sayur dan pokok buah-buahan di belakang rumah saya pada masa lapang.

Pisang

Sepohon pokok pisang telah menghasilkan setandan pisang selepas ditanam lebih daripada dua tahun.

Pisang

Punca masalah ini mungkin adalah disebabkan tanah di kawasan belakang rumah saya tidak subur.

Yuchuilang

Hidup akan menjadi bosan sekiranya anda tidak membuat apa-apa bertahun-tahun. Itulah sebabnya, saya menaman sayur dan pokok buah-buahan setelah bersara.

Artikel Berkaitan
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, June 28, 2017

Mini Dinosaur Melawat Kami


Bunglon

Kami selalu ada pelawat yang tidak diundang.

Bunglon

Seekor bunglon ambil angin di atas rumput di halaman rumah kami pada suatu petang yang cerah.

Bunglon

Sejak pindah ke kediaman baru, pelbagai pengunjung asyik singgah untuk melaporkan diri. Selain bunglon, terdapat ular, tikus, katak, kodok, kucing, angjing, biawak, burung, siput babi, kupu-kupu, rama-rama, kumbang kura-kura dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Menuju Kehidupan Ringkas

Sunday, December 25, 2016

Musuh Semula Jadi Lalat Putih


Kumbang Kura-kura

Pada bulan Oktober, saya beli dua pokok bunga kekwa di Tesco. Didapati daun kedua-dua pokok kekwa itu banyak titik-titik putih.

Setelah mencari Google, baru saya mengetahui titik-titik itu merupakan telur lalat putih. Tidak lama kemudian, pasu bunga dan pokok bunga kekwa penuh dengan larva lalat putih yang amat jijik.

Semasa memikir cara untuk mengatasi masalah yang menjengkelkan, tiba-tiba ternampak beberapa ekor kumbang kura-kura sedang sibuk makan telur dan larva lalat putih.

Kumbang kura-kura ialah pembantu baik pekebun. Menurut informasi Google, kumbang kura-kura berperanan sebagai musuh semula jadi lalat putih.

Alam semula jadi sungguh menakjubkan kerana setiap makhluk yang hidup mempunyai musuh semula jadi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Menuju Kehidupan Ringkas
Merasai Kopi Aroma Colombia

Wednesday, December 7, 2016

Akibat Minyak Masak Naik Harga


Minyak Masak

Harga minyak masak naik mengakibatkan saya menghadapi pelbagai masalah.

Isteri saya sentiasa menegaskan kurang gula, kurang garam dan kurang minyak berhubung dengan makanan.

Kali ini dia pasti mengambil kesempatan tidak guna minyak masak. Dia akan menggunakan air memasak sayur dan mengukus ikan serta ayam. Mulai dari sekarang, saya terpaksa hidup dalam keadaan tanpa minyak masak.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Menuju Kehidupan Ringkas
Merasai Kopi Aroma Colombia

Friday, December 2, 2016

Menuju Kehidupan Ringkas


Menuju Kehidupan Ringkas

Buku yang bertajuk "Hidup Ringkas" ini simpan dalam almari buku lebih 20 tahun. Pada awal bulan lepas, saya baru berpeluang membaca buku ini ketika pergi ke Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka untuk menggantikan beg udara kereta.

Memiliki beberapa almari buku kerana membaca merupakan hobi saya. Berhasrat membaca buku yang saya beli dengan puasnya selepas bersara. Tidak dijangka cita-cita saya tergendala sebab telah ketagih dengan Facebook. Ini terbukti perancangan selalu tidak setimpal dengan hasilnya.

Bersama dengan sesiapa boleh terbang dan informasi boleh didapati dengan mengguna komputer atau telefon pintar, ramai orang ingin menikmati kehidupan yang bermutu tinggi.

Berdasarkan pendapat penulis buku "Hidup Ringkas", kehidupan yang bermutu tinggi bertumpuan kepada gaya hidup dan bukan menunjuk-nunjuk kemewahan. Jangan merumitkan urusan yang mudah. Tidak ikut trend tetapi menitikberatkan keistimewaan. Hidup dengan gembira dan jangan sibuk dengan kerja pada setiap hari.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Merasai Kopi Aroma Colombia

Saturday, October 29, 2016

Mengemas Kini Data MyKad


Yuchuilang

Sudah pindah ke kediaman baru lebih daripada setahun. Tidak sempat mengemas kini maklumat kad pengenalan kerana sibuk dengan urusan kerosakan rumah baru.

Yuchuilang

Selepas bersarapan pada pagi 24 September, saya dan isteri saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di Ayer Keroh.

Yuchuilang

Dalam tempuh sejam, Mykad baru sudah siap diuruskan. Kecekapan Jabatan Pendaftaran Negara Melaka patut disanjung tinggi. Setelah mengemas kini data Mykad, kami mengambil gambar di sekitar Jabatan Pendaftaran Negara Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mengenal Buah Pokok Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka

Thursday, October 6, 2016

Waktu Kopi Pantree


Yuchuilang

Saya dan isteri saya mengalami waktu kopi luar biasa di ruang kopi Pantree pada bulan lepas.

Pantree

Sebagai seorang peminat kopi, saya selalu mencuba kopi di sekitar Melaka. Akhirnya saya menemui sebuah kedai kopi yang menawarkan kopi aroma.

Cawan Tembikar

Cawan tembikar comel kecil ini merupakan bekas tangan pengurus Pantree.

Pantree

Terletak di Semabok, Melaka, Pantree ialah sebuah cafe kecil di dalam Kedai Organik Just Life. Pemilik Pantree seroang barista cantik. Dia membancuh kopi sempurna untuk penggemar kopi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Menikmati Kopi Di Volendam
Minum Kopi Di Saint Germain

Saturday, October 1, 2016

Berehat Dan Berjalan-jalan


Yuchuilang

Sibuk dengan urusan remeh-temeh setiap hari.

Berehat seketika untuk tenangkan fikiran yang terdesak.

Berjalan-jalan ke sini sana sambil selfie di pemandangan yang indah.

Artikel Berkaitan
Kebun Sayur Mini
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, April 12, 2016

Kebun Sayur Mini


Daun Keledek

Tidak disangka bahawa saya menceburi dalam bidang petanian setelah bersara dari profesional pendidikan.

Menjadi pengasuh murid berpuluh tahun, saya harus menyediakan bahan pengajaran dan menyemak hasil kerja murid. Kini, saya terlibat dengan kerja petani yang tidak berkaitan dengan kerjaya pendidikan.

Dulu, saya sibuk menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Sekarang pula asyik menguruskan kerja kebun sayur. Kehidupan harian sebelum dan selepas berundur dari tempat kerja memang berbeza sekali.

Hidup ini singkat, jadi cuba untuk menjadikannya manis.

Artikel Berkaitan
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Monday, March 21, 2016

Ulat Gulung Daun Pisang


Ulat Gulung Daun Pisang

Kejutan terbaru berlaku pada waktu senja hari ini.

Kali ini datangnya tiga pendekar, iaitu tiga ekor ulat gulung daun pisang.

Ulat Gulung Daun Pisang

Cari maklumat ulat itu di internet selepas makan malam.

Rupa-rupanya tiga ekor ulat gulung daun pisang itu ialah larva banana skipper.

Sarang Ulat Gulung Daun Pisang

Sekiranya daun pisang bergulung, tentu ada larva banana skipper hidup di dalamnya.

Banana skipper yang suka bertelur di daun pisang merupakan musuh utama petani pisang.

Ternyata bahawa selain Magnum, sejak menjadi petani sambilan juga mempunyai kejutan berturut-turut.

Artikel Berkaitan
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, January 13, 2016

Jangan Menyeksa Diri


Triumphal Arch

Hidup adalah seperti pelangi yang berwarna-warni.

Jangan sibuk mencangkul angin. Sebalik melambatkan jejak langkah anda untuk menikmati dunia yang cantik.

Telah mengajar di sekolah bertahun-tahun. Tiada seorang pun menderma sebarang jumlah wang kepada saya. Sedih sekali berakhir sebagai seorang guru miskin sengsara.

Nasib baik saya masih bernafas. Saya perlu sentiasa gembira dan bertabah menghadapi setiap cabaran. Sungguh syukur kerana masih hidup. Jadi anda harus tenang dan tidak menyeksa diri sendiri.

Artikel Berkaitan
Dari Vegas Ke Macau
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, October 31, 2015

Pelawat Cantik Kupu-kupu


Kupu-kupu

Seekor kupu-kupu cantik melawat saya dua hari lepas. Terdapat agak banyak pelawat ke rumah kediaman saya kebelakangan ini.

Saya fikir pengunjung itu seekor rama-rama. Setelah berhubung dengan pembantu bijak, Google, baru saya sedar tetamu itu seekor kupu-kupu.

Untuk membezakan kupu-kupu dan rama-rama bukan susah. Kupu-kupu merentangkan sayapnya semasa berehat, sayap rama-rama pula terlipat tegak di atas tubuh ketika berehat.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kaktus Memekar Bunga Merah
Peminat Muda Michael Jackson

Sunday, September 6, 2015

Kebahagiaan Di Bawah Langit Biru


Langit Biru

Kehidupan selepas bersara sungguh lega dan selesa. Tidak perlu menjalani tugas pengajaran dan pembelajaran yang membebankan murid-murid.

Aktiviti harian pertama adalah ambil angin di halaman kediaman selama sejam. Berikutnya mengemaskini kerja kebun di kebun sayur mini yang terletak di belakang rumah.

Walaupun tiada dana sebanyak 2.6 billion, hidup dengan bahagia dan tidak risau di ketuk oleh IACC. Kadang-kadang menikmati teh atau kopi, kadang-kadang bersiar-siar atau pergi makan angin.

Masa tidak akan menungu sesiapa pun, memperuntukkan sedikit masa untuk diri sendiri, jangan kerja sehingga akhirat.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kaktus Memekar Bunga Merah
Peminat Muda Michael Jackson

Saturday, June 28, 2014

Kopi Aroma Colombia


Kopi

Menikmati kopi harum sambil menonton siaran langsung Piala Dunia FIFA 2014 sungguh menyeronok.

Sebagai seorang pesara miskin, saya tidak berupaya melanggan stesen tv berbayar untuk siaran langsung. Oleh sebab itu, saya terpaksa tidur selepas minum kopi.


Colombia

Menewaskan Greece dan Côte d'Ivoire berturut-turut, Colombia dari Amerika Selatan telah layak menjadi 16 pasukan terakhir.

Setelah menyingkir Jepun dalam perlawanan kumpulan ketiga, Colombia akan menentang Uruguay pada 29 June untuk merebut tiket suku akhir.


Biji Kopi Colombia

Kebetulan kopi Colombia merupakan minuman kegemaran saya.

Biji Kopi Colombia

Semasa berkunjung ke Taiwan, kami singgah di Taipei Fong Da Kafe untuk minum kopi. Sebelum meninggal, kami membeli dua paket biji kopi.

Sepeket biji kopi Gunung Biru Cuba dan sepeket biji kopi Colombia. Harga kopi Gunung Biru lebih mahal berbanding dengan kopi Colombia tetapi saya lebih suka rasa aroma kopi Colombia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Minum Kopi Di Volendam