Showing posts with label Merlimau Melaka. Show all posts
Showing posts with label Merlimau Melaka. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Bekalan Air Merlimau Tercemar


Bekalan Air

Lidah dan mulut saya tegar selepas berkumur dengan air paip.

Saya tidak pasti apa yang terjadi. Setelah melayari Facebook baru saya tahu sebabnya. Punca ialah air yang saya guna untuk berkumur itu sudah tercemar.


Elken

Terdapat air yang alir dari paip penduduk Merlimau hitam seperti kopi. Mujurnya rumah saya ada dua penapis air. Jika tidak, saya terpaksa minum "Kopi Merlimau" setiap hari.

Air Minuman

Oleh kerana air rasanya masam, saya beli air minuman botol besar untuk kegunaan harian.

Post Berkaitan
Pasar Tani Merlimau
Pasar Awam Merlimau
Pasar Malam Merlimau
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Saturday, February 12, 2011

Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau

Taman Debunga

Taman Debunga merupakan sebuah taman perumahan baru di Merlimau. Taman ini terletak di jalan menuju ke Muar. Pekan Merlimau adalah dalam jarak berjalan kaki dari Taman Debunga.

Taman Debunga

Ini foto Pasar Raya Sejati yang berada di Taman Debunga. Sebenarnya Pasar Raya Sejati ialah sebuah pasar raya saiz mini. Selain Pasar Raya Sejati, terdapat bank, klinik, restoran, kedai runcit, kedai telefon bimbit dan kedai alat-alat ganti kereta di Taman Debunga.

Sekiranya anda hendak membeli sebarang keperluan harian semasa kempen pilihan raya kecil, sila mengunjung Taman Debunga.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau
Tuhan Kekayaan Datang Ke Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua