skip to main |
skip to sidebar
Terletak di luar pantai
Kota Kinabalu, Pulau Sapi merupakan destinasi yang mesti dilawat oleh pelancong.
Bayu dingin, air laut jernih dan pasir pantai putih Pulau Sapi sungguh menawan. Seperti terpapar di foto, pemandangan Pulau Sapi memang mempesona.
Hotel Eden 54 terletak di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.
Lokasi Hotel Eden 54 sungguh sesuai. Jesselton Point berada tidak juah dari Hotel Eden 54. Anda hanya perlu berjalan kaki tidak daripada 5 minit dari Hotel Eden 54 ke Jesselton Point.
Suria Sabah Shopping Mall juga berhampiran dengan Hotel Eden 54. Anda boleh membeli-belah di Suria Sabah Shopping Mall sebelum menigggalkan Kota Kinabalu.

Perkhidmatan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu terhenti ketika lampu landasan pendaratan rosak.
Lapangan tersebut ditutup dua malam berturut-turut setelah insiden itu berlaku.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia. Kerosakan lampu landasan pendaratan menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan. Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang.
Kami bercuti di KK pada awal Oktober. Mujurnya perjalanan kami selesa dan selamat kembali ke rumah.

Sekiranya anda tiada pengangkutan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KK, anda perlu menaiki teksi ke hotel yang anda telah menempah. Kebanyakan hotel di KK terletak di pusat bandar. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KK ke pusat bandar KK sebanyak RM 30.
Sebelum menaiki teksi, anda harus membeli tiket di kounter teksi lapangan terbang. Selepas membeli tiket, keluar dari pintu laluan lapangan terbang untuk menaiki teksi ke KK.

Seperti anda boleh lihat dari gambar, teksi lapangan terbang berwarna putih. Tunjuk tiket kepada pemandu teksi, dia akan membawa anda ke destinasi berdasarkan informasi tercatat di tiket.
Jika anda ingin menyewa kereta, informasi boleh didapati di sudut menyewa kereta. Terdapat beberapa syarikat menyediakan sewa kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa KK.
KK Leisure Tour And Rent A Car Sdn Bhd
Address: 14,Lot 7,Block A, First Floor, Asia City, 88000 KK
Contact: Terminal 1 (Mas) 088-413550, Terminal 2 (AirAsia) 016-8799136
KMT Global Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: Wisma Sabah, Jalan Tun Faud Stephen, 88300 KK
Contact: 016-8865963, 016-8895963, 088-223022, 088-239963
Borneo Express Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: No 9, Level 1, Terminal 2, KK International Airport
Contact: Terminal 1 (Mas) 016-8860771, Terminal 2 (AirAsia) 016-8860783
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Dalam perjalanan saya
di KK Sabah, selain bersiar-siar dan memburu makanan, saya juga mengesan
peralihan angin politik di "Tanah Di Bawah Bayu".
Merayau di KK selama tiga hari dan dua malam, saya cuba memahami gaya hidup rakyat Sabah. Menyebut tentang harga komoditi dan keadaan politik, orang ramai KK sebulat suara tidak puashati terhadap pihak pemerintah.
Mendengar orang tua menceritakan peristiwa bekas Ketua Menteri Sabah, selok-belok mereka sungguh menarik dan mengagumkan.
Menurut informasi yang saya menerima, BN Sabah juga memberi gula-gula tetapi angin perubahan terlalu kencang terutama di kalangan penghuni Cina di kawasan bandar.
Keputusan tidak akan diketahui sebelum peti undi dibuka.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bersantai Di Pekan Sekinchan
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Udang Karang Sungai Rengit
Kota Kinabalu atau "KK" merupakan ibu negeri "Tanah di bawah Bayu", Sabah di Malaysia Timur. Kota ini
dahulunya dikenali sebagai Jesselton dan dalam Bahasa Malaysia ialah Api.
Terletak di Pantai Barat Sabah menghadap Laut China Selatan, Kota Kinabalu adalah benar-benar satu destinasi pesona dengan gunung-ganang, pantai cerah dan laut jernih untuk anda terokai.
Anak saya kembali dari Suwon, Korea Selatan pada Pesta Tanglung. Saya dan isteri menyertai dia ke Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam. Ketika di Kota Kinabalu, kami sibuk bersiar-siar di sekitar kota untuk memburu makanan tempatan yang enak.
Pesawat berlepas dari Sepang Air Asia LCCT pada waktu pagi, 2 Oktober. Kami tiba di KKIA terminal 2 pada 1:30 petang. Selepas membeli tiket taxi di kounter teksi lapangan terbang, kami menuju ke Hotel Eden 54 di Jalan Gaya.