Thursday, July 31, 2014

Dataran Dam Amsterdam


Dataran Dam

Kami berjalan kaki ke Dataran Dam selepas melawat Kilang Berlian Gassan Amsterdam.

Dataran Dam

Dataran Dam merupakan destinasi pelancong yang amat popular di Amsterdam, ibu kota Belanda.

Dataran Dam

Dataran Dam juga berperanan sebagai tempat perjumpaan penduduk Amsterdam terutama pada hujung minggu.

Dataran Dam

Bangunan megah yang menegak di hujung Dataran Dam ialah Istana Diraja Belanda. Kini istana ini dijadikan muzium untuk orang awam pada masa yang tidak digunakan oleh kerabat diraja.

Dataran Dam

Baru-baru ini, "Berjalan Senyap" diadakan di sekitar Dataran Dam. Acara ini bertujuan untuk mengingati penumpang pesawat MH17 yang terkorban dalam nahas yang berlaku di timur Ukraine.

Penghibur Jalanan

Pelbagai aktiviti dijalankan di Dataran Dam setiap hari. Seorang penghibur jalanan berdandan sebagai pahlawan masa dahulu.

Penghibur Jalanan

Sekumpulan pemuda-pemudi sedang bermain diabolo di Dataran Dam. Saya terkejut semasa nampak mereka bermain diabolo kerana orang Belanda pun main diabolo.

Penghibur Jalanan

Seorang lagi penghibur jalanan menunjukkan kehebatannya di Dataran Dam. Senario sebegini memang biasa di Belanda. Banyak penghibur jalanan mempamirkan bakat mereka di Dataran Dam.

Dataran Dam

Di samping manusia, burung merpati juga gemar berkumpul di Dataran Dam. Burung Merpati Amsterdam tidak takut kepada orang. Burung-burung itu menikmati makanan ringan bersama pengunjung Dataran Dam.

Tugu Negara Belanda

Tugu Negara Belanda dibina bertentangan dengan Istana Diraja. Tugu ini didirikan untuk mengingati orang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Satu upacara peringkat nasional akan dikendalikan di sana pada Mei 4 setiap tahun.

Patung Singa Belanda

Terdapat dua patung singa putih di dua-dua belah Tugu Negera. Informasi berhubung dengan patung singa putih itu terhad. Setelah mencari dari internet, hanya dapat tahu kedua-dua patung singa putih itu melambangkan Belanda.

Beca Amsterdam

Jika penat berjalan kaki, anda boleh menaiki beca ini. Tidak melihat sebarang pelancong menaiki beca. Entah berapakah tambang menaiki beca itu?

Tram Amsterdam

Sederet tram melalui Dataran Dam ketika kami mengambil angin di sana. Tram adalah salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh pelancong dan penduduk Amsterdam.

Lorong Basikal Amsterdam

Ini ialah lorong khas untuk basikal. Anda perlu berhati-hati berjalan-jalan di Amsterdam. Jika tidak, anda akan dilanggar oleh basikal dan cedera. Selain laluan basikal, anda juga harus berjaga-jaga apabila melintas landasan tram.

Muzium Madame Tussaud Amsterdam

Muzium Madame Tussaud berada di sebelah Dataran Dam. Ramai orang beratur untuk masuk ke Muzium Madame Tussaud. Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat berkunjung ke Muzium Madame Tussaud.

Berlian Gassan Amsterdam

Gambar ini ialah Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam. Kebetulan Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam dilokasi bertentangan dengan Museum Madame Tussaud. Selain berlian, anda boleh membeli jam tangan dan barang kemas yang canggih.

De Bijenkorf Amsterdam

De Bijenkorf dalam Bahasa Inggeris bermaksud sarang lebah. Sebenarnya De Bijenkorf ialah pasar raya terbesar di Amsterdam. Bangunan De Bijenkorf setinggi enam tingkat. Jangan terlepas peluang membeli-belah di De Bijenkorf ketika anda melancong di Amsterdam.

Hotel NH Dam Square

Ini gambar Hotel NH Dataran Dam. Kami bukan menginap di hotel ini dalam perjalanan ke Belanda. Kami menginap di Hotel NH Schiphol yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Schiphol. Seperti anda lihat dari foto di atas, Hotel NH adalah di belakang Tugu Negara Belanda.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam

Sunday, July 27, 2014

Persiaran Membeli-belah Macau


Persiaran Membeli-belah Macau

Persiaran Membeli-belah Macau terletak berhampiran dengan Kubu Armourial dan Gerbang St Paul.

Persiaran Membeli-belah Macau

Tanda jalan yang kami jumpa di Persiaran Membeli-belah Macau. Didapati tiga jenis bahasa terpapar di tanda jalan itu.

Tart Macau

Kami membeli tiga tart di sebuah kedai di Dataran Gerbang St Paul. Tart itu sungguh enak dan bernilai 7 MOP seketul.

Persiaran Membeli-belah Macau

Persiaran Membeli-belah Macau dibanjiri pengujung dari seluruh dunia setiap hari terutama pada cuti am dan hujung minggu.

Persiaran Membeli-belah Macau

Ini adalah satu lagi foto Persiaran Membeli-belah Macau. Bermacam-macam kedai terdapat di dua belah jalan sempit Persiaran Membeli-belah Macau.

Persiaran Membeli-belah Macau

Seorang pekerja kedai ais krim sedang mempromosi ais krim perisa durian. Pekerja itu menyapa dengan seorang budak yang melalui di sana bersama keluarganya.

Persiaran Membeli-belah Macau

Gambar ini menunjukkan dua buah kedai yang menjual beragam jenis pastri di Persiaran Membeli-belah Macau. Kedua kedai itu ialah Hou Kon Pastri dan Fong Song Pastri.

Lemon Cello Macau

Kami singgah di Lemon Cello setelah penat berjalan-jalan di Persiaran Membeli-belah Macau. Lemon Cella merupakan sebuah kedai yang menjual beraneka jenis perisa ais krim.

Kediaman Lou Kau

Selain berbagai-bagai kedai, Persiaran Membeli-belah Macau ada sebuah bangunan istimewa. Bangunan ini ialah kediaman seorang saudagar bernama Lou Kau pada abad ke-20.

Durian Raja Musang

Kami terjumpa durian raja musang Malaysia di Persiaran Membeli-belah Macau. Sungguh diluar dugaan ketika ternampak durian raja musang di sebuah gerai buah-buahan di Persiaran Membeli-belah Macau.

Persiaran Membeli-belah Macau

Tidak kira siang atau malam, Persiaran Membeli-belah Macau penuh sesak dengan pelancong. Gambar ini di ambil pada waktu malam di Persiaran Membeli-belah Macau. Lokasi ini dekat dengan Medan Senado di depan Bangunan Senado.

Persiaran Membeli-belah Macau

Sekiranya penat berjalan dan membeli-belah, anda boleh berehat di mana-mana tempat di sekitar Persiaran Membeli-belah Macau. Jangan risau tentang masalah keselamatan kerana pihak pentadbiran amat mengambil berat terhadap ketenteraman Macau.

Post Berkaitan
Foto Muzium Macau
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Wednesday, July 23, 2014

Ikan Jeju Boleh Bertutur


Ikan Jeju

Kami terjumpa akuarium ini ketika mengambil angin di sekitar Bandar Jeju Korea Selatan.

Terdapat sekeping kad yang tercetak dengan tulisan Cina di kaca akuarium. Tulisan Cina itu bermaksud "Boleh Bertutur Bahasa Cina".


Restoran Jeju

Jangan salah faham, bukan ikan dalam akuarium itu boleh bertutur Bahasa Cina.

Sebenarnya kad itu memberi tahu pelanggan bahawa pelayan restoran itu boleh bertutur Bahasa Cina. Oleh kerana ramai pelancong membanjiri Pulau Jeju, banyak restoran di Pulau Jeju mengupah pekerja yang boleh bertutur Bahasa Cina.

Post Berkaitan
Hotel Vegas Jeju
Makan Malam Di Jeju
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Saturday, July 19, 2014

Santai Di Ladang Australia Barat


Santai Di Ladang Australia Barat

Semasa melancong di Australia Barat, kami singgah di sebuah ladang desa.

Bas Australia Barat

Kami menaiki bas in ke ladang desa setelah berkunjung ke Taman Caversham.

Biri-biri

Oleh kerana sudah agak lama, saya tidak dapat ingat nama dan lokasi ladang tersebut.

Llama

Selain biri-biri, terdapat juga haiwan lain seperti kuda, lembu dan llama. Llama merupakan unta mini tetapi tidak ada bonggol.

Santai Di Ladang Australia Barat

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelawat ladang desa. Menunggang kuda adalah salah satu aktiviti yang kami dapat mengalami di ladang desa itu.

Santai Di Ladang Australia Barat

Kami berpeluang menyaksikan menggunting bulu biri-biri ketika menginap di ladang desa. Menggunting bulu biri-biri memerlukan kemahiran khusus.

Bas Sekolah Buruk

Bas sekolah buruk ini disediakan oleh pihak ladang desa untuk "Tunggang Berbonggol". Pemandu memandu bas sekolah buruk naik dan turun bukit. Aktiviti ini sungguh menarik dan menyeronok.

Santai Di Ladang Australia Barat

Pelawat dibenarkan memberi makanan kepada haiwan di ladang desa. Gambar ini menunjukkan keluarga saya bersama seorang pekerja ladang desa yang sedang menyusu anak biri-biri.

Post Berkaitan
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, July 15, 2014

Restoran Scott Bukit Fraser


Restoran Scott

Selepas menikmati kopi aroma di Rumah Asap, kami beralih ke Restoran Scott untuk makan tengah hari.

Restoran Scott

Terletak di Pekan Bukit Fraser, Restoran Scott merupakan sebuah bangunan berunsur seni bina rumah desa England.

Nasi Goreng Makanan Laut

Kami berkongsi sepinggan nasi goreng makanan laut. Nasi goreng makanan laut hidangan Restoran Scott sungguh enak.

Teh Inggeris

Pagi itu kami minum kopi di Rumah Asap, kami merasai teh Inggeris setelah makan tengah hari di Restoran Scott.

Restoran Scott

Kaunter bayaran Restoran Scott amat istimewa. Tidak pasti sama ada kaunter ini mirip kaunter restoran di England.

Jam Antik

Sebuah jam antik yang tergantung di dindin Restoran Scott. Jam antik unik ini menggambarkan suasana vintaj di Restoran Scott.

Kasut Kayu

Selain jam antik, sebuah kasut kayu dijadikan pasu bunga. Ternampak kasut ini, teringatlah saya tentang kasut kayu Belanda di Simonehoeve.

Restoran Scott

Gambar ini ialah taman mini yang terdapat di luar Restoran Scott. Anda boleh berehat sambil mangamati pemandangan indah Bukit Fraser di taman mini.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Medan Selera Bukit Fraser
Taman Awam Bukit Fraser
Malam Pesona Bukit Fraser
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

Saturday, July 12, 2014

Berlian Gassan Amsterdam


Berlian Gassan

Gambar ini merupakan Ibu Pejabat Berlian Gassan yang kami berkunjung ketika melancong di Belanda.

Berlian Gassan

Ibu Pejabat Berlian Gassan terletak di Nieuwe Uilenburgerstraat 175, 1011 LN Amsterdam, Netherlands.

Berlian Gassan

Sebuah mesin yang terdapat di bilik pameran di Ibu Pejabat Berlian Gassan Amsterdam.

Berlian Gassan

Seorang juruteknik berlian sedang serius bekerja semasa kami melawa ke Ibu Pejabat Berlian Gassan.

Berlian Gassan

Sebuah cawangan Berlian Gassan yang didapati berhampiran Dataran DAM di Amsterdam.

Selain berlian, Berlian Gassan juga menyediakan pelbagai jam tangan dan barang kemas yang berharga untuk pilihan pelanggan.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam