skip to main |
skip to sidebar
Penamaan calon pilihan raya kecil N27 Merlimau yang dinanti-nantikan telah dilaksanakan pada pagi 26 Februari di Politeknik Merlimau.
Ketika ternampak keadaan terdapat di foto, saya fikir telah sesat jalan dan tiba di Kaherah, Mesir. Perarakan Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR sepanjang 2 km.
Saya telah dijemput untuk menghadiri Malam Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Merlimau. Pertemuan itu diadakan pada 11 Februari di Markas PAS Jalan Batu Gajah, Merlimau.
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat datang jauh-jauh dari Kelantan untuk bertemu dengan penghuni Merlimau. Beliau mengucap selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada para hadirin Cina. Saya bernasib baik kerana dapat bertemu dengan pemimpin Islam yang disanjungi.
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan ramahnya berkongsi pengalaman memerintah negeri Kelantan. Tujuan beliau adalah untuk melegakan kaum Cina supaya tidak takut kepada Islam. Sebenarnya Islam hanya sejenis agama tetapi telah diputar belit oleh pihak yang berniat jahat.
Sekumpulan peminpin MCA telah bertemu dengan penduduk Merlimau di sebuah kedai kopi di Merlimau. Pertemuan tersebut bertujuan untuk membantu para pemilik melanjutkan tempoh geran rumah kedai mereka.
Antara pemimpin MCA yang menghadiri pada hari itu termasuk Datuk Koh Nai Kwong, Datuk Chong Tam Onn and Koh Chin Han. Datuk Koh Nai Kwong telah dilantik sebagai ketua pilihan raya kecil peringkat bahagian. Beliau dibantu oleh bekas ADUN Bemban Datuk Chong Tam Onn dan Koh Chin Han.
Taman Debunga merupakan sebuah taman perumahan baru di Merlimau. Taman ini terletak di jalan menuju ke Muar. Pekan Merlimau adalah dalam jarak berjalan kaki dari Taman Debunga.
Terdapat sebuah sekolah rendah Cina yang bernama SJKC Merlimau di Merlimau. SJKC Merlimau terletak di sebelah Merlimau Inn di pekan Merlimau.
Projek pembinaan semula telah dilancarkan pada tahun 2009. Foto ini diambil sebelum projek tersebut dimulakan.
Pembinaan semula itu bermula pada hujung tahun 2009 dan selesai pada bulan Ogos tahun berikutnya. Semasa tempoh pembinaan, para murid dan guru harus menderita. Mereka dipaksa menghirup udara tercemar. Semua guru perlu bercakap sekuat yang mereka boleh semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tuhan kekayaan datang ke bandar. Tuhan kekayaan datang ke Merlimau.
Dengan pengumuman tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, pasukan-pasukan kempen dari BN dan PR akan beransur tiba di Merlimau.
Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kecil akan manfaatkan rakyat. Jumlah besar peruntukan akan dihulurkan oleh parti pemerintah. Sementara itu, parti pembangkang akan berjanji sebanyak mungkin.
Semasa musim perayaan, sejumlah besar pembeli membanjiri pusat membeli-belah. Suasana membeli-belah sungguh meriah macam berpesta.
Jonker Walk merupakan sebentuk permata berkilau terdapat di Melaka. Kini, Jonker Walk telah menjadi destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi.
Semasa Tahun Baru Cina, Jonker Walk dihiasi dengan pelbagi tanglung merah. Tetamu dari segala pelusuk dunia membanjiri Jonker Walk ketika matahari terbenam. Malam Jonker Walk riuh rendah sehingga pengunjung meninggalkan pada larut malam.
"Dong Dong Qiang Dong Dong Qiang", sang harimau garang telah melaksanakan tanggung jawabnya. "Gong Xi Gong Xi", arnab comel pula mengambil alih tugas pada tahun ini.
Terdapat sebuah hotel Melayu tradisional yang bernama Merlimau Inn di Merlimau. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel di Merlimau.
Sebagai anda dapat melihat dari foto di atas, Merlimau Inn betul-betul sebuah hotel tradisional Melayu. Menginap di Merlimau Inn akan membolehkan anda mengalami gaya hidup desa di Melaka.
Penyambut tetamu yang cantik ini akan menyambut ketibaan anda dengan senyuman mesra. Beliau ingin memastikan anda benar-benar memiliki kenangan manis selepas bermalam di Merlimau Inn.
Merlimau Inn dibina dengan kayu jati dan kayu cengal. Kayu-kayuan ini ialah bahan-bahan binaan rumah tradisional Melayu. Bangunan Melayu luar biasa ini mendedahkan budaya Melayu di Malaysia.