Thursday, December 29, 2011

Penjaja Kopi Pasar Namdaemun Seoul Korea Selatan

Penjaja Kopi

Foto ini diambil di sebatang jalan di Pasar Namdaemun Seoul, Korea Selatan. Tulisan tanda-tanda kedai ditulis dalam Hangul Korea.

Wanita Korea yang bertopi warna merah itu merupakan seorang penjual kopi. Tulisan di papan putih ialah 커피 bermaksud kopi. Sekiranya tidak silap saya, secawan kopi kecil berharga 2000 hingga 3000 Won.

Disamping menjual kopi, wanita itu juga memberi perkhidmatan pertukaran mata wang. Sejauh yang saya tahu, USD diterima penjaja dan peniaga kedai di Seoul.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Beli-belah Coex Seoul
Banguan 63 Seoul Korea Selatan
Barang Kemas Di Pasar Namdaemun


Wednesday, December 28, 2011

Rakyat Malaysia Sebenar--Karpal Singh

Karpal Singh

"Karpal Singh--True Malaysian" merupaka sebuah buku tentang Karpal Singh. Terdapat dua versi "Karpal Singh--True Malaysian", iaitu versi Bahasa Cina dan versi Bahasa Inggeris. Versi asal buku ini diterbit dalam Bahasa Inggeris. Melissa Loovi ialah penulis "Karpal Singh--True Malaysian".

Karpal Singh selaku Presiden DAP (Democratic Action Party) ialah seorang ahli politik terkenal di Malaysia. Selain sebagai pemimpin terkemuka parti politik, Karpal Singh juga seorang peguam paling mashyur di Malaysia. Beliau mengetuai peguam bela pemimpin pembangkang dan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saifu.

Setelah membaca "Karpal Singh--True Malaysian", saya menyedari bahawa Malaysia patut berubah supaya dapat mempertahankan keadilan, demokrasi, kebebasan dan hak asasi rakyat.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin Unggul DAP Teng Chang Khim


Sunday, December 25, 2011

Smurfs Menyambut Krismas Di Dataran Pahlawan

Smurfs

Ho ho ho, Santa Claus sibuk menghantar hadiah kepada kanak-kanak semasa perayaan Krismas.

Smurfs menyambut Krismas bersama pelangan-pelangan yang membeli-belah di Dataran Pahlawan Megamall Melaka pada tahun ini. Dataran Pahlawan menggunakan Smurfs sebagai tema hiasan Krismas.

Apabila menyebut tentang Smurfs, saya teringat anak-anak saya kerana mereka gemar menonton rancangan televisyen Smurfs ketika mereka masih kecil.

Smurfs merupakan makluk biru ciptaan komik dan rancangan kartun televisyen. Dataran Pahlawan mempamerkan Smurfs sempena tayangan filem 3D Smurfs di Pawagam.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perarakan Hari Krismas Perth
Perjamuan terakhir Jesus Christ
Let It Snow Google Sungguh Kagum


Friday, December 23, 2011

Let It Snow Google Sungguh Kagum

Let it snow

Menjelang Krismas, Google memberi hadiah misteri kepada pengguna internet seluruh dunia.

Let in Snow

Bagaimanakah mengutip hadiah Krismas Google itu?

Akses internet, masukkan ""Let it snow" ke petak pencarian Google. Dalam beberapa saat, skrin mula bersalji. Beberapa saat berikutnya, skrin akan berkabur. Klik butang defrost untuk memulihkan skrin menjadi jelas.

Ini merupakan hasil kerja jurutera perisian Google. Hadiah Krismas mesin pencarian gergasi Google benar-benar luar biasa.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perarakan Hari Krismas Perth
Perjamuan terakhir Jesus Christ


Tuesday, December 20, 2011

Barang Kemas Terdapat Di Pasar Namdaemun

Barang Kemas

Sekiranya anda gemar barang kemas, Pasar Namdaemun Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk anda membeli-belah.

Terdapat banyak kedai dan gerai membekal pelbagai barang kemas di Pasar Namdaemun. Seperti ditunjukkan dalam foto, didapati banyak koleksi barang kemas untuk dipilih oleh pelangan.

Ingat membeli beberapa barang kemas cantik untuk kawan-kawan dan anda sendiri. Menyimpan barang kemas itu sebagai kenangan manis berkunjung ke Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Beli-belah Coex Seoul
Banguan 63 Seoul Korea Selatan


Monday, December 19, 2011

Perjamuan Terakhir Jesus Christ Bersama Pengikutnya

Perjamuan Terakhir

Selain lukisan mural "Perjamuan Terakhir" karya Leonardo da Vinci di Milan, terdapat sebuah bilik pamiran "Perjamuan Terakhir" di Muzium Lilin 63 Seoul, Korea Selatan.

Sebenarnya pamiran didapati di bilik pamiran "Perjamuan Terakhir" itu merupakan patung lilin Jesus Christ dan murid-muridnya. Kritian percaya bahawa Jesus Christ berkongsi hidangan terakhir bersama rasul-rasulnya di Yerusalem sebelum beliau dipenyaliban.

Anda boleh menyertai Jesus Christ menikmati "Perjamuan Terakhir" ketika anda berkunjung ke Muzium Lilin 63 Seoul.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Patung Lilin Bae Yong Joon
Patung Lilin Michael Jackson


Sunday, December 18, 2011

Pasar Namdaemun Seoul Korea Selatan

Pasar Namdaemun

Terletak di Namchangdong Jung-gu Seoul, Pasar Namdaemun merupakan pasar tradisional terbesar dan paling lama di Korea Selatan.

Foto di atas menunjukkan pintu masuk ke-lima Pasar Namdaemun. Lokasi pintu masuk ke-lima Pasar Namdaemun berada di Toegyero yang sibuk.


Pasar Namdaemun

Pasar Namdaemun penuh dengan keseronokan seperti makan, membeli-belah dan bersiar-siar. Pelbagai jenis produk dijual di Pasar Namdaemun.

Barangan yang didapati di Pasar Namdaemun termasuk bagasi, ginseng, pakaian, minuman, makanan, elektronik, beg tangan, rampai laut, cenderamata, barang kemas, perkakas dapur dan peralatan sukan. Terdapat lebih daripada 10,000 buah kedai di Pasar Namdaemun yang membekalan jualan runcit dan borong.

Selain daripada membeli-belah, anda boleh menikmati kelazatan hidangan Korea Selatan. Pihak Berkuasa Bandaraya Seoul menetapkan Pasar Namdaemun sebagai kawasan pelancongan. Pasar Namdaemun tutup pada hari Ahad. Sila menyemak maklumat sebelum anda berkunjung.

Pkhidmatan subway tersedia ke Pasar Namdaemun. Anda boleh menaiki subway laluan 4 dan turun di Stesen Hoehyeon. Berjalan kaki selama 5 minit, anda akan tiba di Pasar Namdaemun.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Beli-belah Coex Seoul
Banguan 63 Seoul Korea Selatan


Thursday, December 15, 2011

Bibimbap Enak Mangkuk Batu Korea Selatan

Bibimbap"

Setelah berkunjung ke Muzium Lilin 63 Seoul, saya bersama isteri menuju ke medan selera di Bangunan 63.

Kami memesan semangkuk bibimbap yang berharga 6500 Won. Bahan-bahan bibimbap termasuk nasi, telur, bijan, sayur, tauge, daging, rumpai laut dan hirisan lobak merah.


Lauk Tambahan

Lauk tambahan yang dibekalkan ialah kimchi kobis, sup tauge dan kacang hitam masin. Sebelum ini, saya pernah menulis artikel tentang bibimbap. Sila membaca artikel tersebut untuk maklumat hidangan enak Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sate Pedas Myeongdong Seoul
Ladu Sup Telur Mangkuk Besar
Mi Sejuk Hamhung Korea Selatan


Tuesday, December 13, 2011

Jamuan DAP Melaka Mengubah Kerajaan

DAP Melaka

DAP Melaka akan menganjurkan jamuan makan malam sempena ulang tahun ke-45. Restoran Lu Yeh Yen yang terletak di Taman Kota Laksamana Utama merupakan tempat jamuan makan malam tersebut.

Penceramah yang disenaraikan terdiri daripada Superman Dr Hew Kuan Yau, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua AMK Shamsul Iskandar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, Presiden DAP Malacca Goh Leong San dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Para rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi harus menyokong Pakatan Rakyat supaya dapat mewujudkan sistem dua parti.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jamuan DAP Menuju Ke Putrajaya
Jamuan DAP Penubuhan Kerajaan PR


Friday, December 9, 2011

Perkhidmatan Monorel Sungai Melaka Tergendala lagi

monorel

Perkhidmatan monorel Sungai Melaka berhenti lagi. Kerosakan terakhir berlaku pada 27 November.

Monorel yang bernilai RM15.9 juta mula berkhidmat pada 20 Oktober tahun lepas. Sejak perlancaran, perkhidmatan monorel telah mengalami 22 kali gangguan.

2 pelancong British terjebak apabila monorel terkandas pada 1 November. Monorel beroperasi semula pada 25 November tetapi rosak dua hari kemudiannya. 20 pelancong Hong Kong terperangkap kali ini.

Monorel yang bermasalah itu sungguh memalukan. Melaka merupakan Bandaraya Warisan Dunia, kerajaan BN harus bertindak dengan berkesan untuk menyelesaikan jenaka ini.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam


Thursday, December 8, 2011

Jamuan Makan Malam DAP Bakri Muar Johor

DAP Bakri

DAP Bahagian Bakri Muar Johor akan menganjurkan jamuan makan malam pada 9 Disember sempena ulang tahun ke-45 DAP. Thema jamuan tersebut adalah "Ya, pasti mewujudkan sistem dua parti!".

Barisan penceramah terdiri daripada Superman Dr Hew Kuan Yau, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Presiden DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim.

Jamuan makan malam itu akan diadakan di Dewan Jamuan Yong Sheng di Bakri Muar Johor. Demi mempertahankan demokrasi, rakyat Malaysia harus menyokong Pakatan Rakyat supaya kerajan tidak memboroskan duit hasil titik peluh kita sewenang-wenangnya.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jamuan DAP Bentayan Johor


Tuesday, December 6, 2011

Kapal Selam Malaysia Tidak Boleh Menyelam

Kapal Selam

Malaysia sebuah negara yang amat pelik. Jet tentera udara terbang tanpa jentera. Kapal selam tentera laut tidak boleh menyelam. Saya tidak bergurau sebab kesemuanya terbukti. Sekiranya anda tidak percaya, sila mencari Google untuk mendapat maklumat berkenaan.

Gambar ini menujukkan kapal selam tidak boleh menyelam yang bernama Agosta 70. Sebenarnya Agosta 70 ialah kapal selam Perancis yang disediakan untuk melatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Tempat latihan tersebut adalah di Pengkalan Tentera Laut Perancis di Brest, barat laut Perancis.

Kerajaan Melaka ingin membina sebuah Theme Park Samudera di tanah tebus guna Klebang. Menurut rancangan Jabatan Ketua Menteri Melaka, kapal selam itu bertujuan untuk dijadikan muzium. Dengan tidak membuat sebarang kajian, kerajaan Melaka mengumumkan kapal selam itu dibuka untuk orang ramai berkunjung. Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam merupakan pengunjung pertama kapal selam itu. Lawatan itu berakhir dengan Mohd Ali Rustam nyaris mati kerana terhidu gas beracun dalam kapal selam.

Ternyatalah bahawa kerajaan Melaka tidak membuat penyelidikan berhubung dengan keadaan kapal selam. Demi keselamatan pelawat, perlu membuat pintu dan tingkap di badan kapal selam supaya udaranya nyaman. Kerja-kerja itu akan disiapkan dalam setahun. Mereka yang berminat meziarah kapal selam terpaksa menunggu beberapa bulan.

Terdapat pelbagai kelakar di Malaysia. Kejadian-kejadian yang saya kemukakan itu hanya sebahagian kecilnya.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong


Friday, December 2, 2011

Kejohanan Bola Tampar Remaja Malaysia Ke-11 2011

Volleyball

Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14) Malaysia ke-11 telah berjaya dianjurkan di Melaka.  Stadium Bola Kerajang MBMB Bukit Serindit merupakan tempat untuk mengadakan pertandingan tersebut.

Kejohanan bermula pada 23 November dan berakhir pada 27 November. Terdapat 22 pasukan lelaki dan perempuan yang terdiri daripada 11 negeri mengambil bahagian. Gambar ini memaparkan pertarungan antara pasukan perempuan Pulau Pinang dan pasukan perempuan Kuala Lumpur.

Untuk maklumat anda, Stadium Bola Kerajang MBMB Bukit Serindit dibina semasa Sukma Ke-13 pada Jun tahun lepas.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong


Saturday, November 26, 2011

Wira Revolusi Argentina Che Guevara Di Korea Selatan

Che Guevara

Che Guevera merupakan wira revolusi Marxsis Argentina yang mashyur. Patung lilin Che Guevara juga dipamirkan di Muzium Lilin 63 Seoul, Korea Selatan.

Dilahirkan di Argentina pada tahun 1928, Che Guevara terkenal sebagai Che. Che Guevara ialah seorang pelajar perubatan dan telah mengembara ke sekitar Amerika Latin untuk meluaskan wawasannya. Beliau amat terkejut terhadap segala yang disaksikan terutama kemiskinan, ketidakadilan sosial dan monopoli kapitalisme negara.

Perjalanan yang luar biasa itu mengakibatkan Che Guevara memulakan kegiatan revolusi. Beliau berperanan penting dalam penggulingan diktator Cuba Fulgencio Batista. Che Guevara diberkas dan dibunuh oleh tentera Bolivia ketika beliau mengembangkan ideologi revolusinya ke Bolivia.

Anda boleh mengambil foto dengan Che Guevara semasa anda berkunjung ke Muzium Lilin 63 Seoul.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Patung Lilin Bae Yong Joon
Patung Lilin Michael Jackson
Patung Lilin Mahatma Gandhi


Sunday, November 20, 2011

Bae Yong Joon Seniman Terkenal Korea Selatan

Bae Yong Joon

Bae Yong Joon merupakan seorang pelakon filem dan drama televisyen yang terkemuka di Korea Selatan. Patung lilin BaeYong Joon juga terpamir di Muzium Lilin 63 Seoul, Korea Selatan.

Dikenal sebagai Yon-sama di Jepun, Bae Yong Joon telah dilahirkan di Mapo-gu, Seoul pada tahun 1972. Drama pertama Bae Yong Joon ialah "Greeting with Love" yang diterbit oleh KBS. Kini, beliau menguruskan sebuah syarikat hiburan yang bernama KeyEast Entertainment.

Saya gemar menonton drama televisyen Bae Yong Joon terutama "Dream High" dan "Winter Sonata". Beliau telah dianugerahkan banyak pengiktirafan.

Ini adalah beberapa anugerahnya:
2002 KBS Drama Awards: Popularity Award(Winter Sonata)
2002 KBS Drama Awards: Best Actor Award(Winter Sonata)
2007 MBC Drama Awards: Daesang Grand Prize(The Legend)
2007 MBC Drama Awards: Best Couple Award with Lee Ji Ah  (The Legend)

Sekiranya anda peminat Bae Yong Joon, anda boleh mengambil foto dengan patung lilinya ketika melawat Muzium Lilin 63 Seoul.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Patung Lilin Michael Jackson
Patung Lilin Mahatma Gandhi


Wednesday, November 16, 2011

Pengasas Muzium Lilin Pertama Puan Tussaud

Puan Tussaud

Puan Tussaud merupakan pengasas muzium lilin pertama di dunia. Patung lilin Puan Tussaud juga dipamirkan di Muzium Lilin 63 Seoul, Korea Selatan.

Madame Tussauds ialah muzium lilin yang ditubuhkan oleh Puan Tussaud. Muzium lilin ini terletak di London, United Kingdom. Puan Tussaud seorang pembuat model lilin yang terkenal. Beliau seorang wanita Perancis yang dilahirkan di Starsbourg.

Madame Tussauds telah menjadi tempat penarik pelancong yang amat popular di London. Selain Madame Tussauds di London, terdapat banyak lagi cawangan di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Patung Lilin Michael Jackson
Patung Lilin Mahatma Gandhi


Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha

Saya mengucap "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua muslim semoga sihat dan sejahtera.

Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai agama dan kebudayaan berlainan. Kunjung-mengujung pada hari perayaan merupakan tradisi rakyat Malaysia.

Diharap melalui saling melawat dapat mewujudkan muhibbah antara kuam.

Artikel Berkaitan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pasar Makanan Ramadan Merlimau
Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia


Wednesday, November 2, 2011

Patung Lilin Raja Pop Michael Jackson

Michael Jackson

Patung lilin Raja Pop Michael Jackson merupakan salah satu patung yang dipamirkan di Muzium Lilin 63 Seoul.

Kemunculan Michael Jackson di Muzium Lilin 63 membuktikan bahawa beliau amat popular di Korea Selatan. Berdasarkan sebuah artikel Wikipedia, Michael Jackson diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penghibur yang paling berjaya.

Kebetulan saya dan anak saya ialah peminat Michael Jackson. Saya sungguh gemar lagu Michael Jackson terutama "Beat It" dan "Billie Jean".

Sekiranya anda peminat Michael Jackson, ingat mengambil gambar bersama patung lilin Michael Jackson ketika anda berkunjung ke Muzium Lilin 63.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Patong Lilin Mahatma Gandhi


Saturday, October 29, 2011

Patung Lilin Raja Sejong Dinasti Joseon Korea

Raja Sejong

Ini merupakan patung lilin Raja Sejong yang dipamirkan di Muzium Lilin 63 Seoul, Korea Selatan.

Raja Sejong dilahirkan pada 1397 dan meninggal pada 1450. Pada usia 21, Baginda telah dinobatkan sebagai raja ke-4 Dinasti Joseon Korea. Baginda telah memerintah Korea selama 30 tahun. Baginda mencipta huruf Korea yang dikenali sebagai Hangul semasa pemerintahannya.

Orang Korea berbanga terhadap raja yang terunggul mereka, Raja Sejeong Dinasti Joseon pada abad ke-15.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Patung Lilin Mahatma Gandhi


Sunday, October 23, 2011

Patung Lilin Ideologis India Mahatma Gandhi

Mahatma Gandhi

Tahukah anda patung lilin pakcik yang tidak memakai baju ini?

Pakcik ini ialah Mahatma Gandhi. Beliau merupakan tokoh politik dan ideologi yang luar biasa pada masa pergerakan kemerdekaan India. Ketika berbincang tentang demokrasi dan hak asasi manusia, nama Mahatma Gandhi akan disebutkan. Itulah sebabnya, Mahatma Gandhi dianggapkan sebagai simbol demokrasi dan hak-hak manusia.

Ingat mengambil gambar bersama patung lilin ideologis India semasa anda melawat Muzium Lilin 63 Seoul.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Patung Lilin Barack Obama
Banguan 63 Seoul Korea Selatan


Friday, October 21, 2011

Hari Kanak-kanak SJKC Chung Hwa Melaka

Hari Kanak-kanak

Hari Kanak-kanak merupakan pesta yang amat popular di kalangan murid-murid sekolah rendah. Perayaan yang mengharukan ini disambut setiap tahun pada bulan Oktober.

Kanak-kanak sungguh gembira pada Hari Kanak-kanak. Mereka akan memakai dengan kemas untuk menghadiri upacara yang ditunggu-tunggukan. Setiap kanak akan menerima hadiah pada hari itu. Selain itu, mereka juga akan mempersembahkan acara tarian dan nyanyian.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Ekspo Ulang Tahun Pay Fong
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris


Wednesday, October 12, 2011

Patung Lilin Barack Obama Di Muzium Lilin 63 Seoul

Barack Obama

Ini patung lilin Presiden Barack Obama yang dipamirkan di Muzium Lilin 63 Korea Selatan.

Barack Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat semasa. Selain itu, Barack Obama ialah orang Amerika Afrika pertama yang menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan tersebut setelah mencapai kemenangan dalam pilihan presiden pada tahun 2008.

Pelawat Muzium Lilin 63 gemar mengambil gambar dengan patung lilin Presiden Barack Obama.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Menara Berkembar LG Yeouido
Bangunan Perhimpunan Nasional
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang


Saturday, October 8, 2011

Muzium Patung Lilin 63 Seoul Korea Selatan

Muzium Patung Lilin 63

Terdapat sebuah muzium patung lilin yang bernama Muzium Patung Lilin dalam Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan. Muzium Patung Lilin 63 terletak di tingkat ke-3 bawah tanah di Banguan 63 Insurans Hayat Korea Selatan.

Muzium Patung Lilin 63 terdiri daripada Dewan Sejarah, Dewan Seniman, Dewan Ahli Sukan, Dewan Bintang Filem, Dewan Makan Terakhir dan Dewan Bekas Pemimpin Korea Selatan.

Antara patung lilin yang dipamirkan termasuk patung lilin Gandhi, Einstein, Beethoven, Raja Sejong, Jesus Christ, Elvis Presley, Pablo Picasso, Michael Jackson and David Beckham.

Muzium Patung Lilin 63 amat terkenal di Korea Selatan. Muzium Patung Lilin 63 mula dibuka pada 3 Julai 2009. Pada cuti dan hujung minggu, Muzium Patung Lilin 63 akan dibanjiri pengunjung.

Bayaran masuk ialah 14000 Won untuk dewasa dan 13000 Won untuk kanak-kanak. Pelancong asing layak potongan 1000 Won untuk dewasa dan kanak-kanak. Muzium Patung Lilin 63 dibuka dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam.

Berhubung dengan pengangkutan ke Muzium Patung Lilin, sila rujuk artikel saya yang sebelumnya. Saya akan menulis tentang patung-patung lilin yang didapati di Muzium Patung Lilin 63 dalam artikel saya berikutnya.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Menara Berkembar LG Yeouido
Bangunan Perhimpunan Nasional
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang


Wednesday, October 5, 2011

Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan

Bangunan 63

Terletak di Pulau Yeouido, Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan merupakan salah satu pencakar langit tinggi di Korea Selatan.

Sebagai mercu tanda terkenal di Pulau Yeouido, Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan 249 meter dan 63 tingkat tingginya. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1985.

Sebuah dek pemerhatian tersedia di tingkat 63. Pengunjung boleh menikmati pemandangan Seoul yang mempesona. Anda boleh minum dan makan di Kafe Sky di tingkat 60. Sebuah muzium seni tertinggi di dunia yang bernama Sky Art terdapat di tingkat 60. Restoran Walking in the Cloud yang menyediakan makanan Eropah berada di tingkat 59.

Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan ada sebuah akuarium, iaitu 63 Sea World yang mempunyai lebih daripada 20000 ekor ikan. Sekiranya anda gemar menonton filem skrin luas, anda harus melawat teater IMAX 63. Selain itu, sebuah muzium patung lilin juga didapati di Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan.

Anda boleh menaiki subway laluan 1 dan laluan 5 ke Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan. Jika anda menaiki subway laluan 1, turun di stesen Daebang. Turun di stesen Yeouido atau stesen Yeouinaru kalau anda menaiki subway laluan 5. Perkhidmat bas percuma disediakan dari ketiga-tiga stesen subway itu ke Bangunan 63 Insurans Hayat Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Menara Berkembar LG Yeouido
Bangunan Perhimpunan Nasional
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang

Friday, September 30, 2011

Menara Berkembar LG Yeouido Seoul Korea Selatan

Menara Berkembar LG

Bangunan kembar yang tinggi dalam foto merupakan Menara Berkembar LG. Menara Berkembar LG terletak di Yeouido yang dikenali sebagai Manhattan di Seoul.

Antara mercu tanda yang didapati di Yeouido termasuk Menara Berkembar LG, Sistem Penyiaran Seoul (SBS), Sistem Penyiaran Korea (KBS), Sistem Penyiaran Munhwa (MBC), Banguan Perhimpunan Nasional dan Banguan 63 Insurans Hayat Korea.

Ketinggian Menara Berkembar LG adalah 144 meter dan 34 tingkat. Pergi ke Menara Berkembar LG mudah sahaja. Anda boleh menaiki subway laluan 5 dan turun di Stesen Yeouinaru. Keluar dari pintu 1, Menara Berkembar LG akan muncul di depan anda.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang


Wednesday, September 28, 2011

Pesta Bunga Api Taman Hangang Yeouido Seoul

Bunga Api

Terdapat banyak acara pesta sepanjang tahun di Taman Hangang Yeouido. Pesta bunga api merupakan salah satu acara menarik. Pesta ini biasanya berlangsung pada musim luruh.

Keluarga Korea Selatan

Pelancong asing akan membanjiri Taman Hangang pada Pesta Bunga Api untuk mengalami perayaan eksotik di Korea Selatan. Penduduk-penduduk Seoul juga berpusu-pusu ke Taman Hangang untuk menyaksikan bunga api yang cantik.

Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Berbasikal Di Taman Hangang
Bangunan Perhimpunan Nasional
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang


Sunday, September 25, 2011

Tiang Wonhyogyo Dengan Jubin Seramik Artistik

Wonhyogyo

Terdapat sebanyak 27 buah jambatan melintas Hangang, Seoul. Wonhyogyo di Taman Hangang Yeouido merupakan salah satu jambatan itu.

Wonhyogyo

Apakah yang istimewa tentang jambatan Korea Selatan ini?

Wonhyogyo akan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk pada masa sibuk. Beberapa tiang Wonhyogyo disimen dengan Jubin Seramik Artistik. Pelawat Taman Hangang Yeouido suka mengambil di sisi tiang-tiang tersebut.

Sekiranya anda suka memancing, anda boleh membawa joran untuk memancing di bawah Wonhyogyo. Selain itu, anda boleh duduk di bawah Wonhyogyo sambil menikmati keindahan Hangang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Berbasikal Di Taman Hangang
Bangunan Perhimpunan Nasional
Burung Camar Terbang Di Hangang


Thursday, September 22, 2011

Bangunan Perhimpunan Nasional Korea Selatan

Bangunan Perhimpunan Nasional

Photo ini diambil ketika saya pergi ke Taman Hangang untuk pelayaran sungai. Bangunan ini merupakan Bangunan Perhimpunan Nasional Korea Selatan. Iaitu Dewan Undangan Nasional Korea Selatan.

Bangunan Perhimpunan Nasional terletak di tebing Hangang di Taman Hangang Yeouido. Binaan yang sungguh unggul, Bangunan Perhimpunan Nasional siap bina pada tahun 1975. Adakah anda menganggap Bangunan Perhimpunan Nasional merupai masjid?

Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Berbasikal Di Taman Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang


Monday, September 19, 2011

Kesenorokan Berbasikal Di Taman Hangang

Taman Hangang

Selepas mengalami pelayaran Hangang yang tidak dapat dilupakan, anda boleh berbasikal di sepanjang sungai untuk menikmati pemandangan sungai yang indah.

Sewaan basikal terdapat sepanjang tahun di Taman Hangang. Laluan yang khas untuk berbasikal disediakan. Pengunjung Taman Hangang boleh menyewa basikal daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sewaan basikal dicaj setiap jam. Bayaran adalah seperti berikut: 3000 Won bagi satu tempat duduk dan 6000 Won bagi dua tempat duduk.

Sekiranya anda gemar berbasikal, ingat menyewa basikal dan mengelilingi sekitar Taman Hangang.

Post Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pemandangan Menawan Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang

Thursday, September 8, 2011

Burung Camar Terbang Di Atas Hangang

Burung Camar

Sekiranya anda gemar memerhati burung, anda harus mengalami pelayaran Hangang sambil menikmati burung camar terbang dengan segak di atas Hangang yang biru di Seoul.

Ketika feri belayar di Hangang, didapati burung camar terbang di belakang feri. Ingat menyediakan makanan untuk burung camar. Melempar makanan kepada burung camar. Burung camar akan mengejar feri untuk merebut makanan.

Anda hanya duduk dan melihat burung terbang dengan elegan. Mengambil beberapa gambar atau merakam video burung camar sebagai kenangan manis di Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Lawatan Ke Taman Hangang


Saturday, September 3, 2011

Nazri Mendesak MCA SUPP Dan Gerakan Meninggal BN

Barisan Nisional

Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Mohmamed Nazri telah mengatakan secara terbuka bahawa DAP merupakan parti politik yang paling sesuai untuk mewakili masyarakat Cina di Malaysia. Niat Mohmamed Nazri amat ketara, beliau ingin MCA, SUPP dan Gerakan mengeluar dari gabungan Barisan Nasional.

Kenyataan Mohmamed Nazri yang terus-terang itu sungguh menakjubkan. MCA, SUPP dan Gerakan yang sering menuntut mewakili kaum Cina hendaklah membalas dakwaan Mohmamed Nazri. Jika tidak, bubarlah parti masing-masing dan kembali ke kampung untuk mengiringi keluarga.

Ketiga-tiga parti itu menyertai Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional yang angkuh lebih baik daripada kekal dalam Barisan Nasional dan dikeji oleh pihak tertentu.


Artikel Berkaitan
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek


Wednesday, August 24, 2011

Lawatan Ke Taman Hangang Yeouido Seoul

Taman Hangang

Selepas pelayaran Hangang, mengambil angin dalam Taman Hangang di Yeouido untuk berasai bayu sungai yang segar dan mengalami gaya hidup orang Korea Selatan.

Terletak di Yeouido Yeongdeungpogu, Hangang Park merupakan tempat istirehat yang digemari oleh pelancong dan penduduk setempat.

Pelbagai acara pesta tersedia di Taman Hangang sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk Perayaan Kebudayaan Seoul, Pesta Bunga Sakura Yeouido dan Pesta Bunga Api Antarabangasa Seoul.

Dalam Taman Hangang juga terdapat kemudahan sukan dan riadah seperti jeti, taxi air, kolam renang, gelangang basikal, ruang memancing, padang bola sepak dan gelangang meluncur.

Anda boleh menaiki subway laluan 5 ke Taman Hangang. Menurun di Stesen Yeouinaru dan berjalan kaki beberpa minit akan tiba Taman Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone Seoul
Pemandangan Menawan Hangang


Sunday, August 21, 2011

Memori Manis Pelayaran Hangang Seoul

Pelayaran Sungai Han

Ini gambar pengkalan pelayaran Hangang di Yeouido, Seoul. Sekira anda merancang ke Seoul, cuba mengalami pelayaran Hangang. Setelah pelayaran Hangang, anda pasti memperoleh kenangan yang tidak terpadam.

Pelayaran Sungai Han

Terdapat dua pilihan pelayaran, feri dua hala dan feri sehala. Feri dua hala melepas dan kembali ke jeti yang sama. Manakala feri sehala melepas dari satu jeti dan berhenti di jeti yang lain.

Tambang dan jadual feri dua hala:
Yeouido--Yeouido
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Pertunjunkan silap mata: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Muzik secara langsung: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Makanan bufet: 90 minit, dewasa 55,000 Won. (Hujung minggu 60,000 Won)

Jamsil--Jamsil
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Ttukseom--Ttukseom
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Tambang dan jadual feri sehala:
Yeouido--Jamsil: 1 jam, dewasa 13,000 Won
Jamsil--Yeouido: 1 jam, dewasa 13,000 Won

Kanak-kanak diberi potongan sebanyak 50% untuk kedua-dua jenis pelayaran Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong

Friday, August 19, 2011

Pemandangan Menawan Hangang Seoul Korea Selatan

Hangang

Hangang atau Sungai Han yang mengalir melalui Seoul telah menjadi tempat tarikan pelancong terkenal di Korea Selatan.

Sungai Bukhan bertemu dengan Sungai Namhan di Gyeonggi-do dan membentuk Hangang. Sebelum mengalir ke Laut Kuning, Hangang bergabung dengan Sungai Imjin. Seoul dibahagikan kepada dua bahagian oleh Hangang, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan. Terdapat 27 buah jambatan merentangi Hangang.

Pelayaran Hangang merupakan pilihan yang tepat untuk menghayati pemandangan mempesona sepanjang Hangang. Saya akan menceritakan tentang pelayaran Hangang dalam rencana seterusnya.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, August 17, 2011

Dokumen Penyertaan Kelab Karate Yuchuilang

Dokumen Karate

Sebelum ini saya telah menulis tentang Jeet Kune Do Bruce Lee, kini saya menulis satu lagi artikel mengenai Kung Fu.

Selain politik yang amat jijik, kesedaran Kung Fu saya juga hanya bertaraf tadika. Saya mempelajari Karate ketika menuntut di Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor Baru sebagai satu kegiatan kokurikulum bukan kerana berminat.

Imbas kembali masa dahulu, sungguh memalukan. Masih ingat persembahan memecahkan genting dan batu-bata, genting dan batu-bata itu tidak pecah tetapi buku lima saya bengkak. Kung Fu memang bukan kelebihan saya. Setelah melatih selama beberapa bulan, jurulatih hanya mengajar kata yang asas. Kelab karate terpaksa tutup kedai sebab ahli kelab semakin kurang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Pertarungan Bruce Lee Dan Chua Soi Lek
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Friday, August 12, 2011

Pertarungan Bruce Lee Dan Chua Soi Lek

Nanchaku

Danchaku Presiden MCA Chua Soi Lek sungguh luar biasa. Malahan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat pun tidak mampu menentangnya.

Oleh kerana kehebatan danchaku Chua Soi Lek, DAP terpaksa mengarah Superman Hew Kuan Yau meminta bantuan Bruce Lee. Hew Kuan Yau yang dirasuk Bruce Lee melambai nunchaku dan berlawan dengan Chua Soi Lek.

Nunchaku dan danchaku berlaga dengan habis-habisan. Siapa yang menang dalam pertarungan itu merupakan pertanyaan yang menarik. Keputusan akan diketahui dalam pilihan raya umum ke13. Pengundi Malaysia yang arif tidak sabar untuk mengetahui.

Artikel Berkaitan
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Tuesday, August 9, 2011

'Jeet Kune Do Politik' Dr Hew Kuan Yau

Bruce Lee

Dr Hew Kuan Yau tidak berhenti-henti ke seluruh negara untuk memperkenalkan buku barunya yang bertajuk 'Jeet Kune Do Politik'.

Saya tidak mampu memahami hasil karya Dr Hew Kuan Yau yang menakjubkan itu kerana kesedaran politik saya hanya bertaraf tadika. Setelah membaca prakata yang ditulis oleh Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, saya memperoleh jawapan yang kehendaki.

Ketika menuntut di sekolah menengah, saya pernah menonton wayang gambar bintang filem Kung Fu Bruce Lee di pawagam Capital di Melaka bersama kawan-kawan sedarjah. Oleh kerana itu, saya mengetahui serba sedikit tentang asal usul Bruce Lee.

Saya imbas kembali kenangan tahun 70-an dengan tanpa menyedari selepas menyelak 'Jeet Kune Do Politik'.

Artikel Berkaitan
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Monday, August 8, 2011

Majlis Pelancaran Buku Baru Superman Hew Kuan Yau

Bruce Lee

Dr Hew Kuan Yau semakin terkenal di arena politik Malaysia baru-baru ini. Beliau juga dikenali sebagai Superman di kalangan ahli dan penyokong Democratic Action Party Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, Dr Hew Kuan Yau menganjurkan pelancaran buku baru di Dewan Rakyat DAP Melaka. Dr Hew Kuan Yau bukan sahaja pintar berpidato, malahan mahir dalam penulisan.

'Jeet Kune Do Politik' merupakan hasil karya Dr Hew Kuan Yau terkini yang mendekripsi perubahan kerajaan Malaysia. Buku tersebut seperti Kitab Kong Fu terunggul pada masa lampau.

Demi membuktikan bahawa beliau tidak berdusta, Dr Hew Kuan Yau menunjukkan Kung Funya di majlis pelancaran buku baru.

Artikel Berkaitan
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia
Ulasan Liew Chin Tong Terhadap Perhimpunan 709


Sunday, August 7, 2011

Proses Membuat Kimchi

Kimchi

Pengenalan:
Jika anda pernah ke Korea Selatan, tentu anda telah merasai kimchi kerana kimchi dihidangkan sebagai lauk sampingan.


Kimchi

Perasa dan bahan-bahan:
Kimchi merupakan sejenis makanan tradisional Korea yang dibuat dengan cara penapaian. Perasa dan bahan-bahan termasuk halia, kubis, timun, selada air, cili kering, ikan masin, serbuk lada, lobak putih, udang masin, daun bawang, bawang putih dan daun mustard.


Kimchi

Proses membuat kimchi:
Membuang daun-daun lapis luar kubis yang reput. Belah kubis kepada dua bahagian dengan memotong dari bahagian bawah kubis. Celup kubis dalam larutan garam dalam jangka masa yang ditetapkan. Selepas itu, bilas kubis dengan air sejuk.

Adunkan perasa dan bahan-bahan yang disediakan untuk menyumbat di antara lapisan kubis. Balut kubis yang telah disumbat dengan ketat. Langkah yang terakhir ialah meletak kubis tersumbat itu ke dalam tempayang dengan teratur.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Muzium Kimchi Pulmuone
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Saturday, August 6, 2011

Muzium Kimchi Pulmuone Seoul Korea Selatan

Muzium Kimchi Pulmuone

Selain Akuarium Coex, terdapat sebuah muzium kimchi di Coex Mall, Seoul.

Terletak di aras dua bawah tanah Coex Mall, Muzium Kimchi Pulmuone membuka 6 hari seminggu. Muzium Kimchi Pulmuone tutup pada Isnin, Tahun Baru, Tahun Baru Lunar, Perayaan Musim Luruh dan Krismas. Masa melawat adalah dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Bayaran masuk ke Muzium Kimchi Pulmuone ialah 3000 Won untuk dewasa, 2000 Won untuk pelajar dan 1000 untuk kanak-kanak.

Pelbagai pengangkutan tersedia ke Pulmuone Kimchi Muzium. Menaiki subway merupakan salah satu pilihan. Anda boleh menaiki subway laluan 2 ke Stesen Subway Samseong dan keluar dari pintu 5 atau 6.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul