![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_FX-BjGiKegwuM70ROkA2lF-CWc7i8666TUN7BZt5cPX3Fnj3RvODByGY-hiKM0KODAtnwd7lISWaT0se_hrIbWKr1QhazWks5jsoGbFvQbcYj3aR_r9o7tOODF92fjB_bw5ybRobTA/s320/Hong+Kong+08.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBUaxpW6NX4INOZgJQPEc80Z_Fja4WALsbYugl6XghUcVw7sux-jUW5LBHEvlwQqfpgmondZi3xKKAFZJJMJdZycmDhisNYyIlfnquQuSg2gZ77tvbnJY955V4OIi3rLpajR2ErJRw_g/s320/Hong+Kong+07.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW9LAOb7cRNQTZjyvqYpG8pn4jlYMmx4xKON3hhRyRJW9CCL3UcEOPtu6SMWkrecH_2hs47izQVgHpSIENEKOe0ceUIkiIhnRrig4tLnlpMlHBTihyphenhyphensOm1T43kkXe1EoA9fsKbKT4Fiw/s320/Hong+Kong+06.jpg)
Saya telah mendidik murid-murid berdekat-dekat lamanya. Guru-guru bermisi membentuk masyarakat akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru-guru amat penting. Nasib baik kini saya tidak perlu merisaukan masalah ini kerana saya telah bersara.
Beberapa hari yang lepas, seorang murid melawat saya dan membawa bersama sekotak sushi untuk saya. Saya sungguh terharu. Walaupun saya sudah bersara, murid tersebut masih bersyukur kepada saya.
Semasa menjadi seorang guru, saya tidak berniat hidup dengan meawah. Asalkan saya menjalankan tugas dengan baik, jaminan saya sebagai seorang guru tidak akan diabaikan. Sekiranya murid-murid menghargai jasa saya, ini merupakan suatu dorongan kepada saya.
Walaupun tidak berpeluang ke Beijing untuk menyaksikan pesta sukan yang terunggul di dunia tetapi saya dapat berkongsi suka dan duka peserta-peserta Sukan Olimpik melalui menonton siaran langsung televisyen.
Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 diberi nama Fuwa. Ia terdiri daripada lima anggota yang berwarna biru, hitam, merah, kuning dan hijau. kelima-lima warna ini mewakili lima lingkaran Sukan Olimpik.
Fuwa bermisi menyampaikan informasi kesahabatan, keamanan, keharmonian,s ikap positif dan mencintai alam sekitar kepada kanak-kanak sedunia.
Fuwa mempunyai nama masing-masing, iaitu "Beibei", "Jingjing", "Huanhuan", "Yingying" dan "Nini". Sekiranya mencantumkan semua nama Fuwa, ia akan menjadi "北京欢迎你" yang bermaksud "Selamat Datang Ke Beijing".
Walaupun saya telah bersara tetapi orang rumah masih bertungkus-lumus berkhidmat untuk negara, kalau tidak tentulah saya ke Beijing untuk menyertai temasya yang sungguh meriah itu.
Saya menyandar di kerusi malas untuk menonton siaran langsung upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 pada pukul 8 malam 8 Ogos.
Bunga api yang terang benderang di langit malam Beijing meluaskan visual dunia dan mengeratkan perhubungan manusia sedunia,
080808 bukan sahaja kebanggaan orang Cina tetapi juga permulaan "Satu Dunia Satu Impian". Semoga semangat Olimpik dikekalkan selama-lamanya demi mengujudkan keamanan dan keharmonian sedunia.
Rencana saya sebelum ini berhubung dengan "Punk Rock Pirate Party" yang dipamirkan oleh Li San Ai. Saya akan berkongsi "Perjalanan Ajaib" dari Shan San Yi dengan kamu dalam petikan ini.
Walaupun thema "Punk Rock Pirate Party" dan "Perjalanan Ajaib" berlainan tetapi kedua-dua pamiran ini sungguh kreatif dan innovatif.
Latar belakang "Perjalanan Ajaib" amat unik kerana menggunakan kartun Jepun yang terkenal. Naruto merupakan salah satu kartun yang digunakan.
Kartun Jepun dijadikan latar belakang untuk menggambarkan persahabatan dan perpaduan di antara manusia.
Untuk pengetahuan kamu bahawa Shan San Yi adalah kelas perdagangan tetapi murid-murid berbakat dalam bidang seni visual.
Pamiran selama 2 hari sempena perayaan ulang tahun ke 95 Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka telah berjaya dilancarkan.
"Punk Rock Pirate Party" merupakan thema pamiran Li San Ai. Saya berpendapat buah fikiran dan reka bentuk berpadan dengan thema pamiran.
Setahu saya murid-murid Li San Ai yang terlibat dalam pamiran ini telah membuat persedian rapi dan penyelidikan teliti.
Kedua-dua gambar di atas adalah penjara terdapat di kapal lanun Li San Ai.
Senyuman terpapar di wajah murid perempuan yang berlakun sebagai banduan. Kemungkinan murid tersebut masih muda dan tidak memahami kesengsaraan seorang banduan.
Bernasib baik kapal lanun Li San Ai tiada lanun yang kejam, jika tidak saya tentu di lontar ke dalam lautan untuk menjadi makanan lazat ikan yu.
Saya mengucap ribuan terima kasih kepada murid-murid Li San Ai kerana mengizinkan saya memaparkan gambar mereka di rencana blog ini.
Sekolah Menengah Pay Fong Melaka telah melancarkan suatu ekspo sempena perayaan ulang tahun sekolah ke 95. Pamiran tersebut diadakan di halaman sekolah itu selama 2 hari pada 14 dan 15 Jun.
Sekolah Menangah Pay Fong merupakan satu-satunya sekolah menengah China di Melaka. Sekolah ini ialah sebuah sekolah swasta tanpa menerima sebarang bantuan dari kerajaan Malaysia. Ia telah diasaskan pada tahun 1913.
Saya dikagumi kebolehan murid-murid Sekolah Menengah Pay Fong apabila menjejak kaki ke halaman sekolah itu. Para pamiran yang dipamirkan itu amat canggih. Syabas diucap kepada murid-murid Sekolah Menengah Pay Fong.
Saya melawat Singapura bersama isteri pada bulan Mei. Kami menginap di sebuah hotel di Waterloo, Singapura. Hotel tersebut ialah Hotel South East Asia.
Lokasi Hotel South East Asia amat unggul kerana berada di pusat bandar Singapura. Cara untuk pergi ke Hotel South East Asia mudah sahaja. Sama ada boleh menaiki bas, taxi atau MRT. Stesen MRT Bugis hanya beberapa minit jarak berjalan ke Hotel South East Asia.
Terdapat banyak pusat membeli-belah dan tempat tarik pelancong berhampiran dengan Hotel South East Asia. Bazar Bugis dan Bujis Junction yang paling digemari pelancong tidak jauh dari Hotel South East Asia.
Adakah ini cerita siri drama televisyen ?