Thursday, May 31, 2012

Jenaka Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin

Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang Selangor Zuraida Kamaruddin beristirehat sambil minum teh bersama penyokong Pakatan Rakyat sekitar Merlimau pada petang 19 Mei. Beliau bermisi mendedahkan kerja kotor pemimpin-peminpin UMNO.

Walaupun Ambiga tidak dapat jumpa peminat setianya di Merlimau, para hadirin berasa gembira pada perjumpaan dengan Presiden Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Zuraida Kamaruddin membongkar skandal UMNO iaitu pemilik lembu kondominium, Presiden Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil. Cerita Kak Lembu yang terkenal itu tersebar ke seluruh Malaysia tetapi Zuraida Kamaruddin masih berminat menyindir bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.

Selepas berkongsi drama lembu, babak berikut yang disampaikan oleh Zuraida Kamaruddin ialah kisah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal. Meskipun Shafie Apdal menafi tidak membayar jumlah wang yang besar kepada seorang seniwati, Zuraida Kamaruddin tetap menuduh Shafie Apdal menyalahgunakan wang awam untuk bertemu Zahida Rafik.

Selesai mengejek Shafie Apdal dan Shahrizat Abdul Jalil, Zuraida Kamaruddin mula menilai Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Berikut Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Najib Razak mengumum memegang jawatan itu sendiri. Seorang lelaki berjawat kementerian wanita, ia bukan kelakar bertaraf dunia malahhan menghina kaum wanita di Malaysia.

Kelemahan Barisan Nasional tidak terhingga. Itu sebabnya rakyat jelata Malaysia mendesak regim kini berundur.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Sunday, May 27, 2012

Wanita MCA Kian Sit Har Menyokong 428 Bersih 3.0

Kian Sit Har

Kehadiran Ketua Wanita MCA Melaka Kian Sit Har pada 428 Bersih 3.0 tercetus perang lidah di antara beliau dan Presiden UMNO Melaka Mohd Ali Rustam.

Sebelum 28 April, Presiden MCA Chua Soi Lek mengatakan bahawa ahli MCA bebas untuk menyertai 428 Bersih 3.0. Oleh kerana tekanan Mohd Ali Rustam, Chua Soi Lek yang bijak merepek itu terpaksa reka cerita karut. Chua Soi Lek tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Kian Sit Har kerana Kian Sit Har tiada sumbangan kepada MCA. Ini bermakna kod tatalaku MCA khas untuk menghukum ahli-ahli setia.

Ketua Wanita Pusat MCA Yu Chok Tow berada di sebelah Kian Sit Har. Yu Chok Tow mengutuk Chua Soi Lek dengan tegas. Walaupun Chua Soi Lek merupakan presiden MCA, dia sebenarnya seorang pengecut dan tidak berani mengata apa-apa. Terbukti Chua Soi Lek bacul seperti seekor tikus. Tidak hairanlah MCA hanya parasit UMNO.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Ulasan Liew Chin Tong Terhadap Perhimpunan 709
Teng Chang Khim Berharap Semangat 709 Kekal Abadi

Wednesday, May 23, 2012

Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Pasukan Simpanan Persekutuan

Petang hari Sabtu, sekumpulan polis tiba-tiba muncul di taman kediaman saya. Makcik-makcik jiran saya serta-merta menutup pintu dan tingkap masing-masing. Mereka menjenguk-jenguk dan menanya saya apa sedang berlaku.

Pengacau

Selain polis yang hadir untuk menunjuk muka mereka, terdapat dua golongan yang berpakaian merah dan hitam. Golongan berbaju merah itu terdiri daripada ahli UMNO Jasin Melaka. Golongan berbaju hitam itu merupakan pengikut Perkasa Melaka.

Presiden Bersih Ambiga hanya ingin minum teh bersama warga sekitar Merlimau tetapi UMNO Jasin dan Perkasa Melaka sengaja menimbulkan kekacauan. Kemunculan mereka telah mewujudkan kecemasan di kalangan penghuni Taman Sri Merlimau.


Budak UMNO

Peminat setia UMNO memanjat ke atas tembok rumah penduduk Taman Sri Merlimau. Kelakuan mereka menggambarkan UMNO sebuah parti politik tidak berdisiplin. Adakah anda ingin Malaysia di tadbir oleh parti sebegini?

Malangnya pihak polis yang berada di lokasi kejadian itu tidak mengambil tindakan sewajarnya. Mereka hanya berdiri tegak seperti tiang lampu yang tersedia di sepanjang jalan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Malaysia

Monday, May 21, 2012

UMNO Parti Politik Telur Busuk?

Telur UMNO

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Jezlee Tit menafi ahli UMNO terlibat dalam kejadian baling batu dan telur busuk ke arah penyokong dan pemimpin DAP.

Insiden tersebut berlaku pada petang hari Sabtu ketika mangsa-mangsa itu menghadiri jamuan minum bersama Presiden Bersih Ambiga di Markas PAS Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Menurut sebuah artikel di Malaysiakini, Jezlee Tit yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Merlimau mendakwa bahawa beliau tidak mengeluarkan arahan melontar batu dan telur busuk. Kebetulan saya sempat mengambil gambar ini sebagai bukti membongkar dusta Jezlee Tit.

Penipuan Jezlee Tit mendedah Parti UMNO merupakan sebuah parti politik integriti sifar.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pakar Pembasmian anai-anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Malaysia

Warga Merlimau Berjamu Ringan Dengan Presiden Bersih Ambiga

Ambiga

Presiden Bersih Ambiga berjadual minum teh bersama penghuni sekitar Merlimau pada petang hari Sabtu. Ketua Menteri Melaka mengarah semua MP dan Adun UMNO Melaka mengumpulkan pengacau untuk melakukan gangguan. Akhirnya Ambiga tidak muncul di Markas PAS di Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Dengan sokongan kuat yang dimandatkan oleh rakyat Malaysia, Ambiga menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya menganjurkan pilihan raya umum yang adil dan bersih. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum. Demi mengukuhkan kedudukan politik, BN mencuba sedaya upaya memburuk-burukkan Ambiga yang disanjung tinggi oleh rakyat.


Perkasa

Kebebasan Bersuara?

Ambiga hanya ingin berjamu dengan orang Merlimau. Mengapakah Presiden UMNO Melaka begitu pengecut? Seolah-olah UMNO Melaka sudah sakit tenat dan akan mampus bila-bila masa. Mungkin menyalak bukit seperti anjing merupakan budaya UMNO.

Menindas pemimpin yang dihormati rakyat akan membangkitkan kemarahan di kalangan rakyat. Malaysia perlu mengubah kerajaan secepat mungkin demi menjamin masa depan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Malaysia

Friday, May 18, 2012

Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Won Korea Selatan

Selepas berkhidmat sebagai guru berpuluh tahun, saya masih miskin seperti tikus gereja.

Saya dan isteri hidup dalam keadaan miskin. Kami tinggal di sebuah rumah deret kecil di pinggir bandar. Saya tidak pernah ditawar apa-apa projek mega dan tidak mampu membela lembu di kondominium mewah.

Sebagai seorang pesara miskin, saya sentiasa memimpi menjadi jutawan. Saya terbang ke Korea Selatan sekali lagi bersama Air Asia pada bulan April yang lalu. Kunjungan kali ini ke Seoul kerana bertemu janji dengan bunga Sakura. Selain itu, saya juga pergi ke Suwon untuk melawat anak saya.

Sebelum berlepas ke Seoul, saya menukar 2 juta Won dan membelanjakan wang itu dengan gembira. Bekerja keras selama beberapa dekad, selalu kekurangan duit pembelanjaan. Nasib baik saya berpeluang menjadi jutawan semasa melancong di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun

Wednesday, May 16, 2012

Kolej New Era Kajang Selangor

Kolej New Era

Kolej New Era terletak di Jalan Bukit, Kajang. Kampus Kolej New Era meliputi kawasan seluas 8.5 ekar.

Kolej New Era bervisi menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf dunia. Manakala memupuk pemimpin profesional yang holistik, berbudaya serta berwibawa merupakan misi Kolej New Era.

Perhimpunan 325 membantah kekurangan guru di SJKC telah berjaya diadakan di Kolej New Era. Presiden Dong Zong sekali lagi menjadi tumpuan media.

Fakulti dan Bidang Pengajian:

Fakulti Perniagaan:
Pengajian Perniagaan
Pusat Perniagaan Masyarakat Cina

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan:
Pendidikan
Bahasa dan Kesusasteraan Cina
Psikologi Bimbingan dan Kaunseling

Fakulti Media dan Seni Kreatif:
Seni dan Rekaan
Pengajian Media
Drama dan Visual

Fakulti Sains:
Sains Informasi dan Pengajian Pengkomputeran

Pengajian Lain:
Program Bahasa Inggeris Intensif

Syarat Kemasukan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Unified Examination Certificate / Unified Examination Certificate-Vocational (UEC / UEC-V)
Kelayakan lain yang setara : LCCI, Pitman, A-Level dan lain-lain.
Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan bagi pelajar dewasa.

Nota : Keputusan peperiksaan percubaan SPM dan STPM juga diterima.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Burung Marah Membantah Ketidakadilan BN
PAS Mahfuz Omar Merestui Perhimpunan 325

Monday, May 7, 2012

Memulih Kegemilangan Gerbang Pintu Sungnyemun

Sungnyemun
Selepas kebakaran teruk, projek baik pulih Gerbang Pintu Sungnyemun dilaksanakan dengan gigih. Garis panduan disediakan supaya pembinaan semula dijalankan dengan lancar.

Sungnyemun
Pakar dan juruteknik berpengalaman terlibat dalam kerja pemulihan. Informasi sejarah dan gambar tersedia untuk rujukan.

Projek pemulihan dibahagikan kepada tiga peringkat. Kerja peringkat pertama tamat pada Julai 2008. Peringkat kedua pula dari 2008 ke 2009. Peringkat terakhir akan siap pada tahun ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun

Friday, May 4, 2012

Kebakaran Pintu Gerbang Sungnyemun Seoul

Sungnyemun
Pintu Gerbang Sungnyemun Seoul Korea Selatan telah dijilat api pada tahun 2008. Berita yang menakjubkan itu dilaporkan di seluruh dunia.

Kejadian itu berlaku pada 10 Februari 2008 semasa Tahun Baru Lunar. Kebakaran tersebut disebabkan oleh seorang Korea Selatan yang mengamuk kerana tidak puas hati terhadap pampasan pengambilan tanah.


Sungnyemun
Tapak batu Gerbang Pintu Sungnyemun tidak terjejas tetapi dua tingkat yang lain hangus terbakar. Institut Penyelilikan Kebangsaan Warisan Budaya Korea Selatan memutuskan untuk memulihkan Gerbang Pintu Sungnyemun yang musnah.

Saya akan menulis serba sedikit maklumat pemulihan Gerbang Pintu Sungnyemun dalam artikel blog yang berikutnya.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun