Sunday, June 30, 2013

Berbasikal Di Sekitar Volendam Belanda

Volendam

Tidak dinafikan bahawa kincir angin merupakan lambang Belanda. Manakala basikal pula ialah kenderaan yang biasa digunakan oleh orang Belanda.

Terdapat lorong basikal di Amsterdam. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati ketika berada di Amsterdam. Sekiranya anda terjejak ke lorong basikal, anda akan mengalami kecederaan kerana dilanggar oleh basikal.


Volendam

Keadaan di Volendam tidak sama dengan Amsterdam. Pengayuh basikal di Volendam mempunyai rasa hormat. Kemungkinan kehidupan pinggir bandar tidak begitu sibuk dan tegang.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Santapan Pertama Di Eropah
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Rumah Unik Volendam Belanda

Tuesday, June 25, 2013

Bekalan Elektrik Tergendala di Bentong

Bentong

Bekalan elektrik tergendala semasa lawatan kami ke Bentong.

Kebetulan tersebar kejadian ini berlaku lagi pada 5 Mei. Kami tentu percaya tentang sebaran itu kerana telah mengalami blackout sebelum ini.

Insiden putus bekalan elektrik di Bentong sungguh aneh. Tidak pasti sama ada berhubung kait dengan politik. Memang ada ceramah politik anjuran DAP pada malam itu.

Bekalan elektrik terputus ketika kami sedang menikmati kari ikan. Isteri bos menyalakan lilin untuk pelangan yang makan di restoran. Kami seperti merasai makanan cahaya lilin dalam suasana romantik.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Saturday, June 22, 2013

Rumah Unik Volendam Belanda

Volendam

Walaupun Volendam sudah menjadi destinasi pelancongan yang amat popular, perumahan lama di sekitar Volendam masih kekal tidak berubah hingga sekarang.

Volendam

Rumah ini ada dua anjung di tingkat satu dan tingkat dua. Penghuni boleh menjemur matahari pada musim bunga dan musim panas. Pada musim luruh, penghuni boleh menikmati bulan di anjung tersebut.

Volendam

Kebanyakan tingkat bawah rumah di Volendam dijadikan Kafe dan kedai cenderamata.

Penduduk Volendam mencari rezeki sebagai nelayan pada masa dulu. Dengan pelawat dari seluruh dunia membanjiri Volendam, mereka mula berubah cara hidup dengan terlibat dalam bidang pelancongan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Santapan Pertama Di Eropah
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS

Sunday, June 16, 2013

Ambil Angin Di Volendam Belanda

Volendam

Terletak di utara Amsterdam, pemandangan Volendam sungguh mempesona. Volendam merupakan sebuah perkampungan nelayan pada asalnya, kini Volendam telah menjadi tempat tarikan pelancong yang amat popular.

Volendam

Kebanyakan tanah Belanda di bawah horizon termasuk Volendam yang dibanjiri pelancong.

Jalan yang lebih rendah dalam foto ialah tanah asal, tempat meletak kereta itu ialah tambak laut. Kalau tidak memerhati dengan teliti, anda pasti tidak dapat membezakan keadaan sebenarnya.


Volendam

Sekeluarga mengayuh basikal bersiar-siar di Volendam memang meyeronok. Penduduk Amsterdam akan pergi ke Volendam bercuti pada musim panas.

target=

Terdapat banyak kedai cenderamata di Volendam. Sebelum meninggalkan Volendam, membeli beberapa blue delft mini sebagai kenangan manis.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Santapan Pertama Di Eropah
Menikmati Kopi Di Volendam
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS

Thursday, June 13, 2013

Batu Kepala Naga Jeju Korea Selatan

Batu Kepala Naga

Terletak di pantai bahagian timur Kota Jeju, Batu Kepala Naga berpanjang lebih daripada 30 meter. Kepala naga yang muncul daripada permukaan air setinggi lebih kurang 10 meter.

Batu tersebut dinamakan Batu Kepala Naga kerana bentuknya mirip kepala naga yang muncul dari air laut. Berdasarkan penerangan papan kenyataan, Batu Kepala Naga terbentuk setelah lava gunung berapi beku. Selepas luluhawa dan hakisan air laut bertahun-tahun, akhirnya batu itu berbentuk seperti kepala naga.


Jeju

Terdapat sebuah patung batu wanita duyung berdekatan Batu Kepala Naga. Wanita duyung merupakan wanita Jeju yang mahir menyelam  ke dasar laut tanpa alatan menyelam.

Mereka terlibat dalam pekerjaan tradisi iaitu menyelam untuk menangkap ikan dan mendapatkan kerang, abalone serta rumpai laut.


Sauk Jaring

Kebetulan ternampak sauk jaring terletak di atas batu. Dengan segera menangkap beberapa gambar sauk jaring ini.

Hirisan Kurita

Hirisan sesungut kurita yang masih bergerak menjadi santapan pelancong dari Jepun. Sekiranya anda suka makanan laut mentah, anda boleh singgah untuk mencuba hasil tangkapan wanita duyung.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Makanan Jajanan Myeongdong
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju
Puncak Matahari Terbit Ilchulbong Jeju

Sunday, June 9, 2013

Pasar Pokok Pinang Kota Bharu

Kota Bharu

Selain Pasar Siti Khadijah yang merupakan icon pelancongan, terdapat sebuah pasar mini di ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu.

Pasar tersebut bernama Pasar Pokok Pinang dan terletak di Jalan Hilir Pasar, Kota Bharu. Pelbagai barangan dapat dibeli di Pasar Pokok Pinang termasuk ayam, buah-buahan, makanan laut, sayur-sayuran dan makanan kering.


Wanita Melayu

Kebanyakan peniaga di Pasar Pokok Pinang ialah kaum wanita Melayu. Keadaan ini telah menjadi satu keistimewaan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Melawat ke merata-rata tempat bukan sahaja mampu melegakan tekanan jiwa tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak terkandung dalam buku.


Kota Bharu

Pergi ke Pasar Pokok Pinang senang saja kerana stesen bas dan stesen teksi boleh didapati berhampiran. Oleh sebab itu anda boleh menaiki teksi atau bas awam ke Pasar Pokok Pinang.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Golok Dan Rantau Panjang
Sekolah Chung Hwa Kelantan
Pantai Irama Bachok Kelantan
Sekitar Rantau Panjang Kelantan

Thursday, June 6, 2013

Pantai Irama Bachok Kelantan

Pantai Irama

Selepas melawat Wat Phothikyan, kami menuju ke Pantai Irama. Kereta membelok-belok, akhirnya Laut China Selatan muncul di depan kami.

Pantai Irama

Layang berwarna-warni berbaris di bawah pokok seperti sedang menunggu peminat membeli.

Pemandangan Pantai Irama sungguh pesona. Penduduk Bachok sering pergi ke Pantai Irama untuk mengisi masa lapang. Mengiring anak mandi di laut atau bermain layang di pantai dapat merapatkan hubungan keluarga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Golok Dan Rantau Panjang
Sekolah Chung Hwa Kelantan
Sekitar Rantau Panjang Kelantan

Monday, June 3, 2013

Sekolah Chung Hwa Kelantan

吉兰丹中华中学

Tedapat sekolah Cina di Kelantan. Terbukti keadaan sebenar Kelantan berbeza dengan tuduhan MCA dan Party Gerakan.

吉兰丹中华中学

SMJK Chung Hwa terletak di Kota Bharu. Dewan sekolah itu sungguh megah dan cantik.

Telefon:09-7442086
Alamat:SMJK Chung Hwa, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan.


吉兰丹中华小学

SJKC Chung Hwa terletak tidak jauh dari SMJK Chung Hwa. Bangunan SJKC Chung Hwa baru dan bertingkat.

Telefon:09-7445769
Alamat:SJKC Chung Hwa, Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Golok Dan Rantau Panjang
Sekitar Rantau Panjang Kelantan
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan