Thursday, November 30, 2017

Hajat Reformasi


Reformasi

Terdapat satu hajat

dikenali sebagai reformasi.

Wapaupun

terkandas berdekad-dekad

saya yakin pada masa kelak

akan berpisah dengan kekecewaan.

Artikel Berkaitan
Jib Gor Mana 2.6 Bilion
Janji Gor Malaysia Najib
Najib Suka Menari Twist
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, November 26, 2017

Pokok Pisang Sudah Berbuah


Pokok Pisang

Sejak pindah ke Melaka, saya menanam sayur dan pokok buah-buahan di belakang rumah saya pada masa lapang.

Pisang

Sepohon pokok pisang telah menghasilkan setandan pisang selepas ditanam lebih daripada dua tahun.

Pisang

Punca masalah ini mungkin adalah disebabkan tanah di kawasan belakang rumah saya tidak subur.

Yuchuilang

Hidup akan menjadi bosan sekiranya anda tidak membuat apa-apa bertahun-tahun. Itulah sebabnya, saya menaman sayur dan pokok buah-buahan setelah bersara.

Artikel Berkaitan
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, November 7, 2017

Lapangan Terbang New Chitose


Lapangan Terbang New Chitose

Semasa lawatan ke Sapporo, kami memasuki Hokkaido melalui Lapangan Terbang New Chitose.

AirAsia

Dari KLIA 2, kami menaiki sebuah pesawat AirAsia ke Lapangan Terbang New Chitose.

Lapangan Terbang New Chitose

Tiba di Lapangan Terbang New Chitose, kami mengambil gambar sebelum menuju ke Sapporo dengan Kereta Api JR.

Kereta Api JR Hokkaido

Gambar rajah di atas merupakan jadual laluan Kereta Api JR Hokkaido. Masa perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose ke Sapporo dengan Kereta Api Ekspres JR lebih kurang 30 minit.

Jadual Bas Lapangan Terbang New Chitose

Pergi ke Sapporo dengan bas lapangan terbang dari Lapangan Terbang New Chitose ialah pilihan lain.

Bas pertama bertolak pada pukul 5:26 pagi dan tamat perkhidmatan pada pukul 6:21 petang. Ia mengambil masa kira-kira 90 minit dengan menaiki bas dari Sapporo ke Lapangan Terbang New Chitose.

Artikel Berkaitan
Pesona Menara Kyoto
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong