Tidak boleh dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara ajaib. Terdapat pelbagai jenaka yang paling seronok muncul di Malaysia baru-baru ini.
Kesilapan Buku Sejarah Tahun Enam Sekolah Kebangsaan sungguh memalukan. Melaka dipindahkan ke Kelantan pada peta Semenanjung yang dicetak dalam buku tersebut.
Malaysia memang teruk sangat. Buku sekolah rendah pun tidak dapat dikarang dengan baik dan tepat. Jangan harap isu-isu rumit yang dihadapi oleh negara mampu ditangni dengan berkesan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mendedahkan bahawa Bumiputera miskin akan menjadi pencuri jika tidak dibantu.
Nancy Shukri mengata demikian di forum awam tentang Perjanjian-perjanjian Antarabangsa yang dianjurkan oleh Peguam Malaysia. Kenyataan Nancy Shukri seolah-olah menghinakan Bumiputera.
Secara faktanya Nancy Shukri mencuba menyembunyikan keadaan sebenar. Beliau bertujuan untuk merasionalisasikan dasar Barisan Nasional yang tidak adil tetapi membalas dengan alasan yang sungguh bodoh.
Serangan maut Paris telah mengakibatkan perkampungan global harmoni dipenuhi dengan keganasan.
Suara tembakan dan letupan berturut-turut didengari merentasi langit romantis Paris pada malam hitam Jumaat.
Pengganas yang tidak berperikemanusiaan membunuh orang serentak di beberapa lokasi di ibu negara Perancis, Paris.
Pembunuhan beramai-ramai di Paris dikutuk teruk oleh seluruh dunia. Orang awam dan pemimpin-pemimpin yang terkenal di dunia turut menegur pengganas yang berdarah sejuk.
Selain menuduh pengganas kejam, takziah dari seluruh dunia juga disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Diharap orang Perancis kekal kuat untuk memulihkan kehidupan aman.
Orang awam tidak tertakluk kepada kod pakaian ketika berurusan di agensi kerajaan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Makin Marcus Mojigoh.
Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengatakan bahawa kod pakaian hanya terhad kepada kakitangan kerajaan di tempat kerja mereka. Syabas, kini masanya tidak mengira mana-mana penjawat awam berhenti menyalahgunakan kod pakaian terhadap orang awam.
Selain Hari Valentine pada 14 Februari, Orang Korea Selatan juga menyambut Hari Pepero pada 11 November sebagai Hari Valentine Korea Selatan.
Hari Valentine Korea Selatan diberi nama Hari Pepero. Sebenarnya Pepero ialah biskut coklat. Oleh kerana 5 batang biskut Pepero merupai 11/11, pengeluar biskut Pepero menjadikan 11 November sebagai Hari Pepero.
Kini, bukan sahaja remaja Korea Selatan yang meraya Hari Pepero, orang dewasa dan kanak-kanak juga merai Hari Pepero dengan memberi biskut Pepero kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Menjelang Deepavali, suasana pesta di Jalan Bendahara Melaka semakin meriah.
Terdapat banyak kedai milikan orang India di Jalan Bendahara, oleh sebab itu jalan tersebut juga dikenali sebagai India Kecil di Melaka. Di antara kedai itu termasuk kedai makan, kedai kain, kedai runcit, pasaraya mini, kedai gunting rambut dan firma undang-undang. Sekiranya anda ingin membeli alatan atau makanan India, India Kecil di Jalan Bendahara merupakan tempat yang sesuai.
Kalau kebetulan anda melancong di Melaka pada Deepavali, sila mengambil kesempatan melawat Jalan Bendahara untuk mengalami kemeriahan perayaan Deepavali. Berhubung dengan lokasi Jalan Bendahara, sila rujuk artikle ini: India Kecil Melaka--Jalan Bendahara.
Susulan mengkritik Perdana Menteri Najib Razak semasa Perhimpunan Bersih 4, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad disoal siasat oleh polis pada 6 November.
Diiringi oleh anak keduanya Mokhzani Mahathir, Dr Mahathir Mohamad pergi ke pejabatnya di Bangunan Yayasan Al-Bukhary untuk merakam kenyataan pada 11 pagi.
Apabila membalas soalan media samada risau ditangkap oleh polis, Dr Mahathir Mohamad dengan tenangnya mengakatan bahawa segalanya terserah kepada polis untuk membuat keputusan.
Mana Hilang 2.6 Bintang: Amirudin Hizadin
Mungkin takkanku ke Kuala Lumpur,
Nak bayar tol minyak, aku menggelupur,
Duit belanja cukup makanku waktu sahur,
Mungkin hidupku kegelapan,
Nak bayar bil elektrik, tak kemampuan,
Tapi tak apa, tunggu duit BR1M dan bantuan,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Aku tanyakan pak mentari tapi masih lagi berdiam,
Mungkin yang sakit akan terus uzur,
Nak bayar ubat pun terus tersungkur,
Oh tapi PA, katanya baik untuk kita,
Mungkin harga barang akan turun,
Ada GST semua orang untung,
Tapi mengapa makin ramai yang bermurung,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Aku tanya Pak Mentari, tapi masih lagi berdiam.
Kaki kanan emas David Beckham sunggguh luar biasa. Kehebatan kaki kanan beliau bukan sahaja mengagumkan pemain pasukan lawan, malahan menakjubkan peminat bola sepak di seluruh dunia.
David Beckham menjadi terkenal di Liga Perdana England. Beliau berkhidmat dengan kelab gergasi Liga Perdana England, Manchester United Football Club. Babak-babak cemerlang David Beckham menjaringkan gol terakam dalam video ini.