Friday, April 29, 2011

Sekolah Lama NameWee Sekolah Tinggi Chung Hwa

Sekolah Tinggi Chung Hwa

Sekolah Tinggi Chung Hwa terletak di Muar, Johor. Penyanyi rap internet bersengketa dari Malaysia, NameWee pernah menuntut di sekolah ini sebelum melanjutkan pelajarannya di Taiwan.

Sekolah Tinggi Chung Hwa

Jalan yang menghala ke bangunan sekolah adalah lurus dan luas. Terdapat dua baris popok palma di sepanjang jalan. Pokok palma itu berbuai-buai ketika angin meniup seolah-olah mengalu-alukan pengunjung ke Sekolah Tinggi Chung Hwa.

Sekolah Tinggi Chung Hwa

Bangunan tiga tingkat ini yang kelihatan cerah dan megah sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.

Sekolah Tinggi Chung Hwa

Pada Disember tahun lalu, NTV7 telah menganjurkan suatu pertunjukan di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hwa. Dewan tersebut dibanjiri peminat NTV7 semasa pertunjukan diadakan

Artikle Berkaitan :
Zoo Air Keruh Melaka
A Famosa Portugis Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka


Wednesday, April 27, 2011

Hidangan Sampingan Makanan Enak Korea Selatan

Hidangan Sampingan

Apabila anda memakan di restoran Korea, pelbagai lauk sampingan akan dihidang sebelum makanan anda disediakan.

Lauk pauk ini biasanya terdiri dari makanan jeruk seperti tauge, lobak, kimchi dan kacang hitam. Tiada bayaran tambahan dikenakan. Boleh meminta menambah sekiranya anda ingin.

Tujuan untuk menyediakan makanan sampingan mungkin membiarkan pengunjung makan sesuatu supaya tidak membosankan sementara menunggu.

Artikel Berkaitan
Makanan Enak Cina Mi Pedas Korea Selatan
Makanan Enak Cina Ayam Goreng Korea Selatan
Makanan Enak Cina Mi Sos Goreng Korea Selatan


Tuesday, April 26, 2011

Ketua Menteri Lim Guan Eng Mencabar Chua Soi Lek

Lim Guan Eng

Walaupun pilihan raya Sarawak ke-10 telah menjadi peristiwa sejarah tetapi api perang pilihan raya menular ke Semenanjung Malaysia. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Presiden MCA  Chua Soi Lek mengarah Siow Chen Pin dan Mah Hang Soon meletak jawatan.

SUPP nyaris lesap dalam pilihan raya Sarawak ke-10. Chua Soi Lek mendesak Ahli DUN Sarawak yang berketurunan Cina menolak tawaran menjadi Ahli Exco Sarawak. Sesiapa bebas untuk mengutarakan pendapat di negara demokratik. Pendapat yang tidak munasabah akan menjadi bahan cemuhan. Saya terpaksa pergi ke klinik pergigian selepas mendengar jenaka sebegini.

Evolusi politik tidak berhenti-henti. Ahli politik yang kolot memang akan terpupus oleh alunan reformasi.

Artikle Berkaitan
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin DAP Kacak Dan Unggul Nga Kor Ming
Misi Mencabut Bulu Dr. Hew Kuan Yau Di Sarawak


Sunday, April 24, 2011

Pilihan Raya Umum Ke-13 Tidak Akan Diadakan Segera

Lim Guan Eng

Dengan tamatnya pilihan raya Sarawak ke-10, ramai pengulas politik meramal tarikh pembubaran parlimen. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng percaya bahawa Perdana Menteri Najib tidak memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam masa yang singkat.

Keputusan pilihan raya Sarawak ke-10 menghalang Perdana Menteri Najib membubarkan parlimen lebih awal. Walaupun Pakatan Rakyat gagal menafikan  majoriti dua pertiga Barisan Nasional tetapi pencapaian mereka lebih baik dari 2006. Mereka mendapat sebanyak 45% undi popular berbanding dengan 37% undi pada 2006. Kesemua perubahan sejarah ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak beransur-ansur menerima pendapat sistem dua parti.

Ketika DAP menawan 6 kerusi dalam pilihan raya Sarawak pada 2006, Pakatan Rakyat mencatat pencapaian menakjubkan pada 2008. Sekarang DAP memiliki 15 kerusi, mungkin ini merupakan suata petanda perubahan kerajaan pada pilihan raya ke-13. Jika tidak, Barisan Nasional akan kehilang separuh kekuasaannya.

Artikle Berkaitan
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin DAP Kacak Dan Unggul Nga Kor Ming
Misi Mencabut Bulu Dr. Hew Kuan Yau Di Sarawak


Saturday, April 23, 2011

Makanan Enak Cina Ayam Goreng Korea Selatan

Ayam Goreng

Rasa ayam goreng sama dengan ayam goreng yang saya pernah makan sebelum ini. Perbezaannya hanya cuaca dan tempat.

Hidangan Korea tidak banyak makanan yang digoreng. Ayam goreng boleh didapati kerana kami makan di sebuah restoran mini Cina.

Tidak perlu menambah terlalu banyak sos pada ayam goreng kerana akan menjejaskan kerangupannya. Sebenarnya, sos patut diletakan di piring kecil. Biarkan pelanggan membuat keputusan.

Artikel Berkaitan
Makanan Enak Cina Mi Pedas Korea Selatan
Plaza Hanyang Universiti Hanyang Korea Selatan
Makanan Enak Cina Mi Sos Goreng Korea Selatan


Wednesday, April 20, 2011

Makanan Enak Cina Mi Sos Goreng Korea Selatan

Me Sos Goreng

Pada pandangan pertama, mi sos goreng ini seolah-olah mi goreng Fujian. Anda mungkin berfikir bahawa saya bohong tetapi ini memang mi sos goreng.

Ramuan mi sos goreng termasuk gula, halia, bahan perasa, kacang hitam, daging cincang dan minyak bawang. Sos perlu digoreng sebelum dimasak dengan mi. Itu sebabnya makanan ini dinamakan sebagai mi sos goreng. Mi sos goreng boleh dihidang selepas mengacau sos dengan rata bersama mi dan kubis Cina.

Menikmati mi sos goreng di Korea Selatan secara automatik akan memikirkan mi goreng Fujian di Malaysia. Anda akan merindu kampung sekiranya telah lama tidak kembali ke Malayisa.

Artikel Berkaitan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Restoran Mini Cina Seoul Korea Selatan
Makanan Enak Cina Mi Pedas Korea Selatan


Tuesday, April 19, 2011

Makanan Enak Cina Mi Pedas Korea Selatan


Makan hidangan pedas dapat memanaskan badan pada musim sejuk. Itu sebabnya orang Korea gemar santapan pedas semasa musim sejuk.

Anak saya telah bermastautin di Korea Selatan selama beberapa tahun. Dia sudah biasa dengan makanan Korea. Sekejap saja, dia habiskan semangkuk besar mi pedas. Orang Korea menggunakan mangkuk besar untuk menghidang makanan. Mi pedas mangkuk besar itu merupakan makanan saya untuk dua hidangan.

Ramun mi pedas termasuk kicap, hirisan lobak, daging lembu, daun bawang dan minyak bawang. Anda boleh menukar bahan yang sesuai dengan selera anda. Daging lembu boleh digantikan dengan ayam sekiranya anda tidak makan daging lembu.

Anda terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ketika berada di negera asing. Kalau tidak kehidupan harian anda akan menjadi sengsara.

Artikel Berkaitan
Plaza Hanyang Universiti Hanyang
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Restoran Mini Cina Seoul Korea Selatan


Monday, April 18, 2011

Restoran Mini Cina Seoul Korea Selatan

Restoran Cina

Selepas meninggalkan Universiti Hanyang, Kami meneruskan ke sebuah restoran mini Cina di Seongdong-gu Seoul untuk makan tengah hari.

Restoran mini Cina terletak tidak jauh dari kampus Seoul Universiti Hanyang. Hanya memerlukan beberapa minit berjalan kaki. Tiba di restoran tersebut, kami naik ke tingkat dua. Ruang restoran yang sempit penuh sesak dengan pelangan. Selain itu, terdapat sebuah tungku pemanas dan tiga buah meja panjang di dalam restoran.

Anak saya menempah mi pedas, ayam goreng dan mi sos goreng. Jus langit yang tidak berhenti mengalir dibekal dengan percuma. Saya dan isteri berkongsi mi sos goreng. Anak saya makan mi pedas. Kami berkongsi goreng ayam yang ranggup itu. Bayaran hidangan itu sebanyak 11 ribu won. Harganya sungguh ekonomi dan berpatutan.

Artikel Berkaitan
Plaza Hanyang Universiti Hanyang
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Saturday, April 16, 2011

Plaza Hanyang Universiti Hanyang Seoul Korea Selatan

Plaza

Plaza Hanyang terletak di kampus Universiti Hanyang Seoul Korea Selatan. Plaza tersebut menyediakan perkhidmatan satu lokasi kepada pelajar-pelajar Universiti Hanyang. Mereka tidak harus mengejar ke sana sini untuk urusan remeh-temeh.

Kedai-kedai yang terdapat di Plaza Hanyang termasuk kedai roti, kafe Internet, medan selera, kedai gambar, kedai fotokopi, kedai komputer, kedai kemudahan, kedai cermin mata, kedai cenderamata, kedai telefon bimbit dan kedai makanan segera. Walaupun kedai kemudahan tidak begitu besar tetapi pelbagai barangan boleh didapati.

Bagaimana dengan universiti di Malaysia, universiti yang mana ada plaza begini?

Artikel Berkaitan
Informasi Melancong Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Friday, April 15, 2011

Tangga Papan Menuju Ke Universiti Hanyang Seoul

Universiti Hanyang

Tangga papan ini menuju ke kampus Seoul University Hanyang. Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama pelajar menggunakan tangga papan ini ke kampus. Anak saya menjejak tangga papan ini selama  dua tahun ketika dia melanjutkan pejarannya di Universiti Hanyang. Patutlah dia berjalan begitu cepat bila kembali ke Malaysia.

Apabila majlis konvokesyen tamat, kami mengikut anak ke asrama pelajar untuk meletakkan sesuatu di sana. Isteri dan anak saya berjalan begitu cepat di depan. Saya berada di belakang mereka, sibuk mengambil foto sambil menikmati keindahan pemandangan musim sejuk Korea Selatan. Agak sukar untuk saya turun dari tangga yang tinggi dan curam ini kerana saya kurang bersenam sejak bersara.

Sekiranya anda masih sihat dan mampu berjalan, mengapa tidak bercuti untuk melancong? Ingatlah, jangan bekerja hingga mati!

Artikel Berkaitan
Informasi Melancong Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan


Thursday, April 14, 2011

Asrama Pelajar Universiti Hanyang Seoul Korea Selatan

Universiti Hanyang

Asrama pelajar Universiti Hanyang terletak tidak jauh dari kampus universiti Seoul. Hanya perlu jalan kaki selama beberapa minit. Keadaan agak selesa.

Tinggal berhampiran kampus universiti tidak perlu ulang alih tergesa-gesa. Begini tidak membuang masa dan juga dapat menjimat duit. Terbuktilah bahawa perancangan pihak berkuasa Universiti Hanyang sungguh rapi dan teratur. Selain itu, kelengkapan asrama pelajar juga memuaskan. Bilik asrama dibekal dengan hawa dinggin pada musim panas dan sistem pemanas disediakan pada musim sejuk.

Kebajikan pelajar-pelajar didahulukan. Itu sebabnya, persekitaran penyanyang sentiasa diutamakan.

Artikel Berkaitan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
Majlis Konvokesyen Universiti Hanyang


Wednesday, April 13, 2011

Majlis Konvokesyen Universiti Hanyang Korea Selatan

Universiti Hanyang

Saya dan isteri terbang bersama Air Asia ke Korea Selatan pada 16 Februari. Kami berkunjung ke Seoul untuk menghadiri majlis konvokesyen anak kami di Universiti Hanyang. Setelah bermalam di Hotel Airport Incheon, kami menaiki sebuah bas lapangan terbang di Lapangan Terbang Incheon ke Seoul pada awal pagi hari keesokan.

Anak saya berlepas ke Korea Selatan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 31/08/2005. Seperti yang saya biasa mengatakan, masa benar-benar berlalu dengan cepat. Anak saya telah lulus dari universiti. Ini juga bermaksud bahawa saya sudah tua. Sebelum ini, saya menziarahi anak saya ketika dia memasuki universiti. Perjalanan kali ini ke Korea Selatan pula bertujuan menghadiri konvokesyennya.

Mungkin saya akan melawat Korea Selatan sekali lagi pada musim gugur ini. Saya rasa musim luruh berwarna-warni Korea Selatan sungguh mengagumkan.

Artikel Berkaitan
Informasi Melancong Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
Taman Tema Everland Korea Selatan


Tuesday, April 12, 2011

Pengenalan Ringkas Universiti Hanyang Korea Selatan

Universiti Hanyang

Universiti Hanyang merupakan salah sebuah universiti yang paling terkemuka di Korea Selatan. Dr. Kim Lyun Joon menubuhkan Universiti Hanyang pada 1939.

Universiti Hanyang memiliki dua kampus, iaitu campus Seoul dan kampus ERICA. Kampus Seoul terletak di Gyeonggi-do Seoul Seongdong-gu. Kampus tersebut berhampiran pusat membeli belah borong Dongdaemun yang terkenal. Manakala kampus ERICA berada di Gyeonggi-do Ansan Sangnok-gu. Kampus ERICA didirikan pada 1979.

Prinsip penubuhan Universiti Hanyang adalah "Cinta Kebenaran dan Kenyataan". Motto Universiti Hanyang bermaksud mewujudkan falsafah pendidikan cinta sejati.

Artikel Berkaitan
Informasi Melancong Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Monday, April 11, 2011

Seoul Ibu Kota Korea Selatan

Seoul

Ibu kota Korea Selatan, Seoul terletak di tengah semenanjung Korea. Jarak di antara Seoul dan Lapangan Terbang Incheon sekitar 70 km. Sungai Han mengalir melalui Seoul dan membelahkannya kepada bahagian utara dan selatan. Terdapat sebanyak 27 buah jambatan melintasi Sungai Han.

Sebagai ibu kota dan kota terbesar, Seoul merupakan pusat politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan Korea Selatan. Selain itu, Seoul juga hub pengangkutan laut, darat dan udara Korea Selatan. Bentuk pentadbiran Seoul dibahagikan menjadi gu, dong dan ban.

Sukan Olimpik Musim Panas 1988, Piala Dunia FIFA 2002 dan 2010 G20 Seoul Sidang Kemuncak telah berjaya dianjurkan di Seoul. Tidak dinafikan bahawa Seoul adalah salah satu petunjuk tren fesyen dunia. Pusat membeli belah perdana membekal pelbagai jenama yang paling dicari boleh didapati di Seoul.

Artikel Berkaitan
Informasi Melancong Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
Hotel Airport Incheon Korea Selatan


Sunday, April 10, 2011

Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan

Kia Cadenza

Kereta ini Kia sedan mewah K7. Nama yang lain kereta mewah ini ialah Cadenza. Orang Korea berbangga dengan Kia Motors. Produk-produk Kia Motors setanding dengan kereta buatan Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kia Cadenza

Rupa Cadenza tidak kolot. Paparan depan sungguh bergaya dan menakjubkan. Dua lampu depan Cadenza seolah-olah mata pahlawan gagah. Reka bentuk menarik Cadenza jelas bertujuan untuk menumpukan pada pelanggan golongan muda.

Kia Cadenza

Bahagian belakang Cadenza juga cantik dan mewah. Kedua-dua bahagian depan dan belakang Cadenza serasi mengagumkan. Itulah sebabnya peminat-peminat Kia memuji sepenuhnya.

Artikel Berkaitan
Winter Sonata Pulau Nami
Foto Yuchuilang Bertopeng
Informasi Melancong Korea Selatan


Saturday, April 9, 2011

Foto Yuchuilang Bertopeng

Yuchuilang

Setelah menulis beberapa artikel tentang pemimpin PAS Malaysia, saya muat naik foto saya yang menutup muka dengan selendang. Adakah saya Arab atau Muslim?

Saya bukan Arab atau Muslim. Saya juga tidak berniat merompak bank. Walupun sungguh miskin tetapi tidak berani merompak bank kerana saya seorang penakut seperti seekor tikus. Sebenarnya foto ini diambil pada 2005 di Taman Tema Everland, Korea Selatan.

Cuaca pada masa itu sangat sejuk. Saya terpaksa melindungi muka. Kalau tidak, perjalanan akan berakhir dengan kesedihan. Pengalaman melancong pada musim sejuk tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Artikel Berkaitan
Winter Sonata Pulau Nami
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Informasi Melancong Korea Selatan


Friday, April 8, 2011

Melawat Taman Tema Everland Pada Musim Sejuk

Zuiyanhong

Taman Tema Everland terletak di Yongin, Gyeonggi-do dan sekitar 40 km di selatan Seoul. Kini, Taman Tema Everland telah menjadi satu destinasi pelancong yang popular di Korea Selatan.

Latar belakang foto ialah di depan pintu masuk Taman Tema Everland. Musim sejuk di Korea Selatan sungguh sejuk bagi saya. Oleh sebab itu, saya terpaksa memakai seperti seorang angkasawan. Sebenarnya, gambar ini diambil pada tahun 2005 semasa kali pertama saya berkunjung ke Korea Selatan. Saya pergi ke Korea Selatan untuk bercuti sambil menziarahi anak saya yang melanjutkan pelajaran di Hanyang Universiti Seoul.

Masa berlalu sungguh cepat, anak saya telah tamat pengajian. Kami terbang ke Korea Selatan sekali lagi untuk menghadiri konvokesyennya.

Artikel Berkaitan
Winter Sonata Pulau Nami
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Informasi Melancong Korea Selatan


Wednesday, April 6, 2011

Mangkuk Tandas Berkomputer Hotel Airport Incheon

Mangkuk Tandas Berkomputer

Kemudahan bilik Hotel Airport Incheon Korea Selatan sungguh lengkap. Malahan mangkuk tandas pun dikomputerkan.

Sebagai orang kampung, saya amat kagum melihat mangkuk tandas yang canggih itu. Saya mengambil beberapa foto mangkuk tandas itu untuk kenangan. Kami tiada masa untuk menikmati menggunakan mangkuk tandas itu kerana terpaksa daftar keluar awal pada keesokan harinya.

Tiba dan meninggalkan hotel tergesa-gesa, kami hanya mencucuri beberapa kristal yang bersinar. Malangnya, kami tidak sempat menaburkan 4 tahil emas.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park
Mata Air Panas Mt. Sorak
Winter Sonata Pulau Nami


Tuesday, April 5, 2011

Bilik Hotel Airport Incheon Korea Selatan

Hotel Airport Incheon

Kadar bilik Hotel Airport Incheon tidak mahal. Bayaran untuk bilik double tidak melebihi 100000 Won Korea. Terdapat pelbagai kemudahan yang diperlukan di bilik.

Taraf hidup di Korea Selatan adalah tiga kali lebih tinggi daripada Malaysia. Kadar pertukaran 100000 Won ialah RM200++ --- RM300. 300 ringgit dibahagikan dengan 3 bersamaan 100 ringgit.

Hotel Airport Incheon

Jika berbanding dengan Singapura, kadar bilik hotel di Singapura lebih mahal. Saya dan isteri berkunjung ke Singapura pada 2008. Kami menginap di Hotel South East Asia yang terletak di Jalan Waterloo. Ruang bilik sungguh sempit. Bilik mandi juga terlalu kecil. Kami membayar lebih dari 100 Dollar Singapura untuk bilik tersebut.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park
Mata Air Panas Mt. Sorak
Winter Sonata Pulau Nami


Monday, April 4, 2011

Penginapan Di Hotel Airport Incheon Korea Selatan

Hotel Airport Incheon

Saya dan isteri berkunjung ke Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri konvokesyen anak di Universiti Hanyang Seoul. Kami terbang bersama Air Asia ke Korea Selatan pada 16 Februari. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami menghubungi Hotel Airport Incheon. 10 mini kemudian, kami telah dalam perjalanan ke Hotel Airport Incheon.

Hotel Airport Incheon merupakan hotel terlekat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang menyediakan pelbagai penginapan selesa. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke Hotel Airport Incheon hanya 10 minit memandu. Jika penerbangan anda  pada awal pagi untuk meninggalkan Korea Selatan, anda boleh bermalam di Hotel Airport Incheon.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park
Mata Air Panas Mt. Sorak
Winter Sonata Pulau Nami


Sunday, April 3, 2011

Robin Hood DAP Malaysia Anthony Loke

Anthony Loke

Semasa pilihan kecil Merlimau, DAP Ahli Parlimen Rasah Negeri Sembilan Anthony Loke sering muncul di ceramah politik Pakatan Rakyat. Beliau berperanan seperti kesatria purba yang menegakkan keadilan.

Saya mengaitkan Anthony Loke dengan Robin Hood kerana namanya Loke Siew Fook. Sebutan nama Anthony Loke hampir sama dengan Loke Siew Fong, satu watak fiksyen novel Kung Fu.

Anthony Loke juga seorang pakar firasat. Difahamkan wajah seorang pemimpin Malaysia kelihatan tidak menyenangkan. Dalam 3 tahun perkhidmatannya, lebih daripada 10 orang wakil rakyat telah bertemu janji dengan Raja Neraka.

Anthony Loke benar-benar memandang jauh ke depan. Demi menjamin masa depan lebih baik, rakyat Malaysia harus mengubah pemikiran dan membuat pembaharuan dengan teliti.

Artikle Berkaitan
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin DAP Kacak Dan Unggul Nga Kor Ming
Misi Mencabut Bulu Dr. Hew Kuan Yau Di Sarawak


Saturday, April 2, 2011

Misi Mencabut Bulu Dr. Hew Kuan Yau Di Sarawak

Hew Kuan Yau

Jamuan Makam Malam DAP Dun Bandar Hilir Melaka telah diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong, Melaka pada 25 Mac. Ketua Publisiti Pusat DAP Dr. Hew Kuan Yau merupakan salah seorang penceramah pada malam itu.

Jamuan tersebut mencapai kemuncak apabila Dr. Hew Kuan Yau memberi ucapan. Kung Fu Cina "Memotong" beliau sungguh hebat. Hampir tiada siapa dapat menandinginya.

Dr. Hew Kuan Yau telah memperoleh kelulusan kedoktorannya di Universiti Hong Kong. Sebagai seorang ahli sejarah, Dr. Hew Kuan Yau amat asyik dengan sejarah Sarawak. Itu sebabnya beliau kembali ke Malaysia untuk melaksanakan misi mencabut bulu.

Di samping mengkaji sejarah, Dr. Hew Kuan Yau juga seorang Matematik. Beliau tidak berhenti-henti menyebut 11, 308 dan 416. Mungkin ini nombor-nombor bertuah beliau.

Artikle Berkaitan
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Pemimpin DAP Terunggul Teng Chang Khim