Showing posts with label Pelancongan Belanda. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan Belanda. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Gambar Rokin Amsterdam


Rokin Amsterdam

Kami berjalan di sepanjang Rokin dan menuju ke Dataran Dam selepas menikmati makan malam di Restoran La Place.

Peta Rokin Amsterdam

Rokin merupakan sebatang jalan selari dengan Kalverstraat. Peta Google ini menunjukkan kedudukan Rokin di Amsterdam.

Terusan Rokin

Terusan Rokin mengalir di sisi Rokin. Anda boleh menaiki bot terusan ke Rokin. Penduduk Amsterdam meletakkan basikal dan motosikal di tepi pagar terusan.

Rondvaart Kooij

Rederij Kooij adalah sebuah syarikat bot yang menyediakan pelayaran terusan di Amsterdam. Jeti utama Rondvaart Kooij dibina di Oude Turfmarkt di seberang Terusan Rokin.

Rokin Amsterdam

Terdapat satu perhentian tram di Rokin berhampiran dengan Restoran La Place. Sekiranya anda tidak ingin berjalan, anda boleh menaiki tram no 4, 9, 14, 16, 24 dan 25 ke Restoran La Place.

Hotel De L' Europe

Bangunan di hujung Oude Turfmarkt ialah Hotel De L' Europe. Pada awalnya, saya fikirkan bangunan itu Heineken Gallery. Setelah mencari di internet secara mendalam baru dapat tahu salah sangka.

Bank Ing

Ini foto Bank Ing Amsterdam Cawangan Rokin. Ing ialah sebuah institusi kewangan sedunia Belanda yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perbankan, pelaburan, insurans hayat dan perkhidmatan persaraan.

Restoran Mandarijn

Didapati sebuah restoran Cina di Rokin. Nama restoran tersebut ialah Restoran Mandarijn dan berada tidak jauh dari Madame Tussaud Museum. Kebetulan ada sebuah kedai urut di sebelah Restoran Mandarijn.

Restoran Subway

Dalam perjalanan ke Dataran Dam, kami melalui Restoran Subway. Restoran Subway ialah sebuah restoran rangkaian makanan segera Amerika yang menghidangkan sandwic enak. Di sebelah Restoran Subway ialah restoran India iaitu Restoran Koh-I-Noor.

Rokin Amsterdam

Gambar ini menunjukkan seorang wanita berjalan sambil bermain telefon bimbit. Seorang lagi wanita pula mengayuh basikal di sebelah kiri jalan.

Sebuah tram sedang menghampiri dari hujung jalan. Sebuah bas persiaran berwarna merah sedang berhenti bagi penumpang menaiki bas.


Rokin Amsterdam

Lokasi ini ialah Persimpangan Dataran Dam. Jalan bertentangan dengan Rokin ialah Damrak yang menuju ke Stesen Sentral. Jalan belok ke kanan ialah Paleisstraat dan ke kiri ialah Damstraat Amsterdam.

Tiba di Dataran Dam, kami menunggu bas persiaran menghantar kami ke Hotel NH di Schiphol.

Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Tuesday, August 19, 2014

Restoran La Place Amsterdam


Restoran La Place

Setelah bersiar-siar di Kalverstraat, kami makan malam di Restoran La Place di Amsterdam.

Peta Restoran La Place

Restoran La Place yang kami berkunjung terletak di hujung Kalverstraat dekat dengan Menara Munttoren.

Restoran La Place

Restoran La Place merupakan sebuah rangkaian restoran terkenal di Belanda. La Place ada lebih daripada 250 buah restoran di seluruh Belanda.

Restoran La Place

La Place bertekad menawarkan perkhidmatan berlainan kepada pelanggan supaya berasa selesa dan puas hati ketika makan di restoran mereka.

Sandwic Roti Perancis

Kami membeli satu sandwic roti Perancis beramuan salad tuna. Rasa sandwic in sungguh enak kerana kami terlalu lapar selepas berjalan-jalan di Kalverstraat.

Balutan Tortilla

Kami juga membeli dua balutan tortilla. Tortilla dibuat daripada jagung atau gandum. Ramuan yang boleh digunakan termasuk keju, daun salad, jam avokado dan ayam atau bacon rangup.

Espreso

Selain dua balutan tortilla dan sandwic roti Perancis, kami juga menikmati kopi espreso Belanda. Secawan kopi espreso Belanda ini berharga 2.10 Euro.

Restoran La Place

Gerai ini yang terdapat di La Place bukan gerai buah-buahan. Sebenarnya gerai ini jual jus buah-buahan segar.

Restoran La Place

Dua gerai makanan dalam La Place yang menjual pizza dan sandwic. Kedua-dua gerai ini menjual makanan secara layan diri. Beberapa orang pelanggan menunggu pekerja gerai pizza membuat pizza.

Restoran La Place

Pekerja ini sedang sibuk menyediakan pizza dan sandwic untuk pelanggan. Kami ingin membeli pizza tetapi perlu tunggu. Oleh sebab itu, kami berubah fikiran lalu membeli balutan tortilla dan sandwic roti Perancis.

Restoran La Place

Tukang masak ini asyik menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan. Seperti yang anda lihat, banyak bahan masakan terletak di atas meja dapur. Kami tidak pesan makanan di gerai ini kerana tidak ingin tunggu.

Restoran La Place

Keluar dari Restoran La Place, kami berjalan di sepanjang Rokin dan menuju ke Dataran Dam. Post seterusnya, saya akan tulis tentang Rokin Amsterdam.

Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Friday, August 15, 2014

Muzium Amsterdam


Muzium Amsterdam

Semasa berjalan-jalan di Kalverstraat, kami melalui Muzium Amsterdam.

Peta Muzium Amsterdam

Peta Google ini memaparkan lokasi Muzium Amsterdam yang terletak di Kalverstraat.

Muzium Amsterdam

Kami tidak sempat masuk ke dalam muzium kerana muzium sudah tutup ketika kami tiba di sana.

Muzium Amsterdam

Muzium Amsterdam ada dua pintu masuk. Gambar ini ialah salah satu pintu masuk iaitu di 92 Kalverstraat.

Muzium Amsterdam

Pintu masuk Muzium Amsterdam yang kedua ialah di 27 Sint Luciƫnsteeg. Ketika ambil gambar ini, pintu muzium sudah ditutup.

Muzium Amsterdam

Oleh kerana tidak dapat masuk ke Muzuim Amsterdam, kami hanya boleh mengambil gambar di luar kawasan Muzium Amsterdam.

Muzium Amsterdam

Gambar ini merupakan pintu masuk ke Galeri Pengawal Sivik. Kemasukan ke Galeri Pengawal Sivik adalah percuma. Galeri Pengawal Sivik mempamirkan gambar dan patung selebriti zaman kini dan dahulu Amsterdam.

Permaidani

Permaidani kesenian ini didapati di Galeri Pengawal Sivik. Apabila melihat permaidani begitu cantik, kami tidak sampai hati berjalan di atasnya.

Muzium Amsterdam

Terdapat sebuah kedai buku di Muzium Amsterdam. Buku, poskad, biografi, cenderamata, katalog pameran, replika barangan kaca serta panduan restoran dan pelancongan dapat dibeli di kedai buku muzium.

Muzium Amsterdam

Muzium Amsterdam dibuka sepanjang tahun kecuali pada 27 April (Kings Day) dan 25 Disember (Christmas). Masa Muzium Amsterdam dibuka ialah dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Muzium Amsterdam

Kemasukan ke Muzium Amsterdam dikenakan bayaran. Harga tiket kemasukan seperti berikut: dewasa €11, budak 5 - 18 € 5 dan budak 0 - 4 percuma.

Anda boleh menaiki kereta api ke Stesen Sentral dan berjalan kaki atau menaiki tram ke Muzium Amsterdam. Berjalan kaki dari Dataran Dam ke Muzium Amsterdam mengambil lebih kurang 15 minit.

Post Berkaitan
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Wednesday, August 6, 2014

De Wallen Amsterdam


De Wallen Amsterdam

Kami melalui De Wallen ketika menuju ke Dataran Dam di Amsterdam Belanda.

De Wallen Amsterdam

De Wallen merupakan Kawasan Lampu Merah yang amat terkenal di Amsterdam.

Peta De Wallen

Peta Google ini menunjukkan kedudukan De Wallen di bahagian tengah Amsterdam.

Kedai Kopi Free Adam

De Wallen terletak tidak jauh dari Dataran Dam dan Kedai Kopi Free Adam di Oude Hoogstraat.

De Wallen Amsterdam

Terdapat pelbagai kedai sex menjual bermacam-macam alatan sex yang aneh di seluruh De Wallen.

De Wallen Amsterdam

Selain kedai sex, De Wallen juga ada banyak pusat hiburan dewasa yang mengadakan pertunjukan porno.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam

Sunday, August 3, 2014

Kedai Kopi Free Adam Amsterdam


Kedai Kopi Free Adam

Dalam perjalanan ke Dataran Dam, kami melalui Kedai Kopi Free Adam.

Peta Kedai Kopi Free Adam

Peta google ini menunjukkan lokasi Kedai Kopi Free Adam yang berada tidak jauh dari Dataran Dam.

Kedai Kopi Free Adam

Terdapat banyak kedai kopi di Amsterdam. Kedai Kopi Free Adam adalah salah satu yang didapati di Amsterdam.

Kedai Sex Amsterdam

Kedai Kopi Free Adam terletak di Oude Hoogstraat dan berhampiran dengan Kawasan Lampu Merah Amsterdam.

Kedai Kopi Free Adam

Kedai Kopi Free Adam merupakan kedai minuman yang membekal ganja kepada pelanggan. Untuk pengetahuan anda, jualan ganja adalah dibenarkan di Belanda.

Kedai Kopi Amsterdam

Selain Kedai Kopi Free Adam, terdapat sebuah lagi kedai kopi yang pelanggan dapat membeli ganja di Oude Hoogstraat. Kedua kedai kopi ini bersaing sengit dalam perniagaan.

Kedai Kopi Free Adam

Anda harus berhati-hati ketika ingin menikmati kopi di Amsterdam. Janganlah salah masuk ke kedai kopi seperti Kedai Kopi Free Adam yang membekalkan ganja.

Kedai Kopi Free Adam

Bagaimanakah mengenal pasti kedai minuman yang menjual ganja?

Menurut pemandu pelancong, di depan kedai minuman yang ada logo pokok kelapa itu ialah kedai yang boleh memperolehi bekalan ganja.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam

Thursday, July 31, 2014

Dataran Dam Amsterdam


Dataran Dam

Kami berjalan kaki ke Dataran Dam selepas melawat Kilang Berlian Gassan Amsterdam.

Dataran Dam

Dataran Dam merupakan destinasi pelancong yang amat popular di Amsterdam, ibu kota Belanda.

Dataran Dam

Dataran Dam juga berperanan sebagai tempat perjumpaan penduduk Amsterdam terutama pada hujung minggu.

Dataran Dam

Bangunan megah yang menegak di hujung Dataran Dam ialah Istana Diraja Belanda. Kini istana ini dijadikan muzium untuk orang awam pada masa yang tidak digunakan oleh kerabat diraja.

Dataran Dam

Baru-baru ini, "Berjalan Senyap" diadakan di sekitar Dataran Dam. Acara ini bertujuan untuk mengingati penumpang pesawat MH17 yang terkorban dalam nahas yang berlaku di timur Ukraine.

Penghibur Jalanan

Pelbagai aktiviti dijalankan di Dataran Dam setiap hari. Seorang penghibur jalanan berdandan sebagai pahlawan masa dahulu.

Penghibur Jalanan

Sekumpulan pemuda-pemudi sedang bermain diabolo di Dataran Dam. Saya terkejut semasa nampak mereka bermain diabolo kerana orang Belanda pun main diabolo.

Penghibur Jalanan

Seorang lagi penghibur jalanan menunjukkan kehebatannya di Dataran Dam. Senario sebegini memang biasa di Belanda. Banyak penghibur jalanan mempamirkan bakat mereka di Dataran Dam.

Dataran Dam

Di samping manusia, burung merpati juga gemar berkumpul di Dataran Dam. Burung Merpati Amsterdam tidak takut kepada orang. Burung-burung itu menikmati makanan ringan bersama pengunjung Dataran Dam.

Tugu Negara Belanda

Tugu Negara Belanda dibina bertentangan dengan Istana Diraja. Tugu ini didirikan untuk mengingati orang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Satu upacara peringkat nasional akan dikendalikan di sana pada Mei 4 setiap tahun.

Patung Singa Belanda

Terdapat dua patung singa putih di dua-dua belah Tugu Negera. Informasi berhubung dengan patung singa putih itu terhad. Setelah mencari dari internet, hanya dapat tahu kedua-dua patung singa putih itu melambangkan Belanda.

Beca Amsterdam

Jika penat berjalan kaki, anda boleh menaiki beca ini. Tidak melihat sebarang pelancong menaiki beca. Entah berapakah tambang menaiki beca itu?

Tram Amsterdam

Sederet tram melalui Dataran Dam ketika kami mengambil angin di sana. Tram adalah salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh pelancong dan penduduk Amsterdam.

Lorong Basikal Amsterdam

Ini ialah lorong khas untuk basikal. Anda perlu berhati-hati berjalan-jalan di Amsterdam. Jika tidak, anda akan dilanggar oleh basikal dan cedera. Selain laluan basikal, anda juga harus berjaga-jaga apabila melintas landasan tram.

Muzium Madame Tussaud Amsterdam

Muzium Madame Tussaud berada di sebelah Dataran Dam. Ramai orang beratur untuk masuk ke Muzium Madame Tussaud. Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat berkunjung ke Muzium Madame Tussaud.

Berlian Gassan Amsterdam

Gambar ini ialah Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam. Kebetulan Kedai Berlian Gassan Cawangan Dam dilokasi bertentangan dengan Museum Madame Tussaud. Selain berlian, anda boleh membeli jam tangan dan barang kemas yang canggih.

De Bijenkorf Amsterdam

De Bijenkorf dalam Bahasa Inggeris bermaksud sarang lebah. Sebenarnya De Bijenkorf ialah pasar raya terbesar di Amsterdam. Bangunan De Bijenkorf setinggi enam tingkat. Jangan terlepas peluang membeli-belah di De Bijenkorf ketika anda melancong di Amsterdam.

Hotel NH Dam Square

Ini gambar Hotel NH Dataran Dam. Kami bukan menginap di hotel ini dalam perjalanan ke Belanda. Kami menginap di Hotel NH Schiphol yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Schiphol. Seperti anda lihat dari foto di atas, Hotel NH adalah di belakang Tugu Negara Belanda.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Pelayaran Terusan Amsterdam
Mengambil Angin Di Volendam