Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Stadium Sultan Mizan

Dari Masjid Kristal, kami bertolak ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terletak di Gong Badak Kuala Terengganu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan sebuah stadium pelbagai guna.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia.


Stadium Sultan Mizan

Sungguh malang dan memalukan, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hanya sempat digunakan setahun sahaja sebelum runtuh dua kali.

Runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kali pertama berlaku pada 2 Jun 2009 dan runtuhan kali kedua pula pada Februari tahun 2013.

Menurut siasatan Kementerian Kerja Raya, runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berpunca daripada faktor rekaan tidak memadai dan bahan serta hasil kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi.

Kini, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dibuka semula untuk perlawanan waktu siang sejak bulan Februari 2015 dan perlawanan pertama di waktu malam di stadium tersebut memaparkan perlawanan separuh akhir Piala FA 2015 antara Terengganu dengan Lions XII.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu
Muzium Negeri Terengganu

Wednesday, September 10, 2014

Taman Tamadun Islam Terengganu


Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan satu tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu.

Taman Tamadun Islam

Gambar ini menunjukkan lokasi Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Taman Tamadun Islam

Masjid Kristal yang terdapat di Taman Tamadun Islam telah menjadi mercu tanda popular di Kuala Terengganu.

Taman Tamadun Islam

Didapati sebuah jeti di Taman Tamadun Islam. Sekiranya anda gemar mengalami pelayaran sungai, anda boleh menaiki bot di Sungai Terengganu.

Taman Tamadun Islam

Tidak kelihatan penumpang pelayaran sungai di tempat duduk yang disediakan. Ini mengambarkan sambutan terhadap pelayaran sungai tidak memuaskan.

Taman Tamadun Islam

Jaket Keselamatan dibekalkan kepada penumpang pelayaran sungai. Kemalangan tidak berbau. Oleh sebab itu, keselamatan harus diutamakan supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Taman Tamadun Islam

Oleh kerana tidak masuk ke Taman Monumen, kami terlepas peluang mengambil foto replika masjid-masjid seluruh dunia.

Antara masjid replika itu termasuk Masjid Xian Cina, Taj Mahal India, Masjid Kul Sharif Rusia, Masjid Mohammad Ali Mesir dan banyak lagi.


Taman Tamadun Islam

Waktu Operasi
Isnin--Khamis: 10:00 pagi hingga 7:00 malam
Jumaat----Ahad: 9:00 pagi hingga 7:00 malam

Bayaran Masuk Taman Monumen
Dewasa: RM 20
Warga Emas: RM 15
Kanak-Kanak (7 - 12): RM 15
Kanak-Kanak (Bawah 7): Percuma

Bayaran Pelayaran Sungai Terengganu
Dewasa: RM 20
Warga Emas: RM 15
Kanak-Kanak (7 - 12): RM 15
Kanak-Kanak (Bawah 7): Percuma

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu
Muzium Negeri Terengganu

Tuesday, July 1, 2014

Masjid Kristal Terengganu


Masjid Kristal Terengganu

Kami beralih ke Masjid Kristal setelah melawat Muzium Negeri Terengganu.

Peta Masjid Kristal

Terletak di Pulau Wan Man, Masjid Kristal Terengganu siap dibina pada tahun 2008.

Masjid Kristal Terengganu

Dibina di tebing muara Sungai Terengganu, Masjid Kristal kini telah menjadi destinasi mesti dikunjung di Kuala Terengganu.

Masjid Kristal Terengganu

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid indah yang diperbuat daripada kaca, keluli dan kristal.

Selain pelancong beragama Islam, Masjid Kristal juga berjaya menarik pelbagai pengunjung kerana struktur binaan masjid yang unik.


Masjid Kristal Terengganu

Pada hujung minggu atau cuti persekolahan, Masjid Kristal akan dibanjiri oleh pelawat.

Setahu saya tiada penghuni di Pulau Wan Man. Oleh sebab itu, tidak banyak umat Islam bersolat di Masjid Kristal kecuali pelancong yang berkunjung ke sana.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu

Monday, April 14, 2014

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu

Kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu setelah bersarapan di Hotel Sri Malaysia.

Peta Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu terletak 3 km atau 10 minit memandu dari Kuala Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Tiket masuk dibahagikan kepada dua jenis iaitu tiket warganegara dan tiket bukan warganegara.

Muzium Negeri Terengganu

Dibina di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Muzium Negeri Terengganu Ditubuhkan pada tahun 1976.

Tram Muzium Negeri Terengganu

Oleh kerana kawasan Muzium Negeri Terengganu terlalus luas, tram disediakan untuk pelawat yang tidak ingin berjalan kaki.

Muzium Negeri Terengganu

Didapati dwibahasa di papan tanda perkhidmatan tram di Muzium Negeri Terengganu. Papan tanda ini menunjukkan waktu operasi dan harga tiket tram.

Rumah Bujang Berpeleh

Rumah replika Bujang Berpeleh yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu. Pemilik asal Rumah Bujang Berpeleh ialah Hajah Hasanah Bt. Kassim di Jalan Hilir Kuala Terengganu.

Perahu Sabar T82

Perahu besar ini bernama Sabar dan didaftar dengan nombor pendaftaran T82. Pemilik Perahu Sabar T82 ialah Haji Awang yang tinggal di Kampung Losong. Perahu tersebut dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada tahu 1982.

Muzium Negeri Terengganu

Alam sekitar Muzium Negeri Terengganu sungguh indah. Bangunan unik dan landskap pesona berjaya menarik para pengunjung. Gabungan kedua keadaan ini amat sesuai untuk mengambil gambar di persekitaran Muzium Negeri Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Informasi operasi Muzium Negeri Terengganu:

Sabtu hingga Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Dibuka semula pada 3.00 petang - 5.00 petang

Hari Kelepasan Am
9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua sahaja.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu

Saturday, March 1, 2014

Gambar Bandar Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Keadaan kesibukan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu pada waktu malam.

ATV

Penyewaan ATV disediakan kepada pelancong di persisiran muara Sungai Terengganu pada waktu siang.

Pokok Led

Pemandangan pokok led yang berwarna-warni di persisiran muara Sungai Terengganu pada waktu malam.

Kampung Cina Kuala Terengganu

Jalan Kampung Cina merupakan destinasi yang mesti berkunjung ketika anda melancong ke Kuala Trengganu.

Jeti Syahbandar

Jeti Syahbandar ialah laluan ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang mengambil masa sejam 40 minit.

Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu

Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu terletak bertentangan dengan Jeti Syahbandar. Pegawai yang bertugas bersedia menghulurkan bantuan kepada anda.

Bazaar Warisan Kuala Terengganu

Bazaar Warisan menawarkan pelbagai jenis kraftangan tradisional seperti keris, batik, sutera, songket, kemaja-T, cenderamata, pakaian wanita dan barangan loyang.

Pasar Payang

Seorang wanita menjaja di luar Pasar Payang. Barangan yang dijual termasuk cili, petai, nanas, jering, mangga, keledek, rambutan, buah setoi, buah kundang dan durian belanda.

Muara Sungai Terengganu

Terdapat sebuah jeti sementara di sebelah Jeti Syahbandar. Jeti ini membolehkan penduduk Seberang Takir pergi ke Bandar Kuala Terengganu dengan membayar tambang boat sebanyak seringgit.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Trengganu

Wednesday, December 18, 2013

Kampung Cina Kuala Terengganu

Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terletak di luar Hotel Sri Malaysia. Melangkah keluar dari Hotel Sri Malayisa, anda akan nampak gerbang Kampung Cina Kuala Terengganu.

Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terlalu meriah pada siang hari. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Walaupun sebagai tempat penarik pelancong, Kampung Cina Kuala Terengganu tidak ada lalun pejalan kaki.

Kampung Cina

Terdapat bangunan baru muncul di keliling Kampung Cina Kuala Terengganu. Ini membayangkan kerajaan tidak mengambil berat dalam pemeliharaan tapak sejarah yang dapat meningkatkan industri pelancongan dan menambahkan pendapat penduduk setempat.

Gerai Nasi Hainan

Gerai yang menjual nasi Hainan didapati di Kampung Cina Kuala Terengganu berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Sepinggan nasi Hainan ini berharga RM 4. Harga nasi Hainan ini berpatutan dan rasanya enak. Lokasi gerai nasi Haiana juga sesuai dan persekitarannya tidak bising.

Nasi Hainan

Nasi Hainan tidak berbeza dengan nasi campur yang dapat di beli di merata tempat di Malaysia. Sebenarnya nasi Hainan merupakan campuran nasi ayam dengan nasi campur.

Bahan nasi Hainan termasuk nasi, ayam, sawi, telur goreng dan kubis atau kubis Cina. Sungguhpun orang Hainan terkenal dengan nasi ayam terutamanya nasi ayam bebola tetapi nasi Hainan Kuala Terengganu pun tidak kurang lazatnya.


Tokong Heann

Seni bina Tokong Heann benar-benar mengagumkan. Tokong Heann merupakan salah sebuah tokong yang terkuno di Terengganu. Dibina pada Dinasti Qing, Tokong Heann berperanan menjadi tempat orang Cina berhimpun dan bersembahyang.

Kami pernah melawat Kuala Terengganu pada tahun 80an. Keadaan Kampung Cina Kuala Terengganu tidak banyak berubah. Hanya tebing sepanjang sungai di sisi Kampung Cina Kuala Terengganu telah ditimbus dengan pasir. Projek ini memusnahkan keindahan muara Sungai Terengganu.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Friday, November 22, 2013

Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu

Hotel Sri Malaysia

Baru-baru ini kami ke Pantai Timur Semenanjung sebanyak dua kali. Dalam perjalanan kembali ke Melaka, kami menginap di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.

Hotel Sri Malaysia

Pintu lobi dan dindin depan Hotel Sri Malaysia dibuat daripada kaca yang terang. Hotel Sri Malaysia memang seperti sebuah bangunan kristal yang bersinar-sinar.

Seterika Tembaga

Hiasan lobi hotel sungguh unik. Seterika tembaga antik merupakan salah satu bahan pameran.

Tidak perasan seterika tembaga itu ketika menjejak masuk ke Hotel Sri Malaysia pada kali pertama. Foto ini di ambil pada kali kedua kami bersinggah di Hotel Sri Malaysia.

Hotel Sri Malaysia

Walaupun Hotel Sri Malaysia bukan hotel 5 bintang tetapi lokasinya bertaraf 5 bintang. Terdapat banyak kedai makan berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Selain itu membeli-belah juga tidak jadi masalah.

Keadaan bilik tamu Hotel Sri Malaysia biasa sahaja tetapi hindangan sarapan pagi didapati banyak pilihan.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, October 6, 2013

Jeti Marang Terengganu

Jeti Marang

Terletak di utara Terengganu, Marang sekitar 21 km memandu dari Kuala Terengganu.

Terdapat sebuah jeti di Marang. Pelancong menaiki bot dari jeti ini ke pulau berhampiran. Oleh kerana destinasi tidak jauh, syarikat bot menggunakan bot kecil untuk membawa penumpang.


Pulau Kapas

Papan penunjuk digantung tinggi-tinggi supaya pelawat ke Pulau Kapas tidak sesat atau naik bot yang tidak betul.

Marang

Sebuah syarikat pelancongan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menempah bilik, latihan menyelam, pakej snorkeling, pakej memancing, pakej candat sotong dan pengangkutan pergi balik.

Marang

Masa pergi dan balik dari pulau-pulau terpapar dengan nyata. Pengunjung boleh membeli tiket kehendak masing-masing.

Selain Pulau Kapas, Pulau Gem juga digemari oleh pelancong. Suasana kedua-dua pulau ini sungguh sunyi dan sesuai bercuti untuk menenangkan fikiran.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang

Monday, July 29, 2013

Pantai Merang Terengganu

Pantai Merang

Pantai Merang terletak sekitar 30 km di utara Kuala Terengganu. Bayu sepoi dan pasir putih Pantai Merang sungguh menawan.

Berpisah dengan Pantai Irama, kami terus menuju ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke destinasi, kami masuk ke balai polis di Kuala Besut untuk menanya jalan ke Kuala Terengganu.

Kami tidak mengambil foto di Kuala Besut. Jika tidak boleh muat naik gambar Kuala Besut.


Pantai Merang

Rasa letih berkembara, rehat sebentar lalu menikmati keindahan pemandangan Pantai Merang. Sama ada ingin bermalam di Merang atau meneruskan perkembaraan, boleh membuat keputusan mengikut kehendak anda. Selain kediaman murah, terdapat resort bertaraf bintang di Merang.

Merang merupakan satu lokasi ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah serta Pulau Bidong. Pelancong yang tidak sempat ke pulau-pulau singgah semalam di Merang. Keesokan baru bertolak dari Merang ke pulau yang ingin melawat.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Buruan Kamera Di Bukit Fraser