Thursday, December 30, 2010

Malaysia Memerlukan Perubahan Dalam 2011

Malaysia Memerlukan Perubahan
BN telah memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun. Bagaimana prestasi pemerintahan BN? Rakyat Malaysia memang tahu jawapannya. 308 tsunami politik membuktikan kehebatan BN memerintah Malaysia selama ini.

Ahli politik ingin bermain apa sandiwara tidak menjadi masalah. Yang penting rakyat jelata dapat hidup dengan bahagia dan harmoni. Tetapi dalam masa BN memerintah Malaysia, defisit kewangan makin meningkat.

Kebanyakan rakyat hidup dalam kesengsaraan. Terutama rakyat daripada golongan yang berpendapatan rendah. Rungutan rakyat melambung tinggi seperti ombak tsunami.

Saya yakin bahawa pengundi Malaysia akan menolak 2011 sebagai tahun inflasi. Oleh itu, Malaysia memerlukan perubahan dalam 2011.

Pautan Berkaitan
Jamuan DAP Bentayan Johor
Ceramah PAS Sungai Rambai Melaka
Demolrasi Adalah Kebebasan Bersuara


Tuesday, December 21, 2010

Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara

Kebebasan Bersuara
Aung San Suu Kyi bertungkus-lumus untuk membebaskan Myanmar. Beliau telah di bawah penanhanan dalam rumah oleh kerajaan tentera Myanmar bertahun-tahun. Baru-baru ini, beliau dilepaskan. Setelah mendapat kebebaskan, beliau memberi ucapan yang bertajuk "Demokrasi adalah kebebasan bersuara".

Oh, begitu! Demokrasi adalah kebebasan bersuara. BN menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik. Adakah rakyat jelata Malaysia bebas untuk menyampaikan ucapan? Ini benar-benar menarik!

Oleh kerana Demokrasi adalah kebebasan bersuara, mengapakah terdapat pelbagai rintangan untuk orang ramai menyuarakan pendapat mereka?

Pautan Berkaitan
Jamuan DAP Bentayan Johor
Ceramah Pas Sungai Rambai Melaka
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap?

Sunday, December 12, 2010

Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap?

Wang Hasil Titik Peluh
DAP Melaka telah menganjur satu forum berhubung dengan belanjawan kewangan 2011 pada 27 Oktober. Tajuk forum tersebut ialah "Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap ?"

Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Bukit Bendera Penang Liew Chin Tong merupakan salah seorang penceramah terhormat. Beliau mengutuk kerajaan BN habis-habisan. Para hadirin sungguh gembira dan bertindak balas dengan tepukan gemuruh.

Liew Chin Tong berpendapat bahawa untuk menguruskan kewangan negera dengan sempurna, Kementerian Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan harus di asingkan. Beliau bermaksud Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak patut orang yang sama. Dr Mahathir menyandang dua portfolio ini sejak beliau berkuasa.

Defisit kewangan yang makin teruk membuktikan pro dan kontra Perdana Menteri bertugas merangkap Menteri Kewangan.

Jeff Ooi
Ahli Parlimen Jelutong Penang Jeff Ooi berpolitik sambil berhibur. Beliau berucap taniah kepada orang Melaka sebagai rakyat negeri maju.

Jeff Ooi mendedahkan bahawa setelah bekas Menteri Besar Selangor kerajaan BN Mohamed Khir Toyo mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju, Selangor jatuh ke dalam tangan PR semasa pilihan raya umum pada Mach 2008. Ketua Menteri Melaka Mohamad Ali Rustam juga mengumumkan Melaka sebagai negeri maju. Adakah Melaka akan mengikut jejak Selangor menjadi tawanan PR pada pilihan raya umum akan datang? Ia, sungguh menarik!

Setelah menghadiri forum budget kewangan, saya masih tidak tahu dimana wang rakyat. Walaupun saya tidak mempunyai jawapan tetapi saya tahu apa yang perlu dibuat dalam pilihan raya umum ke 13.

Pautan Berkaitan
Jamuan DAP Melaka
Jamuan DAP Bentayan Johor
Ceramah Pas Sungai Rambai Melaka


Saturday, December 4, 2010

Pekerja Everland Theme Park Yang Prihatin

Pekerja Everland Theme Park
Lelaki Korea Selatan ini sedang sibuk membersihkan salji di tanah. Dia ialah seorang pekerja Everland Theme Park Korea Selatan.

Jalan-jalan di dalam Everland Theme Park akan diliputi dengan salji semasa musim sejuk. Anda harus berhati-hati kerana jalan-jalan tersebut basah dan licin. Pekerja Everland Theme Park yang prihatin akan bertungkus-lumus membuang salji untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Saya masih ingat bahawa seorang wanita terpeleset di tanah yang licin. Dia mengeluh punggungnya sakit sepanjang lawatan di Korea Selatan. Sekiranya anda tidak memiliki kehidupan musim sejuk, anda perlu memakai kasut dengan tapak geseran baik semasa mengunjung Korea Selatan pada musim sejuk.

Menyesuaikan iklim adalah amat penting ketika melancong ke negara yang cuacanya berbeza. Ia akan menjadi mimpi ngeri jika anda tidak mampu melakukannya.

Pautan Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Imformasi Melancong Korea Selatan