Wednesday, June 15, 2016

Pesona Menara Kyoto


Yuchuilang

Sejak anak saya memberi saya sebuah telefon pintar, saya dan isteri saya mulai selfie ketika kami melacong ke merata tempat.

Yuchuilang

Datar belakang foto ini ialah Menara Kyoto yang berwarna-warni. Kami baru kembali dari perjalanan Kyoto, Nara, Osaka dan Kobe di Jepun.

Menara Kyoto

Terletak berhadapan dengan Kyoto Station, kecantikan Menara Kyoto sungguh menakjubkan. Menara Kyoto menerangi malam Kyoto dan merupakan mercu tanda Kyoto yang menawan.

Artikel Berkaitan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, June 11, 2016

Selfie Dalam Hujan


Yuchuilang

Peristiwa Kakak Payung yang memukul pekerja bengkel tersebar berleluasa dari Singapura ke Malaysia.

Kebetulan saya dan isteri saya selfie berpayung dalam hujan renyai-renyai ketika mengembara di Kansai, Jepun.

Dotonbori Osaka

Hujan rintik-rintik pada malam pertama kami melancong ke Osaka.

Kami berpayung ke Dotonbori yang dibanjiri oleh pelancong untuk mencari hidangan lazat Jepun.

Artikel Berkaitan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, June 9, 2016

Kuih Zang Nankinmachi


Kuih Zang

Semasa lawatan ke Jepun Kansai, benar-benar diluar dugaan, kami membeli dua biji kuih zang di Kobe Nankinmachi.

Yuchuilang

Pada hari kedua di Osaka, kami mengembara ke Kobe dari Stesen Osaka-Namba dengan menaiki kereta api Hanshin laluan Namba.

Nankinmachi

Nankinmachi merupakan sebuah Chinatown unik di Kobe. Terdapat banyak restoran Cina di sekitar Nankinmachi.

Kuih Zang

Setelah menikmati makan tengah hari di Jing Hua Lou, kami beralih ke gerai bertentangan dengan restoran itu untuk membeli dua biji kuih zang.

Kuih Zang

Harga sebiji kuih zang 350 Yen dan tiga biji kuih zang berharga 1000 Yen.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, June 4, 2016

Melancong Sambil Belajar Bahasa Jepun


Zuiyanhong

Baru-baru ini, saya bersama isteri saya melancong ke Jepun.

Kami benar-benar menikmati perjalanan lapan hari tujuh malam di Kyoto, Nara, Osaka dan Kobe.

Di samping merasa makanan Jepun dan berkunjung ke tempat penarikan pelancong, kami dapat belajar beberapa patah kata bahasa Jepun ketika merantau di Kansai, Jepun.

bas:basu, hello:koniciwa, pasar:sijor/ichiba, terima kasih:aligato, jumpa lagi:sayonara, tumpang tanya:simimasen, Kyoto Station:Kyoto Eki.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong