Showing posts with label Sungai Lembing Pahang. Show all posts
Showing posts with label Sungai Lembing Pahang. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Jambatan Gantung Sungai Lembing

Jambatan Gantung

Jambatan Gantung menyambung dua belah tebing Sungai Lembing. Penduduk Sungai Lembing ulang-alik dua tempat dengan menggunakan jambatan ini.

Seorang wanita menunggang motosikal dengan laju berlalu ketika saya mengambil gambar di jambatan gantung. Penduduk setempat melalui jambatan gantung setiap hari. Ekoran itu mereka sudah biasa menunggang motosikal dengan laju di jambatan gantung


Jambatan Kayu

Selain daripada jambatan gantung, terdapat sebuah jambatan kayu di Sungai Lembing.

Air sungai melimpah pada musim tengkujuh. Jambatan kayu itu akan ditengelami air sungai. Perhubungan pengangkutan antara dua lokasi akan terputus. Sekiranya anda menginap di resort di tebing seberang sungai, anda terpaksa menunggu hingga air sungai surut.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Foto Pekan Sungai Lembing
Stesen Petrol Sungai Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan

Sunday, April 21, 2013

SJKC Lembing Dan Perpustakaan Lembing

SJKC Lembing

SJKC Lembing terletak di Jalan Pasar, Sungai Lembing. Jarak antara SJKC Lembing dan Country View Inn tidak jauh. Kebetulan SJKC Lembing berada di kaki Bukit Panorama Lembing. Anda akan melalui SJKC Lembing sebelum mendaki Bukit Panorama Lembing.

Oleh kerana lokasi Sungai Lembing jauh dari bandar, mobiliti guru amat teruk. Sering menukar tenaga mengajar akan menjejaskan pencapaian pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak Sungai Lembing akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain setelah tamat belajar di tadika.


SJKC Lembing

Lombong bawah tanah Sungai Lembing sungguh terkenal. Kini lombong bawah tanah telah menjadi tumpuan pelancong yang melawati Sungai Lembing. Mural di dindin SJKC Lembing terbukti segalanya.

Sungai Lembing

Terdapat sebuah perpustakaan awam di Sungai Lembing. Perpustakaan awam itu berdepan dengan SJKC Lembing. Selain bahan bacaan boleh di dapati, pelbagai aktiviti tersedia untuk penduduk Sungai Lembing. Kebanyak aktiviti itu sesuai untuk warga emas menyertai.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Stesen Petrol Sungai Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan
Informasi Penginapan Sg Lembing
Lembin Village Resort Sg Lembing

Thursday, January 24, 2013

Pemandangan Eksklusif Sungai Lembing

Bukit Panorama

Matahari mogok ketika kami mendaki Bukit Panorama Sungai Lembing. Kami terlepas peluang melihat matahari terbit yang cantik.

Walau bagaimanapun kami bernasib baik dapat menyaksikan pemandangan yang mempesona. Kabus putih dan sungai kecil berliku itu sungguh menawan.

Hidup tidak terlalu panjang. Tidak perlu menysiksa diri sendiri. Kita hanya hidup sekali sahaja. Oleh itu kita patut hidup dengan gembira. Ingat, jangan kerja sehingga mati.

Bosan dengan masalah remeh-temeh, melarikan diri ke Sungai Lembing selama beberapa hari untuk menenangkan fikiran. Sementara memendamkan segala kecewa dan bercuti di Sungai Lembing.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sg Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan
Informasi Penginapan Sg Lembing
Lembin Village Resort Sg Lembing

Friday, December 28, 2012

Apakah Benda Hitam Ini ?

Ulat

Mendaki Bukit Panorama Lembing dalam gelap untuk melihat matahari terbit. Nasib baik tersedia lampu suluh untuk menerangi jalan bukit.

Selain mengambil gambar pakis unik dan awan pesona, tertangkap gambar benda hitam ini pada subuh di Bukit Panorama Lembing.

Apakah benda yang berwarna hitam ini?

Ha, ternyata benda hitam ini seekor ulat yang besenam pada awal pagi!

Burung yang bangun awal dapat makanan. Sama ada ulat yang bangun awal menjadi makanan burung?

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kamera Membawa Kegembiraan
Country View Inn Sungai Lembing
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Tuesday, December 18, 2012

Kamera Membawa Kegembiraan

Pakis

Berminat dalam fotografi merupakan hobi selepas bersara. Oleh kerana risau kehidupan bersara amat membosankan, saya membeli sebuah kamera untuk mangambil foto.

Sering melancong ke merata tempat sejak berundur dari pekerjaan. Gabung jalin pengembaraan dan fotografi membolehkan perjalanan saya dapat meninggalkan memori manis. Kunjungan ke Bukit Panorama Lembing berjaya merakam awan pesona dan pakis yang unik.

Oh! Di luar dugaan saya, kamera berperanan memperluaskan visi dan membawa keseronokan kepada saya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sungai Lembing
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Friday, December 7, 2012

Awan Pesona Bukit Panorama Lembing

Awan Pesona

Kami memanjat Bukit Panorama Lembing untuk menyaksi matahari terbit yang indah. Malang sekali, hujan turun renyai-renyai pada awal pagi itu. Matahari mogok dan enggan bertemu mana-mana pelawat.

Awan Pesona

Walaupun kami terlepas matahari terbit tetapi kami bernasib baik untuk melihat awan yang mengagumkan.

Awan pesona bukan sahaja merupakan landskap semula jadi tetapi juga mencantikkan pergunungan di sekitar Sungai Lembing. Pengunjung Bukit Panorama Lembing seolah-olah berada di dunia maya.


Bukit Panorama Lembing

Pondok ini terletak di kaki Bukit Panorama Lembing. Jarak di antara pondok ini dengan Country View Inn hanya beberapa minit berjalan kaki. Ikut trek dan menaik bukit berdasarkan kecergasan fizikal anda supaya tidak mengalami kecederaan.

Bukit Panorama Lembing

Terdapat sebuah pondok di lereng bukit. Berehat sebentar sebelum menuju ke puncak bukit.

Langkah-langkah harus diambil:

Dinasihatkan mendapat tahu cuaca Sungai Lembing melalui internet sebelum bertolak. Jika anda tidak ingin basah dalam hujan, lebih baik menyediakan peralatan hujan.

Tambahan pula, sekiranya anda mahu menonton matahari terbit, anda mesti mendaki Bukit Panorama Lembing sebelum matahari muncul. Jadi, anda perlu membawa lampu suluh, jika tidak anda akan terjatuh ke lembah dalam gelap.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Informasi Penginapan Sungai Lembing
Lembin Village Resort Sungai Lembing

Thursday, November 1, 2012

Informasi Penginapan Sungai Lembing Pahang

Sungai Lembing

Melawat Sungai Lembing pada musim puncak, anda harus menempah hotel terlebih dahulu. Jika tidak anda akan menghadapi masalah penginapan di Sungai Lembing.

Sungai Lembing agak juah dari bandar yang terdekat. Perjalanan pergi balik mengambil beberapa jam. Sekiranya anda tiada tempat bermalam, anda terpaksa meninggalkan Sungai Lembing. Memandu di jalan sempit dan bengkang bengkok pada waktu malam, anda perlu cekap dan berhati-hati.


Sungai Lembing Rest House

Selain Country View Inn dan Lembin Village Resort, Sungai Lembing Rest House merupakan satu pilihan bersinggah di Sungai Lembing.

Sungai Lembing Rest House terletak di pekan Sungai Lembing tetapi bangunan telah usang. Kalau anda tidak kisah tarikh pembinaan, anda boleh membuat keputusan berinap di Sungai Lembing Rest House.

Hubungi: 012-9009622/019-9062193/019-9040389/012-9009622


Tiara Atstari Guest House

Sebelum masuk ke pekan Sungai Lembing, anda akan nampak Sungai Lembing di sebelah kanan dan Tiara Atstari Guest House di sebelah kiri anda.

Hubungi: Jaludin (013-9278305), Noorhanita (019-9875345)


Sungai Lembing

Tiada foto tempat singgah lain untuk muat naik. Bagaimanapun saya telah cari maklumat untuk rujukan anda.

Lembing Hakka Association: 013-9047728
Lembing River View Resort: 012-9812692
Pollock View Resort: 09-5311024/0199874737
ACF Retreat Centre: 019-9349696/019-7043283
Lembing Court Resort: 09-5131313/012-9819888

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Jerik Maran Pahang

Wednesday, October 10, 2012

Lembin Village Resort Sungai Lembing Pahang

Lembin Village Resort

Apabila sentuh tentang pengianpan di Sungai Lembing, anda boleh mempertimbangkan Lembin Village Resort yang terletak di tebing seberang Sungai Lembing bertentangan pekan Sungai Lembing.

Di samping Country View Inn, Lembin Village Resort merupakan pilihan lain ketika anda bercuti di Sungai Lembing. Oleh kerana saya telah menempah sebuah bilik di Dynasty Inn di Kota Bharu, saya tidak ingin mengubah pelan perjalanan Pantai Timur. Kalau tidak saya hendak bermalam di Lembin Village Resort dan merayau di Sungai Lembing untuk sehari lagi.


Lembin Village Resort

Meskipun saya tidak menginap di Lembin Village Resort, pemilik resort, Encik Vinson Chow sangat mesra kepada kami.

Lembin Village Resort diubahsuai dari sebuah bangunan banglo. Ruang memanggang luar tersedia dan karaoke disediakan di ruang tamu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Lembin Village Resort ialah tempat yang sesuai untuk mengadakan parti hari jadi dengan rakan-rakan.

Walaupun keselesaan serta ketenangan Lembin Village Resort tetapi lokasinya terlalu jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda terpaksa menyeberangi Sungai Lembing melalui jambatan kayu usang.

Jika anda tidak keberatan jarak Lembin Village Resort, anda boleh memikir tentang resort ini.

Pemilik:Vinson Chow
Telefon:019-911267, 019-9116748
Alamat:282, Kampung Seberang, Sungai Lembing, Pahang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Jerik Maran Pahang

Saturday, September 29, 2012

Menginap Di Country View Inn Sungai Lembing

Country View Inn

Country View Inn terletak di persimpangan Jalan Pasar dan Jalan South Main, Sungai Lembing.

Ketika kami bercuti di Sungai Lembing, kami singgah semalam di Counry View Inn. Kebetulan medan selera Sungai Lembing berada di hadapan Country View Inn. Pasar Sungai Lembing dan SJKC Lembing juga berhampiran dengan Country View Inn. Terdapat beberapa buah pasar mini di sepanjang jalan utama Sungai Lembing.


Country View Inn

Country View Inn merupakan sebuah banguan bertingkat tiga. Terdapat dua buah bilik tetamu dan beberapa buah bilik mandi di tingkat bawah.

Ini foto bilik tetamu tunggal di tingkat kedua. Bilik tetamu ini sesuai untuk pengunjung berkeluarga. Tetapi agak sayangnya tiada bilik mandi di dalam bilik tetamu ini. Keadaan akan menjadi lebih selesa jika ada bilik mandi dalam bilik tetamu ini.


Country View Inn

Selain itu, tingkat kedua Country View Inn memiliki sebuah ruang tamu. Anda boleh berehat, berbual, membaca atau menonton rancangan TV di ruang tamu.


Sebuah peti sejuk dan air minuman tersedia oleh Country View Inn. Ini terbukti pemilik Country View Inn sungguh mesra pelanggan.


Memandang dari beranda di tingkat dua, seluruh pandangan jalan Sungai Lembing terpapar di depan mata anda.

Anda boleh mengadakan hari jadi di beranda. Sekiranya anda ingin minum dan berbual-bual dengan kawan, anda dipersilakan dan selamat bercuti di Sungai Lembing.

Hubungi: 019-9126369(Ms Fanny)
Alamat: 40, South Main Street, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pantai Timur Semenanjung Malaysia