Tuesday, August 31, 2010

Politeknik Merlimau Melaka

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau terletak di Jalan Jasin, Merlimau. Jarak Politeknik Merlimau hanya 2 km dari Pekan Merlimau. Politeknik ini merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau menawarkan pelbagai program sijil dan diploma. Program-program itu termasuk Hospitaliti, Perdagangan, Pengajian Am, Kejuteraan Awam, Kejuteraan Elektrik dan Kejuteraan Mekanikal.

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau telah menjadi salah satu tempat pertandingan Sukan Malaysia ke 13 yang berlangsung pada bulan Jun. Acara ragbi, gimrama dan gimnastik diadakan di Politeknik Merlimau.

Politeknik Merlimau
Seperti institusi pengajian tinggi awam Malaysia lain, Politeknik Merlimau menyediakan kemudahan prasarana yang sesuai. Di antara kemudahan itu ialah pusat kegiatan pelajar, asrama pelajar, perpustakaan, pusat sukan, kafeteria, dewan, hotel dan kantin.

Pautan Berkaitan
Kolej Komuniti Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau

Friday, August 27, 2010

SJKC Khee Chee Temerloh Pahang

SJKC Khee Chee
SJKC Khee Chee terletak di sebelah Hotel Sri Malaysia di bandar Temerloh. Sekolah ini dibina di tebing berhampiran dengan muara Sungai Semantan. Lokasi Pekan Sehari Temerloh tidak jauh dari SJKC Khee Chee.

SJKC Khee Chee
Isteri saya pernah berkhidmat di SJKC Khee Chee pada awal 80-an. Encik Lai Teck Pin merupakan guru besar sekolah tersebut pada masa kini.

SJKC Khee Chee
Ini foto murid-murid 6B bersama guru-guru mereka pada 1982. Kedua dari kanan barisan depan ialah Encik Lai Teck Pin. Pada masa itu, beliau seorang guru muda.

SJKC Khee Chee
Foto ini diambil pada 1985. Sekiranya anda bersekolah di SJKC Khee Chee dari 1982 hingga 1985, mungkin anda salah seorang budak yang comel dalam foto.

Pautan Berkaitan
Salak Manis Pahang
SJKC Jerik Maran Pahang
Video Pekan Sehari Temerloh


Saturday, August 21, 2010

Rancangan RFM988 "Say Hi To Malaysia" Terkandas

Jamaluddin Ibrahim
Baru-baru ini, pengunjung blog ini dan blog versi Inggeris saya---Sweet Memories Of Zuiyanhong meningkat dengan jumlah besar.

Setelah memahami keadaan sebenarnya, barulah saya mengetahui kedatangan mereka adalah berkaitan dengan penganalisa politik terkenal Jamaluddin Ibrahim. Mereka mencari maklumat Jamaluddin Ibrahim melalui enjin carian Google, Yahoo dan Microsoft. Secara kebetulan sebelum ini saya pernah menulis artikel berhubungan dengan Jamaluddin Ibrahim.

Saya berasa kagum mengapa begitu ramai orang asyik mencari maklumat Jamaluddin Ibrahim. Jadi saya google tentang hal ini dan difahami bahawa rancangan RFM988 "Say Hi To Malaysia" menimbul masalah. Jamaluddin Ibrahim merupakan pengacara rancangan tersebut.

Menurut laporan China Press, Jamaluddin Ibrahim dan rakan-rakan sejawatnya yang bersama menjadi pengacara rancangan "Say Hi To Malaysia" diarah menyimpan mikrofon dan menutup mulut. Selain itu, ketua eksekutif RFM988 Wong Lai Ngo dan pengurus kanan rancangan Chen Jia Rong juga dipecat.

"Say Hi To Malaysia" mulai disiarkan pada 4 Mei 2009. Masa siaran ialah pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi. Rancangan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina terutama generasi muda.

Tindakan terhadap "Say Hi To Malaysia" tidak munasabah kerana bertentangan kehendak awam. Pihak berkenaan harus berhati-hati dalam urusan ini supaya tidak kehilangan sokongan.

Pautan Berkaitan
Saya Pun Melayu
Katak Politik 1Malaysia
8 Mac Hari Malaysia Bangun


Wednesday, August 18, 2010

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jerik Maran Pahang

SJKC Jerik
SJKC Jerik merupakan sebuah sekolah rendah Cina di Maran, Pahang. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan lama Sungai Jerik. Jarak SJKC Jerik dari pekan lama Sungai Jerik sejauh 1 km.

Kawasan rekreasi Lubuk Yu terletak tidak jauh dari pekan Sungai Jerik. Baru-baru ini penyakit aneh berlaku di kawasan rekreasi Lubuk Yu menyebabkan kematian beberapa penduduk setempat.

Saya pernah berkhidmat di SJKC Jerik pada awal 80-an. Setelah tamat latihan di Maktab Perguruan Mohd Khalid, saya ditugaskan di SJKC Jerik. Selama 2 tahun saya mendidik anak buah di sekolah tersebut.

Lebih dari 20 tahun yang lalu, bangunan SJKC Jerik amat usang. Kini, satu blok bilik darjah bertingkat dua dan sebuah pusat sumber baru telah dibina. SJKC Jerik mengalami kerosakan teruk dalam banjir yang melanda Sungai Jerik pada hujung tahun 2007.

Pautan Berkaitan
Salak Manis Pahang
Pekan Sehari Temerloh
Video Pekan Sehari Temerloh

Sunday, August 15, 2010

Salak Manis Pahang

Salak Manis
Salak manis merupakan sejenis buah terdapat di Pahang tetapi jarang kelihatan di tempat lain di Malaysia.

Saiz salak manis sebesar sebiji telur. Kulit salak manis berwarna perang kemerahan dan kelihatan seperti kulit ular yang bersisik. Terdapat banyak duri halus pada kulit salak manis. Berhati-hati semasa mengupas dan memotong salak manis supaya tidak melukakan tangan.

Isi salak manis berwarna kekuning-kuningan. Salak manis mentah rasanya masam. Rasa salak manis enak dan manis setelah masak.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Wednesday, August 11, 2010

Pemimpin Terunggul DAP Malaysia,Teng Chang Khim

Teng Chang Khim
"Oh Tuhan, pesalah sebenarnya terlepas!"

Ayat ringkas di atas merupakan satu tweet Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim di Twitter. Kenyatan beliau telah memberangkan Jawatankuasa Disiplin Dap. Kejadian ini akan menimbulkan masalah pepecahan jika tidak diselesaikan dengan bijaksana.

Teng Chang Khim telah menjelaskan bahawa beliau rela dipecat demi mempertahankan martabatnya. Pendirian kukuh Teng Chang Khim amat disegani.

Teng Chang Khim ialah Speaker Undangan Negeri pertama keturunan Cina di Malaysia dan Ahli Undangan Negeri Selangor 4 penggal. Beliau fasih bertutur dalam Inggeris, Mandarin dan bahasa Melaysia. Di samping itu, beliau juga disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia. Nescaya beliau seorang pemimpin bestari Dap.

Dari segi pengalaman berpolitik, tidak ramai pemimpin muda Dap setanding dengan Teng Chang Khim. Sekiranya Teng Chang Khim tidak diterima oleh Dap, maka akhirnya Dap akan lenyap di Malaysia.

Pautan Berkaitan
Saya Pun Melayu
Katak Politik 1Malaysia
8 Mac Hari Malaysia Bangun

Sunday, August 8, 2010

Bos Ikan Air Tawar Pekan Sehari Temerloh Pahang

Ikan Air Tawar
Temerloh terkenal dengan ikan air tawar. Sekiranya anda berada di Temerloh, jangan terlepas peluang merasai kelazatan ikan air tawar.

Ikan-ikan dalam bekas yang masih hidup itu ialah ikan tilapia dan ikan patin. Membelilah beberapa ekor ikan untuk mengganjar diri.

Pekan Sehari Temerloh
Kemahiran menyiang ikan saudara ini sungguh luar biasa. Dia benar-benar amat sibuk dan tidak berhenti cincang-cincang.

Pekan Sehari Temerloh
Saya mengambil beberapa foto ketika dia berehat. Senyuman mesranya membayangkan budaya Malaysia berbilang bangsa yang unik.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Tuesday, August 3, 2010

Pekan Sehari Temerloh Pahang (Bahagian 2)

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Melawat ke Pekan Sehari Temerloh merupakan satu pengalaman yang menarik. Foto di atas adalah lebih baik daripada seribu kata. Penjaja wanita itu hanya duduk di atas tanah bersama anaknya. Barangan yang dijual oleh dia termasuk telur, cili, kunyit, serai dan asam kering.

Cili
Dia menjual barangnya dengan meletakkan barang-barang itu di atas beberapa helai surat khabar lama. Dacing tidak digunakan dan digantikan dengan tin kosong dan bekas plastik. Suasana Pekan Sehari Temerloh menampilkan kehidupan desa tradisional Malaysia.

Asam Kering
Asam kering adalah sejenis ramuan penting untuk menyediakan makanan enak Melayu. Ia sesuai untuk memasak makanan laut asam pedas.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Bukit Bendera Resort Mentakap


Monday, August 2, 2010

Pekan Sehari Temerloh Pahang (Bahagian 1)

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Saya telah menetap di Temerloh selama 4 tahun dalam 80-an. Pada masa itu, saya bertanggungjawab untuk membeli makanan keluarga. Saya sentiasa pergi ke Pekan Sehari Temerloh pada pagi Sabtu untuk membeli belah.

Sungai Pahang
Pekan Sehari Temerloh terletak di sepanjang tebing sungai berhampiran muara Sungai Semantan. Penduduk-penduduk sekitar Temerloh gemar berkunjung Pekan Sehari kerana barangan terdapat disana harganya berpatutan.

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Mulai awal pagi, penjaja sibuk membuat persiapan untuk bernaiga. Mereka membekal pelbagai barang termasuk pakaian, makanan, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan ringan dan barang keperluan harian.

Akan diteruskan......

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Bukit Bendera Resort Mentakap