Showing posts with label Teluk Intan Perak. Show all posts
Showing posts with label Teluk Intan Perak. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Pasar Besar Teluk Intan Perak


Pasar Besar Teluk Intan

Selain jalan raya yang sibuk, kami juga mengambil gambar Pasar Besar Teluk Intan.

Pasar Besar Teluk Intan

Terdapat banyak kedai mini menjual makanan kering di Pasar Besar Teluk Intan Perak.

Pasar Besar Teluk Intan

Senario Pasar Besar Teluk Intan membayangkan keharmonian berbilang kaum di bawah satu bumbung.

Pasar Besar Teluk Intan

Pasar Besar Teluk Intan merupakan pusat sehenti makanan. Pelbagai makanan tersedia untuk pengguna sekitar Teluk Intan.

Jering

Simpulan bahasa tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Sehingga mengambil foto ini, baru saya benar-benar tahu buah ini ialah jering.

Kerang

Kerang rasa enak dan bekhasiat untuk kesihatan. Oleh kerana pencemaran pantai semakin teruk, makan kerang berisiko dijangkiti penyakit.

Siput Sedut

Tahukah anda benda yang berlumpur ini?
Benda yang berlumpur ini namanya siput sedut.

Bolehkah siput sedut dimakan?
Memang boleh. Tetapi beranikah anda makan siput sedut?


Mesin Memarut Kelapa

Akhir sekali saya singgah di gerai kelapa yang menjual kelapa parut. Mesti berhati-hati ketika memarut kelapa dengan mesin ini. Jika tidak anda mungkin mencederakan tangan anda.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Hotel Anson Teluk Intan
Profil Google Zuiyanhong
Menara Condong Teluk Intan

Wednesday, May 7, 2014

Menara Condong Teluk Intan


Menara Condong Teluk Intan

Kami berjalan-jalan di sekitar Teluk Intan setelah siap dafter masuk ke Hotel Anson.

Menara Condong Teluk Intan

Menara Jam Condong Teluk Intan merupakan mercu tanda utama di Teluk Intan Perak.

Menara Condong Teluk Intan

Sekiranya anda berada di Teluk Intan jangan terlepas peluang mengambil foto di Menara Jam Condong.

Menara Condong Teluk Intan

Oleh kerana hari itu ialah cuti Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri, terdapat ramai pelancong berkunjung ke Menara Jam Condong Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan

Di bina pada tahun 1885, Menara Jam Condong menyerupai Menara Pisa di Itali. Walaupun telah bersejarah lebih 100 tahun, Menara Jam Condong masih menegak kukuh di Teluk Intan.

Post Berkaitan
Hotel Regalodge Ipoh
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong