Saturday, August 24, 2013

Jalan Sehala Ke Bukit Fraser

Bukit Fraser

Terdapat satu jalan sehala naik ke Bukit Fraser dan satu jalan sehala turun dari Bukit Fraser.

Sekiranya anda bertolak dari Kuala Kubu Baru, anda akan tiba di simpang jalan naik ke Bukit Fraser dulu. Sebaliknya anda pergi ke Bukit Fraser dari Raub atau Bentong, anda akan sampai ke simpang jalan turun dari Bukit Fraser dulu.

Pengunjung ke Bukit Fraser harus mengikut peraturan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.


Bukit Fraser

Ternampak banyak kereta beratur di simpang jalan naik ke Bukit Fraser ketika kami tiba di sana. Kami difahamkan bahawa kerja naik taraf sedang dijalankan di jalan turun dari Bukit Fraser.

Semasa menunggu pintu jalan dibuka, saya mengambil kesempatan mengambil gambar di kaki Bukit Fraser.


Bukit Fraser

Pada masa dahulu hanya ada sebatang jalan naik ke Bukit Fraser, kenderaan terpaksa mengambil giliran naik dan turun.

Gambar terpapar di atas merupakan rumah rehat yang terbengkalai. Sebelum itu, pelawat berehat di situ sambil makan dan minum sementara menunggu giliran naik ke Bukit Fraser.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Sunday, August 11, 2013

Pergi Ke Marken Dari Volendam

Volendam

Terletak di timur laut Volendam, Marken pada asalnya sebuah pulau nelayan kecil. Dengan perkembangan pesat dalam perusahaan pelancongan, Pulau Marken telah menjadi sebuah destinasi pelancong yang amat popular.

Selain hasil tangkapan laut, pakaian tradisional Belanda dan rumah papan yang unik sungguh menarik kepada pengunjung Pulau Marken. Kebiruan laut dan kehijuaan padang Pulau Marken juga mengagumkan pelawat dari seluruh dunia.


Volendam

Sekiranya anda bermalam di Volendam, anda boleh menaiki bot ekspres ke Pulau Marken. Lokasi ini merupakan jeti bot ekspres. Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu ialah pekerja syarikat bot ekspres.

Volendam

Tiket bot ekspres pergi dan balik untuk dewasa 8 Euro dan kanak-kanak 4.5 Euro. Tidak pasti 6.75 Euro itu untuk apa, mungkin bayaran itu untuk satu trip sahaja.

Volendam

Minuman disediakan di bot ekspres dari Volemdam ke Pulau Marken. Teh 1.6 Euro, kopi 2 Euro dan minuman ringan 2 Euro.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Kedai Cenderamata Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Thursday, August 8, 2013

Riang Hari Raya Aidilfitri 1434

Hari Raya Aidilfitri

Baru-baru ini televisyen sering menyiar lagu Hari Raya. Siaran tersebut mengingatkan saya Hari Raya sudah tiba.

Hari Raya tahun lepas, kami mengikut rombongan ke Eropah selama 10 hari 7 malam. Kami masih belum membuat keputusan tentang destinasi cuti Hari Raya tahun ini.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan muslim semoga kamu semua sihat dan bahagia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bazaar Ramadan Merlimau
Selamat Hari Raya Aidiladha

Tuesday, August 6, 2013

Berjalan-jalan Di Sekitar Bentong

Hotel Kristal

Kami menginap di Hotel Kristal pada malam bekalan elektrik tergendala di Bentong. Pada pagi berikut, kami ambil angin di pekan Bentong sebelum kembali ke Melaka.

Pasar Market

Setelah makan sarapan di sebuah kedai kopi, kami beralih ke pasar bentong yang berhampiran dengan kedai kopi itu.

Kebetulan peniaga pasar Bentong berehat pada hari Ahad. Hanya penjaja beredar menjalankan perniagaan di sekitar luar pasar.


SJKC Khai Mun

SJKC Khai Mun terletak tidak jauh dari pasar Bentong. Kami menuju ke SJKC Khai Mun dan mengambil gambar di luar sekolah.

Kampung Baru Perting

Oleh kerana pasar Bentong tutup pada hari itu. Kami bertolak ke Kampung Baru Perting untuk membeli Halia Bentong. Di samping Kampung Baru Perting, terdapat beberapa buah kampung baru lain di Bentong.

Halia Bentong

Halia Bentong sungguh terkenal di Malaysia Barat. Sekilo Halia Bentong berhaga RM 10 di pasar Kampung Baru Perting tetapi Halia Bentong dijual sekilo RM 16 di Bukit Tinggi.

Sebenarnya Halia Bentong merupakan hasil tanaman Bukit Tinggi. Amat peliknya harga Halia Bentong di Bukit Tinggi lebih mahal dibanding dengan tempat lain.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Friday, August 2, 2013

Ladang Kuda Hallasan Jeju

Jeju

Turun dari Ilchulbong, kami beralih ke Kampung Rakyat Songup. Dalam perjalanan kami melalui ladang kuda di kaki bukit Hallasan.

Pemandu pelancong berhenti kereta untuk kami berehat sebentar. Walaupun padang luas dan hijau tetapi tiada seekor kuda pun.


Kuda Jeju

Selain patung batu, kuda juga merupakan lambang Pulau Jeju. Pulau Jeju sebuah pulau gunung berapi. Tanah subuh dan sesuai untuk pertumbuhan rumput. Kelebihan ini membolehkan Pulau Jeju menjadi ladang kuda semula jadi.

Terdapat dua jenis kuda di Pulau Jeju iaitu kuda Jeju dan kuda Halla (Kacuk kuda Jeju dan kuda baka murni). Kuda Jeju diternak sebagai makanan dan kuda Halla diguna untuk menunggang dan pertandingan.


Jeju

Melancong ke Pulau Jeju, anda boleh menikmati daging kuda panggang. Harga daging kuda panggang di antara 20 ribu Won hingga 30 ribu Won.

Sekiranya anda tidak suka makan daging kuda panggang, anda boleh berkunjung ke pacuan kuda untuk menunggang kuda atau menyaksi lumba kuda.

Post Berkaitan
Batu Kepala Naga Jeju
Lapangan Terbang Jeju
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong