Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Kek Lok Si Pulua Pinang


Kek Lok Si Pulau Pinang

Semasa berkursus di Pulau Pinang, saya berkunjung ke Kek Lok Si beberapa kali.

Kek Lok Si Pulau Pinang

Dulu pelawat terpaksa menaiki tangga batu ke Kek Lok Si. Kini anda boleh memandu kereta hingga ke tempat letak kereta.

Kek Lok Si Pulau Pinang

Kek Lok Si terletak di atas bukit. Mengikut tangga batu naik ke Kek Lok Si merupakan senaman yang dapat menyihatkan badan.

SJKC Jerik

Bergambar bersama anak buah dan rakan sekerja SJKC Jerik Pahang. Ketika itu kami melawat sambil belajar ke Pulau Pinang tahun pada 80an.

Kek Lok Si Pulau Pinang

Kek Lok Si ialah tempat tarikan pelancong yang amat pupular di Pulau Pinang. Tetapi pengangkutan ke Kek Lok Si sungguh teruk. Harap masalah ini diatasi secepat mungkin supaya tidak menyusahkan pengunjung.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Hotel Teruk Pulau Pinang

Saturday, May 10, 2014

Kenangan Manis Di Pulau Pinang


Pulau Pinang

Saya pernah bermastautin di Pulau Pinang selama 14 minggu sebelum bersara.

SEAMEO RECSAM

Pada masa itu, saya berkursus dalam perkhidmatan di SEAMEO RECSAM di Pulau Pinang.

Peta SEAMEO RECSAM

Terletak di jalan Gelugor (Jalan Sultan Azlan Shah), SEAMEO RECSAM kebetulan berada bertentangan dengan Stesen Minyak Shell.

Pulau Pinang

Selalu mengambil angin di Pulau Pinang pada hujung minggu. Tidak dapat menyimpan keistimewaan Pulau Pinang dalam kamera kerana saya tidak memiliki kamera digital pada ketika itu.

Konvokesyen USM

Oleh kerana anak belajar di USM, saya terpaksa ulang-alik antara Melaka dan Pulau Pinang. Selepas tamat pengkajian di USM, anak saya melanjutkan pelajaran di University of the West of England di Bristol United Kingdom.

Malaysia Hotel

Semasa menghadiri konvokesyen anak di USM, kami menginap di Hotel Malaysia di Jalan Penang yang meriah. Lokasi dan bayaran bilik tamu Hotel Malaysia tidak menjadi masalah tetapi ruang tempat meletak kereta terlalu terhad.

PWG Odeon

Berjalan-jalan di sepanjang Jalan Penang, ternampak sebuah panggung wayang tradisional. Panggung wayang tradisional beransur terpupus, PWG Odeon merupakan pengecualian yang menarik. Tidak pasti PWG Odeon masih beroparasi pada masa kini.

Hotel Teruk

Kunjungan terakhir ke Pulau Pinang ialah pada tahun 2009. Lawatan itu ke Pulau Pinang ialah untuk menghidiri majlis perkahwinan anak saudara.

Kali ini, kami bermalam di sebuah hotel teruk yang di bawah pengurusan sebuah perbadanan transnasional. Di luar sangkaan saya bahawa keadaan hotel tersebut sungguh mengecewakan.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong