Saturday, March 30, 2013

Gerai Produk Tempatan Sekinchan

Sekinchan

Terdapat sebuah gerai di sebelah kilang penggilingan padi PLS Marketing di Sekinchan. Gerai ini menjual hasil tempatan Sekinchan.

Keluar dari kilang penggilingan padi PLS Marketing, pengunjung beralih ke gerai tersebut untuk membeli hasil istimewa Sekinchan.


Mangga

Buah-buahan merupakan jualan utama gerai itu. Kebetulan musim buah-buahan ketika kami berada di Sekinchan.

Isteri saya membeli beberapa biji mangga besar Sekinchan. Rasa mangga besar Sekinchan sungguh enak.


Jagung

Sekiranya anda suka makan jagung, anda boleh membeli beberapa tongkol jagung dan bawa balik untuk dinikmati. Oleh kerana isteri saya tidak membeli jagung, saya tidak dapat memberi tahu anda tentang rasa jagung Sekinchan.

Mi Beras

Mi beras Sekinchan dibuat daripada beras mutiara Sekinchan. Patutlah mi beras yang di goreng oleh isteri saya itu sedap untuk dimakan.

Ingat pergi ke gerai itu setelah melawat kilang penggilingan padi PLS Marketing. Mungkin anda dapat membeli sesuatu yang tidak diduga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Ambil Angin di Pantai Redang
Hotel Harbour View Sekinchan

Saturday, March 23, 2013

Lapangan Terbang Jeju Korea Selatan

Lapangan Terbang Jeju

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju terletak di Jeju, Pulau Jeju. Lapangan ini merupakan lapangan terbang ketiga besar di Korea Selatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapang Terbang Antarabangsa Gimpo adalah lapangan terbang terbesar dan kedua besar di Korea Selatan.

Kami terbang ke Incheon dan singgah dua malam di Suwon. Selepas itu, kami beralih ke Seoul dan berinap di Sejong Inn. Pagi berikutnya, staf Syarikat Pelancongan VIP menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo. Dari situ kami berlepas ke Pulau Jeju dengan menaiki pesawat JinAir.


Lapangan Terbang Jeju

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo pada pukul 10:00 pagi. Staf Syarikat Pelancongan VIP membantu kami daftar masuk.

Pesawat JinAir mengambil selama 50 minit dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Pemandu pelancong menunggu kami di balai ketibaan. Masuk ke dalam kereta rekreasi pemandu pelancong dan membuka tirai perjalanan di Pulau Jeju.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Makanan Jajanan Myeongdong
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Malam Myongdong Masih Muda

Wednesday, March 20, 2013

Jesselton Point Kota Kinabalu Sabah

Jesselton Point

Jesselton Point merupakan sebuah jeti di Kota Kinabalu, Sabah.

Terletak di Jalan Haji Saman, lokasi Jesselton Point tidak jauh dari Suria Sabah dan Hotel Eden 54. Dari Jesselton Point, pelancong menaiki bot laju ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman.


Jesselton Point

Terdapat beberapa syarikat bot laju menawarkan perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai. Penumpang boleh membeli tiket berdasarkan destinasi yang ingin berkunjung.

Green Holiday

Green Holiday ialah sebuah syarikat bot laju di Jesselton Point. Syarikat ini menghantar penumpang ke tiga buah pulau didapati di Taman Marin Tungku Abdul Raman, iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.

Jesselton Point

Banyak bot laju melabuh di Jesselton Point. Gambar ini membuktikan syarikat bot laju memiliki bot yang mencukupi. Oleh kerana syarikat bot laju menepati masa, perkhidmatan mereka dapat sambutan baik daripada pelanggan.

Island Express

Kami menaiki bot syarikat ini ke Pulau Sapi. Selain bayaran bot RM 23 setiap orang, cukai jeti sebanyak RM 7.20 dan cukai taman marin RM 3.00 juga perlu dibayar oleh pengunjung.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Sunday, March 17, 2013

Pekan Lama Kampung Jawa Pengerang

Kampung Jawa

Dalam perjalanan ke Sungai Rengit, ternampak pekan lama Kampung Jawa di Pegerang, Johor. Singgah sebentar dan mengambil gambar. Selain itu, saya juga cuba berbual-bual dengan penduduk setempat.

Pekan lama Kampung Jawa terletak tidak jauh dari Jeti Penumpang Marina Awam Tanjung Pengelih. Kebetulan sekeluarga tiga beranak yang terlibat dalam tragedi membunuh diri itu ialah penduduk pekan lama Kampung Jawa.


Jeti Kampung Jawa

Sejerah Kampung Jawa melebihi seratus tahun. Kebanyakan penduduk Kampung Jawa bekerja sebagai petani dan nelayan.

Semenjak projek RAPID dilancarkan di Pengerang, ramai penduduk Pengerang kehilangan rezeki kerana masalah pencemaran alam sekitar. Tambahan pula mereka juga menghadapi pengambilan tanah oleh kerajaan lalu terpaksa berpindah ke tempat lain.

Pelaburan Kuo Kuang Petrochemical Taiwan di Pengerang telah menimbulkan isu tidak puas hati di kalangan penduduk. Udang karang juga akan terpupus akibat pencemaran laut.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Restoran Super Lobster Sg Rengit

Thursday, March 14, 2013

Muzium Sungai Lembing Pahang

Muzium Sungai Lembing

Selepas bersarapan, kami beralih ke Muzium Sungai Lembing untuk meneroka sejarah Sungai Lembing.

Muzium Sungai Lembing adalah bawah pentadbiran Muzium Negara. Penubuhan Muzium Sungai Lembing bermisi untuk menyebarkan sejarah lombong bawah tanah di Sungai Lembing.


Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing terletak di lereng bukit yang tidak jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda boleh berjalan kaki dari pekan Sungai Lembing ke Muzium.

Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), sebuah syarikat lombong yang diuruskan oleh orang British dari 1906 hingga 1986. Syarikat tersebut memiliki lombong bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia.


Muzium Sungai Lembing

Menjejak ke dalam Muzium seperti kembali ke Sungai Lembing pada zaman dulu.

Gambar ini merupakan pintu masuk ke lombong bawah tanah. Benda yang terdapat di luar pintu itu gerabak memikul bijih timah.


Muzium Sungai Lembing

Mendulang ialah cara perlombongan bijih timah yang paling lama. Biasanya, kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan mendulang.

Menurut maklumat terpapar di papan kenyataan muzium, kerajaan hanya mengeluarkan lesen kepada kaum wanita menjalankan mendulang.

Selain mendulang, cara melombong bijih timah termasuk pam kelikir, kapal korek, lombong dedah dan lombong bawah tanah.


Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing dibuka sepanjang tahun kecuali pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Bayaran: Percuma
Telefon: 09-5412378
Masa: 9:00 hingga 5:00 petang

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sg Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan
Informasi Penginapan Sg Lembing
Lembin Village Resort Sg Lembing

Monday, March 11, 2013

Menikmati Kopi Di Volendam Belanda

Kafe De Boer

Bersiar-siar di perkampungan nelayan Volendam setelah santapan tengah hari di Restoran De Koe.

Terdapat banyak kafe di perkampungan nelayan Volendam. Singgah di sebuah kafe dan meninjau harga minuman kopi. Aiyoyo, kopi yang paling murah berharga 6 Euro!


Latte Macchiato

Beralih ke kafe yang lain. Saya tidak pernah minum kopi di Europah. Mengambil menu dan tunjuk saja kepada pelayan wanita. Tidak lama kemudian, pelayan wanita itu menatang segelas kopi harum dan warna-warni.

Menghirup kopi itu. Wah, kopi itu sungguh harum dan enak! Melihat menu sekali lagi, kopi itu ialah Latte macchiato. Harga latte macchiato itu 2.5 Euro.


cappuccino

Isteri saya memesan secawan cappuccino dan tidak berhenti-henti meleter cappuccino itu terlalu mahal.

Selepas merasa kopi di Europah, saya ketagih minum kopi dan mula mencari informasi kopi. Dapur rumah saya pula penuh dengan banyak bekas untuk mengisi pelbagai serbuk kopi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Kedai Cenderamata Volendam Belanda
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Wednesday, March 6, 2013

Minggu Mengamati Burung Tanjung Tuan

Raptor

Persatuan Pencinta Alam Malaysia akan mengelola Memerhati Burung 2013 di Tanjung Tuan pada 9 Mach hingga 10 Mach. (Gambar ini diambil pada tahun lepas)

Burung

Pada Mach tahun lalu, saya pergi ke Tanjung Tuan bersama isteri. Selain bertemu semula dengan rumah api, saya telah mengambil beberapa gambar burung terbang di langit.

Sayangnya saya tidak dapat mengambil gambar burung dengan jelas kerana tidak mempunyai kanta kamera yang canggih.


Tanjung Tuan

Ini merupakan pintu masuk ke rumah api. Sebenarnya anda boleh masuk dengan kereta tetapi orang awam tidak diizinkan.

Ingat membawa payung untuk melindungi anda daripada hujan dan cahaya matahari. Payung itu juga boleh digunakan untuk menghalau beruk yang meminta makanan daripada pengunjung.


Hotel Ilham

Terdapat sebuah resort di kaki bukit, iaitu Resort Ilham. Sebuah menara memerhati tersedia di Resort Ilham untuk pelawat memerhati burung meluncur di langgit.

Anda boleh rehat sambil minum di Resort Ilham sebelum bertolak kembali ke rumah

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Politeknik Merlimau Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka
Pusat Informasi Pelancong Melaka

Sunday, March 3, 2013

Rumah Api Tanjung Tuan Melaka

Tanjung Tuan

Tanjung Tuan terletak di Negeri Sembilan,Malaysia. Port Dickson merupakan pekan terlekat dari Tanjung Tuan. Jarak memandu dari Port Dickson ke Tanjung Tuan sekitar 17km hingga 20 km.

Walaupun Tanjung Tuan berada di Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah dimiliki Melaka. Lebih kurang 55 km dari bandar Melaka, Tanjung Tuan ialah sebuah tanjung menghadapi Selat Melaka.


Rumah Api

Mengesan sejarah Tanjung Tuan, terpaksa menyentuh pertempuran laut antara Belanda dan Portugis pada tahun 1606.

Selepas kejatuhan Dinasti Melaka, anak Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Dinasti Johor.

Demi merampas kembali pemerintahan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah selalu menyerang Melaka. Sultan Johor juga menandatangani perjanjian dengan Belanda menentang Portugis. Pada tahun 1606, Sultan Johor bersama Belanda bertempur dengan Portugis di kawasan laut Port Dickson.

Pada tahun 1511, Portugis berjaya menawan Melaka. Portugis membina sebuah rumah api di Tanjung Tuan untuk membimbing kapal-kapal yang melayar di Selat Melaka.

Setelah mengalami jajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun, rumah api itu masih kekal di atas bukit di Tanjung Tuan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Politeknik Merlimau Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka
Pusat Informasi Pelancong Melaka