Showing posts with label Macau. Show all posts
Showing posts with label Macau. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Persiaran Membeli-belah Macau


Persiaran Membeli-belah Macau

Persiaran Membeli-belah Macau terletak berhampiran dengan Kubu Armourial dan Gerbang St Paul.

Persiaran Membeli-belah Macau

Tanda jalan yang kami jumpa di Persiaran Membeli-belah Macau. Didapati tiga jenis bahasa terpapar di tanda jalan itu.

Tart Macau

Kami membeli tiga tart di sebuah kedai di Dataran Gerbang St Paul. Tart itu sungguh enak dan bernilai 7 MOP seketul.

Persiaran Membeli-belah Macau

Persiaran Membeli-belah Macau dibanjiri pengujung dari seluruh dunia setiap hari terutama pada cuti am dan hujung minggu.

Persiaran Membeli-belah Macau

Ini adalah satu lagi foto Persiaran Membeli-belah Macau. Bermacam-macam kedai terdapat di dua belah jalan sempit Persiaran Membeli-belah Macau.

Persiaran Membeli-belah Macau

Seorang pekerja kedai ais krim sedang mempromosi ais krim perisa durian. Pekerja itu menyapa dengan seorang budak yang melalui di sana bersama keluarganya.

Persiaran Membeli-belah Macau

Gambar ini menunjukkan dua buah kedai yang menjual beragam jenis pastri di Persiaran Membeli-belah Macau. Kedua kedai itu ialah Hou Kon Pastri dan Fong Song Pastri.

Lemon Cello Macau

Kami singgah di Lemon Cello setelah penat berjalan-jalan di Persiaran Membeli-belah Macau. Lemon Cella merupakan sebuah kedai yang menjual beraneka jenis perisa ais krim.

Kediaman Lou Kau

Selain berbagai-bagai kedai, Persiaran Membeli-belah Macau ada sebuah bangunan istimewa. Bangunan ini ialah kediaman seorang saudagar bernama Lou Kau pada abad ke-20.

Durian Raja Musang

Kami terjumpa durian raja musang Malaysia di Persiaran Membeli-belah Macau. Sungguh diluar dugaan ketika ternampak durian raja musang di sebuah gerai buah-buahan di Persiaran Membeli-belah Macau.

Persiaran Membeli-belah Macau

Tidak kira siang atau malam, Persiaran Membeli-belah Macau penuh sesak dengan pelancong. Gambar ini di ambil pada waktu malam di Persiaran Membeli-belah Macau. Lokasi ini dekat dengan Medan Senado di depan Bangunan Senado.

Persiaran Membeli-belah Macau

Sekiranya penat berjalan dan membeli-belah, anda boleh berehat di mana-mana tempat di sekitar Persiaran Membeli-belah Macau. Jangan risau tentang masalah keselamatan kerana pihak pentadbiran amat mengambil berat terhadap ketenteraman Macau.

Post Berkaitan
Foto Muzium Macau
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Thursday, June 19, 2014

Gambar Muzium Macau


Muzium Macau

Muzium Macau dibina di Kubu Armourial Macau.

Muzium Macau

Sebuah beca Macau yang terdapat di Muzium Macau.

Muzium Macau

Kaunter tiket terletak di sebelah pintu masuk ke Muzium Macau.

Tengkolok Wanita

Tengkolok wanita zaman dahulu yang dipamirkan di Muzium Macau.

Muzium Macau

Beberapa barang kemas cantik yang dipamirkan bersama Tengkolok wanita.

Muzium Macau

Gambar ini menunjukkan eksalator yang menuju ke Muzium Macau. Pelawat tidak perlu berjalan kaki menaiki ke Kubu Armourial Macau.

Post Berkaitan
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Sunday, March 30, 2014

Kubu Armourial Macau


Kubu Armourial

Kami beralih ke Kubu Armourial setelah melawat Gerbang St Paul.

Kubu Armourial

Kubu Armourial terletak di atas bukit yang berhampiran dengan Gerbang St Paul.

Kubu Armourial

Ini merupakan tanda jalan yang menunjukkan arah ke Muzium Macau dan Kubu Armourial.

Kubu Armourial

Terdapat beberapa orang pelancong sedang mengambil gambar di kaki bukit Kubu Armourial.

Kubu Armourial

Patung Matteo Ricci yang menegak di kaki bukit. Matteo Ricci ialah seorang paderi Itali yang berdakwah di Cina.

Kubu Armourial

Mujurnya tangga batu tersedia untuk pengunjung. Jika tidak kami tidak ingin mendaki ke atas bukit Kubu Armourial.

Kubu Armourial

Sebuah kedai minuman yang berniaga di Kubu Armourial. Pelbagai minuman sejuk dan panas disediakan untuk pelangan yang dahaga.

Kubu Armourial

Satu lagi lokasi untuk mengambil foto di Kubu Armourial. Mengambil gambar telah menjadi tabiat orang yang gemar melancong.

Hotel Grand Lisboa

Foto ini diambil dari Kubu Armourial. Bahagian atas bangunan yang unik dan berwarna kuning itu ialah Hotel Grand Lisboa Macau.

Kubu Armourial

Gambar ini diambil dari sudut yang lain dari Kubu Armourial. Bangunan-bangunan yang tidak tinggi sangat itu ialah bangunan lama yang didapati di Macau.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rua Do Tarrafeiro Macau

Tuesday, January 21, 2014

Gerbang St Paul Macau

Gerbang St Paul

Gerbang St Paul merupakan lokasi pelancongan pertama yang kami melawat ketika bercuti di Macau.

Rua Do Tarrafeiro

Bertolak dari Hotel Sofitel Ponte 16, kami berjalan kaki ke Gerbang St Paul melalui Rua Do Tarrafeiro yang sempit.

Gerbang St Paul

Berjalan sambil mengambil foto sepanjang Rua Do Tarrafeiro, kami tiba di Gerbang St Paul dalam jangka masa 20 minit.

Gerbang St Paul

Hujan turun dengan renyai-renyai pada awal pagi itu. Nasib baik hujan berhenti tepat pada masanya kami sampai di Gerbang St Paul.

Gerbang St Paul

Ingat bangun awal semasa mengembara untuk mengelakkan kesesakan di tempat menarik pelancongan. Anda akan menghadapi masalah penuh sesak sekiranya anda bangun lewat.

Gerbang St Paul

Gerbang St Paul ialah pintu utama Gereja St Paul pada masa dahulu. Gereja St Paul dijilat api pada tahun 1853. Dalam kebakaran itu seluruh bangunan hangus kecuali dindin depan dan tangga batu di hadapan gereja tersebut.

Gerbang St Paul

Bahagian depan dan belakang Gerbang St Paul benar-benar berbaza. Ukiran di bahagian depan sungguh unik tetapi bahagian belakang seperti dinding biasa saja. Pelancong asyik mengambil gambar ketika melalui Gerbang St Paul.

St Paul Macau

Foto berhubung dengan perubahan Gereja St Paul dipamirkan di tapak sejarah St Paul.

Informasi Gereja St Paul boleh diperolehi dari foto tersebut. Pelawat suka berfoto di depan foto bersejarah itu. Mereka tidak menyangka telah menjadi peragawati awam.


Patung Gansa Macau

Patung gangsa yang melambangkan persahabatan antara Negera Cina dan Negara Portugal dibina di Dataran St Paul.

Terdapat dua patung gangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Patung gangsa lelaki mewakili Negara Portugal. Patung gangsa perempuan yang memegang bunga menggambarkan Negara Cina.


Baca Macau

Beca untuk pengunjung berfoto disediakan oleh Jabatan Pelancongan Macau di Dataran St Paul. Anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya bersama beca tanpa sebarang bayaran.

Sekiranya di Malaysia, anda tentu perlu membayar sebelum mengambil foto. Masa untuk bergambar dengan beca tujuh hari seminggu dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.


St Paul Macau

Di sebelah kanan belakang Gerbang St Paul ada sederet kubur. Menurut penyelidikan arkeologi kerajaan Macau, mayat mubaligh dikebumikan di kubur itu.

Kerajaan Macau memulihkan tapak gereja dengan seboleh-bolehnya dan dibuka untuk pelancong melawat. Langkah ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada orang awam malahan dapat meningkatkan ekonomi Macau.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, December 7, 2013

Macau Rua Do Tarrafeiro

Rua Do Tarafeiro

Kami berjalan sepanjang Rua Do Tarrafeiro ke Gerbang St Paul ketika bercuti di Macau.

Shell

Sebelum belok ke Rua Do Tarafeiro, kami melalui tempat meletak kereta yang terletak di sebelah Hotel Sofiel Ponte 16.

Rua Do Tarafeiro

Rua Do Tarrafeiro terlalu sempit. Kenderaan melalu-lalang dengan laju. Nasib baik terdapat laluan pejalan kaki di dua belah jalan.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Buah-buahan Kao Lei berada di sudut jalan. Walaupun ruang kedai tersebut tidak luas tetapi penuh dengan pelbagai buah-buahan segar.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Cake dan Roti Mcdona bertentangan dengan Kedai Buah-buahan Kao Lei. Nama kedai itu merupakan cantuman nama artis Madonna dan restoran makanan segera McDonald.

Rua Do Tarafeiro

Mula hujan renyai-renyai semasa kami tiba di depan Taman Luis De Camoes. Pejalan kaki berpayung dan melintas jalan raya tergesa-gesa. Seorang wanita mendukung budak sambil memegang payung yang tercetak "City of Dream".

Rua Do Tarafeiro

Di hujung Rua Do Tarrafeiro ada simpang tiga. Di tengah simpang tiga itu didapati sebuah air pancut. Pusing ke kiri dari air pancut akan menuju ke Rua De Coelho Do Amaral dan beralih ke kanan akan tiba ke Gerbang St Paul dalam jangka masa 5 minit.

Ia cuma mengambil 15 hingga 20 minit dengan berjalan lambat dari Hotel Sofiel Ponte 16 ke Gerbang St Paul. Sudah lama jarang bersenam. Tidak menyangka terpaksa berjalan kaki ke sana sini sewaktu melancong. Mujurlah sendi dan tulang kaki kami masih kuat.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, November 5, 2013

Hotel Sofitel Ponte 16 Macau

Hotel Sofitel

Kami singgah di Hotel Sofitel Ponte 16 ketika bercuti di Macau pada bulan September.

Hotel Sofitel

Terletak berhampiran pelabohan dalaman 16 di Semenanjung Macau, Hotel Sofitel Ponte 16 merupakan sebuah hotel berbintang 5.

Hotel Sofitel

Walaupun sebagai sebuah hotel bertaraf bintang tetapi bilik tamu Hotel Sofitel Ponte 16 bukan terlalu luas. Mujurlah katil bilik tamu bersih dan selesa, sebab itu kami dapat tidur dengan lena.

Hotel Sofitel

Terdapat perkakas dan bekalan teh di ruang membuat minuman. Selepas minum teh yang dibancuh oleh isteri, berasa segar dan bersemangat.

Hotel Sofitel

Bilik mandi berlampu cerah dan cermin terang. Membasuh muka lalu mandi, biar keletihan mengalir dengan air. Berehat dan bersedia untuk perjalanan keesokan.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perayaan Kuih Bulan Macau