Showing posts with label Taman Hangang Seoul. Show all posts
Showing posts with label Taman Hangang Seoul. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Pulau Terapung Taman Hangang Seoul

Pulau Terapung

Terletak di bahagian selatan Jambatan Banpo di sekitar Taman Hangang, Pulau Terapung dibina di permukaan Hangang.

Pulau Terapung terdiri daripada tiga pulau kecil. Pembinaan Pulau Terapung siap pada tahun lepas dan dibuka untuk orang awam melawat.

Pulau ini bernama Viva. Bentuk Viva merupai putik bunga. Viva terutamanya berperanan sebagai hub hiburan dan pamiran. Di samping itu, terdapat sebuah bar dan satu lantai tarian luar di Viva.


Pulau Terapung

Bentuk Vista seperti sekuntum bunga berkembang sepenuhnya. Vista merupakan pulau terbesar di antara tiga pulau kecil.

Kemudahan pelgagai kegunaan tersedia untuk konsert, majlis tari-menari, persembahan kebudayaan dan persidangan antarabangsa. Selain itu, didapati sebuah restoran dan satu dek di tingkat atas Vista.


Pulau Terapung

Terra ialah pulau terkecil yang menyediakan pelantar untuk sukan air dan aktiviti masa lapang. Kelab, luncur air dan taman atas bumbung juga disediakan di Terra.

Kemasukan ke Pulau Terapung percuma. Anda boleh pergi ke Pulau Terapung dengan menaiki Subway laluan 3 atau laluan 7. Turun di Stesen Terminal Bas Ekspres Banpo dan keluar dari pintu 1 atau pintu 8.

Masa dibuka:
April hingga Oktober: 9 pagi hingga 11 malam
November hingga Mac: 9 pagi hingga 9 malam

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Pesta Bunga Api Taman Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang

Monday, November 26, 2012

Penggambaran Di Taman Hangang Korea Selatan

Taman Hangang

Selepas meninggalkan Yeouiseo-ro, kami pergi ke Taman Hangang untuk menikmati cahaya matahari Seoul.

Kebetulan bintang filem Korea Selatan sedang membuat penggambaran di Taman Hangang. Kami tidak faham bahasa Korea, jadi kami tidak tahu apa yang berlaku. Anak saya memberitahu bahawa mereka ialah krew penggambaran filem.

Saya bukan peminat setia selebriti Korea Selatan. Saya tahu tidak lebih daripada lima selebriti Korea Selatan. Selain PSY yang menari Gaya Gangnam, saya hanya kenal Lee Min-ho (Boys Over Flowers) and Bae Yong-joon (Winter Sonata).

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berbasikal Di Taman Hangang
Pemandangan Menawan Hangang
Memori Manis Pelayaran Hangang

Monday, September 19, 2011

Kesenorokan Berbasikal Di Taman Hangang

Taman Hangang

Selepas mengalami pelayaran Hangang yang tidak dapat dilupakan, anda boleh berbasikal di sepanjang sungai untuk menikmati pemandangan sungai yang indah.

Sewaan basikal terdapat sepanjang tahun di Taman Hangang. Laluan yang khas untuk berbasikal disediakan. Pengunjung Taman Hangang boleh menyewa basikal daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sewaan basikal dicaj setiap jam. Bayaran adalah seperti berikut: 3000 Won bagi satu tempat duduk dan 6000 Won bagi dua tempat duduk.

Sekiranya anda gemar berbasikal, ingat menyewa basikal dan mengelilingi sekitar Taman Hangang.

Post Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pemandangan Menawan Hangang
Burung Camar Terbang Di Hangang

Sunday, August 21, 2011

Memori Manis Pelayaran Hangang Seoul

Pelayaran Sungai Han

Ini gambar pengkalan pelayaran Hangang di Yeouido, Seoul. Sekira anda merancang ke Seoul, cuba mengalami pelayaran Hangang. Setelah pelayaran Hangang, anda pasti memperoleh kenangan yang tidak terpadam.

Pelayaran Sungai Han

Terdapat dua pilihan pelayaran, feri dua hala dan feri sehala. Feri dua hala melepas dan kembali ke jeti yang sama. Manakala feri sehala melepas dari satu jeti dan berhenti di jeti yang lain.

Tambang dan jadual feri dua hala:
Yeouido--Yeouido
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Pertunjunkan silap mata: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Muzik secara langsung: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Makanan bufet: 90 minit, dewasa 55,000 Won. (Hujung minggu 60,000 Won)

Jamsil--Jamsil
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Ttukseom--Ttukseom
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Tambang dan jadual feri sehala:
Yeouido--Jamsil: 1 jam, dewasa 13,000 Won
Jamsil--Yeouido: 1 jam, dewasa 13,000 Won

Kanak-kanak diberi potongan sebanyak 50% untuk kedua-dua jenis pelayaran Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong

Friday, August 19, 2011

Pemandangan Menawan Hangang Seoul Korea Selatan

Hangang

Hangang atau Sungai Han yang mengalir melalui Seoul telah menjadi tempat tarikan pelancong terkenal di Korea Selatan.

Sungai Bukhan bertemu dengan Sungai Namhan di Gyeonggi-do dan membentuk Hangang. Sebelum mengalir ke Laut Kuning, Hangang bergabung dengan Sungai Imjin. Seoul dibahagikan kepada dua bahagian oleh Hangang, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan. Terdapat 27 buah jambatan merentangi Hangang.

Pelayaran Hangang merupakan pilihan yang tepat untuk menghayati pemandangan mempesona sepanjang Hangang. Saya akan menceritakan tentang pelayaran Hangang dalam rencana seterusnya.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong