Showing posts with label Australia Barat. Show all posts
Showing posts with label Australia Barat. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Video Gurun Pinnacles Australia Barat




Gurun Pinnacles merupakan salah satu destinasi kami berkunjung ketika bercuti di Australia Barat.

Sebelum ini, saya telah mengepos beberapa artikel bergambar tentang perjalanan di Australi Barat. Kini pula muat naik satu klip video berhubung dengan Gurun Pinnacles yang terletak di Australia Barat.

Jarak antara Perth dan Gurun Pinnacles agak jauh iaitu lebih kurang 254 km. Oleh sebab itu, pergi dan balik ke Gurun Pinnacles dari Perth sekurangnya mengambil masa sehari. Terdapat hotel di sekitar Pinnacles. Anda boleh bermalam di Pinnacles tetapi keadaan di sana sungguh sepi.

Aktiviti yang paling seronok semasa melawat Gurun Pinnacles adalah bermain pasir gelongsor. Anda boleh cuba cara gelongsor yang berlainan. Kaedah yang termudah adalah duduk di atas papan gelongsor dan gelongsor ke bawah cerun.

Selain itu, menaiki bas pacuan empat roda turun dan naik cerun juga menyeronokkan.

Post Berkaitan
Taman Caversham
Bersantai Di Ladang
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, July 19, 2014

Santai Di Ladang Australia Barat


Santai Di Ladang Australia Barat

Semasa melancong di Australia Barat, kami singgah di sebuah ladang desa.

Bas Australia Barat

Kami menaiki bas in ke ladang desa setelah berkunjung ke Taman Caversham.

Biri-biri

Oleh kerana sudah agak lama, saya tidak dapat ingat nama dan lokasi ladang tersebut.

Llama

Selain biri-biri, terdapat juga haiwan lain seperti kuda, lembu dan llama. Llama merupakan unta mini tetapi tidak ada bonggol.

Santai Di Ladang Australia Barat

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelawat ladang desa. Menunggang kuda adalah salah satu aktiviti yang kami dapat mengalami di ladang desa itu.

Santai Di Ladang Australia Barat

Kami berpeluang menyaksikan menggunting bulu biri-biri ketika menginap di ladang desa. Menggunting bulu biri-biri memerlukan kemahiran khusus.

Bas Sekolah Buruk

Bas sekolah buruk ini disediakan oleh pihak ladang desa untuk "Tunggang Berbonggol". Pemandu memandu bas sekolah buruk naik dan turun bukit. Aktiviti ini sungguh menarik dan menyeronok.

Santai Di Ladang Australia Barat

Pelawat dibenarkan memberi makanan kepada haiwan di ladang desa. Gambar ini menunjukkan keluarga saya bersama seorang pekerja ladang desa yang sedang menyusu anak biri-biri.

Post Berkaitan
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Friday, June 6, 2014

Taman Caversham Australia Barat


Taman Caversham

Taman Caversham merupakan salah satu destinasi ketika kami bercuti di Perth Australia Barat.

Peta Taman Caversham

Terletak di Lord Street, Taman Caversham ialah sebuah taman hidupan liar yang terkenal di Perth.

Merak

Dua ekor merak yang terdapat di Taman Caversham. Kedua-dua merak ini sungguh cantik tetapi tidak ingin menghadapi kanta.

Burung Raja Udang

Seekor burung raja udang ini sedang menjemur matahari dalam kawasan terkurung. Burung ini tidak bergerak mungkin suka mengambil gambar.

Taman Caversham

Sekiranya anda berkunjung ke Taman Caversham jangan lupa bergambar dengan koala. Setahu saya koala tidur sepanjang 20 jam sehari untuk menjimat tenaga.

Kanggaru

Kanggaru ini juga gemar bergambar?
Sebenarnya kanggaru ini mengharap pelawat memberi makanan. Memberi makanan kepada haiwan adalah dibenarkan di Taman Caversham tetapi mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Post Berkaitan
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, December 22, 2009

Perarakan Hari Natal Perth

Perarakan Hari Natal Perth
Saya dan keluarga melancong ke Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Australia, kami berpeluang menyaksikan perarakan hari Natal di Perth.

Pada petang hari itu, kami pergi ke Murray Street Mall dan Hay Street Mall untuk membeli belah. Walaupun perarakan tersebut bermula pada pukul 7 malam, mulai pukul 2 petang orang ramai berpusu-pusu ke pusat bandar Perth. Setelah membeli hamburger dan minuman tin, kami beredar ke kaki lima pusat beli belah untuk mencari tempat yang mempunyai pandangan baik. Sememtara menunggu perarakan bermula, kami menikmati hamburger Perth di kaki lima pusat beli belah.


Perarakan Hari Natal Perth
Pada waktu senja, sepanjang kedua-dua belah jalan telah penuh sesak dengan orang ramai. Mereka menunggu ketibaan pasukan perarakan dengan sabar dan tidak merebut-rebut. Saya sungguh kagum terhadap penduduk Perth yang amat berdisiplin. Tiba-tiba terdengar sorak-sorai dari jauh, pasukan perarakan yang ditunggu-tunggukan itu akhirnya pun muncul. Kereta yang dihiasi dengan lampu terang-benderang bergerak dari jauh ke dekat. Para pelancong dan pendudukan Perth bersenang-senang dalam suasana Krismas.

Apabila perarakan berakhir, Perth kembali sunyi seperti biasa. Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami mendapati bahawa tiada sampah sarap di sepanjang jalan. Keadaan ini menggambarkan penduduk Perth sangat mencintai kebersihan tempat kediaman mereka.

Pautan berkaitan
Video Perarakan Hari Natal Perth (1)
Video Perarakan Hari Natal Perth (2)