skip to main |
skip to sidebar

Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang sehati dan sejiwa dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, mengutuk Perdana Menteri Najib Razak terhadap Perhimpunan Baju Merah yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 16 September lalu.
Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa demi kepentingan negara, MCA, MIC dan Gerakan harus berani mengutarakan pendapat masing-masing supaya dapat mengatasi pelbagai masalah rumit yang Malaysia sedang menghadapi. Dia berpendapat asal tidak berbohong atau berputar belit, parti komponen Barisan Nasional perlu memapar pendirian tentang Perhimpunan Baju Merah. Sekiranya pemimpin MCA, MIC dan Gerakan bimbang dipecat jawatan dan memilih tutup mulut, mereka bukan sahaja akan ditolak oleh rakyat malahan menjejaskan kemajuan negara.
Golongan Baju Merah menghina rakyat Cina dengan teruk semasa berhimpun pada 16 September. Komponen parti BN yang berasaskan kaum Cina perlu menentang golongan pelampau. Jika tidak, parti-parti tersebut terpaksa memakai sarung bersama songkok dan bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Dalam keadaan sebegini, MCA dan Gerakan mesti menukar nama parti kerana tidak layak mewakili masyarakat Cina.
Niat Muhyiddin Yassin sejelas kristal iaitu mencabar MCA, MIC dan Gerakan menolak Najib Razak.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

Berdasarkan liputan media, skandal 1MDB telah mengakibatkan Perdana Menteri Najib Razak menghadapi pelbagai masalah rumit.
Najib Razak berikhtiar sedaya upaya untuk menyebunyikan kebenaran susulan daripada dedahan Wall Street Journal Amerika Syarikat berhubung dengan kiriman wang 700 juta US Dollar. Namun setelah dikutuk oleh netizen, pemimpin pembangkang, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak terpaksa menjelaskan kiriman wang 700 juta US Dollar terdapat dalam akaun peribadinya ialah dana politik.
Semasa rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum menghadiri Himpunan Bersih 4, Najib Razak mendakwa bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia. Tambahan pula, Najib Razak menyindir peserta Himpunan Bersih 4 fikiran cetek dan tidak patriotik. Walaupun kata-kata dia yang masih dibunyikan di telinganya, Najib Razak menunjukkan lampu hijau kepada ahli UMNO menyertai Himpunan Baju Marah 916.
Najib Razak menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia tetapi membenarkan ahli UMNO menyertai Perhimpunan Baju Merah 916. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak patut membelit-belitkan kata-katanya.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung
Keputusan PRK N25 Kajang yang dinanti-nantikan telah diumumkan.
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berjaya mengekalkan kerusi N25 Kajang. Beliau berjaya menewaskan lawannya Chew Mei Fun yang mewakili BN.
Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16741 undi dan Chew Mei Fun pula memperoleh 11362. Undi majoriti ialah 5379.
Keputusan PRU ke-13:
BN Lee Ban Seng: 12747
PKR Lee Chin Cheh: 19571
Majoriti: 6824
Pada pendapat saya undi majoriti menurun kerana berhubung kait dengan peratus mengundi. Peratus mengundi pada PRU ke-13 adalah 88.40% dan peratus mengundi PRU adalah 72%.
Sebab yang mengakibatkan undi majoriti merosot mungkin pengundi N25 Kajang menganggap pilihan raya kecil tidak penting.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artike
Profil Google Zuiyanhong
Ekoran daripada letak jawatan
Adun Kajang Lee Chin Cheh, Yang di-Pertua DUN Selangor Hannah Yeoh mengumumkan
kerusi Dun N25 Kajang dikosongkan.
Lee Chin Cheh kosongkan kerusi Dun N25 supaya membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK N25 Kajang. Insiden ini dipercayai berhubungkait dengan perselisihan antara Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya menang dalam PRK DUN N25 Kajang yang akan dianjurkan pada 23 Mac tahun ini.
Pertikaian Abdul Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali sudah lama berlaku. Anwar Ibrahim ingin menyelesaikan persaingan mereka dengan secepat mungkin. Jika tidak kestabilan PKR akan terjejas. Tambahan pula pemilihan pusat PKR akan diadakan pada bulan Mei.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Nurul Izzah Membidas BN
Wira Demokrasi Tian Chua
Perdana Menteri
Malaysia, Najib amat suka makan kangkung.
Dalam masa Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, harga pelbagai barangan naik dengan pesat. Hanya sayur kegemaran Najib iaitu kangkung tidak naik harga.
Najib menganggap kestabilan harga kangkung sebagai kejayaan transformasi ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau sungguh bangga terhadap pencapaian tersebut.
Oleh sebab hubungan antara Najib dengan kangkung begitu rapat dan istimewa, beliau telah diberi gelaran Perdana Menteri Kangkung oleh rakyat jelata Malaysia.
Orang Malaysia syukur kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang benar-benar bijaksana.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Janji Gor Malaysia Najib Razak

Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi Pakar Janji.
Mengapa Najib digelar Janji Gor?
Oleh kerana menghadapi desakan musuh dalam selimut dan serangan daripada barisan pembangkang, Najib terpaksa membuat janji di mana-mana dia berada. Tugas Najib sungguh mudah, semata-mata berjanji ini dan berjanji itu sahaja.
Ketika melawat ke Pulau Pinang, Najib berjanji kepada anak buah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa kerajaan pusat akan membina sistem pengangkutan monorel dan rumah kos rendah sebanyak 20,000 unit.
Di Selangor pula, Najib berjanji pusat kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan air yang makin merunsingkan pendudukan Selangor.
Kini di Kelatan, Najib berjanji tujuh projek mega untuk memajukan Kelantan. Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai---Kota Bharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat.
Selain itu, Najib juga berjanji merancang sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek mengatasi masalah bekalan air.
Mampukah Najib menepati janji?
Sama ada menukar kerajaan atau tidak selepas pru ke-13, Najib harus meletak jawatan sebagai perdana menteri. Kecuali BN menang dengan margin besar, jika tidak Najib akan diganti oleh Muhyiddin atau pemimpin Pakatan Rakyat.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Parti Politik Telur Busuk UMNO
Tolak Lynas Selamatkan Malaysia
Kak Dengar Sharifah Zohra Jabeen

Memerintah melebihi 50 tahun, BeEnd telah memalukan rakyat Malaysia bertahun-tahun.
Lynas
Meskipun terdapat bantahan rakyat, BeEnd berkeras meluluskan permohonan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan.
Teo Beng Hock
Pembantu peribadi politik Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock mati penuh dengan misteri selepas dipelawa minum kopi oleh Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Lembu Kondominium
Rakyat Malaysia enggan menyumbang dana kepada orang yang tidak tahu malu memelihara lembu di kondominium mewah. Itu benar-benar keterlaluan 1Malaysia.
Zon Bebas Pelabuhan Klang
Apakah kebenaran perhubungan antara Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy dengan skandal RM12.5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?
Menimbulkan Ketakutan Dan Ketidak Tenteraman Awam
Rakyat Malaysia menentang secara habis-habisan terhadap pihak yang tidak berhenti-henti mengancam pengundi supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Menolak BeEnd dan menyelamatkan Malaysia.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Barack Obama Dan Malaysia
Najib Razak Bersedia Berundur
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Penyelaras Parlimen
Selayang MCA, Kak Tunda Kereta Jessie Ooi mengumumkan bahawa perkhidmatan
menunda kereta akan ditamatkan. Sebelum itu, Kak Tunda Kereta Jessie Ooi
menyediakan perkhidmatan menunda kereta selepas 10:30 malam di jalan raya yang
tiada kenderaan.
Kak Tunda Kereta Jessie Ooi telah menjadi sensasi internet setelah melontar soalan bodoh kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada debat terbuka antara Lim Guan Eng dan Presiden MCA Chua Soi Lek.
Menurut laporan media, jawatan Penyelaras Parlimen Selayang Kak Tunda Kereta Jessie Ooi tidak dilanjutkan ekoran ahli MCA Bahagian Selayang membantah lantikan Kak Tunda Kereta Jessie Ooi sebagai Penyelaras Parlimen Selayang.
Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim Siang Chai berhajat bertanding di kawasan parlimen Selayang pada pilihan raya umum ke-13. Kak Tunda Kereta Jessie Ooi ingin merebut peluang Donald Lim Siang Chai selaku presiden MCA Selangor. Usaha Kak Tunda Kereta Jessie Ooi tidak akan berjaya sekalipun dapat sokongan Presiden MCA Chua Soi Lek.
MCA sudah sakit tenat setelah dilanda tsunami politik 308 tetapi ahli MCA masih bertarung sesama sendiri. Kemungkinan ini gejala MCA menjelang kepupusan.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Najib Razak Bersedia Berundur
Chua Soi Lek Gemar Isu Agama Islam
Adnan Yaakob Akan Mengerat Telinga

Perdana Menteri
Malaysia Najib Razak sedang menghadapi krisis dalam kerjaya politiknya.
Najib Razak perlu mengatasi masalah musuh dalam selimut dari sabotaj dia. Tambahan pula, dia sering sibuk menentang serangan daripada pesaing politik dari barisan pembangkang.
Najib Razak terus meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, Barisan Nasional masih melakukan kesalahan terlebih belanja berulang-ulang. Usaha transformasi yang di sebutkan oleh dia adalah benar-benar kegagalan.
Sikap terlebih belanja di kalangan pegawai kerajaan kekal tidak berubah. Insiden NFC berakhir sebagai satu rekod Buku Guinness of Records di bawah kategori jenaka.
Apapun keputusan pilihan raya umum yang akan datang, Najib Razak terpaksa menjejak langkah kaki bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk berundur. Kecuali Pakatan Rakyat ditewas dengan teruk, jika tidak gologan penentang dalam UMNO akan memaksa dia menyerahkan kuasanya.
Najib Razak sedang berada dalam kerumitan. Dia akan di singkir dari arena politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Burung Marah Membantah BN
Berjamu Ringan Dengan Ambiga
Adnan Yaakob Memotong Telinganya

Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mengatakan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan jadi medan untuk pengundi kerusi parlimen Kuantan membuat keputusan sama ada setuju atau tidak terhadap isu Lynas.
Adnan Yaakob juga menegaskan bahawa sekiranya Barisan Nasional hilang kerusi parlimen Bentong pada pilihan raya umum berikutnya, dia akan potong telinganya dan terjun ke dalam Sungai Pahang. Di samping itu, MCA patut dibubarkan dan lenyap di arena politik Malaysia.
Oleh kerana Adnan Yaakob ingin mengerat telinganya dan menjunam ke dalam sungai, maka pengundi Bentong yang diperdaya selama melebihi 50 tahun patut memenuhi hajatnya.
Menyokong sepunuhnya kepada calon Pakatan Rakyat bukan sahaja dapat menunaikan impian Adnan Yaakob tetapi juga memberi kejutan besar kepada MCA yang tidak boleh diharap.
Sementara itu, pengundi kerusi parlimen Kuantan harus menolak Barisan Nasional yang meluluskan pembinaan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan.
Rakyat Malaysia mesti memilih kerajaan baru dengan bijaksana untuk menjaminkan masa depan cerah dan bahagia.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Burung Marah Membantah BN
Berjamu Ringan Dengan Ambiga
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Penasihat DAP Lim Kit
Siang menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya,
kerajaan Pakatan Rakyat akan bertekad melawan rasuah berleluasa didapati di
Malaysia.
Saya menyokong Lim Kit Siang berhubung dengan pembasmian rasuah. Mereka yang bekerja keras mencari rezeki untuk membantu orang lain menternak lembu di kondominium mewah, tentu setuju pendapat Lim Kit Siang.
Terdapat orang yang dipelawa minum kopi dan berakhir dengan maut. Mungkin anda akan menimpa bencana yang tidak diingini bila-bila masa. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia seharusnya mengambil berat tentang peristiwa ini.
Demi memenuhi hasrat Lim Kit Siang dan masa depan diri sendiri, jangan lupa menolak kerajan yang tidak beramanah dalam pilihanraya umum ke-13.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama dan Malaysia
Polis Bandar Melaka Melesap
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Ahli Parlimen Ampang Selangor Zuraida Kamaruddin beristirehat sambil minum teh bersama penyokong
Pakatan Rakyat sekitar Merlimau pada petang 19 Mei. Beliau bermisi mendedahkan
kerja kotor pemimpin-peminpin UMNO.
Walaupun Ambiga tidak dapat jumpa peminat setianya di Merlimau, para hadirin berasa gembira pada perjumpaan dengan Presiden Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Zuraida Kamaruddin membongkar skandal UMNO iaitu pemilik lembu kondominium, Presiden Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil. Cerita Kak Lembu yang terkenal itu tersebar ke seluruh Malaysia tetapi Zuraida Kamaruddin masih berminat menyindir bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.
Selepas berkongsi drama lembu, babak berikut yang disampaikan oleh Zuraida Kamaruddin ialah kisah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal. Meskipun Shafie Apdal menafi tidak membayar jumlah wang yang besar kepada seorang seniwati, Zuraida Kamaruddin tetap menuduh Shafie Apdal menyalahgunakan wang awam untuk bertemu Zahida Rafik.
Selesai mengejek Shafie Apdal dan Shahrizat Abdul Jalil, Zuraida Kamaruddin mula menilai Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Berikut Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Najib Razak mengumum memegang jawatan itu sendiri. Seorang lelaki berjawat kementerian wanita, ia bukan kelakar bertaraf dunia malahhan menghina kaum wanita di Malaysia.
Kelemahan Barisan Nasional tidak terhingga. Itu sebabnya rakyat jelata Malaysia mendesak regim kini berundur.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Kehadiran Ketua Wanita
MCA Melaka Kian Sit Har pada 428 Bersih 3.0 tercetus perang lidah di antara
beliau dan Presiden UMNO Melaka Mohd Ali Rustam.
Sebelum 28 April, Presiden MCA Chua Soi Lek mengatakan bahawa ahli MCA bebas untuk menyertai 428 Bersih 3.0. Oleh kerana tekanan Mohd Ali Rustam, Chua Soi Lek yang bijak merepek itu terpaksa reka cerita karut. Chua Soi Lek tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Kian Sit Har kerana Kian Sit Har tiada sumbangan kepada MCA. Ini bermakna kod tatalaku MCA khas untuk menghukum ahli-ahli setia.
Ketua Wanita Pusat MCA Yu Chok Tow berada di sebelah Kian Sit Har. Yu Chok Tow mengutuk Chua Soi Lek dengan tegas. Walaupun Chua Soi Lek merupakan presiden MCA, dia sebenarnya seorang pengecut dan tidak berani mengata apa-apa. Terbukti Chua Soi Lek bacul seperti seekor tikus. Tidak hairanlah MCA hanya parasit UMNO.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Ulasan Liew Chin Tong Terhadap Perhimpunan 709
Teng Chang Khim Berharap Semangat 709 Kekal Abadi
"Karpal Singh--True Malaysian" merupaka sebuah buku tentang Karpal Singh. Terdapat dua versi "Karpal Singh--True Malaysian", iaitu versi Bahasa Cina dan versi Bahasa Inggeris. Versi asal buku ini diterbit dalam Bahasa Inggeris. Melissa Loovi ialah penulis "Karpal Singh--True Malaysian".
Karpal Singh selaku Presiden DAP (Democratic Action Party) ialah seorang ahli politik terkenal di Malaysia. Selain sebagai pemimpin terkemuka parti politik, Karpal Singh juga seorang peguam paling mashyur di Malaysia. Beliau mengetuai peguam bela pemimpin pembangkang dan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saifu.
Setelah membaca "Karpal Singh--True Malaysian", saya menyedari bahawa Malaysia patut berubah supaya dapat mempertahankan keadilan, demokrasi, kebebasan dan hak asasi rakyat.
Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin Unggul DAP Teng Chang Khim