skip to main |
skip to sidebar
Terletak di barat laut Amsterdam, Zaanse Schans merupakan tarikan pelancongan utama di Belanda. Jarak di antara Amsterdam dan Zaanse Schans sejauh 14 km.
Meninggalkan Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, bas persiaran yang dipandu oleh Peter berketurunan Hungary menuju ke Zaanse Schans. Cuaca cerah pada hari itu, saya menurun dari bas dan menyedut udara Eropah yang segar dan bebas.
Selain kincir angin purba, pemandangan Sungai Zaanse sungguh menakjubkan. Zaanse Schans ditempatkan semula sepanjang tebing Sungai Zaanse.
Bangunan-bangunan di dalam Zaanse Schans ialah replika perkampungan Zaanse pada abad ke-17 dan ke-18 di Belanda. Mengambil angin di sekitar Zaanse Schans benar-benar seperti kembali ke Belanda kuno.
Berkunjung ke Kampung Nelayan Bagan di Sekinchan agak menarik. Selain menikmati makanan laut yang segar dan lazat, anda boleh meluaskan pengetahuan mengenai perkampungan nelayan.
Melihat gambar di atas, mungkin anda berfikir lelaki ini sedang membaiki jala. Sebenarnya keadaan bukan begitu. Berdasarkan informasi yang diberikan oleh tauke ini, dia memproses jala baru.
Jala baru harus dipasang dengan tali kasar sebelum digunakan. Tauke ini sungguh mahir dalam tugas ini. Jika tidak dia akan mencederakan jarinya.
Kami makan di Myeongdong Well-Being Rice Cafe di Seoul setelah meninggalkan Suwon yang sedang hujan.
Tiba di Seoul, kami meletak bagasi di Sejong Inn dan menuju ke Well-Being Rice Cafe untuk makan petang. Anak saya memesan dua mangkuk besar bibimbap. Oleh kerana sudah beberapa bulan, saya tidak ingat apa bibimbap itu.
Isteri saya membeli
tiga kotak kek bulan di Jonker Walk pada Perayaan Tanglung tahun ini.
Beberapa hari kemudian, dia membuka salah satu kotak kek bulan itu. Keempat-empat kek bulan dalam kotak tersebut berkulapuk. Nasib baik isteri saya tidak termakan kek bulan itu. Jika tidak dia mungkin harus jumpa doktor kerana keracunan makanan.
Selepas menyemak kotak kek bulan, mendapati tiada tarikh pengilangan dan tarikh habis tempoh. Saya menghubungi kedai kek melalui telefon dan diberitahu bahawa kek bulan itu boleh disimpan selama dua bulan untuk dimakan.
Kek bulan hanya dibeli tidak melebihi dua minggu tetapi telah ditambah dengan tiga jenis kulapuk yang berwarna hijau, putih dan hitam.
Menjual makanan tercemar merupakan satu kesalahan. Di samping itu, perbuatan ini akan mengimpak reputasi pelancongan Melaka dan keistimewaan kedai kek itu.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikle Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Enak Melaka
Rooney Muncul Di Persiaran Jonker
Tahun Baru Lunar Di Persiaran Jonker
Kota Kinabalu atau "KK" merupakan ibu negeri "Tanah di bawah Bayu", Sabah di Malaysia Timur. Kota ini
dahulunya dikenali sebagai Jesselton dan dalam Bahasa Malaysia ialah Api.
Terletak di Pantai Barat Sabah menghadap Laut China Selatan, Kota Kinabalu adalah benar-benar satu destinasi pesona dengan gunung-ganang, pantai cerah dan laut jernih untuk anda terokai.
Anak saya kembali dari Suwon, Korea Selatan pada Pesta Tanglung. Saya dan isteri menyertai dia ke Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam. Ketika di Kota Kinabalu, kami sibuk bersiar-siar di sekitar kota untuk memburu makanan tempatan yang enak.
Pesawat berlepas dari Sepang Air Asia LCCT pada waktu pagi, 2 Oktober. Kami tiba di KKIA terminal 2 pada 1:30 petang. Selepas membeli tiket taxi di kounter teksi lapangan terbang, kami menuju ke Hotel Eden 54 di Jalan Gaya.
Apabila sentuh tentang
pengianpan di Sungai Lembing, anda boleh mempertimbangkan Lembin Village Resort
yang terletak di tebing seberang Sungai Lembing bertentangan pekan Sungai Lembing.
Di samping Country View Inn, Lembin Village Resort merupakan pilihan lain ketika anda bercuti di Sungai Lembing. Oleh kerana saya telah menempah sebuah bilik di Dynasty Inn di Kota Bharu, saya tidak ingin mengubah pelan perjalanan Pantai Timur. Kalau tidak saya hendak bermalam di Lembin Village Resort dan merayau di Sungai Lembing untuk sehari lagi.
Meskipun saya tidak menginap di Lembin Village Resort, pemilik resort, Encik Vinson Chow sangat mesra kepada kami.
Lembin Village Resort diubahsuai dari sebuah bangunan banglo. Ruang memanggang luar tersedia dan karaoke disediakan di ruang tamu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Lembin Village Resort ialah tempat yang sesuai untuk mengadakan parti hari jadi dengan rakan-rakan.
Walaupun keselesaan serta ketenangan Lembin Village Resort tetapi lokasinya terlalu jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda terpaksa menyeberangi Sungai Lembing melalui jambatan kayu usang.
Jika anda tidak keberatan jarak Lembin Village Resort, anda boleh memikir tentang resort ini.
Pemilik:Vinson Chow
Telefon:019-911267, 019-9116748
Alamat:282, Kampung Seberang, Sungai Lembing, Pahang.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Jerik Maran Pahang
Selepas mengambil beberapa gambar di luar Lapangan Kapal Terbang Schiphol, saya melompat ke bas persiaran ini dengan segera dan bermula perantauan saya di Eropah.
10 hari 7 malam bercuti di Eropah, kami mengembara sepanjang jalan dari Amsterdam ke Paris dengan bas yang berwarna merah ini. Menurut infomasi yang diberi oleh ketua rombongan, pemandu bas bernama Peter seorang Hungary. Tidak mengambil foto Peter, jika tidak boleh muat naik.
Kami telah merayau di sekitar Amsterdam selama tiga hari. Pada hari keempat, kami menuju ke Brussels. Dalam perjalanan ke Brussels, kami singgah di Bruges untuk makan tengah hari. Menginap semalam di Belgium, keesokan pagi kami pergi ke Paris.
Melancong melalui Belanda, Belgium dan Perancis sungguh jauh mujurlah Peter seorang pemandu mahir dan bertanggungjawab. Pemandu bas persiaran Eropah mematuhi peraturan lalulintas dengan ketat. Mereka jarang sekali bekerja lebih masa dan memandu semberono kerana akan menghadapi hukuman berat sekiranya melanggar undang-undang.
Kemalangan yang melibatkan bas ekspres sering berlaku di Malaysia. Adakah kejadian ini disebabkan Malaysia Boleh?
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ekspo Matta Melaka Mitc 2012
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan
Kampung Nelayan Bagan
terletak sekitar Jalan Bagan, Sekinchan. Kebanyakan penduduk menjadi nelayan
atau melibatkan diri dalam pekerjaan berkaitan dengan industri perikanan.
Tiba di Kampung Nelayan Bagan, anda akan nampak banyak bot nelayan dalam saiz yang berbeza. Bot-bot nelayan itu berlabuh teratur di jeti. Seperti kenderaan di darat, setiap bot nelayan ada ID sendiri. ID bot nelayan Selangor bermula dengan SL manakala ID bot nelayan Johor pula bermula dengan JH.
Bot nelayan ini sedang kembali dari laut dan menuju ke pelabuhan. Apabila bot ini sampai di jeti, hasil penangkapan akan di punggah. Bot nelayan ini mungkin menggunakan pukat tunda. Kapal pukat tunda Pulau Ketam bermula operasi pada waktu subuh dan pulang ke pelabuhan sebelum matahari terbenam.
Setelah hasil penangkapan dipunggah ke jeti, pekerja syarikat perikanan akan mula mengkategorikan dan mengisikan produk marin ke dalam kotak. Akhirnya, kotak-kotak yang diisi dengan produk marin akan dihantar ke destinasi yang tertentu.
Sayang sekali, saya tidak mengambil foto berhubung dengan sinario ini. Jika tidak, anda boleh mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai kehidupan nelayan di Kampung Nelayan Bagan.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kolej New Era Kajang Selangor
Kenangan Di SJKC Yu Hua Kajang
Hwaseong Haenggung
merupakan sebahagian Kubu Hwaseong yang terletak di Paldal-gu, Suwon. Untuk
maklumat anda, haenggung ialah istana sementara maharaja Korea Selatan. Jadi,
Hwaseong Haenggung adalah sebuah istana pada zaman dahulu.
Kubu Hwaseong telah ditetapkan sebagai warisan kebudayaan dunia oleh UNESCO pada 1997. Warisan kebudayaan dunia ini, satu-satunya kubu yang berbenteng di Korea Selatan. Kini Kubu Hwaseong sudah menjadi destinasi popular pelancongan di Suwon.
Gambar ini menunjukkan pintu masuk utama Hwaseong Haenggung yang bernama Xinfenglou. Maharaja purba harus melalui Xinfenglou ketika memasuki atau meninggalkan Hwaseong Haenggung.
Pengunjung berpeluang memerhatikan upacara pertukaran pengawal di depan Hwaseong Haenggung. Anda juga dibenarkan mengambil foto bersama pengawal.
Selain menonton upacara pertukaran pengawal, pelawat dapat menyaksikan bagaimana maharaja keluar dari kediamannya ke Xinfenglou.
Terletak di Sungai Rengit, Restoran Super Lobster merupakan sebuah restoran makanan laut. Nama
restoran ini menunjukkan bahawa hidangan udang karang adalah titik penjualan
restoran.
Menurut pemilik Restoran Super Lobster, restorantnya hanya mula beroperasi baru-baru ini di Sungai Rengit. Kononnya Restoran Super Lobster telah menjadi salah sebuah restoran makanan laut yang terkenal di Pengerang.
Udang karang super rebus ini ialah sajian terbaik Restoran Super Lobster. Harga udang karang berdasarkan kategorinya. Udang karang super berharga RM 16 setiap 100 gm, udang karang besar berharga RM 14 setiap 100 gm dan udang karang kecil berharga RM 12 setiap 100 gm.
Restoran Super Lobster menyediakan pelbagai masakan udang karang seperti udang karang sup, salad udang karang, udang karang mentega dan udang karang panggang. Lain makanan laut yang tersedia terdiri daripada sotong cili, udang rebus, kupang pedas, kerang panggang, ketam lada hitam, ketam telur masin dan ikan laut kukus cara Hong Kong.
Selain makanan laut enak, Restoran Super Lobster juga membekalkan tauhu Super Lobster, sayur-sayuran segar sos tiram dan daging rusa halia + daun bawang.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor