Thursday, April 24, 2008

Muzium Rakyat Kebangsaan Korea Selatan

Muzium Rakyat Kebangsaan Korea SelatanMuzium Rakyat Kebangsaan terletak di dalam kawasan Istana Gyeongbok di Seoul Korea Selatan.

Terdapat tiga dewan pamiran di Muzium Rakyat Kebasangsan. Barang-barang pameran termasuk benda-benda warisan yang sebenar dan tiruan. Selain itu, lukisan berhubung dengan kebudayaan dan sejarah Korea juga dipamirkan.

Muzium Rakyat Kebasangsan telah disenaraikan oleh kebanyakan syarikat pelancongan Seoul sebagai destinasi pelancong dalam jadual melancong harian mereka.

Wednesday, April 23, 2008

Istana Deoksu Korea Selatan 02

Istana DeoksuChunghwajeon (Bangunan Belakang)

Chunghwajeon terletak di bahagian tengah Istana Deoksu. Ia merupakan tempat untuk mengadakan upacara diraja pada zaman dahulu. Raja Dinasti Joseon berjumpa dengan pegawai-pegawai di Chunghwajeon untuk menguruskan hal ehwal negara.

Istana Deoksu Gerbang besar ini yang bernama Chunghwamun merupakan pintu masuk ke Chunghwajeon di Istana Deoksu. Seni binaan tradisi gerbang Korea ini sungguh mengagumkan. Ia menggambarkan keunggulan Korea pada zaman purba.

Istana Deoksu Gambar ini menunjukkan sebuah bangunan moden yang terdapat di dalam kawasan Istana Deoksu. Bangunan ini merupakan sebuah muzium. Pelawat berpeluang menyaksikan pamiran seni moden di muzium ini.

Tuesday, April 22, 2008

Istana Deoksu Korea Selatan 01

Istana Deoksu
Istana Doeksu terletak di Seoul Korea Selatan.

Di antara istana terdapat di kawasan Seoul, Istana Doeksu merupakan istana yang terkecil. Istana diraja yang kecil ini telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Kebanyakan syarikat pelancongan Seoul telah menetapkan Istana Deoksu sebagai destinasi dalam jadual melancong harian mereka.

Bentuk binaan tradisi Istana Deoksu yang unik memang berlainan dengan pencakar langit moden di sekitar Seoul. Keunggulan seni binaan Istana Deoksu adalah warisan Korea yang sesuai untuk membuat kajian. Pencinta kebudayaan, ahli sejarah dan arkitek harus senaraikan Istana Deoksu dalam jadual perjalanan semasa mengunjungi Seoul.

Monday, April 21, 2008

Dae Jang Geum Theme Park

Dae Jang Geum Theme Park
Dae Jang Geum Theme ParkDae Jang Geum Theme Park merupakan lokasi penggambaran banyak drama televisyen Korea Selantan yang diminati olen ramai penonton televisyen di seluruh dunia.

Tempat ini telah dijadikan satu theme park setelah Munhwa Broadcasting Corporation (South Korea Broadcasting Company) menghasilkan sebuah drama televisyen : Dae Jang Geum. Drama ini amat digemari oleh peminat drama televisyen Korea Selatan sehingga lokasi penggambaran ini dijadikan pusat pelancongan.

Dae Jang Geum Theme Park telah beroperasi mulai tahun 2004. Pelawat tempatan dan pelancong dari negara asing membanjiri Dae Jang Geum Theme Park pada setiap hujung minggu dan musim cuti.

Peminat Dae Jang Geum berpeluang menyaksikan tempat kejadian seperti dalam drama semasa meggungjung Dae Jang Geum. Pelawat juga boleh memakai pakaian tradisi Korea untuk bergambar di Dae Jang Geum Theme Park.

Thursday, April 10, 2008

Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul

Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul
Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul
Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul merupakan sebahagian daripada Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul. Sekiranya anda berpeluang mengunjungi Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul, ingat menerokai pamiran yang di pamirkan di Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul.

Gambar pertama di atas adalah pintu masuk Muzium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul. Gambar kedua pula menunjukan pemain barisan utama pasukan Piala Dunia Fifa 2002 Korea Selatan. Peminat bola sepak memang tidak ingin melepasi peluang untuk mengambil gambar di sisi gambar tersebut kerana serupa bergambar dengan pemain pasukan Korea Selatan.