Tuesday, November 11, 2014

Lan Kwai Fong Hong Kong


Lan Kwai Fong

Kami beralih ke Lan Kwai Fong setelah mengambil gambar sambil turun naik tangga di Jalan Pottinger.

Lan Kwai Fong

Terletak di Hong Kong Central, Lan Kwai Fong merupakan salah satu tempat hiburan malam yang paling popular di Hong Kong.

Lan Kwai Fong

Terdapat pelbagai pusat hiburan malam termoden yang terang benderang sepanjang malam di Lan Kwai Fong.

Lan Kwai Fong

Selain menjadi lokasi hiburan malam terkenal, Lan Kwai Fong juga ialah tempat penarikan pelancong Hong Kong.

Lan Kwai Fong

Sekiranya anda suka berlepak pada waktu malam, jangan terlepas peluang berkunjung ke Lan Kwai Fong ketika anda berada di Hong Kong.

Jalan Queen Central

Artikel seterusnya, saya akan berkongsi foto dan informasi Jalan Queen Central, Hong Kong.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Happy Valley Hong Kong
Teluk Repulse Hong Kong
Dari Macau Ke Hong Kong

Sunday, November 2, 2014

Kenangan Central Hong Kong


Jalan Elgin

Dari Jalan Caine, kami berjalan sambil mengambil gambar hingga ke Jalan Elgin.

Jalan Elgin

Jalan Elgin terletak di Central, Hong Kong. Jalan ini dinamakan sempena James Bruce, Earl Elgin ke-8.

Jalan Elgin

Jalan Elgin merupakan salah satu jalan lama yang terdapat di Central, Hong Kong.

Jalan Elgin

Jalan Elgin juga bernama Jalan Lumpur pada masa dahulu kerana jalan ini berlumpur pada hari hujan.

Jalan Peel

Selain Jalan Elgin, Jalan Peel juga satu jalan lama didapati di Central, Hong Kong.

Jalan Peel

Seperti anda lihat dalam gambar, Jalan Peel sempit dan berada di lereng Bukit Victoria.

Jalan Peel

Cafe Chocoholic, sebuah cafe tema chocolate di Jalan Peel. Setahu saya cafe ini sudah berhenti perniagaan.

Jalan Shelley

Kami tiba di Jalan Shelley setelah puas merayau di Jalan Elgin dan Jalan Peel.

Jalan Shelley

Jalan Shelley adalah satu jalan tangga. Eskalator Pertengahan Bukit, Hong Kong dibina di sepanjang Jalan Shelley.

Eskalator Pertengahan Bukit Central

Gambar ini menunjukkan Eskalator Pertengahan Bukit. Pertengah Bukit adalah sebuah kawasan kediaman mahal dan terkenal di Central, Hong Kong.

Lyndhurst Terrace

Gambar ini diambil dari eskalator. Nama jalan ini ialah Lyndhurst Terrace. Didapati sebuah bakeri popular iaitu Tai Cheong Bakery di Lyndhurst Terrace.

Jalan Wellington

Jalan Wellington lebih luas dan sesak dengan kenderaan. Bangunan lebih baru dan tinggi. Kedai juga lebih banyak dan beraneka.

Jalan Pottinger

Kami sempat tiba di Jalan Pottinger. Jalan Pottinger juga satu jalan tangga. Hari itu, kami turun naik tangga tidak tahu berapa kali.

Jalan Pottinger

Jika anda ingin beli cenderamata, Jalan Pottinger ialah tempat yang sesuai untuk anda berkunjung. Pelbagai barangan kenangan menarik dapat di beli di sana.

Jalan Pottinger

Gambar ini membuktikan bahawa Jalan Pottinger telah jadi lokasi yang sering dikunjung oleh pelancong dari seluruh dunia.

Lan Kwai Fong