Saturday, June 28, 2014

Kopi Aroma Colombia


Kopi

Menikmati kopi harum sambil menonton siaran langsung Piala Dunia FIFA 2014 sungguh menyeronok.

Sebagai seorang pesara miskin, saya tidak berupaya melanggan stesen tv berbayar untuk siaran langsung. Oleh sebab itu, saya terpaksa tidur selepas minum kopi.


Colombia

Menewaskan Greece dan Côte d'Ivoire berturut-turut, Colombia dari Amerika Selatan telah layak menjadi 16 pasukan terakhir.

Setelah menyingkir Jepun dalam perlawanan kumpulan ketiga, Colombia akan menentang Uruguay pada 29 June untuk merebut tiket suku akhir.


Biji Kopi Colombia

Kebetulan kopi Colombia merupakan minuman kegemaran saya.

Biji Kopi Colombia

Semasa berkunjung ke Taiwan, kami singgah di Taipei Fong Da Kafe untuk minum kopi. Sebelum meninggal, kami membeli dua paket biji kopi.

Sepeket biji kopi Gunung Biru Cuba dan sepeket biji kopi Colombia. Harga kopi Gunung Biru lebih mahal berbanding dengan kopi Colombia tetapi saya lebih suka rasa aroma kopi Colombia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Minum Kopi Di Volendam

Wednesday, June 25, 2014

Bekalan Air Merlimau Tercemar


Bekalan Air

Lidah dan mulut saya tegar selepas berkumur dengan air paip.

Saya tidak pasti apa yang terjadi. Setelah melayari Facebook baru saya tahu sebabnya. Punca ialah air yang saya guna untuk berkumur itu sudah tercemar.


Elken

Terdapat air yang alir dari paip penduduk Merlimau hitam seperti kopi. Mujurnya rumah saya ada dua penapis air. Jika tidak, saya terpaksa minum "Kopi Merlimau" setiap hari.

Air Minuman

Oleh kerana air rasanya masam, saya beli air minuman botol besar untuk kegunaan harian.

Post Berkaitan
Pasar Tani Merlimau
Pasar Awam Merlimau
Pasar Malam Merlimau
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Sunday, June 22, 2014

Bakeri Vigor Kobo Taiwan


Vigor Kobo

Kilang Bakeri Vigor Kobo merupakan salah satu destinasi ketika kami melancong di Taiwan.

Peta Vigor Kobo

Kilang Bakeri Vigor Kobo yang kami berkunjung itu terletak di 87, Chengtai Road, New Taipei City.

Vigor Kobo

Setiba di Kilang Bakeri Vigor Kobo, kami ke bahagian diy untuk mengalami kegembiraan membuat kek nanas.

Vigor Kobo

Seorang pekerja Kilang Bakeri Vigor Kobo sedang menunjuk cara asas membuat kek nanas kepada para pelawat.

Kek Nanas Diy

Gambar ini menunjukkan orang rumah saya berseronok membuat kek nanas manakala saya asyik mengambil gambar.

Acuan Kek Nanas

Dalam proses membuat kek nanas secara diy, beberapa acuan dibekalkan untuk membuat pelbagai bentuk kek nanas yang menarik.

Kek Nanas Diy

Dua contoh kek nanas diy yang dibuat oleh isteri saya siap dibakar. Walaupun kek nanas ini harum tetapi saya tidak berani merasai.

Kek Nanas Diy

Kek nanas diy yang siap dibakar diisi dalam kotak seperti dalam foto. Semua kek nanas itu habis dimakan oleh isteri saya sebelum kembali ke Malaysia.

Vigor Kobo

Selepas sesi diy, kami menuju ke bahagian memproses kek nanas Kilang Bakeri Vigor Kobo. Di bahagian tersebut, kami ditunjuk cara membuat kek nanas dengan menggunakan mesin.

Tanglung Nanas

Nanas replika yang dipaparkan sebagai tanglung nanas sungguh pesona. Orang Cina suka menggantung tanglung nanas kerana mempercayai bahawa nanas boleh membawa tuah.

Vigor Kobo

Terdapat beberapa proses membuat kek nanas termasuk menyediakan bahan, membalut inti, letak kedalam acuan, membakar di trek, menanggal dari acuan dan akhir sekali membungkus kek nanas.

Nanas Gergasi

Nanas gergasi yang dipamirkan di ruang jualan Kilang Bakeri Vigor Kobo. Pengunjung berebut-rebut pose di bawah nanas gergasi untuk mengambil foto.

Menurut pemandu pelancong, anda akan bernasib baik setelah bergambar dengan nanas gergasi.


Kek Kacang Hijau

Kami membeli beberapa jenis kek buatan Vigor Kobo iaitu kek nanas, kek kacang hijau, kek buah berangan dan kek susu matahari.

Kek kacang hijau bermaksud kek berinti kacang hijau. Saya suka makan kek kacang hijau tetapi isteri saya suka makan kek buah berangan.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pasar Malam Shilin Taiwan
Motel Boutique Amain Taiwan

Thursday, June 19, 2014

Gambar Muzium Macau


Muzium Macau

Muzium Macau dibina di Kubu Armourial Macau.

Muzium Macau

Sebuah beca Macau yang terdapat di Muzium Macau.

Muzium Macau

Kaunter tiket terletak di sebelah pintu masuk ke Muzium Macau.

Tengkolok Wanita

Tengkolok wanita zaman dahulu yang dipamirkan di Muzium Macau.

Muzium Macau

Beberapa barang kemas cantik yang dipamirkan bersama Tengkolok wanita.

Muzium Macau

Gambar ini menunjukkan eksalator yang menuju ke Muzium Macau. Pelawat tidak perlu berjalan kaki menaiki ke Kubu Armourial Macau.

Post Berkaitan
Dari Vegas Ke Macau
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Monday, June 16, 2014

Pasar Tani Merlimau Melaka


Pasar Tani Merlimau

Terdapat satu pasar tani di Merlimau Melaka.

Pasar Tani Merlimau

Pasar tani tersebut diadakan pada pagi Ahad dan Selasa.

Pasar Tani Merlimau

Terletak di Jalan Jasin Merlimau, pelbagai barangan pertanian boleh didapati di pasar tani.

Ubat Tradisional

Selain barangan pertanian, ubat tradisional Melayu juga dapat dibeli di pasar tani Merlimau.

Murtabak

Banyak makanan enak dijual di pasar tani Merlimau termasuk murtabak dan kuih muih tempatan.

Apam Balik

Kuih apam balik gerai ini sungguh digemari oleh pengunjung pasar tani Merlimau. Cubalah kuih apam balik Merliamu ketika anda berada di Merlimau.

Van Wafel

Bos ini menjual wafel dengan menggunakan van. Beberapa perisa wafel disediakan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perisa wafel itu seperti perisa kaya, coklat, kacang, majerin, strawberi dan cappucino.

Post Berkaitan
Pasar Awam Merlimau
Pasar Malam Merlimau
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Monday, June 9, 2014

Makan Malam Di Jeju


Restoran Jeju

Kami makan malam di restoran ini setelah berjalan-jalan di Bandar Jeju Korea Selatan.

Abalone Jeju

Kami memesan dua hidangan untuk makan malam. Hidangan pertama ialah abalone Jeju yang terpapar dalam foto atas.

Kekapis Jeju

Hidangan kedua merupakan kekapis besar. Rasa kekapis lebih enak berbanding dengan abalone. Setiap hidangan ini berharga 30 ribu Won.

Ketam Labah

Ketam labah juga dihidangkan oleh restoran ini. Tetapi kami tidak suka makan ketam oleh sebab itu kami tidak memesan.

Ikan Puffer

Di samping kekapis, abalone dan ketam labah, restoran ini juga menyediakan makanan laut yang lain seperti ikan termasuk ikan puffer. Beranikah anda makan ikan puffer yang dikatakan beracun?

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju

Friday, June 6, 2014

Taman Caversham Australia Barat


Taman Caversham

Taman Caversham merupakan salah satu destinasi ketika kami bercuti di Perth Australia Barat.

Peta Taman Caversham

Terletak di Lord Street, Taman Caversham ialah sebuah taman hidupan liar yang terkenal di Perth.

Merak

Dua ekor merak yang terdapat di Taman Caversham. Kedua-dua merak ini sungguh cantik tetapi tidak ingin menghadapi kanta.

Burung Raja Udang

Seekor burung raja udang ini sedang menjemur matahari dalam kawasan terkurung. Burung ini tidak bergerak mungkin suka mengambil gambar.

Taman Caversham

Sekiranya anda berkunjung ke Taman Caversham jangan lupa bergambar dengan koala. Setahu saya koala tidur sepanjang 20 jam sehari untuk menjimat tenaga.

Kanggaru

Kanggaru ini juga gemar bergambar?
Sebenarnya kanggaru ini mengharap pelawat memberi makanan. Memberi makanan kepada haiwan adalah dibenarkan di Taman Caversham tetapi mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Post Berkaitan
Perarakan Krismas Perth
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, June 3, 2014

Kenangan Manis Di Kota Kinabalu


Sabah

Kunjungan 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu Sabah sungguh menarik.

Hotel Eden54

Kami menginap di Hotel Eden 54 yang terletak di Jalan Gaya ketika berada di KK.

Kota Kinabalu

Anda boleh memperolehi informasi lengkap di Bangunan Informasi Pelancongan Sabah.

Kota Kinabalu

Medan Australia KK merupakan tempat di mana tentera Australia mendarat pada Perang Dunia Kedua.

Jalan Gaya

Pelbagai kedai, pejabat dan syarikat boleh didapati di Jalan Gaya. Pasar Ahad diadakan di Jalan Gaya setiap hari Ahad.

Kota Kinabalu

Pada malam pertama, kami beralih ke Pasar Malam Filipina untuk membeli hasil marin khas Sabah seperti gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.

Rumpai Laut Sabah

Bungkusan ini ialah rumpai laut yang dikenali sebagai sarang burung laut. Rumpai laut mengandungi khasiat untuk kesihatan seperti protein, mineral, vitamin dan kolagen.

Kota Kinabalu

Kami menuju ke Jesselton Point untuk membeli tiket bot laju ke Pulau Sapi. Terdapat beberapa syarikat bot laju menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai ke pulau-pulau berhampiran KK.

Pulau Sapi

Gambar ini menunjukkan pelawat baru tiba di jeti Pulau Sapi. Selain Pulau Sapi, anda boleh mengambil angin di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Pengunjung dinasihati mengambil gambar dan tinggalkan jejak kaki sahaja di Taman Marin Tungku Abdul Raman.

Kota Kinabalu

Kembali dari Pulau Sapi, kami singgah di Kedai Kopi Fu Yuan untuk minum kopi dan makan dim sum sebagai alas perut.

Kopi Fu Yuan dihidang dengan gelas besar dan rasa dim sum tidak berbeza dengan dim sum di semenanjung. Yang aneh ialah pekerja Fu Yuan melayan pelangan macam robot.


Kota Kinabalu

Selepas makan malam di Restoran Welcome, kami berjalan-jalan sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.

Foto yang di ambil termasuk Kafe Sugar Bun, Wisma Intiutama, patung ikan todak, Gerbang Jalan Istana, Oldtown White Coffee, Tugu Peringatan Malaysia, Pusat Beli-belah Suria Sabah.


Kota Kinabalu

Sebagai mercu tanda Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson adalah salah sebuah bangunan yang paling lama di Kota Kinabalu.

Menara Jam Atkinson siap dibina pada tahun 1905 demi mengenang jasa Atkinson yang dilantik menjadi pegawai daerah pertama Jesselton (Kota Kinabalu) oleh Syarikat Borneo Utara British.


Menara Meninjau KK

Dari Menara Jam Atkinson, kami berjalan kaki ke Menara Meninjau Bukit Signal yang dikatakan lokasi tertinggi di Kota Kinabalu.

Di samping berjalan kaki, anda boleh menaiki teksi ke Menara Meninjau Bukit Signal. Anda boleh mengamati seluruh pemandangan Kota Kinabalu dari Menara Meninjau Bukit Signal.


Kota Kinabalu

Sebelum pulang ke semenanjung, kami pergi ke Pusat Membeli-belah Suria Sabah. Suriah Sabah bukan setakat pusat beli-belah tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong yang popular di Kota Kinabalu.

Anda boleh berkunjung ke Suria Sabah untuk membeli barangan yang digemari semasa bercuti di Kota Kinabalu dan membawa balik sebagai kenangan manis.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong