Wednesday, August 24, 2011

Lawatan Ke Taman Hangang Yeouido Seoul

Taman Hangang

Selepas pelayaran Hangang, mengambil angin dalam Taman Hangang di Yeouido untuk berasai bayu sungai yang segar dan mengalami gaya hidup orang Korea Selatan.

Terletak di Yeouido Yeongdeungpogu, Hangang Park merupakan tempat istirehat yang digemari oleh pelancong dan penduduk setempat.

Pelbagai acara pesta tersedia di Taman Hangang sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk Perayaan Kebudayaan Seoul, Pesta Bunga Sakura Yeouido dan Pesta Bunga Api Antarabangasa Seoul.

Dalam Taman Hangang juga terdapat kemudahan sukan dan riadah seperti jeti, taxi air, kolam renang, gelangang basikal, ruang memancing, padang bola sepak dan gelangang meluncur.

Anda boleh menaiki subway laluan 5 ke Taman Hangang. Menurun di Stesen Yeouinaru dan berjalan kaki beberpa minit akan tiba Taman Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone Seoul
Pemandangan Menawan Hangang


Sunday, August 21, 2011

Memori Manis Pelayaran Hangang Seoul

Pelayaran Sungai Han

Ini gambar pengkalan pelayaran Hangang di Yeouido, Seoul. Sekira anda merancang ke Seoul, cuba mengalami pelayaran Hangang. Setelah pelayaran Hangang, anda pasti memperoleh kenangan yang tidak terpadam.

Pelayaran Sungai Han

Terdapat dua pilihan pelayaran, feri dua hala dan feri sehala. Feri dua hala melepas dan kembali ke jeti yang sama. Manakala feri sehala melepas dari satu jeti dan berhenti di jeti yang lain.

Tambang dan jadual feri dua hala:
Yeouido--Yeouido
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Pertunjunkan silap mata: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Muzik secara langsung: 70 minit, dewasa 15,000 Won
Makanan bufet: 90 minit, dewasa 55,000 Won. (Hujung minggu 60,000 Won)

Jamsil--Jamsil
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Ttukseom--Ttukseom
Biasa: 60 minit, dewasa 11,000 Won
Muzik secara langsung: 90 minit, dewasa 16,000 Won

Tambang dan jadual feri sehala:
Yeouido--Jamsil: 1 jam, dewasa 13,000 Won
Jamsil--Yeouido: 1 jam, dewasa 13,000 Won

Kanak-kanak diberi potongan sebanyak 50% untuk kedua-dua jenis pelayaran Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong

Friday, August 19, 2011

Pemandangan Menawan Hangang Seoul Korea Selatan

Hangang

Hangang atau Sungai Han yang mengalir melalui Seoul telah menjadi tempat tarikan pelancong terkenal di Korea Selatan.

Sungai Bukhan bertemu dengan Sungai Namhan di Gyeonggi-do dan membentuk Hangang. Sebelum mengalir ke Laut Kuning, Hangang bergabung dengan Sungai Imjin. Seoul dibahagikan kepada dua bahagian oleh Hangang, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan. Terdapat 27 buah jambatan merentangi Hangang.

Pelayaran Hangang merupakan pilihan yang tepat untuk menghayati pemandangan mempesona sepanjang Hangang. Saya akan menceritakan tentang pelayaran Hangang dalam rencana seterusnya.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, August 17, 2011

Dokumen Penyertaan Kelab Karate Yuchuilang

Dokumen Karate

Sebelum ini saya telah menulis tentang Jeet Kune Do Bruce Lee, kini saya menulis satu lagi artikel mengenai Kung Fu.

Selain politik yang amat jijik, kesedaran Kung Fu saya juga hanya bertaraf tadika. Saya mempelajari Karate ketika menuntut di Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor Baru sebagai satu kegiatan kokurikulum bukan kerana berminat.

Imbas kembali masa dahulu, sungguh memalukan. Masih ingat persembahan memecahkan genting dan batu-bata, genting dan batu-bata itu tidak pecah tetapi buku lima saya bengkak. Kung Fu memang bukan kelebihan saya. Setelah melatih selama beberapa bulan, jurulatih hanya mengajar kata yang asas. Kelab karate terpaksa tutup kedai sebab ahli kelab semakin kurang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Pertarungan Bruce Lee Dan Chua Soi Lek
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Friday, August 12, 2011

Pertarungan Bruce Lee Dan Chua Soi Lek

Nanchaku

Danchaku Presiden MCA Chua Soi Lek sungguh luar biasa. Malahan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat pun tidak mampu menentangnya.

Oleh kerana kehebatan danchaku Chua Soi Lek, DAP terpaksa mengarah Superman Hew Kuan Yau meminta bantuan Bruce Lee. Hew Kuan Yau yang dirasuk Bruce Lee melambai nunchaku dan berlawan dengan Chua Soi Lek.

Nunchaku dan danchaku berlaga dengan habis-habisan. Siapa yang menang dalam pertarungan itu merupakan pertanyaan yang menarik. Keputusan akan diketahui dalam pilihan raya umum ke13. Pengundi Malaysia yang arif tidak sabar untuk mengetahui.

Artikel Berkaitan
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Tuesday, August 9, 2011

'Jeet Kune Do Politik' Dr Hew Kuan Yau

Bruce Lee

Dr Hew Kuan Yau tidak berhenti-henti ke seluruh negara untuk memperkenalkan buku barunya yang bertajuk 'Jeet Kune Do Politik'.

Saya tidak mampu memahami hasil karya Dr Hew Kuan Yau yang menakjubkan itu kerana kesedaran politik saya hanya bertaraf tadika. Setelah membaca prakata yang ditulis oleh Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, saya memperoleh jawapan yang kehendaki.

Ketika menuntut di sekolah menengah, saya pernah menonton wayang gambar bintang filem Kung Fu Bruce Lee di pawagam Capital di Melaka bersama kawan-kawan sedarjah. Oleh kerana itu, saya mengetahui serba sedikit tentang asal usul Bruce Lee.

Saya imbas kembali kenangan tahun 70-an dengan tanpa menyedari selepas menyelak 'Jeet Kune Do Politik'.

Artikel Berkaitan
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi


Monday, August 8, 2011

Majlis Pelancaran Buku Baru Superman Hew Kuan Yau

Bruce Lee

Dr Hew Kuan Yau semakin terkenal di arena politik Malaysia baru-baru ini. Beliau juga dikenali sebagai Superman di kalangan ahli dan penyokong Democratic Action Party Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, Dr Hew Kuan Yau menganjurkan pelancaran buku baru di Dewan Rakyat DAP Melaka. Dr Hew Kuan Yau bukan sahaja pintar berpidato, malahan mahir dalam penulisan.

'Jeet Kune Do Politik' merupakan hasil karya Dr Hew Kuan Yau terkini yang mendekripsi perubahan kerajaan Malaysia. Buku tersebut seperti Kitab Kong Fu terunggul pada masa lampau.

Demi membuktikan bahawa beliau tidak berdusta, Dr Hew Kuan Yau menunjukkan Kung Funya di majlis pelancaran buku baru.

Artikel Berkaitan
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia
Ulasan Liew Chin Tong Terhadap Perhimpunan 709


Sunday, August 7, 2011

Proses Membuat Kimchi

Kimchi

Pengenalan:
Jika anda pernah ke Korea Selatan, tentu anda telah merasai kimchi kerana kimchi dihidangkan sebagai lauk sampingan.


Kimchi

Perasa dan bahan-bahan:
Kimchi merupakan sejenis makanan tradisional Korea yang dibuat dengan cara penapaian. Perasa dan bahan-bahan termasuk halia, kubis, timun, selada air, cili kering, ikan masin, serbuk lada, lobak putih, udang masin, daun bawang, bawang putih dan daun mustard.


Kimchi

Proses membuat kimchi:
Membuang daun-daun lapis luar kubis yang reput. Belah kubis kepada dua bahagian dengan memotong dari bahagian bawah kubis. Celup kubis dalam larutan garam dalam jangka masa yang ditetapkan. Selepas itu, bilas kubis dengan air sejuk.

Adunkan perasa dan bahan-bahan yang disediakan untuk menyumbat di antara lapisan kubis. Balut kubis yang telah disumbat dengan ketat. Langkah yang terakhir ialah meletak kubis tersumbat itu ke dalam tempayang dengan teratur.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Muzium Kimchi Pulmuone
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Saturday, August 6, 2011

Muzium Kimchi Pulmuone Seoul Korea Selatan

Muzium Kimchi Pulmuone

Selain Akuarium Coex, terdapat sebuah muzium kimchi di Coex Mall, Seoul.

Terletak di aras dua bawah tanah Coex Mall, Muzium Kimchi Pulmuone membuka 6 hari seminggu. Muzium Kimchi Pulmuone tutup pada Isnin, Tahun Baru, Tahun Baru Lunar, Perayaan Musim Luruh dan Krismas. Masa melawat adalah dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Bayaran masuk ke Muzium Kimchi Pulmuone ialah 3000 Won untuk dewasa, 2000 Won untuk pelajar dan 1000 untuk kanak-kanak.

Pelbagai pengangkutan tersedia ke Pulmuone Kimchi Muzium. Menaiki subway merupakan salah satu pilihan. Anda boleh menaiki subway laluan 2 ke Stesen Subway Samseong dan keluar dari pintu 5 atau 6.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Friday, August 5, 2011

Lagenda Arowana Ternilai

Arowana

Arowana ini yang menakjubkan merupakan seekor ikan yang dipamirkan dalam Akuarium Coex Seoul, Korea Selatan. Nampaknya orang Korea Selatan pun gemar membela arowana sebagai ikan akuarium.

Arowana telah menjadi ikan kegemaran pembela ikan aquarium. Seluruh badan arowana berkelip cahaya keemasan. Kononnya arowana berkuasa menghapuskan bencana. Selain daripada itu, pemilik arowana akan bertuah dan menjadi kaya. Pengemar ikan hiasan yang mempercaya fengshui merebut-rebut untuk membela arowana. Patutlah arowana dijual seperti kek panas.

Cadangan untuk membela arowana:

pH: 6.0 -- 7.5
Suhu air: 29°C -- 31°C
Akuarium: 120 x 60 x 60 cm
Makanan: lipas, katak, ulat roti, cengkerik, ikan kecil, udang kecil.

Artikle Berkaitan
Ikan Yu Ganjil
Ubur-ubur UFO
Ikan Badut Comel
Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Ikan Palette Surgeon
Piranha Perut Merah
Anemon Laut Cantik


Thursday, August 4, 2011

Doktor Bedah Laut Ikan Palette Surgeon

Ikan Palette Surgeon

Ini gambar seekor ikan palette surgeon. Ikan ini merupakan ikan yang dipamirkan di Akuarium Coex Seoul, Korea Selatan.

Ikan palette surgeon tergolong dalam keluarga tang. Selain palette surgeon, ikan ini ada beberapa nama yang lain. Nama-nama itu termasuk blue tang, regal tang, hippo tang, royal blue tang, blue surgeonfish, pacific blue tang and flagtail surgeonfish.

Badan ikan palette surgeon berwarna biru. Terdapat satu bentuk papan pembancuh cat yang berwarna hitam di badan ikan palette surgeon. Ekor ikan palette surgeon merupai sebilah pisau bedah kuning. Apabila ikan palette surgeon menghadapi bahaya atau berlaga untuk merebut kawasan kediaman, ikan palette surgeon akan mengguna ekornya untuk menakutkan musuhnya.

Beberapa cadangan untuk membela ikan palette surgeon:

pH air: 8.1--8.3
Suhu air: 24°C--26°C
Pengukuran: 120 x 60 x 60 cm
Makanan:
Makanan biji kering dan makanan laut beku.
Ikan kecil hidup dan kubis Cina ialah pilihan lain kerana ikan palette surgeon haiwan omnivor.

Artikle Berkaitan
Ikan Yu Ganjil
Ubur-ubur UFO
Ikan Badut Comel
Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah
Anemon Laut Cantik


Wednesday, August 3, 2011

Ikan Yu Ganjil Berwajah Dan Tangan Manusia

Ikan Yu Ganjil

Pintu neraka dibuka pada bulan Julai setiap tahun. Kawan-kawan dari neraka mengambil cuti untuk bersiar-siar dan meziarahi saudara-mara.

Anda boleh lihat dalam foto di atas, terdapat seekor yu berwajah dan tangan manusia. Adakah itu kawan yang suka makan sirip yu sedang menangkap ikan yu?

Jangan menakutkan diri sendiri. Sebenarnya itu bayang pengunjung aquarium. Saya mengambil foto ini ketika melawat Akuarium Coex Seoul beberapa bulan lalu.

Artikle Berkaitan
Ubur-ubur UFO
Ikan Badut Comel
Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah
Anemon Laut Cantik


Tuesday, August 2, 2011

Anemon Laut Kawan Karib Ikan Badut

Anemon Laut

Adakah anemon laut bunga cantik lautan?

Meskipun mirip bunga anemon, sebenarnya buran atau anemon luat ialah sejenis haiwan lautan. Haiwan ini diberi nama anemon laut kerana kelihatan seperti bunga anemon.

Perhubungan anemon laut dengan ikan badut sungguh erat. Sesunggut warna-warni anemon laut berhayun dengan gemalai dalam air. Anemon laut menggunakan sesunggutnya bergerak, memburu makanan dan mempertahankan diri.

Sebagai karnivor, makanan anemon laut termasuk ikan kecil, plankton dan krustasia halus. Taburan geografi anemon laut amat luas. Amenon laut biasanya ditemui di dasar laut dan terumbu karang di perairan pantai.

Artikle Berkaitan
Ubur-ubur UFO 

Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah


Monday, August 1, 2011

Nemo Ikan Badut Comel

Ikan Badut

Ikan Badut kecil ini merupakan salah satu makhluk lautan yang dipamirkan di Akuarium Coex Seoul. Anda boleh menyaksi ikan badut yang comel ini berenang dengan bebas bersama ikan lautan yang lain.

Terdapat jalur putih yang merupai wajah badut di kepala ikan badut. Itulah sebabnya ikan badut yang warna-warni mendapat namanya. Biasanya hidup dalam lautan air suam, ikan badut juga diberi nama ikan buran kerana berhubung rapat dengan buran.

Rembesan badan ikan badut menghalangnya dijadi makanan buran. Bergerak disekitar buran, ikan badut selamat dari serangan pemangsa. Sebagai balasan, ikan badut membantu buran memperoleh santapan dengan menarik ikan kain mendekatinya.

Perhubungan buran dan ikan badut seperti rakyat dan kerajaan. Kerajaan yang membuat janjian kosong akan ditolak oleh rakyat.

Artikle Berkaitan
Ubur-ubur UFO
Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah