Tuesday, July 31, 2012

Konsert Bersih Dan Anti-Lynas Melaka

Konsert Bersih

Dalam usaha membolehkan generasi akan datang mempunyai masa depan yang lebih baik, Bersih Dan Anti-Lynas Melaka menganjurkan konsert di dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Melaka pada 13 Julai.

Tema konsert tersebut "Masa depan di tangan anda". Selain artis-artis dan live band, ramai selebriti yang terkenal juga turut hadir. Hadirin konsert bukan sahaja boleh mendengar muzik tetapi juga dapat bertemu dengan pemimpin tercinta.

Barisan pemimpin dihormati termasuk kedua-dua Pengerusi Bersama Bersih Ambiga dan Samad Said, AJK Bersih Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
MCA Kian Sit Har Menyokong Bersih
Mama Bersih Tan Phaik Ean Demonstrasi
Polis Terpacak Macam Tunggul Di Merlimau

Friday, July 27, 2012

Kampung Udang Kara Raja Pengerang Johor

Pengerang

Pengerang digelar sebagai kampung undang kara. Ia merupakan satu kawasan di hujung tenggara Johor di Malaysia Barat.

Disebabkan media perdana dan media internet berturut-turut melaporkan berita tentang projek pelaburan Kuo Kuang Petrochemical Taiwan di Pengerang, saya dan isteri bertolak ke Pengerang untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sana semasa cuti sekolah bulan Mei.

Perjalanan kali ini bukan sahaja mendapat tahu isu Kuo Kuang Petrochemical tetapi juga mengambil kesempatan untuk menikmati udang kara Pengerang.


Pengerang

Pengerang berhampiran dengan Lautan Pasifik yang kaya dengan produk marin. Sekiranya anda gemar makanan laut, maka anda tidak sepatutnya terlepas makanan laut segar dari laut di Pengerang.

Tanpa mengira tujuan anda melawat Pengerang, anda mesti merasa produk khas tempatan Pengerang, iaitu udang kara raja.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

Tuesday, July 24, 2012

MCA Chor Chee Heung Mendedahkan Rasuah BN

Chor Chee Heung

Seorang bintang politik, Jessie Ooi telah dilahirkan tidak dijangka semasa Presiden MCA Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berbahas.

Pada pusingan kedua pertempuran lidah di antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, satu lagi bintang bersinar dilahirkan dalam keadaan yang sama. Masa ini adalah giliran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Chor Chee Heung.

Walaupun Chor Chee Heung dari BN, dia berani membongkarkan penyelewengan BN ketika bosnya debat dengan Lim Guan Eng. Sebenarnya Chor Chee Heung berniat menjerat Lim Guan Eng tetapi berakhir dengan terperangkap sendiri.

Chor Chee Heung berjaya menjadi selebrity terkenal di internet setelah mengarut tentang isu korupsi. Penyokong Pakatan Rakyat menyebarkan cerita menarik Chor Chee Heung dengan sukarela.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
714 Himpunan Menolak Lynas Muar
Kian Sit Har Menyokong 428 Bersih 3.0
Chua Soi Lek Berjanji Temu Dengan Perjudian

Sunday, July 22, 2012

Kuih Nanas Lazat Taiwan

Kuih Nanas

Anak saya pulang ke rumah pada Pesta Perahu Naga bulan lepas. Dia membawa balik sekotak kuih nanas buatan Taiwan. Dia pergi ke Taipei untuk bisnis pada awal Jun.  Perjalanan ini merupakan lawatan kali kedua ke Taiwan. Sebelum itu, dia pernah melancong ke Taiwan.

Kuih Nanas

Kuih nanas Taiwan rasanya enak. Kuih nanas Melaka terlalu manis dan berlemak. Kedua-dua kuih nanas berbeza sekali. Ramuan lapisan luar kuih Taiwan termasuk susu, telur, gula, krim, tepung dan asid sitrik. Manakala bahan inti ialah krim, jem nanas dan jem labu putih.

Makanan Taiwan dikatakan rasa sederhana. Itulah mengapa orang Malaysia yang berperisa kuat tidak suka makanan Taiwan. Diet saya sentiasa kurang lemak, kurang garam dan kurang gula. Jadi saya benar-benar gemar kuih nanas taiwan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, July 18, 2012

714 Himpunan Menolak Lynas di Dataran Tanjung Emas Muar

Menentang Lynas

Himpunan aman serentak membantah Lynas di seluruh Malaysia yang dianjur oleh Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendapat sambutan hangat pada 14 Julai.

Kebetulan saya ada urusan di Muar pada hari itu. Oleh itu saya singgah di Tanjung Emas untuk mengundi menghalau Lynas keluar dari Malaysia.

Meskipun saya seorang penghuni Melaka, saya amat simpati terhadap nasib malang orang Kuantan. Itulah alasannya, saya menentang dengan tegas Australia Lynas Corporation Ltd menubuhkan kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Rejim Malaysia patut ditukar secepat mungkin demi jaminan masa depan rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Garam Dan Botol Air Mineral Senjata Maut

Wednesday, July 11, 2012

Klon Malaysiakini Mempromosikan Pornografi

MalaysiaSini

Malaysiakini edisi klon, MalaysiaSini ialah laman web berpesta sex. Laman web tersebut penuh dengan gambar gadis seksi.

Foto dan artikel yang muat naik ke MalaysiaSini semua berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional. Tiada "About Page" di laman web itu. Mungkin pemilik laman web lucah itu bermuslihat di belakang layar.

Selepas berlakunya bencana gempa bumi politik 308, BN telah terjerumus ke dalam keadaan histeria. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengeluarkan waran untuk menangkap rakyat Malaysia yang memakai pakaian kuning. Dia juga mengarahkan polis menembak meriam air dan gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun untuk membantah rasuah.

Pihak berkenaan melancarkan laman porno bertujuan memancing sokongan. Menukar kerajaan yang tidak berguna adalah jelas mendesak.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Garam Dan Botol Air Mineral Senjata Maut

Wednesday, July 4, 2012

Panda Malaysia Dinamakan Altantuya Dan Scorpene

Panda

Kemeterian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia mengatakan kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Cina (China Wildlife Conservation Association). Berdasarkan persetujuan tersebut, Cina akan menyewa sepasang panda kepada Malaysia selama sepuluh tahun.

Meskipun media perdana menyanjung tinggi tentang sewaan panda tetapi rakyat jelata yang amat tidak puas hati terhadap kerajaan Barisan Nasional yang jahil tidak menganggap begitu. Kemeterian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia menganjurkan pertandingan nasional menamakan panda. Sesetengah rakyat Malaysia yang berbakat mengesyorkan beberapa nama menarik yang berkaitan dengan rasuah dan isu-isu politik yang sensitif. Antara nama kreatif itu ialah "Cincin dan Beg-beg", "Bersih dan Stop-Lynas", "Altantuya dan Scorpene", "You help me dan I help you" dan "Corruption dan Abuse of Power".

Oleh kerana China dan Mongolia berhubung erat, salah seekor panda diberi nama Altantuya, seorang jelitawan Mongolia adalah paling sesuai. Panda kedua dinamakan Scorpene kerana Scorpene merupakan kapal selam buatan Perancis yang dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Garam Dan Botol Air Mineral Senjata Maut

Sunday, July 1, 2012

Merasa Ladu Kimchi Di Suwon Korea Selatan

Ladu

Ladu berinti kimchi merupakan santapan petang kami di Suwon, Korea Selatan. Citarasa ladu itu berbeza dengan ladu yang kami makan di Seoul.

Kami memburu juadah dalam hujan berirama. Akhirnya, kami berhenti di depan sebuah restoran mini. Pelayan menyambut kami dengan tangan terbuka. Anak saya memesan empat keping ladu kimchi, semangkuk sup ladu dan tiga mangkuk nasi.


Ladu

Gambar di atas menunjukkan wajah sebenar ladu kimchi. Lapis luar ladu lembut dan intinya sedap. Isian ladu termasuk lada, lobak, tauhu, tauge, kubis putih, telur kuning dan daun bawang.


Sup Ladu

Mengambil beberapa suap sup ladu panas dalam cuaca sejuk sunggguh senorok. Bahan-bahan sup ladu mengandungi ladu, rumpai laut, lobak merah, telur kuning dan daun bawang.

Selepas makan petang, kami beralih ke sebuah kafe berdekatan untuk menikmati "high tea" Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan