Monday, December 28, 2009

Kelakuan Yang Memalukan

Saya dan keluarga melancong ke Perth, Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Perth, kami menaiki teksi berulang-alik ke pusat beli-belah yang terletak di Murray Street dan Hay Street. Tambang teksi yang kami membayar bagi setiap perjalanan itu lebih kurang sama. Kedaan ini membuktikan bahawa pemandu teksi Perth tidak menuntut tambang yang tidak berpatutan. Kejujuran mereka patut disanjung tinggi.

Tiga tahun kemudian ia-itu pada 2005, kami pula melancong ke Korea Selatan sambil menziarahi anak yang bermastautin di Seoul. Dengan bantuan pengurus hotel, kami dapat menaiki teksi ke tempat kediaman anak pada larut malam. Kami membayar tambang teksi yang sama untuk pergi dan balik. Saya amat bersyukur kepada pengurus hotel dan pemandu teksi Korea Selatan yang berdedikasi.

Bagaimana perkhidmatan pemandu teksi Malaysia pula?

Sering menaiki teksi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, perjalanan yang memerlukan tambang RM10 diminta membayar RM50. Terdapat banyak pemandu teksi enggan menggunakan meter dan menolak menghantar penumpang ke tempat tertentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dautk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menuduhkan perkhidmatan teksi sebagai tandas awam.


Pada 2008, saya bersama isteri berkunjung ke Singapura. Kami sesat jalan manakala ke Marina Square dan menyemak peta di persimpangan jalan. Seorang Singapura yang lalu menghulurkan bantuan kepada kami.


Sekiranya menanya arah di kota raya di Malaysia, jangan harap dapat layanan. Sikap kedinginan orang ramai di kota raya mungkin disebabakn oleh situasi jenayah yang menakutkan. Penghuni kota raya sentiasa berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.


Dilayan dengan sopan di negara asing tetapi menghadapi kehampaan di negara sendiri, saya sungguh segan berhubung dengan tingkah laku orang Malaysia yang mengecewakan itu.

Tuesday, December 22, 2009

Perarakan Hari Natal Perth

Perarakan Hari Natal Perth
Saya dan keluarga melancong ke Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Australia, kami berpeluang menyaksikan perarakan hari Natal di Perth.

Pada petang hari itu, kami pergi ke Murray Street Mall dan Hay Street Mall untuk membeli belah. Walaupun perarakan tersebut bermula pada pukul 7 malam, mulai pukul 2 petang orang ramai berpusu-pusu ke pusat bandar Perth. Setelah membeli hamburger dan minuman tin, kami beredar ke kaki lima pusat beli belah untuk mencari tempat yang mempunyai pandangan baik. Sememtara menunggu perarakan bermula, kami menikmati hamburger Perth di kaki lima pusat beli belah.


Perarakan Hari Natal Perth
Pada waktu senja, sepanjang kedua-dua belah jalan telah penuh sesak dengan orang ramai. Mereka menunggu ketibaan pasukan perarakan dengan sabar dan tidak merebut-rebut. Saya sungguh kagum terhadap penduduk Perth yang amat berdisiplin. Tiba-tiba terdengar sorak-sorai dari jauh, pasukan perarakan yang ditunggu-tunggukan itu akhirnya pun muncul. Kereta yang dihiasi dengan lampu terang-benderang bergerak dari jauh ke dekat. Para pelancong dan pendudukan Perth bersenang-senang dalam suasana Krismas.

Apabila perarakan berakhir, Perth kembali sunyi seperti biasa. Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami mendapati bahawa tiada sampah sarap di sepanjang jalan. Keadaan ini menggambarkan penduduk Perth sangat mencintai kebersihan tempat kediaman mereka.

Pautan berkaitan
Video Perarakan Hari Natal Perth (1)
Video Perarakan Hari Natal Perth (2)

Saturday, December 12, 2009

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

2010 FIFA
Majlis cabutan telah diadakan di Cape Town, Afrika Selatan untuk menentukan 8 kumpulan bagi 32 pasukan yang berjaya ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan membuka tirai pada 11 Jun tahun depan di Afrika Selatan. Mexico dari Amerika Tengah akan mencabar tuan rumah ia-itu Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan.

Perancis sungguh bernasib baik kerana bersama kumpulan dengan Afrika Selatan yang merupakan pasukan pilihan beranking paling rendah. Selain itu, England, Jerman dan Argentina juga bertuah berada di bahagian atas. Mereka tidak perlu bertemu dengan pasukan hebat yang terletak di bahagian bawah seperti Brazil, Portugal, Sepanyol, Itali dan Belanda sebelum separuh akhir.


Oleh kerana saya sudah bersara, saya boleh menyaksi siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang bertaraf dunia hingga larut malam. Saya meramal bahawa pasukan yang berpeluang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 termasuk Sepanyol, England, Brazil, Itali dan Agentina.


Saturday, December 5, 2009

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Pada Disember tahun lalu, anak saya kembali dari Korea Selatan. Dia membawa balik sebuah bagasi penuh dengan makanan ringan dan cenderamata. Pembuka sampul surat ini merupakan salah satu hadiah yang anak saya membeli untuk saya.

Pembuka sampul surat yang berbentuk pedang ini dibuat daripada gangsa dan diukir dengan kata-kata Korea di permukaannya. Terdapat sebiji loceng dan sepasang itik mandarin tergantung pada pemegang pembuka sampul surat ini sebagai penghiasan. Selain diguna untuk membuka surat, ia juga boleh diguna sebagai penanda buku dan pisau untuk memotong kertas.

Saya sungguh menghargai pembuka sampul surat pelbagai kegunaan yang comel dan cantik ini.

Pautan berkenaan

Musim Luruh Korea Selatan
Membeli Belah Di Korea Selatan
Imformasi Melancong di Korea Selatan

Sunday, November 15, 2009

Renungan Jamaluddin Ibrahim

Jamaluddin IbrahimHasil karya Jamaluddin Ibrahim yang lama ditunggu-tunggu itu telah diterbitkan. Dalam saat-saat awal, saya membeli buku ini dan membaca dengan puasnya. Jamaluddin Ibrahim yang fasih dalam Bahasa Cina merupakan penganalisa politik terkenal di masyarakat Cina Malaysia. Selain itu, beliau juga seorang DJ Radio 988 yang amat digemari peminat.

"Renungan Jamaluddin Ibrahim" dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah wawancara antara beliau dengan tokoh-tokoh politik Malaysia yang memainkan peranan penting di arena politik Malaysia. Bahagian kedua pula ialah komen politik beliau terhadap skandal rasuah dan politik wang yang wujud di Malaysia.

Tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim termasuk pemimpin Barisan National dan pemimpin parti pembangkang, kecuali pucuk pimpinan UMNO yang menjadi teraju Kerajaan Barisan National Malaysia. Jika tidak, "Renungan Jamaluddin Ibrahim" akan menjadi sebuah buku analisa politik Malaysia yang sempurna.

Di antara tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim ialah Presiden MCA (Parti Komponen BN) Datuk Seri Ong Tee Keat, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, AJK MCA Donald Lim ( Bekas Naib Presiden MCA), Ahli Exco Negeri Selangor Teresa Kok (Setiausaha Pengorganisasian National DAP), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Parti Keadilan Rakyat) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad (Parti Islam SeMalaysia).

Terdapat lebih daripada 20 buah komen politik di "Renungan Jamaluddin Ibrahim". Setiap komen politik itu mendedahkan wajah jelik ahli politik yang terlibat dalam skandal rasuah dan politik wang di Malaysia. Hasil karya Jamaluddin Ibrahim telah disiarkan di media cetak Malaysia seperti China Press, Sin Chew Daily dan Oriental Daily sebelum dijilid menjadi buku.

Sunday, November 8, 2009

Malaysia Bergerak Ke Depan

Malaysia Bergerak Ke Depan
Setelah menulis dua buah artikel berturut-turut berhubung dengan buku politik Malaysia ia-itu "Surat-Surat Dr. Mahathir Yang Terpilih Kepada Pemimpin-Pemimpin Dunia" dan "Krisis MCA Dan Ujian Prinsip Demokrasi", kini saya akan memperkenalkan sebuah buku yang dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Bergerak Ke Depan" mengandungi 20 buah ucapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa beliau diberi mandat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Pidato tersebut menggambarkan kaazaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mencapaikan ideologi 1 Malaysia yang di utarakan oleh beliau. Di samping itu, beliau juga bertungkus-lumus untuk memperkukuhkan perhubungan antara Malaysia dan Republik Rakyat China serta mengambil berat isu-isu yang mempengaruhi kestabilan dan perkembangan Asia Timur.

"Bergerak Ke Depan" merupakan sebuah cetakan dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina). Buku ini diterbit oleh MPH Group Publishing Sdn Bhd, disunting oleh Datuk Abdul Majid dan diterjemah oleh Encik Chen Song ( Penolong Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia dan Republik Rakyat China).

Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui hasrat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengeratkan perhubungan rakyat Malaysia supaya kemakurkan dan keamaan negara kekal abadi.

Monday, October 26, 2009

Hotel Capital Seoul Korea Selatan

Hotel Capital
Pada 2005, saya bersama isteri melancong ke Korea Selatan dengan mengikuti rombongan pelancongan. Semasa berada di Korea Selatan, kami juga meziarahi anak yang bermastautin di Seoul.

Lawatan 6 hari 5 malam ke Korea Selatan, kami telah menginap di Hotel Capital di Seoul dua malam. Ia itu, pada malam pertama kami menjejak kaki di bumi Korea Selatan dan pada malam sebelum kami kembali ke KLIA.

Hotel Capital terletak di Seoul, Korea Selatan dan berhampiran dengan kawasan membeli-belah Itaewon yang paling di gemari pelancong. Memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke Hotel Capital hanya memerlu 50 minit. Bertolak dari Hotel Capital ke Pusat Membeli-belah MyungDong dan Pasaran Namdaemoon hanya mengambil masa 10 minit dengan memandu.

Hotel Capital
Hotel Capital Seoul merupakan sebuah hotel mewah yang bergelaran 4 bintang. Terdapat lebih daripada 200 buah bilik tetamu yang berkemudahan moden. Hotel ini menyediakan 24 jam perkhidmatan bilik yang disanjung tinggi oleh pengunjung.

Dewan Dynasty Hotel Capital dapat menampung seramai 1000 tetamu. Dewan ini boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai jamuan dan mesyuarat. Di samping itu, Hotel Capital juga mempunyai Jepun Restoran Da Do Hae, Restoran Bufet Sky, Kafe Together, gimnasium, kolam renang dan suana.

Hotel Capital
Gambar terpapar di atas ialah risalah maklumat pelancongan Seoul, November 2008. Risalah ini terkandung maklumat berhubung dengan Seoul. Memiliki satu salinan risalah ini dalam tangan, anda akan dapat mengelilingi Seoul dengan sepuas-puasnya.

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang maklumat hotel di Seoul, dipersilakan melayar laman web Hotel Korea Selatan.

Pautan Berkenaan :
Imformasi Melancong di Korea Selatan

Monday, October 19, 2009

Musim Luruh Korea Selatan

Musim Luruh
Korea Selatan merupakan sebuah negara beriklim sederhana dan mempunyai empat musim dalam setahun. Musim Bunga dan Musim Luruh bercuaca sederhana, Musim Panas bercuaca panas dan berhujan, Musim Sejuk bersuhu rendah dan sejuk.

Musim Luruh
"Ka eul" (가을) ialah Bahasa Korea dan bermaksud Musim Luruh. Musim Luruh Korea Selatan bermula dari bulan September hingga November. Suhu pada Musim Luruh di antara 10°C hingga 20°C. Mengunjungi Korea Selatan pada bulan Oktober paling sesuai untuk menikmati keindahan pemandangan Musim Luruh.

Pemandangan bukit-bukau di Korea Selatan pada Musim Luruh sama seperti lukisan semula jadi. Tumbuhan-tumbuhan di bawah langit biru menjadi berwarna-warni. Daun semak-samun kemerahan dan daun pohon tinggi kekuningan. Seluruh bukit dan lembah diliputi pelbagai warna. Hati para pelancong terpikat oleh keindahan pemandangan yang mengagumkan.

Musim Luruh
Korea Selatan kini adalah dalam Musim Luruh. Sekiranya anda suka bayu bertiup pada Musim Luruh, terbanglah ke Korea Selatan sekarang dan kembali dengan kenangan manis Musim Luruh.

Saturday, October 17, 2009

Biskut Berwarna-Warni

Biskut Berwarna-Warni
Saya membeli biskut berwarna-warni ini di sebuah kedai biskut di Muar.

Sebelum Pesta Tanglung, Saya bersama isteri pergi ke Muar untuk membeli kuih bulan. Semasa saya masuk ke kedai tersebut, saya terkejut apabila melihat biskut berwarna-warni ini terletak di atas rak.

Biskut berwarna-warni ini mengingatkan saya zaman kanak-kanak saya. Biskut ini dibahagikan kepada dua bahagian. Lapisan bawah merupakan biskut rangup dan lapisan atas ialah gula yang manis. Ketika saya masih kecil, saya makan biskut rangup terlebih dahulu barulah menikmati gula yang manis.

Seperti sama dengan membaca komik Crayon Shin-Chan, setelah makan biskut berwarna-warni ini seolah-olah masa telah kembali ke zaman kanak-kanak. Kedua-dua perkara ini sungguh kebetulan.

Sunday, October 11, 2009

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

India Kecil Melaka

Menjelang perayaan Deepavali, India Kecil Melaka di Jalan Bendahara menjadi riuh-rendah sekali lagi. Sekiranya anda melawat ke Melaka pada ketika ini, anda boleh bersiar-siar di India Kecil Melaka untuk mengalami suasana meriah perayaan Deepavali.

India Kecil Melaka

India Kecil Melaka terletak di pusat bandar raya Melaka dan hanya dalam 5 minit jarak perjalanan dari Hotel Renaissance atau Hotel City Bayview. Anda boleh membeli segala barangan keperluan Deepavali di sini. Barangan tersebut termasuk barangan penghiasan, bahan masakan, perkakas memasak, pakaian dan biskut. Sama seperti beli-belah setempat.

India Kecil Melaka

Pada masa dahulu, terdapat beberapa kedai sahaja kepunyaan orang India di Jalan Bendahara. Kini, banyak kedai orang India muncul di Jalan Bendahara dan beransur terbentuk satu Jalan India. Itulah sebab Jalan Bendahara dinamakan India Kecil Melaka. Berbanding dengan India Kecil Singapura, India Kecil Kuala Lumpur dan India Kecil Penang, India Kecil Melaka memang kecil.

India Kecil Melaka

Saya yakin pada masa akan datang, India Kecil Melaka akan menjadi satu destinasi pelancongan yang amat terkenal di Melaka.

Monday, September 28, 2009

Surat-Surat Dr. Mahathir Yang Terpilih

Dr. Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Beliau merupa seorang pemimpin luar biasa. Kini, beliau telah menjadi seorang penulis blog popular selepas bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

Adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mahir dalam menulis rencana? Setelah membaca "Surat-Surat Dr. Mahathir Yang Terpilih Kepada Pemimpin-Pemimpin Dunia", pasti anda akan tahu jawapan. Artikel-artikel yang terkandung dalam buku ini ialah surat-menyurat antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan beberapa selebriti-selebriti yang terkenal dalam dunia. Di antara selebriti yang surat-menyurat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk Presiden Bill Clinton, Presiden George Bush, Presiden Jacques Chirac, Perdana Menteri Margaret Thatcher, Perdana Menteri Tony Blair, Putera Charles dan Perdana Menteri John Major.

"Surat-Surat Dr. Mahathir Yang Terpilih Kepada Pemimpin-Pemimpin Dunia" pada awalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk "Dr. Mahathir's Selected Letters To World Leaders". Buku ini diterbit oleh Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn Bhd dan disunting oleh Tan Sri Abdullah Ahmad. Versi Bahasa Cina pula diterbit oleh Seashore Publishing (M) Sdn Bhd, disunting oleh 王虹 dan diterjemah oleh 林友顺.

Jika anda suka membaca, cuba memperoleh buku ini. Saya yakin anda akan puas dengan isi buku ini.

Saturday, September 26, 2009

Krisis MCA Dan Ujian Prinsip Demokrasi


Krisis MCA

Saya berpendapat bahawa pertikaian dalaman MCA seperti perkara remeh temeh dan tidak munasabah. Saya memang gemar membaca dan kebal terhadap politik. Oleh kerana saya tidak berminat dengan krisis MCA, artikel ini tidak berkaitan dengan politik.

"Krisis MCA" diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan mengandungi ulasan politik berhubung dengan rebutan kuasa di antara Pemangku Presiden Datuk Dr Neo Yee Pan dan Tan Koon Swan JP pada tahun lapan puluhan. Ulasan tersebut telah disiarkan di media cetak Malaysia termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat and Widya. Buku ini diterbit oleh Penerbit Abadi dan disunting oleh bekas setiausaha agung MCA Tan Sri Dr. Ting Chew Peh and Penulis Atma Goh.

Membaca kembali "Krisis MCA" sementara Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sibuk tuduh menuduh adalah benar-benar seronok.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, September 24, 2009

Yoshito Usui Meninggal Dunia (2)

Crayon Shin-chan
Menurut laporan berita, Yoshito Usui mati kerana terjatuh dari tebing curam gunung di Wilayah Gunma, Jepun. Beliau dilahirkan pada 1958 di Wilayah Shizuoka, Jepun. Watak kartun lucu "Crayon Shin-chan" yang dicipta oleh beliau berjaya menarik kegemaran peminat kartun.
Crayon Shin-chan
Walaupun "Crayon Shin-chan" bercerita tentang keluarga Crayon Shin-chan tetapi ianya serupa dengan kehidupan harian kita. Watak utama dalam "Crayon Shin-chan" ialah Shinnosuke Nohara (Shin-chan), Hiroshi Nohara (Ayah Shin-chan), Misae Nohara (Ibu Shin-chan), Himawari Nohara (Adik Shin-chan) dan Shiro (Anjing kesayangan Shin-chan).

Membaca "Crayon Shin-chan" seperti kembali ke zaman kecil dahulu, sungguh luar dugaan.

Pautan Berkaitan
Yoshito Usui Meninggal Dunia (1)

Yoshito Usui Meninggal Dunia (1)

Crayon Shinchan
Pelukis kartun Jepun Yoshito Usui telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau merupakan pencipta komik popular Jepun "Crayon Shinchan".
Seperti budak yang lain, saya amat suka membaca komik pada beberapa dekad yang lalu. Komik yang saya membaca itu ialah komik terbitan Hong Kong kerana komik Jepun belum muncul di Malaysia pada ketika itu.

Sebenarnya anak saya yang memiliki buku komik "Crayon Shinchan" ini, mereka sudah dewasa kini. Saya ingin menghantar buku komik "Crayon Shinchan" untuk mengitar semula. Nasib baik anak saya meminta supaya buku komik "Crayon Shinchan" disimpan, barulah dapat mengambil gambar untuk post ini.

Akan disambung.....

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua rakan dan pengunjung yang beragama Islam semoga sihat dan bahagia.


Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang berdemokrasi. Rakyat Malaysia saling berkunjung pada hari perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri.

Pada hari yang mulia ini, saya berharap keamanan dunia kekal abadi dan demokrasi diwujudkan di Malaysia supaya hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib iaitu 1Malaysia tercapai.

Pautan Berkaitan
Pasar Makanan Ramadan Merlimau
Blogger 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak

Friday, September 18, 2009

Pasar Makanan Ramadan Merlimau

Pasar Makanan Ramanan Merlimau
Pasar makanan Ramadan Merlimau merupakan tempat yang saya paling gemar berkunjung pada bulan puasa. Terdapat pelbagai juadah Melayu di pasar tersebut. Anda boleh makan hingga menjilat jari.

Roti John
Semasa Ramadan, ramai penjaja makanan masak Melayu menjaja di pasar makanan bagi menawarkan pelbagai makanan enak. Pasar makanan Ramadan Merlimau terletak di depan perhentian bas Merlimau pada tahun ini. Sebelumnya, pasar makanan Ramadan Merlimau terletak berhampiran Politeknik Merlimau.

Laksa Asam
Pasar makanan Ramadan Merlimau penuh sesak dengan pengunjung dan pengangkutan. Anda boleh menikmati makanan kegemaran di sana atau membawa balik.

Saturday, August 22, 2009

Makam Tun Teja

Makam Tun TejaSetelah mengepos dua artikel tentang Kolej Komuniti Merlimau dan Rumah Penghulu Merlimau, saya akan menulis berhubung dengan Makam Tun Teja. Terletak tidak jauh dari Rumah Penghulu Merlimau, Makam Tun Teja hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.

Makam Tun TejaSiapakah Tun Teja ? Sejauh yang saya tahu terdapat dua versi catatan berkenaan Tun Teja. Catatan tersebut ialah "Hikayat Hang Tuah" dan "Sejarah Melayu". Tun Teja merupakan anak perempuan Bendahara, Sri Amar Diraja dari Pahang pada abad ke-15. Pada awalnya, Tun Teja ditunang kepada Sultan Pahang tetapi akhirnya bernikah dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah.

Semasa berundur bersama Sultan Mahmud Syah dari serangan Portugis pada tahun 1511, Tun Teja meninggal dunia di Merlimau dalam perjalanan ke Bentayan, Muar. Tun Teja telah dimakamkan di bendang di Merlimau Pantai.

Friday, August 21, 2009

Rumah Penghulu Merlimau

Rumah Penghulu Merlimau Rumah Penghulu Merlimau yang tersendiri mempersonakan pekan Merlimau di Melaka. Merlimau merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Jasin, Melaka. Jarak Merlimau dari bandar Melaka sejauh 24 km. Jika anda bertolak dari bandar Melaka melalui Jalan AMJ, lebih kurang 20 minit akan tiba ke Merlimau.

Rumah Penghulu Merlimau Rumah Penghulu Merlimau terletak dalam jarak berjalan kaki dari pekan Merlimau. Rumah yang khusus ini telah dibina oleh Penghulu Merlimau Abdul Ghani pada tahun 1894. Abdul Ghani berminat dalam seni bina. Beliau bersepadukan gaya seni bina abad ke-19 dari Semenanjung Melayu, Cina dan Eropah untuk membina tempat tinggalnya yang unik. Minat beliau dalam seni bina telah membolehkan orang sekarang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan warisan budaya ini.

Rumah Penghulu MerlimauPenampilan luar Rumah Penghulu Merlimau tidak berbeza dengan rumah Melayu tradisi yang lain. Sekiranya anda meneliti dari dekat, Rumah Penghulu Merlimau memang luar biasa. Terutama ubin seramik yang terdapat ditangga semen di depan Rumah Penghulu Merlimau.

Rumah Penghulu MerlimauDi samping tangga semen berubin seramik itu, Rumah Penghulu Merlimau juga mempunyai hiasan ukiran pada pilar, jendela dan pintu. Semasa saya melawat ke Rumah Penghulu Merlimau, tiada orang berada di rumah tersebut. Jika tidak, saya akan mengambil foto di bahagian dalam Rumah Penghulu Merlimau untuk tatapan anda.

Apabila Melaka memperolehi status Warisan Dunia, Lembaga Warisan Budaya Malaysia serta merta meluluskan peruntukan bertujuan membaik pulih Rumah Penghulu Merlimau yang telah usang.


Tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Penghulu Merlimau ialah bangunan yang paling sesuai untuk menyelidik bangunan Melayu tradisi. Diharap pihak berkuasa dan keturuan Abdul Ghani dapat melindungi Rumah Penghulu Merlimau yang berstatus warisan budaya dunia.

Sunday, June 28, 2009

Peminat Muda Michael Jackson

Jing Hao
Gambar ini mengenai sebuah artikel yang dihasilkan oleh saya pada 1985. Artikel ini berhubung dengan anak saya yang merupakan seorang peminat muda seniman terkenal Michael Jackson.

Walaupun anak saya yang bernama Hao Hao masih kecil pada 1985 tetapi dia sungguh beraliran baru. Saya tidak bercakap besar kerana mempunyai bukti. Pada suatu hari, Hao Hao kata, "Ayah, Michael Jackson, Beat It! Beat It!" Saya kagum terhadap Hao Hao kerana usianya hanya 19 bulan. Sebenarnya, Hao Hao telah mendengar lagu tersebut di rumah penjaga bayi berulang kali dan biasa dengan iramanya.

Saya menulis post ini untuk mengimbas kembali detik manis bersama dengan keluarga saya sempena mengenang seniman terunggul Michael Jackson yang meninggal dunia baru-baru ini.

Friday, June 12, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(3)

Pertandingan Bercerita Bahasa InggerisIni ialah artikel terakhir berhubung dengan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka. Article pertama dan kedua telah dipost pada 9 June dan 11 June.Pertandingan tersebut telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian.
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Lim Sim Yee
Sekolah : SK CIJ 2
Cerita : Satu Mata! Dua Mata! Tiga Mata!

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Charlotte Lee Ruo Qi
Sekolah : SJKC Yok Bin
Cerita : Punchinaro Kamu Istimewa

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Suganthi
Sekolah : SK Kem Terendak 2
Cerita : Rosie Berusaha Sedaya Upaya

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Noormaisara
Sekolah : SK Masjid Tanah
Cerita : Janggut Maharaja

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : K. Satiabanu
Sekolah : SJKT Jasin
Cerita : Bunga Mawar Emas

Pautan berkenaan :

Thursday, June 11, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(2)


Ini ialah artikel kedua berhubung dengan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.

Seramai 14 buah sekolah rendah di Melaka menyertai pertandingan ini. Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan.

Nama : Syazana
Sekolah : SJKC Chung Hwa
Cerita : Penebang Kayu Dan Pari-Pari

Nama : Luke Ang Xi Yuen
Sekolah : SJKC Yu Ying
Cerita : Si Monyet Dan Si Katak

Nama : Syafiqah
Sekolah : SK(P)Methodist 1
Cerita : Mak Munah

Nama : Rajaletchumi
Sekolah : SJKT Rumbia
Cerita : Ibu Tiri Kejam

Name : Woon Jia Yi
School : SJKC Bukit Beruang
Story : Pakaian Baru Maharaja


Pautan berkenaan :
Video Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka (1)
Video Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka (2)