Friday, May 31, 2013

Golok Dan Rantau Panjang

Sungai Golok

Sungai Golok dijadikan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Penduduk Golok dan Rantau Panjang menyeberangi Sungai Golok dengan menaiki motobot. Tambang menaiki motobot seringgit setiap kali.


Rantau Panjang

Sekiranya anda tidak ingin memandu ke Golok, anda boleh meletakkan kereta di tempat meletak kereta Rantau Panjang. Bayaran sebanyak beberapa ringgit setiap hari. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki motobot ke Golok.

Golok

Kehidupan penduduk kedua-dua tebing Sungai Golok sungguh selesa dan santai. Anjung dibina di bahagian rumah yang menghadapi sungai. Sekeluarga beristirahat di anjung pada masa lapang untuk mengeratkan hubungan keluarga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Jalan Kebun Sultan Kota Bharu
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan

Tuesday, May 28, 2013

Sekitar Rantau Panjang Kelantan

Rantau Panjang

Selepas melawat ke Masjid Sultan Ismail Petra, kami menuju ke Rantau Panjang di sempadan Thailand dan Malaysia.

Rantau Panjang terletak di barat-laut Kelantan dan diasingkan dari Golok oleh Sungai Golok. Sungai Golok dijadikan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Penduduk Golok dan Rantau Panjang beralih dua tempat dengan menaiki sampan bermotor.


Rantau Panjang

Terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan di Rantau Panjang. Kebanyakan gerai ini diuruskan oleh wanita. Barangan yang dijual termasuk makanan kering dan buah-buahan Kelantan.

Rantau Panjang

Gerai makanan bergerak boleh didapati di Rantua Panjang. Selain menjual minuman sejuk, makanan goreng yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia juga dijual.

Polis Malaysia

Orang Kelantan ramah-tamah. Pegawai polis yang bertugas juga memaparkan senyuman di wajah mereka. Sekiranya anda tersesat jalan atau mempunyai pertanyaan, pegawai polis bersedia menghulurkan bantuan kepada anda.

SJKC Khay Boon

Kehidupan orang Cina sama dengan orang Cina di neger-negeri lain di Malaysia. Mereka berpeluang menerima pendidian Bahasa Cina. SJKC Khay Boon Rantau Panjang membuktikan segala tuduhan MCA dan Parti Gerakan adalah dusta saja.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Friday, May 24, 2013

Rumah Kediaman Nik Aziz

Nik Aziz

Rumah berwarna hijau ini tidak berbeza dengan rumah biasa terdapat di kampung. Sekiranya anda dapat tahu tuan rumah ini, anda pasti akan terperanjat.

Nik Aziz

Rumah hijau ini yang terletak di Pulau Melaka di Kota Bharu, merupakan rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz

Rumah Nik Aziz Nik Mat tidak mewah, kereta keluarganya pun kereta biasa saja.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Kebun Sultan Kota Bharu
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan
Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan

Tuesday, May 21, 2013

Masjid Sultan Ismail Petra Kelantan

Masjid Sultan Ismail Petra

Terletak di Rantau Panjang, Masjid Sultan Ismail Petra merupakan mercu tanda keagungan Islam di Kelantan.

Masjid Sultan Ismail Petra dibina pada tahun 2005 dan siap dibina pada tahun 2009. Kos binaan Masjid Sultaan Ismail Petra sebanyak RM 8800000.


Masjid Sultan Ismail Petra

Masjid Sultan Ismail Petra berciri gabung jalin Islam dan seni bina Cina yang menyerupai Masjid Niujie di Beijing.

Kini, Masjid Sultan Ismail Petra telah menjadi tempat penarikan pelancong. Pelawat singgah di Masjid Sultan Ismail Petra sebelum meneruskan perjalanan ke Golok, Thailand.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Wednesday, May 15, 2013

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013

Kabinet Malaysia

Perdana Menteri
(1) Mohd. Najib Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri
(1) Muhyiddin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
(1) Jamil Khir Baharom (UMNO)
(2) Abdul Wahid Omar (Senator-Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Idris Jala (Senator)
(4) Joseph Kurup (PBRS)
(5) Shahidan Kassim (UMNO)
(6) Nancy Shukri (PBB)
(7) Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) Razali Ibrahim (UMNO)
(2) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
Menteri:
(1) Mohd. Najib Razak (UMNO)
(2) Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Ahmad Maslan (UMNO)

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Menteri:
(1) Muhyiddin Yassin (UMNO)
(2) Idris Jusih (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Mary Yap Kain Ching (PBS)
(2) P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
Menteri:
(1) Hishamuddin Hussein (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Menteri Pengangkutan
Menteri:
(1) Hishamuddin Hussein (UMNO) (Memangku)
Timbalan Menteri:
(1) Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

Menteri Dalam Negeri
Menteri:
(1) Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Dr. Wan Junaidi Jaafar (PBB)

Menteri Kerja Raya
Menteri:
(1) Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan Menteri:
(1) Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Menteri:
(1) Mustapa Mohamed (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Hamim Samuri (UMNO)

Menteri Luar Negeri
Menteri:
(1) Anifah Aman (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Hamzah Zainuddin (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Menteri:
(1) Hasan Malek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Ahmad Bashah Md Hanipah (Senator) (UMNO)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
Menteri:
(1) Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Jailani Johari (UMNO)

Menteri Sumber Manusia
Menteri:
(1) Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan Menteri:
(1) Ismail Abd Muttalib (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Menteri:
(1) Shafie Apdal (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Alexander Nanta Linggi (PBB)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Menteri:
(1) Abdul Rahman Dahlan (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Halimah Mohd Saddique (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan
Menteri:
(1) Khairy Jamluddin Abu Bakar (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Saravanan A/L Murugan (MIC)

Menteri Kesihatan
Menteri:
(1) Subramaniam (MIC)
Timbalan Menteri:
(2) Hilmi Yahaya (UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan
Menteri:
(1) Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Menteri:
(1) Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalam Menteri:
(1) Noriah Kasnon (UMNO)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Menteri:
(1) Maximus Johnity Ongkili (PBS)
Timbalan Menteri:
(1) Mahdzir Khalid (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Menteri:
(1) Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan
Menteri:
(1) Mohamed Nazri Abdul Aziz (UMNO)
Timbalan Menteri:
(1) Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
Menteri:
(1) Dr. Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan Menteri:
(1) Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Menteri:
(1) G. Palanivel (MIC)
Timbalan Menteri:
(1) James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Menteri:
(1) Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan Menteri:
(1) Azizah Mohd Dun (UMNO)

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Keputusan PRU 13 Malaysia
Mendedahkan Penipuan BeEnd
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Jalan Kebun Sultan Kota Bharu Kelantan

Kota Bharu

Jalan Kebun Sultan merupakan salah satu jalan di Kota Bharu, Kelantan. Dynasty Inn yang saya menginap ketika melawat ke Kelantan, terletak tidak jauh dari Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu.

Kota Bharu

Terdapat banyak kedai perniagaan Cina di Jalan Kebun Sultan. Ternyatalah segala tuduhan MCA dan Gerakan dusta belaka.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Monday, May 13, 2013

Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan

Dynasty Inn

Terletak di Kota Bharu Jalan Sultanah Zainab, lokasi Dynasty Inn sungguh sesuai dan harga bilik tamu berpatutan.

Dynasty Inn

Bilik tamu Dynasty Inn luas dan selesa. Peralatan terdapat di bilik tamu termasuk teh set, cerek letrik, peti sejuk mini, papan seterika dan pengering rambut.

Katil bilik tamu selesa dan bilik mandi bersih. Rancangan Astro and port sambungan internet juga disediakan dalam bilik tamu.


Dynasty Inn

Meninggalkan Sungai Lembing, kami menuju ke Kelantan. Lawatan tiga hari dua malam di Kelantan, kami menginap di Dynasty Inn di Kota Bharu. Dynasty Inn berada di pusat bandar Kota Bharu dan tidak jauh dari Jalan Kebun Sutan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Friday, May 10, 2013

Google Membantah Keputusan PRU Ke-13?


Saya amat peranjat apabila ternampak gambar ini pada 8 Mei.

Sebagai rakyat Malaysia, perkara pertama yang saya hubung kait dengan gambar ini ialah keputusan PRU Ke-13. Adakah Google juga tidak puas hati dengan keputusan kontroversi PRU Ke-13 Malaysia?

BN dapat 133 kerusi parlimen dan Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi. Walaupun bilangan kerusi parlimen BN lebih banyak daripada PR tetapi peratusan undi yang dimiliki oleh PR adalah 51.4% dan BN memperolehi 48.6%.

Sungguh pelik parti yang gagal dapat sokongan kebanyakan rakyat boleh menjadi kerajaan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Mendedahkan Penipuan BeEnd
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Tuesday, May 7, 2013

Kemas Kini Keputusan PRU 13 Malaysia

Letrik Tergendala

Oleh kerana letrik tergendala, tidak dapat muat naik keputusan PRU Ke-13. Kini bekalan letrik sudah pulih seperti biasa. Kemas kini keputusan PRU Ke-13 dengan merujuk Laman Web SPR.

Keputusan PRU
Keputusan Parlimen (Klik untuk membesarkan foto)

Keputusan PRU

Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU 13 Malaysia



Saturday, May 4, 2013

Jom Ubah Malaysia

Burung Ubah

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei. Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri juga dijalankan serentak tetapi kecuali Sarawak.

Deman Tsunami Politik 308 masih belum reda. BN dan Pakatan Rakyat sentiasa berceramah di sana sini. Rakyat Malaysia menunggu-nunggu pengumuman tarikh PRU Ke-13 selama lima tahun.

Perdana Menteri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen kerana takut kehilangan kuasa. Walaupun didesak oleh rakyat jelata tetapi Najib Razak menunda pembubaran parlimen hingga saat-saat akhir.

Pengundi memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan baru. Oleh sebab itu, tolak kerajaan yang mengutamakan kroni dan membela lembu di kondominium mewah.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Mendedahkan Penipuan BeEnd
UMNO Parti Politik Telur Busuk