skip to main |
skip to sidebar
Tamat kunjungan ke Sekinchan, kami meneruskan perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia
Kami singgah di Sabak Bernam untuk makan tengah hari sambil mengambil gambar di sekitar bandar tersebut.
Sabak Bernam terletak di Daerah Sabak Bernam. Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam merupakan tiga pekan utama Daerah Sabak Bernam.
Terdapat sederet rumah papan lama bertentangan dengan medan selera. Rumah ini akan lesap dalam gelombang pembangunan. Kerajaan BN memang suka merobohkan bangunan lama termasuk tapak sejarah.

Akhir-akhir ini pelancong berturut-turut ke Sekinchan yang digelar sebagai tanah ikan dan beras.

Terdapat dua buah hotel di bandar baru Sekinchan. Hotel di atas ialah Hotel Purple Town. Hotel kedua yang terletak di bandar baru Sekinchan ialah Hotel Harbour View.

Setelah menikmati makanan laut, anda boleh beralih ke Pantai Redang untuk mengambil angin. Berjalan di atas pasir yang lembut sambil mendengar bunyi ombak menepuk pantai. Mengetepikan urusan harian yang jengkel ketika bersantai di Pantai Redang.

Sekinchan sesuai untuk sekeluarga beristirahat kerana alam sekitar kampung berbeza dengan bandar.
Ibu bapa dapat terlepas dari tekanan kerja dan kanak-kanak boleh mengalami kehidupan berlainan. Mereka berpeluang terlibat dalam aktiviti kampung yang tidak sama dengan kehidupan mereka di bandar.

Selain kampung nelayan, sawah padi Sekinchan juga mempesona. Kini, penanaman padi di Sekincan sudah penjenteraan.
Petani Sekinchan menghasilkan padi dua kali setahun. Sekiranya anda ingin menyaksikan keindah sawah padi yang keemasan, anda perlu memastikan tarikh yang tepat sebelum bertolak ke Sekinchan.

Kilang Penggilingan Padi Sekinchan dibuka untuk orang ramai melawat. Kunjungan ke kilang penggilingan padi pasti membolehkan anda meningkat pengetahuan tentang memproses beras.
Dari proses menggiling hingga membungkus, semua akan terpapar di depan mata anda. Sebelum meninggalkan kilang tersebut, ingat membeli grade A beras mutiara Sekinchan.
Sebuah gerai menjual hasil pertaniaan didapati di luar Kilang Penggilingan Padi Sekinchan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual termasuk nanas, keladi, kelada, jagung, mangga, jambu air dan tembikai susu. Di samping itu, udang kering dan mi beras mutiara juga dijual di gerai pertanian itu.
Anda boleh melangkah ke pasar Sekinchan. Mungkin anda dapat beli barang yang tidak dijangka.
Selain sawah padi dan
makanan laut, terdapat rumah burung layang-layang di sekitar Sekinchan. Persekitaran
sawah padi sesuai dijadi tapak membina rumah burung layang-layang. Burung layang-layang
mencari makanan di sekiling sawah padi dapat mengurangkan masalah perosak
tanaman padi.
Penternak yang mementingkan diri mengubah bangunan di kawasan bandar untuk dijadikan rumah burung layang-layang. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malahan menjejaskan kehidupan harian penduduk bandar.
Jelasnys rumah burung layang-layang lebih sesuai dibina di kawawan luar bandar. Kerajaan harus menggubal undang-undang terhadap usahawan burung layang-layang yang tidak prihatin.
Sebelum pergi ke pasar Sekinchan, kami melalui SJKC Yoke Kuan Sekinchan. Kami berhentikan kereta dan
mengambil gambar di luar sekolah tersebut.
Mural SJKC Yoke Kuan sungguh menarik. Tidak tahu mural itu hasil karya siapa.
Pua Khein-Seng yang mencipta "USB flash drive" pertama, merupakan murid lama SJKC Yoke Kuan Sekinchan.
Berkunjung ke pasar
Sekinchan ketika bercuti di Sekinchan. Singgah di gerai buah-buahan ini untuk
mengambil gambar.
Terdapat sehimpun nanas di gerai buah-buahan tersebut. Saya rasa nanas itu hasil tanaman petani Sekinchan.
Nanas ada pelbagai kebaikan terhadap kesihatan. Makan nanas sekeping sehari, sistem kekebalan anda terlindung.
Kelebihan nanas termasuk mencerahkan kulit, menurunkan berat badan, melegakan batuk bronkitis, menurunkan tekanan darah, mencegah jangkitan selsema dan memulihkan masalah sembelit.
Terdapat sebuah gerai di sebelah kilang penggilingan padi PLS Marketing di Sekinchan. Gerai ini menjual hasil tempatan Sekinchan.
Keluar dari kilang penggilingan padi PLS Marketing, pengunjung beralih ke gerai tersebut untuk membeli hasil istimewa Sekinchan.
Buah-buahan merupakan jualan utama gerai itu. Kebetulan musim buah-buahan ketika kami berada di Sekinchan.
Isteri saya membeli beberapa biji mangga besar Sekinchan. Rasa mangga besar Sekinchan sungguh enak.
Sekiranya anda suka makan jagung, anda boleh membeli beberapa tongkol jagung dan bawa balik untuk dinikmati. Oleh kerana isteri saya tidak membeli jagung, saya tidak dapat memberi tahu anda tentang rasa jagung Sekinchan.
Melawat ke kilang
penggilingan padi PLS Marketing ketika kami bercuti di Sekinchan.
Pekerja menyediakan padi terlebih dahulu. Kemudian, padi itu dimasukkan ke dalam mesin penggiling.
Selepas digiling, kulit padi itu akan diasingkan. Beras yang siap digiling akan keluar dari mesin penggiling dari saluran ini.
Setelah membuang sekam padi, beras itu akan dibungkuskan seperti dalam foto ini.
Di saluran yang lain, sekam padi akan dikumpulkan dalam tong besar ini.
Mesin penggiling padi lama ini hanya untuk demonstrasi kepada pengunjung.
Mesin penggiling padi baru yang digunakan oleh kilang penggiling padi. Berbanding dengan mesin penggiling padi lama, mesin penggiling padi baru ini sungguh berbeza.
Tahukah anda nilai
sebutir nasi itu?
Setiap beras itu merupakan hasil titik peluh petani. Kita perlu bersyukur kerana mempunyai makanan yang dihasilkan oleh petani.
Kunjungan ke Sekinchan, kebetulan petani beras Sekinchan mulai memindah anak benih padi. Sedang bekerja itu seorang pekerja asing. Tidak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan.
Memang pelik kerja ini masih dijalankan secara manual. Tetapi selepas penjelasan pemilik kilang padi, baru tahu cerita sebenarnya.

Selain daripada Hotel Purple Town yang saya blog sebelum ini, Hotel Harbour View ialah satu lagi pilihan penginapan di Sekinchan, Selangor.
Berdasarkan carian Google dan setahu saya, Hotel Harbour View setakat kini hotel yang paling unggul di sekitar Sekinchan.
Sekinchan sebuah pekan kecil. Persinggahan yang ideal adalah terhad untuk pelawat. Oleh kerana bukan sebuah bandar besar, hotel 5 bintang tidak terdapat di Sekinchan. Sekiranya anda ingin tinggal di hotel mewah, maka jangan bermalam di Sekinchan.
Harga bilik Hotel Harbour View berpatutan. Harga itu di antara beberapa puluh ringgit hingga tidak melebihi dua ratus ringgit.
Kafe yang selesa dan bilik mesyuarat yang luas tersedia. Hotel Harbour View merupakan pilihan bijak sama ada anda bercuti atau berurusan di Sekinchan.
Hubung: +603-3241 8868 Fax: +603-3241 8828
Alamat: No. 55, Jalan Menteri Besar 1, Sekinchan Business Center, 45400 Sekinchan, Selangor.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Adun Sekinchan Ng Suee Lim
Ambil Angin di Pantai Redang
Lawatan dua hari
semalam ke Sekinchan, kami singgah di Hotel Purple Town di Sekinchan Business Centre.
Sekinchan terletak tidak jauh dari bandar-bandar berdekatan. Pengunjung akan meninggalkan Sekinchan selepas menikmati makanan laut dan membeli barangan tempatan. Itulah sebabnya, penginapan di Sekinchan terhad. Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan homestay di Sekinchan, tempat tinggal untuk pelancong rombongan tidak menghadapi masalah.
Terdapat Pulau Redang
tidak jauh dari Kuala Terengganu. Kebetulan ada pantai yang bernama Pantai Redang di Sekinchan, Selangor.
Selain menikmati makanan laut lazat ketika berada di Sekinchan, anda boleh berkunjung ke Pantai Redang untuk menenangkan fikiran. Bagi penduduk bandar, Pantai Redang merupakan satu destinasi untuk melawat pada cuti atau hujung minggu.

Apabila sebut tentang
Sekinchan, tentulah harus memperkenalkan Adun Sekinchan Ng Suee Lim.
Ng Suee Lim berperanan penting dalam peningkatan industri pelancongan Sekinchan. Oleh sebab itu, beliau amat dihormati oleh penduduk Sekinchan.
Parti pembangkang tewas teruk dalam pilihan raya umum tahun 2004. DAP hanya tinggal dua wakil di Dewan Undangan Selangor, iaitu Teng Chang Khim dan Ng Suee Lim. Mereka berganding bahu memperjuang dengan seboleh-bolehnya untuk mengasaskan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor. Akhirnya, Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Selangor pada 3 Mac 2008.
Semasa pilihan raya kecil di Merlimau pada tahun 2011, Ng Suee Lim muncul di ceramah Pakatan Rakyat. Beliau berkempen untuk calon dari Parti PAS, Yuhaizad. Sudah berulang kali mendengar Ng Suee Lim berucap di ceramah politik. Beliau sungguh mahir berpidato dan bertutur dalam bahasa Jawa. Lawan politik Ng Suee Lim sangat takut akan beliau, terutama Menteri Pertanian Noh Omar.
"Roti Najib tanpa telur" merupakan kata Ng Suee Lim yang paling terkenal. Sebenarnya Ng Suee Lim menyindir Perdana Menteri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen dan mengumum tarikh pilihan raya umum ke-13.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Kampung Nelayan Bagan Sekinchan
Bersembang Dengan Nelayan Sekinchan
Berkunjung ke Kampung Nelayan Bagan di Sekinchan agak menarik. Selain menikmati makanan laut yang segar dan lazat, anda boleh meluaskan pengetahuan mengenai perkampungan nelayan.
Melihat gambar di atas, mungkin anda berfikir lelaki ini sedang membaiki jala. Sebenarnya keadaan bukan begitu. Berdasarkan informasi yang diberikan oleh tauke ini, dia memproses jala baru.
Jala baru harus dipasang dengan tali kasar sebelum digunakan. Tauke ini sungguh mahir dalam tugas ini. Jika tidak dia akan mencederakan jarinya.