Showing posts with label Korea (S) : Hidangan. Show all posts
Showing posts with label Korea (S) : Hidangan. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Proses Membuat Kimchi

Kimchi

Pengenalan:
Jika anda pernah ke Korea Selatan, tentu anda telah merasai kimchi kerana kimchi dihidangkan sebagai lauk sampingan.


Kimchi

Perasa dan bahan-bahan:
Kimchi merupakan sejenis makanan tradisional Korea yang dibuat dengan cara penapaian. Perasa dan bahan-bahan termasuk halia, kubis, timun, selada air, cili kering, ikan masin, serbuk lada, lobak putih, udang masin, daun bawang, bawang putih dan daun mustard.


Kimchi

Proses membuat kimchi:
Membuang daun-daun lapis luar kubis yang reput. Belah kubis kepada dua bahagian dengan memotong dari bahagian bawah kubis. Celup kubis dalam larutan garam dalam jangka masa yang ditetapkan. Selepas itu, bilas kubis dengan air sejuk.

Adunkan perasa dan bahan-bahan yang disediakan untuk menyumbat di antara lapisan kubis. Balut kubis yang telah disumbat dengan ketat. Langkah yang terakhir ialah meletak kubis tersumbat itu ke dalam tempayang dengan teratur.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Muzium Kimchi Pulmuone
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


Thursday, July 14, 2011

Bahulu Walnat Korea Selatan

Bahulu Walnat

Bahulu walnat merupaka kuih bulan Korea Selatan. Ini bermaksud orang Korea Selatan juga menyambut Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Di samping itu, mereka juga makan kuih bulan.

Bahulu dipanggang dan dijual serta-merta. Ia sesungguhnya dijual sebagai kek panas. Bahulu ini dinamakan bahulu walnat kerana saiz dan bentuknya sama dengan walnat.

Kebanyakan kuih-muih Korea Selatan mengguna kacang merah sebagai inti. Bahulu juga tidak dikecualikan. Selain daripada kacang merah, inti bahulu walnat termasuk kacang tanah dan buah berangan.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong Seoul
Mi Sejuk Hamhung Korea Selatan
Kuih Lempeng Sayur Myeongdong



Tuesday, July 12, 2011

Mi Sejuk Lazat Hamhung Korea Selatan

Mi Sejuk

Rencana yang disiarkan sebelum ini, saya menceritakan tentang ladu sup telur. Kini, saya akan menulis satu lagi santapan enak Korea Selatan, mi sejuk Hamhung.

Mi sejuk merupakan makanan Korea Selatan yang sungguh istimewa. Bahan-bahan mi sejuk termasuk telur, timun, sup daging, lobak putih dan mi halus buatan tangan. Biasanya mi sejuk dihidangkan dengan mangkuk keluli besar. Ketul air batu akan ditambahkan sebelum dijamu.

Mi sejuk berasal dari Hamhung dan Pyongyang Korea Utara. Didapati banyak restoran di Seoul menjual mi sejuk Hamhung dan Pyongyang untuk menarik lebih banyak tetamu.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Tanglung Tradisional Korea Selatan
Stesen Minyak GS Caltex Toegyero


Monday, July 11, 2011

Ladu Sup Telur Mangkuk Besar Korea Selatan

Ladu

Foto ini diambil di restoran mini di Phildong, Seoul. Hidangan ini merupakan salah satu makanan saya ketika melancong di Seoul.

Adakah anda tahu apa santapan Korea Selatan ini?

Ini ialah semangkuk ladu sup telur. Untuk pengetahuan anda, orang Korea juga suka makan ladu. Bahan-bahan ladu sup telur termasuk telur, bijan, rumpai laut dan daun bawang.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Stesen Minyak GS Caltex Toegyero


Saturday, July 9, 2011

Restoran Mini Phildong Seoul Korea Selatan

Restoran Korea Selatan

Restoran mini Korea Selatan ini terletak di Phildong, Seoul. Lokasi restoran mini ini di luar pintu masuk Kampung Hanok Namsangol.

Restoran Korea Selatan

Ketika saya dan isteri melancong di Seoul pada Februari, kami menginap di Asrama Belia Seoul yang tidak jauh dari restoran mini ini. Kami telah memakan beberapa kali di restoran tersebut.

Harga hidangan tidak mahal. Makanan yang paling mahal hanya 6000 Won. Menu dicetak dengan gambar untuk memudahkan pelangan yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Tanglung Tradisional Korea Selatan


Sunday, May 22, 2011

Kuih Lempeng Sayur Myeongdong Seoul Korea Selatan


Pada pandangan pertama, saya fikir ini ialah pizza. Sebenarnya, hidangan ini kuih lempeng Korea Selatan.

Ramuan diletak di atas kulit kuih lempeng. Penjual kuih lempeng akan goreng kuih lempeng tersebut apabila pelangan ingin beli. Anda boleh membuat keputusan sama ada hendak menambah sos ke kuih lempeng.

Pelbagai makanan jajanan boleh didapati di Myeongdong. Menikmati santapan Korea Selatan semasa melancong di Seoul merupakan satu pengalaman luar biasa.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Buah Berangan Myeongdong
Makanan Ringan Myeongdong


Thursday, May 19, 2011

Buah Berangan Myeongdong Seoul Korea Selatan

Buah berangan

Menggosok buah berangan antara dua tapak tangan boleh memanaskan tapak tangan anda yang kaku pada musim sejuk.

Kupas petala buah berangan dan merasai buah berangan yang harum. Buah berangan merupakan makanan enak Cina. Saya tidak menjangka dapat makan buah berangan di semasa melancong di Korea Selatan.

Buah berangan sungguh berkhasiat. Zat-zat yang terdapat di buah berangan termasuk kanji, asid folik, serat pemakanan, vitamin A, vitamin C dan vitamin B kompleks Selain itu, buah berangan juga mengandungi zat galian seperti besi, zink, kalium, mangan, kalsium, fosforus dan magnesium.

Artikel Berkaitan
Sate Pedas Myeongdong
Hanjeungmak Myeongdong
Makanan Ringan Myeongdong