Friday, March 11, 2011

Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia

Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tidak harus mencurigai kesetiaan rakyat.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kerajaan akan tidak ragu-ragu mengambil tindakan terhadap pihak yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Afrika Utara. Beliau mengemukakan kenyataan tersebut di sidang akhbar setelah bertemu dengan petani, nelayan dan penternak di Merlimau baru-baru ini.

Semasa pilihan raya kecil N27 Merliamu, menghadiri ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat setiap malam. Tiada seorang pemimpin Pakatan Rakyat pun menghasut rakyat menumpaskan kerajaan secara keganasan. Mereka hanya menasihat rakyat mengubah pemikiran supaya menukar kerajaan yang telah lama memerintah.

Kemungkinan pengintip BN amat lembab dan tidak faham maklumat yang disampaikan oleh penceramah Pakatan Rakyat. Jika tidak, maklumat pemimpin Pakatan Rakyat telah di putar belit oleh golongan yang berniat jahat. Mereka bertujuan mengujudkan fenomenon huru-hara untuk menakut-nakutkan rakyat.

Rakyat Malaysia mencintai aman dan harmoni. Dengan tegasnya, rakyat Malaysia menolak kerajaan yang menipu dan mengugut rakyat.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.