Showing posts with label Melaka : Merlimau. Show all posts
Showing posts with label Melaka : Merlimau. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee

Jenice Lee

ADUN Teratai Selangor Jenice Lee merupakan salah seorang pemimpin DAP yang berucap di Jamuan Makan Malam Merlimau pada Februari 25. Kebanyakan pemimpin DAP ialah lelaki, jadi kehadiran Jenice Lee di Merlimau sungguh mengejutkan.

Menikmati mendengar Jenice Lee menyebut tentang cerita menarik kerajaan Selangor Pakatan Rakyat. Menurut Jenice Lee, rakyat Selangor mula mengutip duit semasa mereka dilahirkan. Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat juga akan membayar anda sebaik saja menghabisi nafas terakhir.

Wah, begitu baik dan begitu bagus! Begini, saya harus berhijrah ke Selangor. Bolehkah Jenice Lee sudi menguruskan untuk saya? 

Artikel Berkaitan
Wira Demokrasi Malaysia Tian Chua
Pemimpin PAS Malaysia Mesra Rakyat
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Saturday, March 12, 2011

Mohammad Nizar Menyanyi Bulan Mewakili Hatiku

Nizar Jamaluddin

Semasa pilihan raya kecil N27 Merlimau, Mohammad Nizar Jamaluddin menyanyi "Bulan Mewakili Hatiku" bersama orang Merlimau.

Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat Perak. Beliau sentiasa menyebut tentang Perdana Menteri Malaysia Najib Razak setiap kali memberi ucapan politik. Kerajaan Pakatan Rakyat tumpas setelah beberapa ekor katak politik melompat keluar dari Pakatan Rakyat. Mohammad Nizar Jamaluddin kehilangan jawatan Menteri Besar selepas BN mengambil alih kuasa pentadbiran Perak. Sejak itu, Mohammad Nizar Jamaluddin sungguh benci Najib Razak.

Sering muncul di ceramah politik Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin bertungkus lumus menjelas perjuangan PAS kepada orang Cina di Merlimau. Beliau berjaya mengeratkan jurang antara PAS dengan masyarakat Cina.

Artikel Berkaitan
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah


Wednesday, March 9, 2011

Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah

Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad muncul di PRK N27 Merlimau. Beliau merupakan salah seorang penceramah yang berucap di ceramah politik Pakatan Rakyat di Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Khalid Samad dengan ikhlas menasihatkan rakyat Malaysia peka terhadap arus perubahan di seluruh dunia yang terkini.  Beliau mengemukakan Revolusi Jasmine yang berlaku di Afrika Utara sebagai contoh yang penting. Diharap maklumat ini dapat disebarkan ke segala pelusuk Malaysia.

Harus diingatkan bahawa Khalid Samad mendesak rakyat Malaysia mengubah kerajaan menerusi pilihan raya umum. Janganlah putar belit pesanan beliau kepada rakyat.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Monday, March 7, 2011

Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk

Nurul Izzah

Bintang politik Malaysia, Nurul Izzah mendesak pengundi Merlimau jangan salah pilih wakil rakyat. Beliau mengatakan demikian semasa berucap di pilihan raya kecil N27 Merlimau baru-baru ini.

Nurul Izzah menyeru rakyat Malaysia menolak kerajaan BN yang menindas rakyat jelata selama melebihi 50 tahun. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah menyebabkan ekonomi negara semakin teruk. Rakyat seharunya menukar kerajaan menerusi pilihan raya umum secara berdemokrasi.

Malaysia ialah sebuah negara untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum bukan untuk segolongan orang dan crony mereka yang berniat jahat. Oleh sebab itu, nasihat Nurul Izzah haruslah kita ingat supaya dapat mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh


Friday, March 4, 2011

Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh

Anwar Ibrahim

Pemimpin umum PKR Anwar Ibrahim berkempen di PRK N27 Merlimau baru-baru ini. Beliau memberi sokongan teguh kepada calon PAS Haji Yuhaizad Abdullah yang mewakil Pakatan Rakyat.

Menghadiri ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat di Jalan Pahlawan, Merlimau pada malam 1 Mac. Anwar Ibrahim, perdana menteri bayangan kerajaan alternatif Malayisa merupakan salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap di ceramah tersebut. Ucapan beliau sungguh hebat. Setiap hujah seperti sembilu menikam BN hingga mati. Sekiranya PRK Merlimau tiada penyertaan Anwar Ibrahim, tentulah tidak begitu menarik.

Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar perdana menteri Malaysia merangkap president BN Najib untuk berbahas tentang negara muflis. Disamping itu, beliau juga mendedahkan korupsi, kenaikan harga barangan, aliran keluar khazanah negera secara haram dan perkembangan perbicaraan liwat.

Hadirin pada malam itu terdiri daripada berbilang kaum Malaysia. Keadaan ini terbukti Anwar Ibrahim masih berpengaruh di kalangan rakyat jelata Malaysia.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Thursday, March 3, 2011

Calon PAS PRK N27 Merlimau Yuhaizad

Yuhaizad 

Pilihan raya kecil Merlimau merupakan pertarungan di antara PAS dari Pakatan Rakyat dan UMNO dari Barisan National.

PAS diwakili Haji Yuhaizad Abdullah untuk menemubusi kubu UMNO di Melaka. Haji Yuhaizad Abdullah telah berjaya dipilih sebagai calon daripada beberapa pemimpin PAS cawangan Jasin.

Haji Yuhaizad Abdullah seorang ahli politik yang berbakti, berasal dari Kampung Chinchin, Jasin. Beliau berumur 38 tahun dan berkahwin dengan Shakila Mohamad yang berkhidmat sebagai seorang pendidik. Peranan beliau dalam parti juga amat penting.

Berikut ialah jawatan yang disandang oleh Haji Yuhaizad Abdullah:

1. Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin
2. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka
3. AJK Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Peringkat Pusat
4. AJK Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Peringkat Pusat
5. AJK Lajnah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Peringkat Pusat


Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Wednesday, March 2, 2011

Ulama Islam Terhormat Nik Aziz Nik Mat

Nik Aziz

Setelah menghadiri Malam Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Merlimau, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat muncul sekali lagi untuk memberi ucapan. Beliau memberi sokongan kuat kepada calon Pakatan Rakyat supaya dapat meningkatkan peluang kemenangan di pilihan raya kecil N27 Merlimau.

PKR Merlimau

Orangramai berkerumun di Markas PAS Merlimau di Jalan Batu Gajah pada malam Sabtu (12/02/2011).

Sebaimana terpapar di dalam gambar, ruang di depan pentas penuh dengan beribu-ribu peminat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Mereka riang gembira kerana terhibur dengan ucapan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sungguh menarik. Ini terbukti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin Islam yang disanjungi tinggi.

Artikel Berkaitan
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau


Tuesday, March 1, 2011

Rumah Untuk Di Sewa Semasa PRK N27 Merlimau

Rumah Terrace

Selepas penamaan calon PRK N27 Merlimau dilaksana pada 26 Februari, suasana pilihan raya di antara BN dan PR semakin tegang. Sekiranya anda tidak ingin melepasi peluang menyaksikan keadaan PRK Merlimau yang sungguh menarik, dijemput datang ke Merlimau beramai-ramai.

Terdapat rumah terrace setingkat untuk disewa semasa PRK N27 Merlimau. Sila hubungi koh2170@hotmail.com jika berminat.

Artikel Berkaitan
Malam Tahun Baru Cina PR Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau


Sunday, February 27, 2011

Penamaan Calon PRK N27 Merlimau

PRK Merlimau

Penamaan calon pilihan raya kecil N27 Merlimau yang dinanti-nantikan telah dilaksanakan pada pagi 26 Februari di Politeknik Merlimau.

Ketika ternampak keadaan terdapat di foto, saya fikir telah sesat jalan dan tiba di Kaherah, Mesir. Perarakan Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR sepanjang 2 km.

Helikopter

Menengadah ke langit, sebuah helikopter sedang terbang lalu atas Politeknik Merlimau. Selain itu, seekor burung pun tidak nampak. Bayang dacing yang amat menderitakan rakyat Malaysia juga tiada.

Artikel Berkaitan
Malam Tahun Baru Cina PR Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau


Tuesday, February 15, 2011

Malam Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Merlimau

PAS Merlimau

Saya telah dijemput untuk menghadiri Malam Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Merlimau. Pertemuan itu diadakan pada 11 Februari di Markas PAS Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat datang jauh-jauh dari Kelantan untuk bertemu dengan penghuni Merlimau. Beliau mengucap selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada para hadirin Cina. Saya bernasib baik kerana dapat bertemu dengan pemimpin Islam yang disanjungi.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan ramahnya berkongsi pengalaman memerintah negeri Kelantan. Tujuan beliau adalah untuk melegakan kaum Cina supaya tidak takut kepada Islam. Sebenarnya Islam hanya sejenis agama tetapi telah diputar belit oleh pihak yang berniat jahat.

Pergilah ke Kelantan untuk memahami keadaan sebenar terdapat di sana! Semua keraguan akan dijawab selepas kunjungan ke Kalantan. Hanya orang bodoh suka mengancam masyarakat Cina dengan isu-isu Islam.

Artikel Berkaitan
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau


Monday, February 14, 2011

MCA Berkempen Di PRK N27 Merlimau

Merlimau MCA

Sekumpulan peminpin MCA telah bertemu dengan penduduk Merlimau di sebuah kedai kopi di Merlimau. Pertemuan tersebut bertujuan untuk membantu para pemilik melanjutkan tempoh geran rumah kedai mereka.

Antara pemimpin MCA yang menghadiri pada hari itu termasuk Datuk Koh Nai Kwong, Datuk Chong Tam Onn and Koh Chin Han. Datuk Koh Nai Kwong telah dilantik sebagai ketua pilihan raya kecil peringkat bahagian. Beliau dibantu oleh bekas ADUN Bemban Datuk Chong Tam Onn dan Koh Chin Han.

Segala bantuan yang dihulurkan oleh ahli-ahli politik amat dialu-alukan. Terbuktilah pilihan raya kecil akan manfaatkan pengundi. Semoga pilihan raya kecil diadakan sesering mungkin.

Artikel Berkaitan
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau

Thursday, February 10, 2011

SJKC Merlimau Melaka

SJKC Merlimau

Terdapat sebuah sekolah rendah Cina yang bernama SJKC Merlimau di Merlimau. SJKC Merlimau terletak di sebelah Merlimau Inn di pekan Merlimau.

SJKC Merlimau

Projek pembinaan semula telah dilancarkan pada tahun 2009. Foto ini diambil sebelum projek tersebut dimulakan.

SJKC Merlimau

Pembinaan semula itu bermula pada hujung tahun 2009 dan selesai pada bulan Ogos tahun berikutnya. Semasa tempoh pembinaan, para murid dan guru harus menderita. Mereka dipaksa menghirup udara tercemar. Semua guru perlu bercakap sekuat yang mereka boleh semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

SJKC Merlimau

Foto terpapar di atas merupakan dewan SJKC Merlimau. Sebelum dewan sekolah dibina, tapak ini ialah gelanggang badminton terbuka. Kos pembinaan semula Merlimau sebanyak 2.5 juta. Wang itu dikutip dari sumbangan.

Artikel Berkaitan
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau
Tuhan Kekayaan Datang Ke Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Wednesday, February 9, 2011

Tuhan Kekayaan Datang Ke Merlimau

Tuhan Kekayaan

Tuhan kekayaan datang ke bandar. Tuhan kekayaan datang ke Merlimau.

Dengan pengumuman tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, pasukan-pasukan kempen dari BN dan PR akan beransur tiba di Merlimau.

Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kecil akan manfaatkan rakyat. Jumlah besar peruntukan akan dihulurkan oleh parti pemerintah. Sementara itu, parti pembangkang akan berjanji sebanyak mungkin.

Pengundi DUN N27 Merlimau harus membeli ubat titis mata untuk membersihkan mata supaya tidak membuat keputusan yang kurang tepat.

Artikel Berkaitan
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau
Hotel Melayu Tradisional Merlimau Inn
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Wednesday, February 2, 2011

Hotel Melayu Tradisional Merlimau Inn

Merlimau Inn
Terdapat sebuah hotel Melayu tradisional yang bernama Merlimau Inn di Merlimau. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel di Merlimau. 

Merlimau Inn
Sebagai anda dapat melihat dari foto di atas, Merlimau Inn betul-betul sebuah hotel tradisional Melayu. Menginap di Merlimau Inn akan membolehkan anda mengalami gaya hidup desa di Melaka.

Merlimau Inn
Penyambut tetamu yang cantik ini akan menyambut ketibaan anda dengan senyuman mesra. Beliau ingin memastikan anda benar-benar memiliki kenangan manis selepas bermalam di Merlimau Inn.

Merlimau Inn
Merlimau Inn dibina dengan kayu jati dan kayu cengal. Kayu-kayuan ini ialah bahan-bahan binaan rumah tradisional Melayu. Bangunan Melayu luar biasa ini mendedahkan budaya Melayu di Malaysia.

Merlimau Inn
Sila menghubungi pengurus Merlimau Inn, Encik Paul Singh untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel Berkaitan
Perigi Portugis Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka


Saturday, January 29, 2011

Berita Kedai Kopi Pilihan Raya Kecil Merlimau

Merlimau
Berdasarkan berita kedai kopi Merlimau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijadualkan melawat Merlimau pada akhir Februari. Beliau akan berkempen secara peribadi untuk meningkatkan peluang kemenangan BN.

Menurut laporan media,Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari. Pengumuman SPR mengesahkan berita kedai kopi Merlimau adalah tepat.

Pilihan raya kecil telah menjadi satu tradisi di Malaysia yang memanfaatkan rakyat jelata. Oleh sebab itu, pengundi Dun Merlimau tidak sabar untuk ketibaan hari yang paling istimewa itu.

Artikel Berkaitan
Perigi Portugis Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka


Thursday, January 27, 2011

Video Kolej Komuniti Merlimau


Sila melayari Kolej Komuniti Merlimau untuk membaca maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka
Dun Merlimau Mohamad Hidhir


Monday, January 24, 2011

Adun Merlimau Mohamad Hidhir Meninggal Dunia

Mohamad Hidhir
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia kerana serangan jantung di Hospital Pakar Putra, Melaka sekitar pukul 8 malam Khamis.

Datuk Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami ketidakselesaan perut setelah pulang dari Taiwan awal bulan ini. Beliau menderita serangan jantung kali pertama pada hari Sabtu. Selepas dua serangan jantung lagi, beliau terpaksa menghembus nafas terakhir.

Dengan kematian Datuk Mohamad Hidhir dari UMNO, pilihan raya kecil ke-15 sejak pilihn raya umum 2008 akan diadakan dalam masa 60 hari.

Artikel Berkaitan
Kolej Komuniti Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau


Tuesday, August 31, 2010

Politeknik Merlimau Melaka

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau terletak di Jalan Jasin, Merlimau. Jarak Politeknik Merlimau hanya 2 km dari Pekan Merlimau. Politeknik ini merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau menawarkan pelbagai program sijil dan diploma. Program-program itu termasuk Hospitaliti, Perdagangan, Pengajian Am, Kejuteraan Awam, Kejuteraan Elektrik dan Kejuteraan Mekanikal.

Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau telah menjadi salah satu tempat pertandingan Sukan Malaysia ke 13 yang berlangsung pada bulan Jun. Acara ragbi, gimrama dan gimnastik diadakan di Politeknik Merlimau.

Politeknik Merlimau
Seperti institusi pengajian tinggi awam Malaysia lain, Politeknik Merlimau menyediakan kemudahan prasarana yang sesuai. Di antara kemudahan itu ialah pusat kegiatan pelajar, asrama pelajar, perpustakaan, pusat sukan, kafeteria, dewan, hotel dan kantin.

Pautan Berkaitan
Kolej Komuniti Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau

Wednesday, April 14, 2010

Pasar Awam Merlimau

Pasar Awam Merlimau
Pasar awam Merlimau terletak di Jalan Jasin Pekan Merlimau. Pasar ini membekalkan keperluan harian kepada penduduk sekitar Merlimau.

Suasana pasar awam Merlimau pada waktu petang sungguh sunyi. Tiada pelanggan dan rak makanan pun ternampak kosong. Oleh kerana itu, anda harus pergi ke pasar awal pagi.

Pasar Awam Merlimau
Encik Ouyang menguruskan perniagaan perikanan di pasar awam Merlimau. Terdapat bekalan perikanan segar setiap hari di pasar ini. Anda boleh membeli hasil laut segar di sini dengan harga yang berpatutan.

Pasar Awam Merlimau
Lelaki Melayu yang ramah ini tidak berhenti-henti bercakap dengan saya. Saya terpaksa mendengar rungutan beliau.

Pasar Awam Merlimau
Wanita India ini ialah pemilik gerai sayur. Beliau menjual pelbagai sayur yang terdapat di Malaysia.

Pasar Awam Merlimau
Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum. Bangsa berlainan mencari nafkah di bawah satu bumbung yang sama dengan harmoni.

Pautan Berkaitan
Pasar Malam Merlimau

Kolej Komuniti Merlimau

Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau

Saturday, April 10, 2010

Pasar Malam Merlimau

Merlimau

Pasar malam Merlimau terletak di Kawasan Industri Merlimau. Penduduk-penduduk sekitar Merlimau gemar berkunjung pasar malam Merlimau kerana barang yang dijual tidak mahal.

Mulai pukul 4 petang stiap hari Jumaat, penjaja dari merata tempat berkumpul di pasar malam Merlimau. Mereka membekalkan pelbagai barang termasuk pakaian, makanan, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan ringan dan barang keperluan harian.


Merlimau

Apabila malam tiba, pasar malam Merlimau penuh sesak dengan pengunjung daripada pelbagai bangsa di Malaysia. Suasana di pasar malam Merlimau sungguh hiruk-pikuk. Terdapat suara tawar-menawar yang tidak berhenti-henti di seluruh pasar malam Marlimau.

Pasar malam Merlimau serupa dengan pusat membeli-belah setempat. Anda boleh memperolehi kebanyakan barang yang anda perlukan di sini dengan harga berpatutan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau