Thursday, February 28, 2013

Mengambil Foto Berpakaian Tradisi Belanda

Volendam

Ketika berada di Volendam, anda boleh menjadi orang Belanda dengan mudahnya. Anda hanya perlu menjejak kaki ke dalam kedai foto dan impian anda akan tercapai.

Selain kedai cenderamata, Volendam ada kedai foto yang menyediakan perkhidmatan khas iaitu mengambil gambar untuk pelancong. Anda boleh memakai pakaian tradisi Belanda untuk mengambil gambar sebagai kenangan manis menjelajah ke Belanda.

Volendan merupakan sebuah perkampungan nelayan yang indah pesona. Perkampungan nelayan ini sesuai dijadikan kediaman idaman.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Monday, February 25, 2013

Kilang Penggilingan Padi Sekinchan

Kilang Penggiling Padi

Melawat ke kilang penggilingan padi PLS Marketing ketika kami bercuti di Sekinchan.

Pekerja Kilang Penggiling Padi

Pekerja menyediakan padi terlebih dahulu. Kemudian, padi itu dimasukkan ke dalam mesin penggiling.

Mesin Penggiling Padi

Selepas digiling, kulit padi itu akan diasingkan. Beras yang siap digiling akan keluar dari mesin penggiling dari saluran ini.

Mesin Penggiling Padi

Setelah membuang sekam padi, beras itu akan dibungkuskan seperti dalam foto ini.

Mesin Penggiling Padi

Di saluran yang lain, sekam padi akan dikumpulkan dalam tong besar ini.


Mesin penggiling padi lama ini hanya untuk demonstrasi kepada pengunjung.

Mesin Penggiling Padi

Mesin penggiling padi baru yang digunakan oleh kilang penggiling padi. Berbanding dengan mesin penggiling padi lama, mesin penggiling padi baru ini sungguh berbeza.

Pekerja Kilang Penggiling Padi

Ini ialah mesin pembungkusan baru. Pekerja sedang membungkus beras mutiara bungkusan kecil.

Harga barangan hari-hari naik kerana mu---BN (Barang Naik). Harga beras juga semakin meningkat. Selagi tidak "ubah", kesengsaraan rakyat akan melanjut.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Ambil Angin di Pantai Redang
Hotel Harbour View Sekinchan

Thursday, February 21, 2013

Makanan Jajanan Myeongdong Seoul

Sate

Menikmati sate pedas Korea Selatan pada musim sejuk sungguh senorok.

Myeongdong merupakan kawasan tersebuk di Seoul, Korea Selatan. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan jajanan di Myeongdong. Sekiranya anda gemar makanan pedas, sate pedas gerai ini tentu sesuai dengan citarasa anda.


Buah Berangan

Suhu pada malam musim sejuk di bawah sifar.

Merasa buah berangan panas pada malam sejuk dan di bawah lampu neon adalah satu pengalaman berlainan ketika melancong di Korea Selatan.


Makanan Ringan

Melalui gerai makanan ringan, singgah sebentar untuk membeli makanan ringan yang anda suka. Anda boleh makan di warung menjual minuman panas berdekatan.

Kuih Lempeng

Kuih lempeng boleh didapati di merata tempat di Seoul.

Letih selepas berjalan-jalan, membeli beberapa kuih lempeng untuk mengisi perut. Kuih lempeng ini enak dan tidak mahal.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bibimbap Enak Korea Selatan
Ladu Sup Telur Korea Selatan
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Mi Sejuk Hamhung Korea Selatan

Sunday, February 17, 2013

Jeti Penumpang Marina Awam Tanjung Pengelih

Jeti Marina Awam

Jeti Penumpang Marina Awam terletak di Tanjung Pengelih Pengerang, Johor. Jarak antara Pangkalan TLDM dan Jeti Penumpang Marina Awam tidak jauh. Dari Pangkalan TLDM memandu dengan lambat tidak melebihi 5 minit akan tiba di Jeti Penumpang Marina Awam.

Jeti Penumpang Marina Awam merupakan pintu masuk ke Malaysia dari laut di hujung tenggara Johor. Pelancong Singapura menaiki feri dari Jeti Changi ke Jeti Penumpang Marina Awam.

Dari Jeti Penumpang Marina Awam, mereka menaiki teksi ke Sungai Rengit untuk menikmati makanan laut. Sekiranya anda ada menempah hotel, anda boleh meminta pihak hotel menguruskan kenderaan darat.

Terdapat beberapa syarikat feri menyediakan perkhidmatan untuk penumpang. Sebenarnya saya ingin mengambil gambar di Jeti Penumpang Marina Awam tetapi dilarang oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.

Jeti Penumpang Marina Awam bukan pangkalan tentera, otak pegawai tersebut telah subur dengan rumput.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Restoran Super Lobster Sg Rengit

Thursday, February 14, 2013

Pasar Malam Filipina KK

Pasar Malam Filipina

Pasar Malam Filipina merupakan destinasi yang pelancong tidak akan terlepas ketika berada di KK, Sabah.

Cuba meneka apa bungkusan itu?

Sama ada digantung atau disusun teratur, semua bungkusan itu ialah hasil marin khas Sabah. Produk itu termasuk gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.


Rumpai Laut

Apakah benda ini?

Rumpai laut yang digelar sebagai sarang burung laut, mengandungi protein, mineral, vitamin dan kolagen.

Kolagen boleh mencegah penuaan kulit. Oleh sebab itu kaum wanita amat tertarik dengan kolagen. Selain itu, kolagen juga boleh menguatkan regangan sendi.

Rendam secekak rumpai laut semalam dan memasak dengan periuk kecil selama 30 minit. Mengikut kegemaran masing-masing bercampur dengan madu, medlar, gula batu, susu soya, jus lemon dan kurma merah. Sekiranya anda suka rasa kopi, anda boleh buat puding kopi dan kek kopi chiffon.


Pasar Malam Filipina

Jika anda gemar makanan laut secara membakar, anda harus menjejak kaki ke Pasar Malam Filipina. Pelbagai makanan laut segar untuk anda memilih. Yang penting makanan warung sesuai dengan selera anda.

Pasar Malam Filipina terletak antara Pasar Sentral dan Pusat Handicraft di jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah. Kalau anda ingin menikmati makanan laut atau membeli rumpai laut, anda harus jalan-jalan di sekitaran Pasar Malam Filipina.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Tuesday, February 12, 2013

Kedai Cenderamata Volendam Belanda

Kedai Cenderamata

Selepas menikmati santapan pertama di Eropah, kami mengambil angin di sekitar Volendam.

Jalan raya sempit Volendam dibanjiri pelancong dari seluruh dunia. Terdapat pelbagai kedai di sepanjang jalan. Kedai yang paling banyak ialah kafe dan restaurant. Di samping itu, kedai foto yang menyediakan servis kepada pengunjung juda boleh didapati.



Masuk ke sebuah kedai cenderamata yang penuh dengan pelawat dari Indonesia. Keadaan ini mengingatkan saya Doota di Dongdaemun, Seoul. Kini, kami bertemu dengan pelancong Indonesia dan pelancong Republik Rakyat China tidak kira ke mana-mana.

Saya yang gemar membaca membeli sebuah buku pelancongan Belanda. Isteri saya membeli beberapa gelang kunci. Selain gelang kunci, anda boleh membeli delft biru mini Belanda. Saya menyesal kerana tidak membeli delft biru mini itu. Jika tidak boleh muat naik untuk berkongsi dengan anda.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Sunday, February 10, 2013

Selamat Menyambut Tahun Ular Emas

Ular

"Tarian Ular Emas" ialah muzik China kegemaran saya.

Saya tidak sangka muzik ini salah satu karya Nie Er yang menggubah lagu kebangsaan Republik Rakyat China "Barisan Para Sukarelawan".

Membersihkan rumah merupakan adat Cina meraikan Tahun Baru Lunar. Semoga semasa Tahun Ular Emas, rakyat Malaysia mempunyai kerajaan baru yang bersih.

Malaysia memerlukan perubahan supaya mewujudkan sistem dua parti.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tahun Naga Emas Makmur
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Selamat Menyambut Tahun Arnab

Thursday, February 7, 2013

Perbezaan Diftong Dan Vocal Berganding

Diftong

Saya terperanjat apabila mengetahui bahawa murid tahun 3 SJKC perlu mempelajari diftong dan vokal berganding.

Siapakah yang membuat keputusan bodoh ini?

Apakah diftong dan vokal berganding?

Diftong: ai, au, oi.
Contoh: tupai, pisau, sepoi.

Vokal berganding: aa, ai, au, ia, iu, ua, ui.
Contoh: saat, naik, lauk, diam, tiup, jual, duit.

Bagaimanakah membezakan diftong dan vokal berganding?

Diftong: Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat. Kedai=ke+dai, pulau=pu+lau, amboi=am+boi.

Vokal berganding: Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata. baik=ba+ik, kaum=ka+um, liar=li+ar, luas=lu+as.

Murid-murid tahun 3 kanak-kanak kecil. Mereka bukan pakar fonetik. Yang penting mereka dapat menguasai suku kata dan boleh membaca perkataan mudah Bahasa Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perayaan Hari Kanak-Kanak
Burung Marah Membantah BN

Tuesday, February 5, 2013

Setiap Butir Beras Bernilai

Padi

Tahukah anda nilai sebutir nasi itu?

Setiap beras itu merupakan hasil titik peluh petani. Kita perlu bersyukur kerana mempunyai makanan yang dihasilkan oleh petani.

Kunjungan ke Sekinchan, kebetulan petani beras Sekinchan mulai memindah anak benih padi. Sedang bekerja itu seorang pekerja asing. Tidak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan.

Memang pelik kerja ini masih dijalankan secara manual. Tetapi selepas penjelasan pemilik kilang padi, baru tahu cerita sebenarnya.


Mesin Menanam Padi

Kini pemindahan anak benih padi telah penjenteraan. Oleh kerana terdapat anak benih padi tidak subur, terpaksa digantikan dengan anak benih padi baru.

Mesin ini ialah mesin memindah anak benih padi. Malangnya terlepas peluang menyaksikan pekerja memindah anak benih padi dengan mesin ini. Jika tidak boleh ambil gambar dan muat naik untuk berkongsi dengan anda.

Sekiranya tidak ingin menjadi katak di bawah tempurung, anda harus berjalan-jalan untuk meluaskan visi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Ambil Angin di Pantai Redang
Hotel Harbour View Sekinchan

Sunday, February 3, 2013

Malam Myongdong Masih Muda

Myeongdong

Kami keluar dari Sejong Inn dan menuju ke Myeongdong selepas mandi air panas. Malam Myeongdong masih muda, kami berjalan di bawah lampu-lampu neon berwarna-warni.

Terletak di Junggu, Myeongdong sentiasa kerumunan pengunjung sepajang tahun. Myeongdong merupakan salah satu kawasan tersibuk di Seoul, Korea Selatan.


Migliore

Terdapat banyak pusat beli-belah mega di Myeongdong. Migliore sebuah pusat beli-belah tujuh tingkat di 1-gil Chungmuro. Barangan berfesyen terbaru yang memenuhi cita rasa generasi muda boleh didapati di Migliore.

Penjual wanita yang muda dan cantik, mempromosi produk di luar kedai dengan senyuman manis.


Gerai Baju

Harga pakaian gerai tepi jalan tidak mahal dan banyak pilihan. Memilih dengan teliti, tentu ada pakaian yang anda suka. Membeli beberapa helai untuk anda sebagai ganjaran.

Cenderamata

Sekiranya anda gemar mengumpul cenderamata, anda pasti berminat dengan tertarik oleh pelbagai cenderamata tergantung di rak. Membeli beberapa untuk simpanan sendiri atau menghadiahi rakan-rakan.

Hanjeungmak

Penat berjalan-jalan, bersantai di pusat hanjeungmak supaya dapat pulih dari keletihan. Apa itu hanjeungmak? Klik post ini untuk mengetahui jawapan.

Ketika berada di Seoul, ingat singgah di Myeongdong. Sama ada ambil angin atau beli-belah pun boleh. Anda boleh pergi ke Myeongdong dengan menaiki subway laluan 4 dan turun di Stesen Myeongdong. Keluar dari pintu 5 atau 6, anda telah sampai ke destinasi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Misteri Gaya Gangnam PSY
Memeluk Gadis Remaja Korea
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang

Friday, February 1, 2013

Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih

Pangkalan TLDM

Foto ini merupakan Pangkalan TLDM yang terletak di Tanjung Pengelih Pengerang, Johor.

Dalam perjalanan ke Jeti Tanjung Pengelih, kami singgah sebentar untuk mengambil gambar Pangkalan TLDM. Setelah mendapat keizinan daripada pengawal yang bertugas, kami mengambil gambar di luar Pangkalan TLDM.

Selesai mengambil gambar, kami meneruskan kunjungan ke Jeti Tanjung Pengelih.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Pekan Udang Karang Sg Rengit
Restoran Super Lobster Sg Rengit