Selamat tahun baru diucap kepada para rakan dan pelawat blog saya. Diharap semoga kamu semua sihat dan bahagia pada tahun 2009.
Saya bermula menulis blog sejak besara sebagai seorang guru pada Jun 2007. Tidak dinafikan bahawa saya menggemari pekerjaan saya dan rindu akan anak buah. Walaupun saya tidak lagi menjadi guru tetapi saya masih berhubung rapat dengan bekas murid-murid melalui "blogging". Mereka sentiasa melawat blog saya. Di samping itu, kami juga berinteraksi melalui laman web rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster, Hi5......
Saya bersyukur kepada "blogging" kerana ia memberi saya pelbagai kegembiraan yang paling bernilai.