DAP Johor telah mengadakan Jamuan Makan Malam Bentayan pada 3 Oktober di Dewan Jamuan SKT, Sungai Abong, Muar.
Menteri Besar Kerajaan PR Perak Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan salah satu pembicara pada malam itu. Lebih dari 2 ribu hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Mohammad Nizar Jamaluddin semasa beliau berucap. Tindak balas para hadirin mencerminkan sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PAS.
Turut berucap di Jamuan Makan Malam Bentayan ialah Setiausaha Agung DAP Perak Nga Kor Ming. Bukan sahaja wajah tampan Nga Kor Ming memikat tetamu yang berada di Dewan Jamuan SKT bahkan ulasannya tentang hal ehwal semasa Malaysia juga amat mengagumkan.
Kemunculan bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng di pentas Dewan Jamuan SKT membuktikan kemerosotan MCA di arena politik Malaysia. Kini, Chua Jui Meng telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Johor. Beliau akan memain peranan penting dalam pilihan raya umum ke-13.
Saya benar-benar tidak memahami politik Malaysia. Setelah menghadiri Jamuan Makan Malam Bentayan, barulah saya mengetahui sedikit gambaran politik Malaysia. Syabas, rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi.
Pautan Berkaitan
Katak Politik 1Malaysia
8 Mac Hari Malaysia Bangun
Pemimpin DAP Teng Chang Khim
Saya benar-benar tidak memahami politik Malaysia. Setelah menghadiri Jamuan Makan Malam Bentayan, barulah saya mengetahui sedikit gambaran politik Malaysia. Syabas, rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi.
Pautan Berkaitan
Katak Politik 1Malaysia
8 Mac Hari Malaysia Bangun
Pemimpin DAP Teng Chang Khim