Monday, October 30, 2017

Kamu Berasal Dari Mana?


Lapangan Terbang CTS

Kami pulang dari Jepun pada awal Oktober. Destinasi perjalanan kami kali ini ialah Sapporo, Hokkaido.

Perayaan Musim Luruh Sapporo

Semasa kujungan sebelum ini ke Honshu, Kansai, tiada siapa bertanya kami berasal dari mana. Tetapi keadaan berbeza sama sekali ketika kami berada di Sapporo.

Bangunan Lama Kerajaan Sapporo

Mungkin penduduk Sapporo lebih mesra daripada mereka dari kawasan Kansai. Tindak balas mereka sungguh pelik apabila kami menjawab bahawa kami berasal dari Malaysia.

Lapangan Terbang CTS

Boleh jadi maklum balas aneh oleh orang Jepun adalah sama ada kerana skandal 1MDB atau tiga rakyat Malaysia yang tidak bertamadun berak dalam bilik mandi di pangsapuri homestay di Osaka, Jepun.

Artikel Berkaitan
Pesona Menara Kyoto
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, October 17, 2017

Kebangkitan Mummy Mesir


Wonder Woman

Saya pergi ke pagawam bersama isteri saya pada bulan June.

Kami ingin menonton "Wonder Woman" tetapi masa tayangan adalah pada pukul 6 petang dan tiada tiket konsesi untuk warga emas.

Mummy

Setelah berbincang dengan isteri saya, kami membuat keputusan untuk menonton "Mummy" yang dibintangi Tom Cruise.

Yuchuilang

Kami berkunjung ke London pada bulan Mei. Kebetulan London merupaka salah satu lokasi penggambaran "Mummy". Ketika kami berada dalam pagawam menikmati filem, situasi itu seperti melawat London sekali lagi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Snoopy Dan Charlie Brown
Datuk Tolong Jangan Saman